Google Ads

Friday 23 October 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 116

MENARIK DI DALAM
·        Anak itu, anugerah atau Amanah?
·        Lembut
·        Bersutrah
·        Apabila Beruk Menjadi Hakim
·        Rasulullah pun bimbang
·        Pelaburan 3 dalam 1
·        Siapakah yang berani menyekat pengampunan Allah?



Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Yang Maha Mengetahui apa yang ada dalam Dada manusia, samaada sembunyi atau tidak. Tuhan yang Maha adil. menciptakan manusia dan memberikan kehidupan kepada manusia dengan pelbagai nikmat dan kesenangan yang tidak berbelah bagi.

Sahabatku.
saya ada terbaca akan kata-kata ini. tanpa iman, tiada amanah. tanpa amanah tiada aman. iman, amanah dan aman adalah tiga serangkai yang tidak dapat dipisahkan. untuk beriman itulah perlunya pengorbanan. .

Sahabatku
kita selalu sebut tentang amanah, dan kawan saya di UM dulu ada seorang yang bernama Amanah. betapa ibu dan ayahnya sangat tekankan tentang hal ini. saya juga teringat, bahawa anak kita itu bukan hak kita tapi anak adalah amanah Allah.

Sahabatku
kita harus menyayangi anak kita selayaknya, bukan kerana dia hak kita, dan bukan kerana kita yang melahirkannya..tetapi kerana dengan anak itulah yang akan menentukan di mana kita. samaada SYURGA atau NERAKA. dan ketika kaki ingin melangkah memasuki syurga nan indah, jangan terkejut jika tiba-tiba ada tangan yang menghalang. dan ia adalah tangan anak anda yang mempersoal itu dan ini. mempersoalkan tanggungjawab yang mungkin kita abaikan semasa di dunia ini.

Sahabatku
berilah didikan agama kepada anak sejak dari kecil, ajarlah anak solat apabila berumur 7 tahun, rotanlah dia jika dia sengaja meninggalkan solat apabila umurnya masuk 10 tahun dengan itu dia terdidik tentang solat sejak dari kecil. dan solat ialah perkara pertama yang akan disoal. jika anak beres tentang solat, insyaAllah akan beres semuanya, akhlak dan sahsiah dirinya.
Editor, Norazila Khalid



LEMBUT
Kelembutan pada masa yang tepat boleh mengalahkan kekerasan yang bertuhankan hawa nafsu. Sedangkan naluri manusia lebih suka akan kelembutan berbanding kekerasan. Sebab itu ada kata-kata ‘kita dapat apa yang kita beri’ sifir ini menyatakan bahawa kelembutan yang kita hamparkan, lembut jualah penerimaan orang. namun tidak pula kita perlu berlembut dalam semua situasi. Lihat sahaja Nabi Muhammad yang sangat berlembut dan bersikap toleransi walaupun ketika berhadapan dengan musuh. Bahkan ketika pembukaan Kota Mekah, baginda telah memaafkan semua orang yang pernah berbuat salah kepada baginda. Peribadi mana lagi yang mahu diikut jika bukan peribadi Muhammad saw? kelembutan Baginda telah menarik hati kaum Musyrikin kepada Islam. Hingga akhirnya Islam menjadi agama yang disanjung. Lembut bukan sebarang lembut. Dalam kelembutan ada kemenangan. Fitrah hati manusia, disiram air kelembutan, walau sekeras mana ia, pasti akan lembut jua.  Bukankah al Quran dapat melembutkan hati yang keras? Terkenang pesanan seorang ustaz, ‘Kalau kamu membaca buku, kamu boleh mengedit buku tersebut. Sedangkan semasa kamu membaca dan mentadabbur al Quran, Al Quran itulah yang sedang mengedit dirimu’.


BERSUTRAH
          Sutrah bermaksud penghadang. Pesan baginda ‘Apabila ada antara kamu hendak solat, maka solatlah dengan menghadap sutrah (penghalang) dan berada dekat dengannya’ (Riwayat Ab Dawud)
          Menjadi kelaziman Rasulullah saw solat dengan meletakkan sutrah di hadapan baginda, baik semasa bermukim atau bermusafir.


APABILA BERUK MENJADI HAKIM
            Tupai dan tikus bergaduh berebut sebiji pisang yang mereka temui bersama. Mereka bersetuju untuk berkongsi, tetapi apabila tiba masanya untuk membahagikan pisang itu, masing-masing hendakkan bahagian yang lebih. Pergaduhan mereka didengari oleh beruk yang berada di atas pokok yang berhampiran.
            ‘biar aku menjadi hakim’. Kata beruk menawar diri. Tikus dan tupai pun bersetuju. Mula-mula beruk itu menggigit pisang itu untuk membahagikannya kepada 2 bahagian. Dengan sengaja dia melebihkan 1 bahagian daripada bahagian yg lain. Bhgian yg lebih diserahkan kpd tikus. Bahagian yg kurang diberikan kpd tupai. Melihat akn hal itu, tupai pun marah dan membentak, ‘ini tdk adil. Mengapa aku mendapat bahagian yg pendek dan tikus mendapat bhgn yg panjang’.
            ‘oh, mudah shj, biar aku samakan’. Kata beruk sambil mengambil bahagian pisang yang panjang pada tikus lalu dimakannya. Sengaja dimakannya sehingga bahagian pada tikus pula menjadi lebih pendek dari pisang milik tupai. Begitulah berulang-ulang sehingga pisang itu habis dimakan oleh beruk dan dia pun melompat semula ke ats pokok. Pada ketika itu barulah tupai dan tikus sedar yang mereka sebenarnya telah ditipu.

Pengajaran
Kita tidak perlukan pihak yang berkepentingan untuk menjadi hakim dalma sebarang suasana atau keadaan. Adalah mustahil untuk mengharap mereka berlaku adil dalam membuat pertimbangan dan keputusan. Jauhilah daripada ‘tipudaya’ mereka demi ketenangan dan keamanan dalam diri dan masyarakat.

Angguk Geleng




RASULULLAH PUN BIMBANG..
Masakan kita tidak….
Rasulullah kerap berdoa..
‘Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati, teguhkanlah hatiku atas agamaMu’.

Sama-sama kita lazimkan doa ini supaya hati kita kekal teguh berada di landasan yang betul dan benar.


PELABURAN 3 DALAM 1
Antara 3 strategi utama untuk menambahkan pahala biarpun sesudah mati:
1. sedekah yang berterusan manfaatnya.
2. Ilmu yang diajarkan kepada orang lain.
3. Doa-doa daripada orang yang masih hidup.

Bagaimanapun kita mungkin boleh rangkumkan kesemua strategi ini dalam 1 tindakan. Antara caranya ialah menyedekahkan bahan bacaan bermanfaat kepada orang lain.


SIAPAKAH YANG BERANI MENYEKAT KEAMPUNAN ALLAH?
          Dahulu ada seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang. kemudian dia bertanyakan tentang orang yang paling alim. Lalu dia ditunjukkan kepada orang alim itu. Dia mengadu bahawa dia telah membunuh 99 orang, maka adakah lagi taubat untuk orang sepertinya. Orang alim itu menjawab ’tidak’ lantas lelaki itu membunuh orang alim itu dan cukuplah 100 oanrg. kemudian lelaki itu bertanya kepada orang alim yang lain soalan yang sama, maka jawab orang alim ’ya, siapalah yang boleh menghalang antara kamu dengan taubat? Pergi ke 1 daerah ini. Di sana penduduknya beribadah kepada Allah swt. Maka beribadahlah bersama-sama  mereka. Jangan kau pulang ke negeri kerana ia negeri yang teruk.        Maka lelaki itu pun bertolak. Di dalam perjalanan dia meninggal dunia.Malaikat rahmat dan malaikat azab saling merebutkannya. Malaikat rahmat bertegas : ‘sesungguhnya dia pergi dalam keadaan bertaubat dan menghadap Allah sepenuh hatinya’. Malaikat azab pula menolak: ’sesungguhnya dia belum sempat berbuat sebarang kebaikanpun!’Lalu seorang lagi malaikat masuk campur. ’sila ukur antara 2 tempat. Mana 1 yang lebih dekat, maka si mati menjadi haknya’. Mereka pun mengukur lalu mndapati mayatnya lebih dekat dengan tempat yang ingin dituju. Maka malaikat rahmat pun mengambilnya’.
(Riwayat al Bukhari  dan Muslim)






HITAM PUTIH
Sementara kita boleh bangun dan berdiri, dirikanlah solat dengan cara yang betul dan khusyuk. Nanti kalau dah tak boleh solat, bermakna ke kuburlah.




No comments:

Post a Comment