MENARIK DI DALAM
·
Sifat-sifat Mazmumah
·
3 strategi Asas Dakwah
·
Bertaubatlah
·
Doaku Untukmu
·
Raih Keampunan dengan kemaafan
SIFAT MAZMUMAH
Sifat mazmumah menjadi ‘jalan mudah’ iblis
untuk menghasut manusia.
◊ PEMARAH
Marah yang tidak dikawal menyebabkan hilang
kewarasan pemikiran.
◊ MENURUTI NAFSU SYAHWAT
Nafsu syahwat laluan iblis untuk
meniupkan ‘angin jahat’ yang menyebabkan manusia terjerumus ke lembah maksiat seperti
zina, rogol dan seumpamanya.
◊ SOMBONG DAN TAKBUR
Disebabkan sombong dan ego, ramai manusia menolak
kebenaran sehingga sanggup mengaku dirinya tuhan.
◊ BAKHIL
Iblis akan tanamkan sifat tamak yang melampau.
Terasa berat tangan untuk menderma atau bersedekah.
◊ HASAD DENGKI
Tidak senang dengan kesenangan orang lain. Kalau
seseorang dikurniakan nikmat, dia amat susah hati sehingga mendorong melakukan
sesuatu yang tidak baik.
◊ JAHIL
Orang yang tidak berilmu mudah disesatkan oleh
syaitan. Maka mari memperbanyakkan belajar agama Islam daripada para Ulama yang
muktabar.
MORAL
Allah menyediakan banyak sifat mahmudah (baik) dalam
diri manusia. Mengelakkan sifat mazmumah (jahat) bererti mengajak diri kepada
kebaikan.
Sumber : hitamputih
3 STRATEGI ASAS DAKWAH
# Perlaksanaan Dakwah yang Pintar (pandai menawan hati dan menggunakan
falsafah)
# Nasihat Yang Baik
# Perdebatan yang berkesan
ASMA UL HUSNA
21. AL BASITH(Maha Meluaskan)
Dibaca 10 kali
selepas solat Dhuha, dgn Izin Allah akan dikurniakan rezeki yang tidak
putus-putus dan diluaskan ilmunya.
22. AL KHAFIDH
(Maha Merendahkan)
Dibaca 500 kali dengan
khusyuk dan tawaduk , dgn Izin Allah akan terlindung daripada perbuatan dan
maksud jahat serta dikabulkan doanya.
23. AL RAFI’ (Maha Meninggikan)
Dibaca 100 kali
sehari, dengan Izin Allah darjatnya akan ditinggikan.
24. AL MUIZ
(Maha Memuliakan)
Dibaca 140 kali
slps solat Isyak pada setiap malam isnin dan jumaat dengan Izin Allah akan
dipandang mulia oleh orang.
25. AL MUZIL
(Maha Pemberi Kehinaan)
Dibaca 75 kali ,
dengan Izin Allah akan dijauhkan daripada bahaya orang-orang yang akan berbuat
jahat atau memudaratkan.
Sumber : Buku Kisah Inspirasi Asma ul Husna
BERTAUBATLAH
Setiap perkara yang
menyentakkan kita daripada lamunan,menuntut kita segera bertaubat kepada Allah.
Allah maha Pengampun, Maha Pengasih, Maha Penyayang. Walau kata maaf sukar
dilafaz sesama manusia, ringankan anggota untuk bermaafan kepada Yang Esa.
DOAKU UNTUKMU
Ahmad dan Ali merupakan kawan baik dan mereka
hidup berjiran. Kedua-duanya hidup dalam kesempitan dan kemiskinan. Setelah
seharian berusaha, masing-masing akan berdoa. Begitulah kelaziman mereka
berdua. Mereka akan singgah di masjid setiap kali habis kerja untuk solat dan
berdoa.
‘apa doamu hari ini?’ tanya Ahmad kepada
sahabatnya. ’aku pinta semoga esok hari
aku dimurahkan rezeki. Bulan ini perbelanjaanku lebih dari biasa’. Jawab Ali.
’Doa kau?’ Ali pula bertanya. Ahmad Cuma tersenyum tanpa berkata apa-apa. keesokkan
hari, Ali memberitahu Ahmad berita gembira. ’Alhamdulillah, doa aku semalam
dimakbulkan Allah. Majikanku beri aku bonus pd hari ini’. ’Alhamdulillah, hari
ni kau akan berdoa apa pula?’ Tanya Ahmad. ’Aku berdoa moga isteriku selamat
bersalin’. Jawab Ali.
Mereka berdua masuk ke masjid, solat
dan berdoa. Sejurus usai solat, Ali bertanya ‘Kau doa apa hari ini?’ Ahmad
senyum dan masih tiada jawapan. Beberapa hari kemudian Ali memberitahu berita
gembira. ‘syukur isteriku selamat bersalin malam tadi. Nampknya doaku makbul
mad’.
‘tahniah
Ali’. ‘Aku berdoa juga moga anakku slmt’. Kata Ahmad dengan muram. ‘kenapa dengan
anak kau?’ ‘Anakku yang bongsu sakit, Ali. Keadaannya amat membimbangkan’.
‘inshaAllah, kau doalah kuat-kuat sikit. Minta anakmu selamat’. Kata Ali.
Beberapa hari kemudian, mereka
berbual selepas solat seperti kebiasaannya. ’bagaimana dengan anak Kau?’ tanya
Ali. ’Macam tu juga. Keadaannya Cuma bertambh baik sedikit sahaja’. ’Doa banyak
lagi Ahmad. Aku tak sangka doaku makbul tapi kau’ ’kenapa dengan aku?’’Mad, aku
lihat domu tidak mustajab’. Ahmad tersenyum. ’Aku hairan, doa kau tidak makbul
tapi kau masih lagi boleh tersenyum?’ ‘Sebenarnya, doaku telah banyak dimakbulkan
Allah. Syukur alhamdulillah’. ‘doa yang mana satu. Sebab aku lihat tiada
apa-apa perubahan pada kau’.’doaku sejak dulu hanya untuk kau, sahabatku. Setiap
hari aku berdoa agar Allah makbulkan setiap apa yang kau doakan kepadaNya’.
Pengajaran
Doa kita untuk sahabat, saudara mara dan orang
lain sangat tinggi nilainya di sisi Allah. Apatah lagi jika kita berdoa tanpa
pengetahuan orang yang kita doakan. Itulah keikhlasan. Sayangnya dalam hal ini
jarang kita buat. Manusia selalunya mementingkan diri, walaupun dalam donya kepada
Allah.
Sumber
: Angguk Geleng
RAIH KEAMPUNAN DENGAN MEMAAFKAN
Siapakah kita jika dibandingkan
dengan Allah yang merasa terlalu ego untuk tidak memaafkan kesalahan orang
lain? Apakah kita terlalu suci, baik dan sempurna sehingga tidak boleh
memaafkan kesalahan orang lain? Sedangkan Allah yang Maha Agung pun sudi
memaafkan kesalahan hambanNya, apatah lagi kita. Allah sudi mengampunkan bukan
sekali, tetapi berkali2.
KALAU AKU BUAT DOSA
∆ Aku akan diharamkan daripada mendapat ilmu yang
bermanfaat.
∆ Aku pasti sentiasa murung dan akan wujud
keresahan dalam hati.
∆ Segala urusan yang aku lalui setiap hari pasti
dihurung kesusahan dan kepayahan.
∆ Perkara ketaatan diharamkan daripada diriku.
∆ Aku diharamkan daripada mendapat keberkatan.
∆ Terasa sempitnya dadaku.
∆ Aku terus bergelumang dengan pelbagai perkara
buruk lagi.
∆ Dosa dan maksiat itu menjadi kebiasaan bagiku.
∆ Sedihnya apabila Allah menghina diriku ini.
∆ Hatiku bertambah pedih ketika manusia lain
memandang hina kepadaku.
∆ Bahkan, binatang ternakan turut melaknatiku.
∆ Hanya
kehinaan yang layak buat diriku.
∆ Hatiku dipenuhi dengan titik-titik hitam.
∆ Aku diselubungi kelaknatan.
∆ Doa aku terhijab dan terhalang daripada
dimakbulkan.
∆ Aku tidak lagi mengecapi kebahagiaan.
∆ Perisai malu tidak lagi bertahan dalam diriku.
∆ Tanpa disedari, nikmat yang ada telah ditarik
oleh Allah.
∆ Diri aku sudah tentu dibaluti perasaan takut yang
tidak terperi.
∆ Aku mampu ditawan oleh syaitan dengan mudah.
∆ Pengakhiran hidupku sudah tentu dalam keadaan yang
buruk.
∆ Akhirnya, azab dan seksaan Allah menantiku di
akhirat.
∆ Ya Allah, aku ingin bertaubat..Aku menyesal atas
segala dosa dan maksiat yang aku telah lakukan…
Sumber : Ibn AlQayyim
No comments:
Post a Comment