Google Ads

Thursday 15 October 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 99

MENARIK DI DALAM
·        doa ekspres?
·        Mendamaikan Pertikaian Dengan Adil
·        Budak Kecil dan Api Neraka
·        Sebaik-baik Manusia
·        Iman itu Bahagia Apabila Diuji
·        Rumah Mesra al Quran


Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Allah, Dialah hanya satu-satunya Tuhan yang berhak disembah. Tiada yang lain, kebanyakannya manusia itu tahu bahawa hanya Allah yang layak di sembah, tetapi dia tidak RASA bahawa hanya Allah sahaja yang layak di sembah. kerana amat ramai manusia menyembah harta, bos, suami dan lain-lain lagi.

Sahabatku
“Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, nescaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan. Itulah orang-orang yang tidak memperoleh di akhirat, kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan” (Hud: 15-16).

Sahabatku..
Apakah yang kita minta dalam solat kita? seperti maksud ayat di atas, kita akan dapat apa yang kita minta. jika kehidupan dunia yang menjadi fokus utama kita ketika berdoa, kita akan dapat. tetapi jika fokus kita ada ‘fid dunnia wal akhirah’ kita akan dapat juga. tetapi amat malang sekali manusia yang tak sempat nak minta apa-apa dengan Allah. doa nya doa expres, solatnya adalah solat ‘patuk ayam’. mereka amat sibuk mengejar kesenangan hidup di dunia tanpa menyedari yang kehidupan hidup mereka di Akhirat amat susah dan payah sekali.

Sahabatku,
kita diperkenalkan istilah neraka sejak kita kecil lagi kan? apabila sebut sahaja perkataan neraka, apa perasaan kita? jika kita tidak rasa apa-apa, sedarilah bahawa kita masih lagi belum bersedia. bersedia untuk menghadapi kehidupan yang hakiki selama-lamanya. Dan kita akan dijemput pulang pada bila-bila masa sahaja.
Editor , Norazila Khalid


HADIS 26
MENDAMAIKAN PERTIKAIAN DENGAN ADIL
 Daripada Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah saw bersabda, ‘setiap sendi tubuh manusia wajib menunaikan sedekah, setiap hari dimana matahari terbit padanya, engkau berlaku adil terhadap 2 orang (yang bertelingkah) adalah sedekah, menolong orang pada kenderaannya lalu engkau membantunya naik ke atas kenderaannya atau mengangkat barang-barang ke atas kenderaannya adalah sedekah, ucapan yang baik adalah sedekah, setiap langkah kaki menuju ke masjid adalah sedekah, dan menghilangkan gangguan daripada jalan juga sedekah’.
Sumber : Syarah Hadis 40 Imam Nawawi



BUDAK KECIL DAN API NERAKA

Seorang budak kecil menangis apabila melihat unggun api yang sedang marak menyala. Khalifah Harun Al Rasyid bertanya kepadanya kenapa dia menangis. Budak itu menjawab ‘Aku takutkan api neraka’. Khalifah yang adil itu memujuk ‘anak kecil sepertimu tidak akan masuk ke dalam api neraka’.

       Namun, apakah jawapan budak itu? katanya ‘aku melihat, apabila orang menyalakan api, mereka akan memasukkan ranting-ranting yang kecil dahulu. Selepas ranting kecil terbakar, barulah mereka akan memasukkan kayu yang besar. Aku takut hal yang sama akan berlaku di Neraka kelak. Aku umpama ranting kecil itukah?’

       Mendengar jawapan itu, khalifah turut menangis.

 

Pengajaran

Apabila rasa takutkan Allah berada di dalam hati, semua yang dilihat akan memberikan pengajaran dan hikmah. Hal yang dilihat biasa oleh orang lain, dilihat luar biasa oleh orang yang takutkan Allah lantas akan dapat menghalang mereka melakukan maksiat dan dosa.

 

Sumber : ANGGUK GELENG



SEBAIK BAIK MANUSIA
          ‘sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari al Quran dan mengajarkannya’
Hadis Riwayat al Bukhari 



IMAN ITU BAHAGIA APABILA DIUJI
‘ustaz, semuanya bermula apabila suami saya berpoligami’
‘sudah lama?’
‘baru sahaja. sejak 2 bulan lalu’.
‘puan kecewa? Marah? ’
‘tidak. Insya Allah tidak. Saya boleh menerima segala2nya dengan baik
‘jadi, apa masalahnya? ’.
 ‘masalahnya dari ibubapa dan ipar duai saya. Semuanya menentang. Mereka beranggapan saya telah dizalimi oleh suami. Mereka desak saya bertindak’.
‘puan bertindak?’. 
‘tidak. Saya tetap dengan pendirian saya. Saya ingin hadapi semua ini dengan tabah’.
‘Alhamdulillah, kalau begitu, apa masalahnya lagi? ’
‘apabila saya tidak mahu bertindak , mereka tuduh saya pula turut bersubahat dengan suami . Mereka marahkan saya . Akibatnya hubungan saya dengan mereka menjadi renggang. Tegur sapa dan ziarah menziarahi tidak semeriah dulu. Saya sedih diperlakukan begini.’ .
‘puan, kunci keharmonian dalam poligami terletak ditangan puan dan suami, insyaAllah. Bukannya ditangan ibubapa dan mertua serta iparduai. Jika puan tabah, tenang dan steady, orang lain tidak akan berani berbuat apa-apa. mereka hanya ‘bising’ seketika. Kemudian ketabahan puan itulah yang akan memadamkan segala-galanya. Apa perasaan puan selepas berpoligami?’.
‘saya telah bersedia sejak suami menyatakan hasratnya. Ini sudah rezeki saya’.
‘apa yang mendorong puan berbuat begitu?’.
‘ustaz, suami saya baik. Bertanggungjawab. Saya yakin dia tidak bertindak sembarangan. Bukan kerana suka-suka. saya yakin dia boleh bertanggungjawab dengan baik terhadap 2 orang wanita. Sejak awal lagi rumahtangga kami dibina atas cita-cita ingin mencari keredhaan Allah. Dia jawapan istikharah saya dan saya jawapan istikharah dia. 11 tahun berlalu, bermacam-macam ujian kami lalui. Istikharah pun diuji kan? Begitu saya baca dalam tulisan ustaz. Istikharah perlukan mujahadah. alhamdulillah segala-galanya dapat kami harungi bersama. Sekarang, ujian poligami’.
‘puan tidak rasa dieksploitasi?’
‘tidak sekali-kali ustaz. Memang ada lelaki yang ditakdirkan untuk memimpin lebih daripada seorang isteri. Dan ada wanita yang mampu untuk menerima wanita lain berkongsi kebahagiaan bersama-sama suaminya. Mengapa ibubapa saya dan ipar-duai bersikap begitu? Sedangkan yang menanggung segala-galanya ialah saya?’.
‘itulah trauma masyarakat melayu kita. Persepsi terhadap poligami begitu negatif. Poligami disinonimkan dengan penzaliman dan penganiayaan. Padahal poligami ialah tentang perkongsian dan pembelaan ’..
‘mungkin kerana pelaksanaan poligami yang begitu pincang selama ini’.
‘kalau begitu perkahwinan yang monogami pun bermasalah. Statistik terkini menunjukkan bahawa setiap 15 minit 1 penceraian berlaku. Apa penyebab pologami? ’
‘masyarakat kita hanya mengikut sentimen, bukan berdasarkan ilmu dan fakta ustaz.
‘saya tidak nafikan ada juga lelaki zalim yang berpoligami hanya untuk seronok-seronok, mengikis harta, berbangga-bangga, hanya cuba-cuba, dan sebab-sebab lain yang tidak syarii. mereka ini bukan hanya menzalimi isteri-isteri mereka, tetapi turut mencemarkan kesucian hukum islam’
‘jadi saya perlu biarkan sahaja sikap negatif ibubapa dan ipar-duai saya?.
‘selagi puan tabah dan suami puan berlaku adil dan bijak mengemudi rumah tangga, insyaAllah semuanya akan reda dengan sendirinya ’
‘sunyi juga. Terasa kehilangan’
‘inilah hikmah besar poligami puan. Supaya kita kukuh dan teguh meletakkan cinta pertama dan utama kita kepada Allah. Ini jalan yang ditakdirkan untuk puan agar lebih akrab dengan Allah. Kadangkala kehilangan akan menemukan kita kepada sesuatu yang lebih mulia dan berharga!’.
 ‘saya akan kehilangan cinta suami?’.
‘tidak. Dengan mencintai Allah, puan akan lebih mencintai kerana Allah dan dicintai oleh orang yang mencintai Allah. Doakan agar suami puan mencintai Allah’. 
‘saya tidak pandai ustaz. Saya bukan ustazah. Hanya seorang suri rumah biasa. Tetapi saya terus belajar dan mendengar. Saya ‘pelajar’ yang sedang bermujahadah. Terkadang ustaz, datang juga rasa cemburu. Bagaimana ya?’
‘cemburu itu fitrah. Itu tanda ada cinta. Selagi dalam batas-batas syariat, selagi itulah cemburu itu selamat. Puan punya banyak masa sekarang?’
‘begitulah ustaz, ketika bukan giliran saya, ada banyak masa untuk melaksanakan amalan-amalan sunat serta membaca al Quran dan buku-buku yang ditangguhkan pembacaannya sejak dulu.’ .
‘itulah hikmahnya. Ada masa untuk membina dan memperbiki diri sendiri kerana walau bagaimana baik pendidikan yang diberikan oleh suami, isteri tetap perlu mendidik dirinya sendiri. Sepertimana perkahwinan pertama dulu diuji, begitulah juga perkahwinan yang kedua ini, pasti diuji. Iman itu bahagia. Iman itu diuji. Justeru bahagia itu hadir apabila diuji ’..
‘insyaAllah ustaz, doakan saya tabah. Bukankah ustaz selalu berpesan, jangan pinta hidup yang mudah, tetapi pintalah hati yang tabah untuk menghadapinya!’
Sumber : Beduk di ketuk





RUMAH MESRA AL QURAN
 Bacakan al Quran di hadapan anak-anak. Biarkan anak-anak kita mendengar kita membaca dari mulut kita sendiri. Cara ini menampakkan kesungguhan dan contoh teladan daripada ibubapa.
 Perdengarkan juga bacaan al Quran daripada Qari yang baik suara dan bacaannya.
 Perkenalkan kepada anak-anak berhubung dengan al Quran seperti kisah penurunan al Quran kepada Rasulullah SAW, bilangan surah dan juzuk. Ceritakan juga cerita-cerita dalam al Quran seperti kisah Ashabul Kahfi, kisah para Rasul, Firaun dan lain-lain.
Sumber : MELAHIRKAN ANAK PENCINTA AL QURAN










No comments:

Post a Comment