Google Ads

Thursday 8 October 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 85

MENARIK DI DALAM
·        Cara Khusyuk DalamSolat
·        Kalaulah Syurga Dapat Di lihat
·        Neraka
·        Takkan Tak Mahu
·        Langit Terbuka, Hati Tertutup

Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Yang Maha Mengetahui apa yang ada dalam Dada manusia, samaada sembunyi atau tidak.

Sahabatku
          Saya ingin berkongsi mengenai cara bagaimana nak dapat khusyuk dalam solat. saya dapat info ini melalui ceramah Ustaz Zahazan.
1 hadirkan hati,
2 faham apa yang dibaca paling kurang al fatihah dan tasyahud akhir
3 membayangkan keagungan Allah
4 hadirkan perasaan malu pada Allah
5 Tingkatkan rasa takut kepada Allah
6 Rasa harap dengan Allah, sesungguhnya sesiapa yang harap bertemu Allah, maka Allah akan melihatnya dengan penuh kasih sayang.

Sahabatku
Malangnya, sangat ramai dikalangan kita yang tidak kisah samaada solatnya khusyuk atau tidak. Paling malang lagi adalah dia solat jika perlu sahaja. renungkanlah.
Editor, Norazila Khalid


KALAULAH SYURGA DAPAT DILIHAT
Allah Yang Maha Mengetahui bertanya kepada MalaikatNya ‘ Apakah yang diucapkan oleh hambaKu?’
Malaikat menjawab ‘Mereka sedang bertasbih, bertakbir, bertahmid dan memujaMu’.
‘Adakah mereka melihatKu?’
‘Tidak, demi Allah. Mereka tidak melihatMu’.
‘Bagaimana sekiranya mereka melihatku?’
‘Seandainya mereka melihatMu pasti mereka akan lebih dalam beribadah, memuji dan bertasbih kepadaMu’
‘Apakah yang mereka pohon kepadaKu?’
‘Mereka memohon kepadaMu Syurga’.
‘Adakah mereka melihatnya?’
‘Demi Allah, mereka tidak melihatnya’.
‘Bagaimanakah sekira mereka melihatnya?’
‘Seandainya mereka melihatnya, pasti mereka akan menghendaki, meminta-minta dan mengimpikannya’.
Riwayat al-Bukhari



NERAKA
Adakah insan yang sanggup meredah lautan api? Pernah kalian membayangkan diri sedang berenang dalam lautan api yang luas?
Jika jari terkena api di dunia , sudah terasa sakitnya, bagaimana jika jasad kita dibakar api neraka? bukan sekali malah berulang-ulang kali sehingga diri bersih daripada dosa yang dilakukan.
Allah menitipkan pesanannya kepada kita. ‘ Peliharalah diri kamu daripada neraka yang bahan bakarnya daripada batu dan manusia. Ia disediakan untuk orang kafir ‘ (Surah al Baqarah 2 :24)
Neraka disediakan untuk mereka yang melakukan dosa dan tidak bertaubat semasa hidup di dunia. Neraka yang menempatkan makhluk yang tidak beriman dengan keesaan Allah.
Api di neraka tidak akan kita mampu renangi. Cukuplah melihat api di dunia., tidak terbayang api di neraka yang jika sedikit apinya jatuh ke bumi boleh memusnahkan semua hidupan bumi. Semoga Allah menjauhkan diri kita daripada Api Neraka.
 Sumber : solusi

 

 

TAKKAN TAK MAHU… (1)

Tawaran dan ganjaran daripada Allah cukup banyak. kerjanya murah, pulangannya mewah. Tiada risiko kerugian. Satu-satunya kerugian ialah tidak mengambil tawaran Allah tersebut.

 

 Takkan Tak Mahu Dekat Dengan Allah?

Saat yang paling hampir seseorang itu dengan Tuhannya ialah ketika mana dia bersujud. Maka perbanyakkanlah doa (ketika itu). (Riwayat Muslim)

 

  Takkan Tak Mahu Berada Dalam Penjagaan Allah?

Sesiapa yang mengerjakan solat Subuh maka dia berada dalam jaminan Allah (Riwayat Muslim)

 

 Takkan Tak Mahu  Dosa Diampunkan Sekalipun Tidak Terkira Banyaknya?

Sesiapa yang mengucapkan ‘Subhanallah Hi Wabihamdihi’ setiap hari sebanyak 100 kali, gugurlah segala kesalahannya (yang kecil) sekalipun sebanyak buih dilautan  (Riwayat Bukhari dan Muslim)

 

 Takkan Tak Mahu Doa Dimakbulkan?

Tiada seorang muslim yang mendoakan (kebaikan) untuk saudaranya tanpa pengetahuannya, melainkan Malaikat mendoakannya ’ semoga bagimu seumpama itu.’. (Riwayat Muslim)

 

 Takkan Tak Mahu Dipermudahkan Jalan Menuju Syurga

Sesiapa yang merentasi jalan demi menuntut Ilmu, Maka Allah mempermudahkan Jalan menuju Syurga (Riwayat Muslim)

 

 

 


LANGIT TERBUKA, HATI TERTUTUP
‘Apa pandangan awak tentang para remaja kita yang terlanjur?’
‘apa maksud terlanjur?’
‘terlanjur melakukan hubungan seks haram’.
‘bagi saya istilah terlanjur itu tidak tepat. Berzina!’.
‘kasar sangat bunyinya tu. nanti remaja yang terlanjur takut’.
‘mereka tidak takut. Mereka berani. Sebab beranilah mereka berzina’.
‘lagi-lagi awak gunakan istilah zina. Kasar sangat bunyinya tu’
‘itu istilah yang tepat. Itu istilah al Quran. Jika digunakan, ada impak pada pendengarnya. Kita akan teringat Allah, al Quran, iman dan Islam. Saya rasa istilah terlanjur itu yang tidak tepat’.
‘eh, kenapa? mereka memang terlanjur. Mereka tidak tahu akibat perbuatan mereka!’.
‘zina tidak berlaku secara tiba-tiba. ia didahului oleh mukadimah-mukadimahnya’.
‘zina pun ada mukadimah?’.
‘itulah perkara-perkara atau perbuatan-perbuatan yang boleh membawa kepada zina. Zina itu hasil daripada satu proses yang berlaku satu demi satu. tingkat demi tingkat.’.
 ‘cakap awak berbelit-belit’.
‘saya menerangkan apa yang telah diterangkan oleh Rasulullah saw’.
‘kita jangan libatkan agama, ini masalah sosial’
‘kita orang Islam. Islam itu cara hidup. Dan Nabi saw adalah teladan ikutan kita’.
‘baik-baik. teruskan..’
‘antara mukadimah zina ialah pandangan mata, kata-kata, sentuhan tangan , deria bau melalui hidung dan akhir sekali barulah melibatkan kemaluan’.
 ‘okey. Apa maksud awak?’
‘zina dimulakan dengan pandangan. Pandangan mata sangat mempengaruhi hati. Apabila pendedahan aurat berleluasa, remaja sukar menjaga mata. Apabila ramai yang mendedahkan, ramai pula yang melihatnya dan disitulah timbul ransangan.. ’
‘habis awak nak semua wanita tutup aurat? Mustahil!’.
‘saya akui, ia sukar. Tetapi ia tidak mustahil. Bukankah ini ajaran Islam? Islam itu ajaran yang praktikal dan sesuai untuk semua zaman dan keadaan. Remaja perempuan tutup aurat. Remaja lelaki tundukkan pandangan. Jadi, satu proses ke arah zina dapat diatasi. Ini yang dilakuan oleh generasi sahabat, tabiin dan salafussoleh dahulu’
‘itu dulu. Sekarang langit sudah terbuka!’.
‘bukan masalah langit sudah terbuka atau tidak. Tetapi yang lebih penting hati kita mesti terbuka untuk menerima panduan Islam kita adalah orang yang mengaku beriman kepada Allah dan hari akhirat’.
‘lagi-lagi akhirat. Sekarang kita bercakap soal dunia. Masalah dunia. Kita di duna. Belum lagi di sana’
‘tuan, keyakinan kita kepada hari akhirat sangat penting ketika kita masih hidup di dunia.’.
‘pasal apa pula?’
‘sbb orang yakin kepada hari akhirat akan mengatur hidupnya dengan keyakinan bahawa setiap perbuatannya akan diberi balasan di akhirat. Ada pahala, ada dosa. Ada syurga , ada neraka. Itulah kawalan dari dalam dirinya untuk tidak melakukan kejahatan samada di hadapan atau di belakang orang!’’
‘kembali kepada topik asallah, saya tidak suka meleret-leret’.
‘zina sentuhan pula ialah pergaulan bebas. Apabila dipandang, tergerak pula untuk menyentuh. Islam menyekat pergaulan bebas lelaki wanita. Tidak boleh bergaul sesuka hati apatah lagi sampai ke tahap berdua-duan tanpa mahram. Tetapi, pergaulan bebas inilah yang terus digalakkan , dipromosikan, dan dijadikan budaya dalam masyarakat kita’.
‘awak nak sekat interaksi dan komunikasi antara wanita dan lelaki? Mustahil!.
‘interaksi yang bagaimana? komunikasi yang macamana? dalam Islam sudah cukup jelas, bagaimana wanita dan lelaki boleh berkomunikasi. Dalam pendidikan, perundangan, perniagaan dan lain-lain. pergaulan tidak disekat, tetapi dikawal. Islam bukan anti pergaulan atau anti sosial, tetapi menyekat pergaulan bebas tanpa batas yang menjurus kepada perlakuan seks bebas kerana adanya pandangan liar dan sentuhan di luar batas!’
‘bagaimana awak nak capai semua itu? Itu satu utopia’. 
‘bukan satu utopia kalau kita mulakan. Di peringkat keluarga kita cuba didik, kawal anak-anak kita. Di sekolah peranan guru-guru pula. Di IPT tentulah pensyarah. Dalam media cetak dan elektronik tentulah pihak berkuasa yang memainkn peranan’.
‘habis, awak ingat semua pihak dah tak berperanan?’.
‘saya bimbang, dalam keadaan kita menjerit, melolong dan memekik tentang  masalah buang bayi, tetapi budaya mukadimah zina terus dipromosikan. Lihat sahaja media massa kita , kekadang di sebelah cerita buang bayi, ada gambar wanita yang mendedahkan aurat. Iklan bagi apa-apa jua produk, gambar bergaul bebas dan eksploitasi tubuh wanita itulah yang ditonjolkan juga’.
‘itukan ada nilai komersial?’.
‘saya kasihan remaja masa kini. Mereka hidup ditengah-tengah peluang untuk melakukan zina begitu besar dan luas sekali. Jalan ke arah zina diperluas. Tetapi jalan kearah pernikahan halal dipersempitkan dengan pelbagai syarat dan adat yang tidak relevan’.
 ‘kita perlu realistik. Kita perlukan kekuatan ekonomi yang ampuh dan kukuh’.
‘dan untuk itu kita perlu membayarnya dengan mengorbankan maruah dan iman anak-anak remaja kita?’.
‘sejak tadi saya bercakap macammana kita nak atasi masalah buang bayi. Itu sahaja. Tetapi awak yang melencong bercakap tentang zina’
‘tuan, masalah buang bayi ini produk kepada masalah zina. Anak yang dibuang itu hasil zina. Cegah zina pula dicegah dulu mukadimah-mukadimah zina. Ini bukan pendapat saya. Tetapi ini ditegaskan oleh Allah dalam al Quran apabila Allah memberi amaran dan peringatan, ‘jgn kamu  hampiri zina!’.
‘awak dah mula emosional’
‘jika saya salah kerana beremosi. Tuan juga salah kerana tidak beremosi. membenci kemungkaran adalah soal hati. Ini berkait dengan iman. Tidak ada iman bagi mereka yang melihat kemungkaran tanpa rasa benci!’ 
Sumber : Beduk di Ketuk




No comments:

Post a Comment