Google Ads

Saturday 3 October 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 76

MENARIK DI DALAM
·        ‘innocent of Muslim’
·        Rahsia
·        Menetapkan Tujuan Hidup
·        Jadilah Hawa
·        Jangan Berpatah Harapan
·        Solat itu soal peribadi?
·        Doa Mohon Ketetapan Hati Dalam Hidayah


Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Yang Menguasai Hari Pembalasan.

Sahabatku….
pernah dengar tak movie tentang ‘innocent of muslim’. filem kontroversi ini menggegarkan dunia suatu ketika dulu. saya sendiri tidak pernah menonton filem ini, tidak sempat menonton, bagaimanakah filemnya, kerana pihak youtube telah menutup atau menghalang filem ini masuk ke dalam tontonan youtube Malaysia. dan, menurut dari sumber yang telah menontonnya, ia melibatkan pelakon yang melakonkan watak Rasulullah saw. watak Rasulullah saw dilakonkan seenaknya mengikut kaca mata barat. ia menimbulkan kemarahan banyak pihak. Mana mungkin Nabi Muhammad boleh disamakan dengan mana-mana individu?

Sahabatku,
cuba imbas kembali. dimanakah kita pada waktu itu? adakah kita tahu akan isu ini atau malas nak ambil tahu? ataukah marah dan postkan kepada semua org di dalam laman sosial kita yang menyatakan kemarahan kita. Ya, tidak salah jika kita berasa marah, tapi apa yang penting kita mesti membuktikan yang kita sayangkan Rasulullah dengan menegakkan sunnahnya. Tanda sayang itu adalah dengan melakukan apa yang dianjurkan oleh Rasulullah dan meninggalkan segala apa yang  dilarangnya. itu barulah tanda sayang yang sebenarnya.
           
Editor, Norazila Khalid


RAHSIA
‘Kerana Allah telah menjaga aibmu sebaik-baiknya walau dirimu belum menjadi sebaik-baik hamba. Jika Allah berkehendak segala aibmu pasti tersebar ke merata dunia hanya dengan sesaat. Malunya. Namun, atas rahmatNya, rahsiamu masih tersimpan rapi di dalam penjagaanNya. Andai Dia sebaik-baik pelindung aibmu, jadi biarlah kita menjaga rapi aib saudara kita yang lain, sebaik mungkin, Sungguh, Sebaik-baik RAHSIA yang tersimpan itu adalah bersama ALLAH.


MUKMIN PROFESIONAL
LANGKAH 2: MENETAPKAN TUJUAN HIDUP
Hidup di dunia adalah sementara, tetapi inilah kehidupan yang akan menentukan penderitaan atau kebahagiaan yang selama-lamanya. Namun, kita dicipta bukan untuk disia-siakan. Ada maksud dan ada tujuannya, Apa yang hendak dicapai pada masa akan datang? Bagaimana hendak mencapainya? dua persoalan yang menagih jawapan. Jangan ditanya kepada insan, kerana dia juga diciptakan. Tanyalah Allah kerana Dia yang menciptakan insan.
IBADAH adalah misi dan visi hidup yang menjadi penjamin untuk mencapai ‘visi hidup’ di dunia dan di akhirat., tujuan dan keperluan, juga material dan kerohanian.


JADILAH HAWA
O Jadilah Hawa yang tinggi dengan didikan agama, merendah diri dengan akhlak yang terpuji.
O Jadilah Hawa yang menjaga aurat dan maruah diri dari sewenang-wenangnya dilihat ajnabi.
O Jadilah Hawa yang sentiasa haus dengan ilmu nasihat dan teguran sebagai persiapan menjadi hawa yang solehah untuk seseorang yang sah bergelar suami.
O Jadilah juga hawa yang mampu menjadi anak, ibu dan isteri yang solehah serta hamba Allah yang beriman dan bertaqwa seperti yang diidamkan oleh Adam.



JANGAN BERPATAH HARAPAN

Janganlah kamu berpatah harapan andai tertundanya pemberian setelah berkali-kali kamu memanjatkan permohonan. Allah menjamin pengabulan Doa sesuai dengan apa yang Dia pilih untukmu, bukan menurut apa yang kamu pilih. Dan pada saat yang Dia kehendaki, bukan pada waktu yang kamu ingini.

Sumber : Tanyalah Ustaz

 



SOLAT ITU SOAL PERIBADI?
‘Maaf, solat itu soal peribadi. Siapa yang nak buat silalah. Dah ada surau pun dalam bangunan ini. Siapa yang tak mahu, tak boleh paksa. Itu hal masing-masing’.
‘ya, solat tidak boleh dipaksa, tetapi kita sebagai saudara seislam, wajib mengingatkan. Dan saya ingin mengingatkan saudara yang solat itu bukan soal peribadi ’
‘mengapa?’
‘solat itu mencagah seseorang dari kejahatan dan kemungkaran’.
‘saya juga tahu. Saya pernah mendengar dalam kuliah subuh. Tapi ini dalam syarikat, kita tak perlu mengulang input-input dalam kuliah subuh tu. Di sini kita bekerja, kita berniaga’
‘tuan, masa kita bekerjalah selalunya godaan dan cabaran datang. Banyak kemungkaran dalam berniaga dan bekerja ’
‘kemungkaran dalam kerja, apa tu?’
‘ponteng, claims yang tak betul, rasuah, melawan orang atasan, menindas staf bawahan, umpat, adu domba dan sebagainya. Kemungkaran ini bukan soal peribadi. Jika seseorang melakukan, ia akan memudaratkan orang lain. Lama kelamaan ia akan berjangkit dan menjadi budaya yang negatif dalam syarikat. Keadaan ini akan menjejaskan operasi syarikat secara keseluruhan’.
‘kita sudah ada undang-undang dan disiplin dalam organisasi. Adanya sebagai kawalan kepada anggota agar tidak melakukan penyelewengan’.
‘undang-undang mencegah dari luar tetapi solat mencegah kemungkaran dari dalam. Kita perlukan kedua-dua pendekatan. Bahkan dalam apa jua keadaan, mencegah dari dalam adalah lebih berkesan.’.
‘kenapa’
‘sebab solat akan membina rasa takut, cinta dan patuh kepada Allah. Orang yang begini akan meninggalkan kejahatan dengan kerelaan hati sendiri. Ataupun jika mereka tersalah, mereka akan segera bertaubat’.
‘ah, apa pula pihak atasan kata nanti. Kita anjurkan kursus solat pula, sedangkan selama ini kita giat menjalankan kursus-kursus yang memberikan kemahiran professional kepada anggota-anggota kita’
‘adakah orang atasan tidak mahu melihat orang bawahan dan seluruh kakitangan syarikat menjadi baik? Solat sangat penting untuk membentuk manusia menjadi baik’
‘tetapi kalau baik sahaja, tapi tidak mahu bekerja buat apa?’
‘sebenrnya kita perlukan kedua-duanya sekali. Pemantapan solat perlu, peningkatan kemahiran professional juga perlu. Alangkah baiknya jika kedua-duanya dilaksanakan secara bersepadu dalam syarikat’.
‘kos-kos dan peruntukan latihan akan bertambah’
‘tuan, untuk program latihan kita rela berbelanja besar. Mengapa untuk program pemantapan nilai-nilai Islam kita terlalu berkira?.
‘ini soal pihak atasan’
‘tuan, di atas pihak atasan ada lagi yang lebih atas. Allah akan bertanya kepada kita, apa yang kita laksanakan untuk mendidik orang bawahan kita? Syarikat hakikatnya sebuah institusi. Kita akan ditanya Allah’
‘baik tu baik, tetapi..’
‘jika syarikat terlalu berkira, saya khuatir penyelewengan akan terus berlaku’
Sumber : Beduk di Ketuk




HADIS 7
AGAMA ITU NASIHAT (2)
 Daripada Abu Ruqayyah Tamim bin Aus al Dariy  r.a, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : ’agama itu nasihat. Kami bertanya ‘untuk siapa? ’Baginda menjawab , ‘untuk Allah, KitabNya, RasulNya  para pemimpin kaum muslimin dan bagi manusia umumnya’.

INTISARI HADIS
3.Nasihat Untuk Rasulnya 
u Membenarkan kerasulannya
u Mempercayai ajaran agama yang dibawanya
u Mematuhi suruhan dan meninggalkan larangannya
u Membela agamanya
u Memusuhi sesiapa yang melawannya
u Mencintai sesiapa yang menyintainya
u Menghidupkan perjalanan dan sunnahnya pada diri dan masyarakat.

4.Nasihat untuk Para Pemimpin Kaum Muslimin
u Menolong dan menyokong mereka dalam perkara kebenaran dan keadilan  
u Patuh kepada mereka dalam urusan kebaikan
u Tegur mereka dengan cara yang sopan
u Mengingatkan mereka ketika mereka lalai daripada kewajipan.
u Jangan menghasut orang ramai untuk berpecah belah.

5.Nasihat untuk Manusia umum 
u Memimpin mereka ke jalan yang benar
u Mengawasi mereka daripada terjerumus ke jalan yang salah
u Mengajar mereka
u Belajar daripada mereka
u Bersama-sama menjaga kemaslahatan hidup dengan menjauhi sifat-sifat yang membangkitkan fitnah dan permusuhan
u Memahamkan mereka bahawa setiap orang adalah anggota masyarakat
Sumber : Syarah Hadis 40 Imam Nawawi



DOA MEMOHON KETETAPAN HATI DLM HIDAYAH
‘Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi Mu.    Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah ruah pemberianNya’.
(Surah Ali Imran :8)




No comments:

Post a Comment