Google Ads

Thursday 15 October 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 100

MENARIK DI DALAM
·        sedekah al Fatihah
·        Kebaikan dan Dosa
·        Kesesatan dan Kerosakan buat anak-anak
·        Apabila Menutup Untuk Mendedahkan
·        Usahalah
·        Ritual Tanpa Spiritual
·        Bahan Bakaran api neraka



Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Tuhan semesta Alam dan Yang Menguasai hari pembalasan. Hari di mana semua amal perbuatan kita akan didedahkan dan tiada rahsia lagi mengenainya. bersedialah.

Sahabatku
saya ingin berkongsi sesuatu daripada Dato’ Fadzilah Kamsah, katanya“Setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup atau telah tiada)” nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu. Berdasarkan Hadith Nabi :“Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tuanya dalam sehari”

“Ya Allah, engkau masukkan malam pada siang, dan engkau masukkan siang pada malam. Engkau keluarkan yang hidup dari yang mati, dan engkau keluarkan yang mati dari yang hidup, dan engkau beri rezeki dengan tiada terhingga pada siapa yang engkau kehendaki.”

“Ya Allah Tuhanku yang maha kaya dan maha terpuji, Tuhan yang mentakdirkan dan mengembalikan. Yang maha kasihan dan maha kasih sayang. Berilah aku kekayaan harta yang Engkau halalkan, bukan yang Engkau haramkan. Berikanlah aku kelebihan dari yang lain dengan berkah kurnia-Mu.”

Sahabatku
Subhanallah. cuba kira sepanjang hidup kita berapa kalikah kita sedekahkan al fatihah kepada kedua ibubapa kita? adakah setiap hari? jika bukan setiap hari adakah seminggu sekali? jika bukan seminggu sekali adakah pada waktu lepas solat? ada sesetengah kita lepas solat pun tak sempat nak doakan ibubapa, malah untuk diri sendiri pun tak sempat. apa yang difikirkannya ialah masa untuk membuat kerja. entah apa kerjanya, semuanya untuk dunia. DUNIA YANG SEMENTARA.
Editor , Norazila Khalid


HADIS 27
KEBAIKAN DAN DOSA
 Daripada Nawas bin Sim’an r.a berkata bahawa Rasulullah saw bersabda, ‘kebaikan adalah akhlak yang baik, sedangkan dosa adalah segala hal yang mengusik jiwamu dan engkau tidak suka jika orang lain melihatnya’.

 Daripada Wabishah bin Ma’bad r.a berkata bahawa Rasulullah saw bersabda, ‘apakah engkau datang untuk bertanyakan kebaikan?’. Saya menjawab ‘benar!’. Baginda bersabda ‘Mintalah fatwa kepada kamu sendiri. Kebaikan adalah apa-apa yang mententeramkan jiwa dan hati, sedangkan dosa adalah apa-apa yang mengusik jiwa dan meragukan hati, meskipun orang-orang memberi fatwa membenarkanmu’.
Sumber : Syarah Hadis 40 Imam Nawawi



KESESATAN DAN KEROSAKAN BUAT ANAK-ANAK
◊ Bapa menghantar anak-anaknya ke sekolah-sekolah asing dan pusat pengajian missionary. Akibatnya anak-anak menerima pendidikan dan asuhan mengikut acuan mereka.
◊ Bapa yang menyerahkan anaknya untuk dibimbing oleh guru-guru yang tidak percaya Tuhan dan pendidik yang jahat. Pendidik itu akan menanam benih-benih kekufuran dan menyuburkan kegelapan dan kesesatan di dalam hatinya. Maka tidak pelik sekiranya anak ini akan membesar berdasarkan didikan tidak bertuhan dan menerima cara hidup sekular.
◊ Bapa yang membenarkan anaknya membaca apa sahaja buku-buku orang ateis dan materialisma.
◊ Bapa yang membiarkan dan tidak mengendahkan anaknya berkawan dengan kawan-kawan yang menyeleweng dan sesat.
◊ Bapa yang memberi kesempatan kepada anaknya untuk menyertai pertubuhan yang sesat lagi kafir.


APABILA MENUTUP UNTUK MENDEDAHKAN
Bertemu dengannya dahulu merupakan satu penghormatan. Apa tidaknya, dia sudah berubah kearah kebaikan.
‘mengapa tiba-tiba?’
‘hidayah bang’
‘bagaimana dengan segalanya (profesion) ?’
‘Allah ada. Allah akan bantu seglanya’
‘syukur ’.

Setahun kemudian
 ‘lihat ni..’
(kata seorang sahabat sambil menghulurkn sekeping gambar).
‘betul ke ni?’. 
‘apa? Kau ingat ini superimpose?’
‘mana pergi tudungnya?’. 
 ‘itu’
‘itu tudung?’. 
. ‘yalah, bertudung tetapi tidak menutup aurat?’
‘bertutup, tetapi terbuka’.
 
Saya teringat kuliah dari seorang ulama
. ‘syaitan terlalu kreatif
‘kreatif?’. 
 ‘kekadang syaitan tidak menghasut manusia meninggalkan daerah putih menuju ke daerah hitam. Tetapi  syaitan mewujudkan daerah ‘grey’ warna keperang-perangan yang hakikatnya bukan lagi kebenaran. Tudung wanita itu ada 4.  tudung pada wajahnya, tudung pada mata, tudung pada suara dan tudung pada hati’
‘apa ertinya? ’
‘ tudung pada wajahnya, jangan sampai wajah mengundang fitnah, kecantikan adalah pingitan buat suami, bukan pameran buat ajnabi. tudung pada mata, jangan matanya memandang lelaki lain selain mahramnya. Solehah yang hakiki, tidak dipandang dan tidak memandang. tudung pada suara, jangan dilunakkan dengan tujuan memikat dan mempesona. dan tudung pada hati, mengingati Allah dengan tasbih Fatimah r.ha, Subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar’
Sumber : Beduk di ketuk





USAHALAH

Tidak ada kejayaan yang datang bergolek atau melayang. Kita perlu berusaha dengan cara yang tepat dan memerlukan pengorbanan. Semua bentuk pengorbanan yang dilakukan akan menjadi sunnatullah            

(Hukum alam).

 

 


RITUAL TANPA SPIRITUAL
          Seorang ketua sami tinggal di dalam sebuah kuil besar bersama seekor kucing kesayangannya. Kedua-duanya sangat akrab. Ke mana sahaja ketua sami itu pergi, kucing itu akan ikut bersama.
          Namun keadaan ini menimbulkan sedikit masalah, terutamanya ketika ketua sami menyembah berhala ditengah-tengah kuil itu. Konsentrasinya akan terganggu apabila kucing kesayangannya menggesel-gesel dan mengelus-ngelus disisinya.
          Setelah berfikir panjang mencari jalan penyelesaian , akhirnya ketua sami mendapat satu idea. Setiap kali dia melakukan penyembahan dia akan mengikat kucing tersebut di sebatang tiang di tepi kuil.    
          Begitulah hari demi hari, minggu demi minggu dan bulan demi bulan, ketua sami akan mengikat kucingnya ditiang yang sama. Perlakuan ketua sami itu diperhatikan oleh pengikut-pengikutnya.
          Beberapa tahun berlalu, ketua sami meninggal dunia. Ketua sami yang baru dilantik. Namun begitu, setiap kali ketua sami yang baru hendak mengetuai penyembahan, dia akan mengikat kucing yang sama pada tiang yang sama juga. Tidak lama selepas itu, kucing itu pun mati. Ironisnya, ketua sami yang baru tadi mencari kucing yang baru sebagai pengganti untuk diikat ditiang yang sama setiap kali upacara penyembahan berhala diadakan.
          Begitulah rutin itu berlaku, tahun demi tahun, ketua sami dan kucing datang dan pergi silih berganti. Akhirnya terciptalah ritual dalam agama tersebut , setiap kali ketua sami akan mengetuai penyembahan berhala, dicari terlebih dahulu seekor kucing akan ditambat pada tiang itu.

Pengajaran

Sering berlaku dalam ajaran agama (termasuk Islam) amalan ritual dengan nilai spiritual telah terlindung oleh sikap taklid secara membuta tuli. Penganut di belakang kerap menjadi ’pak turut’ tanpa mengerti sebab dan tujuan amalan tersebut. Tanpa disedari agama bertukar menjadi budaya dan syariat dianggap adat.

Sumber : ANGGUK GELENG  

 



BAHAN BAKARAN API NERAKA
‘wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluargamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya dari manusia dan batu (berhala). Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya), mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, mereka juga tetap melakukan segala yang diperintahkan’
(Surah at Tahrim 66:6)



No comments:

Post a Comment