Google Ads

Wednesday 7 October 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 84

MENARIK DI DALAM
·        Jaga Lidah
·        Zikir Harga Sebuah Keampunan
·        Seksaan Buat Penentang Islam
·        Syarat Kesempurnaan
·        Workaholic vs Solatholic
·        Syurga
·        Zalim


Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,Tuhan Yang Menciptakan sesuatu daripada tiada kepada ADA.

Sahabatku
Saya pernah terbaca akan ‘statement’ ini ,kita sangat berhati-hati dengan apa yang masuk ke dalam mulut kita samaada halal atau haram. tetapi adakah kita berhati-hati dengan apa yang keluar daripada mulut kita samaada dosa atau pahala.

Sahabatku
kata orang, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, rosak binasa. lidah tidak bertulang bukan? senang saja nak mengeluarkan kata bukan? 

Sahabatku
Jangan tak tahu, bahawa di hari kiamat kelak lidah orang yang cakap tak serupa bikin akan dipotong oleh gunting dari api neraka. Adui, sakitnya! dan paling malang sekali, bukan sahaja mulut tak jaga cakap, makan juga tak jaga. semua benda di bedal. Semak balik diri kita hari ini. pastikan kita menjaga lidah yang Allah kurniakan ini.                                                  

Editor, Norazila Khalid


ZIKIR HARGA SEBUAH KEAMPUNAN
Daripada Anas r.a, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
‘Allah swt berfirman, maksudnya ‘Wahai anak Adam, jika kamu mengingatiKu dalam dirimu, maka Aku akan mengingatimu dalam diriKu. Jika kamu mengingatiKu dalam 1 kumpulan, maka Aku akan mengingatimu di hadapan para malaikat atau kumpulan yang lebih baik daripada mereka. Jika kamu mendekatiKu sejengkal, maka aku akan mendekatimu sehasta, jika kamu mendekatiKu sehasta, Aku akan mendekati Sedepa. Jika kamu mendatangiKu dengan berjalan, Aku akan mendatangimu dengan berlari’. Dan Allah swt sangat cepat dalam memberi pengampunan.
Riwayat Ahmad


TERJEMAHAN AYAT AL QURAN

SEKSAAN BUAT PENENTANG ISLAM 

10. Dan bersabarlah terhadap perkara yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhkanlah dirimu daripada mereka dengan cara yang baik.

11. dan biarkan sahaja Aku (Allah) bertindakbalas terhadap orang yang mendustakan itu. Orang yang berada dalam kemewahan dan berilah tempoh (sedikit masa)kepada mereka.

12. sesungguhnya di sisi Kami sediakan (untuk mereka)belenggu-belenggu dan neraka yang menjulang-julang.

13. serta makanan yang menjadikan pemakannya tercekik dan azab yang pedih.

14. (Azab itu akan tetap berlaku) pada hari bumi dan gunung ganang digoncang (serta hancur lebur) dan gunung ganang itu menjadi timbunan pasir yang mudah bersepah.

 

Surah Al Muzammil ayat 10-14

 

 


SYARAT SEMPURNA IMAN
Selepas mencintai Allah dan Rasulullah, seseorang wajib menyintai dirinya sendiri. Ini terbukti dalam hadis riwayat al Bukhari mengenai cinta yang merakamkan dialog Rasulullah saw dengan Umar r.a
‘Umar : Wahai Rasulullah, sesungguhnya tuan ialah orang yang paling saya kasihi mengatasi segala-galanya kecuali diri saya sendiri’.
Rasulullah : ’Tidak, demi diriku yang berada di dalam kekuasaanNya, sehingga aku lebih engkau cintai daripada dirimu sendiri’.
Umar : ’Demi Allah, sekarang tuan ialah orang yang paling saya kasihi walaupun terhadap diri saya sendiri.’
Rasulullah : Sekarang barulah sempurna Imanmu, wahai Umar’.
Walaupun hadis di atas menunjukkan betapa penting cinta kepada Rasulullah saw, secara tidak langsung ia membuktikan bahawa penting juga cinta kepada diri sendiri. Jika tidak, masakan Umar mengakui pada mulanya sebelum ditegur oleh Rasulullah saw bahawa dirinya sendiri lebih dicintainya daripada baginda. 


WORKAHOLIC VS SOLATHOLIC
‘kami menghadapi masalah 2 ekstrem dalam organisasi ni’
kata seorang pengurus bahagian sumber manusia.  
‘ekstrem? Fahaman melampau? atau militan?’
‘bukan. Tapi pertentangan antara 2 golongan . 1 workaholic dan 1 lagi solatholic. Encik tahu apa maksud workaholic?’.
‘orang yang gila atau mabuk kerja’.
‘solatholic pula orang yang gila solat!’.
‘jadi apa masalahnya?’.
‘2 golongan melampau ini boleh menjejaskan operasi syarikat ini!’
‘bagaimana?’.
‘yang workaholic mabuk kerja ini tinggal solat. Mereka ini beres kerja, tapi ada masalah dengan rakan sekerja lain’.
‘yang solatholic bagaimana?’.
‘rajin solat, tapi kerja tak beres. Kerja sambil lewa. Bagus beragama tapi culas kerja’.
‘agama itu kan cara hidup sempurna. Termasuk solat, kerja dan seluruh sistem hidup. Jadi orang yang culas kerja maknanya culas beragama. Begitu juga orang yang rajin kerja tapi culas solat. Itu pun tidak sempurna dalam beragama.’.
 ‘bagaimana nk tangani masalah kelompok solatholic ini?.
‘solatholic bukan masalah’
‘bukan masalah kata awak? Orang ini mabuk solat’..
‘apa maksud mabuk solat?’.
‘banyak solat.’
‘kalau begitu tak salah mabuk solat sebab Nabi Muhammad pun begitu ’
 ‘maksud awak?’
‘Nabi Muhammad pun begitu banyak solat sehingga kakinya bengkak-bengkak. kalau itu boleh dikatakan solatholic, ya Nabi Muhammad adalah seorang yang solatholic. Bahkan Baginda menganjurkan jika kita hendak bersama dengannya di syurga kelak, maka perbanyakkanlah sujud (solat). Dan Rasulullah diberitakan apabila sujud, seakan-akan tidak mahu bangkit lagi. tapi Nabi Muhammad juga workaholic.’
‘ha!Nabi juga workaholic?’.
‘ya. Bayangkan bagaimana Rasulullah saw begitu banyak kerja dan menyelesaikan banyak urusan. Mentadbir, menyusun masyarakat, menunjuk ajar mnyelesai masalah, mendidik, memimpin dan pelbagai lagi tugasan dalam keluarga, masyarakat dan negara’.
‘jadi, Baginda juga seorang yang workaholic’.
‘tidak tahulah apa yang dimaksudkan dengan istilah workaholic tu tepat atau tidak, tapi jika ia bermaksud bekerja keras, banyak kerja dan  gigih pula. Ya Rasulullah memang begitulah’.
 ‘jadi seseorang itu boleh jadi solatholic dan dia juga workaholic pada suatu masa yang sama seperti Rasulullah saw?’
‘ya, sewajarnya begitu. Cuba dengar apa yang diluahkan oleh Sayidina Umar al Khattab, insan yang berjaya meneladani Rasulullah saw. katanya ‘aku bimbang untuk tidur di siang hari, takut urusanku dengan manusia tidak selesai. Dan aku juga bimbang untuk tidur pada malam hari kerana bimbang takut urusanku dengan Allah tidak selesai’.
Sumber : Beduk di Ketuk


SYURGA
‘Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik, bahawa bagi mereka disediakan syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya’. (Surah Al Baqarah 2:25)
Allah menceritakan di dalam al Quran tentang kenikmatan yang disediakan di dalam syurga. Allah menyediakan syurga sebagai balasan paling agung untuk setiap manusia yang beriman dan mengabdikan diri kepadaNya.
Di dalamnya tersedia nikmat yang tak pernah dilihat oleh mata, didengar oleh telinga dan terlintas di dalam kepala. Semuanya dihalalkan dan tidak ada penderitaan atau kesengsaraan di dalamnya.
Tidak mudah untuk menjadi ahli syurga, ia milik seseorang yang bermujahadah sepenuh hati sepanjang kehidupannya di dunia. Ada kalangan muslim yang diuji sangat hebat di dunia ini supaya mendapat kesenangan di syurga kelak. Sebahagian lagi ditimpa kesusahan yang mendorongnya untuk beramal demi meraih keredaan Allah.
Tidak mengapa susah di dunia, ada ganjaran manis yang menanti dipenghujung kehidupan. Itulah syurga yang disediakan untuk mereka yang mengucap 2 kalimah syahadah dan melakukan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.



DEFINISI ZALIM
Istilah Bahasa Arab
Ia bermakna gelap. Rasulullah bersabda, maksudnya ‘Takutlah kalian kepada kezaliman kerana ia adalah kegelapan pada hari kiamat’.  Pada hari kiamat, orang yang zalim akan teraba-raba tanpa cahaya serta tiada panduan dan pimpinan kerana dilitupi kegelapan akibat kezaliman yang dilakukannya semasa  di dunia.

Istilah Al Quran
Perbuatan melanggar hak orang lain

Perbualan Biasa
Gambaran sifat kejam, bengis, dan tidak berperikemanusiaan yang menyebabkan penderitaan dan kesengsaraan orang lain. Ini mendorong orang melakukan kemungkaran , penganiayaan, kemusnahan harta benda, ketidakadilan dan sebagainya.

Antonim
Ia adalah lawan kepada sifat adil. Zalim bermakna seseorang itu meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Sepatutnya, setiap manusia memuliakan dirinya dengan melakukan ketaatan dan ketakwaan , sesuai dengan yang piawaian yang ditetapkan Allah. Dengan merelakan diri melakukan kemungkaran , manusia menjatuhkan  dirinya sendiri ke lembah kehinaan. Itulah zalim, yakni apabila seseorang itu sengaja melakukan dosa.

KATEGORI ZALIM
1. Zalim kepada Allah
2. Melakukan kezaliman terhadap makhlukNya seperti manusia, alam dan haiwan.
3. Menzalimi diri sendiri.



No comments:

Post a Comment