Google Ads

Thursday 1 October 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 72

MENARIK DI DALAM
·        ‘pak guard’ untuk diri sendiri?
·        Hati Yang Keras
·        Bahagiakan mereka
·        Doa Dhuha
·        Tahap Penciptaan Manusia, Ketentuan dan Kesudahannya
·        Wang atau Tenang
·        Tip Mudah bangun malam


Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Sahabatku
Cuba tanya diri kita sekarang, adakah kita telah mengawal diri kita? Diri kita perlukan kawalan. Sesungguhnya manusia perlukan kawalan kepada diri sendiri. Kawalan untuk apa ye? Kawal untuk kita lakukan sesuatu atau apa yang perlu dan apa yang tak perlu. Jadi, mengawal diri adalah kita perlu mengawal hawa  nafsu kita. hawa nafsu adalah sebahagian daripada diri kita. kita nak kawal diri, maka kita perlu mengawal hawa nafsu sendiri. 

Sahabatku
Hawa nafsu berada dalam diri kita sendiri. kita sangat mudah untuk mengawal orang lain, tetapi amat payah mengawal diri sendiri, kerana dalam diri kita terdapat nafsu yang mesti ditundukkan dan salah satu cara untuk menundukkan hawa nafsu adalah dengan lapar.

Sahabatku
Lihatlah ke dalam diri kita bagaimanakah kita mengawal hawa  nafsu kita?
Editor, Norazila Khalid



HATI YG KERAS
Firman Allah yang termasuk ‘Sebenar-benarnya ayat-ayat kali  tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka telah diseliputi kekotoran dosa dengan perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan. ’(Surah al-Muthaffifiin:14). Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak akan masuk ke dalam hati, kalaupun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan untuk mengamalkannya. 


Kita tidak akan bahagia selagi orang di sisi kita tidak bahagia. Pegang kata-kata ini. Maknanya, untuk kita bahagia, carilah orang yang paling hampir dengan kita dan bahagiakanlah mereka.hanya setelah itu, barulah kita akan berasa bahagia.

 

 


DOA DHUHA

Allahumma Innadh Dhuha-A Dhuha-Uka

Wal Bahaa-A Bahaa-Uka

Wal Jamaala Jamaaluka

Wal Quwwata Quwwatuka

Wal Qudrata Qudratuka

Wal Ismata Ishmatuka

Allahuma Inkaana Rizqi Fis Samma-I    Fa Anzilhu

Wa Inkaana Fil Ardhi Fa-Akhrijhu

Wa Inkaana Mu’asiran Fayassirhu Wainkaana Haraaman Fathahhirhu

Wa Inkaana Ba’idan Fa Qaribhu

Bihaqqiduhaa-Ika Wa Bahaaika

Wa Jamaalika Wa Quwwatika Wa Qudratika

AatiniMaa Ataita Min’ibadikash Shalihin

 

Ya Allah sesungguhnya Waktu Dhuha itu Dhuha Mu

Kecantikannya KecantikanMu

Keindahannya KeindahanMu

Kekuatannya KekuatanMu

Kekuasaannya KekuasaanMu

Perlindungannya perlindunganMu

Ya Allah Jika Rezeki Masih di Langit Turunkanlah

Jika Di Bumi Keluarkanlah

Jika Sukar Permudahkanlah

Jika Haram Sucikanlah

Jika Jauh Dekatkanlah

Berkat Waktu Dhuha KecantikanMu

KeindahanMu, KekuatanMu, KekuasaanMu

Limpahkan Kepadaku Segala Yang Engkau Telah Limpahkan Kepada Hamba—hambaMu Yang Soleh

 

Doa Dhuha

UNIC


HADIS 4
TAHAP PENCIPTAAN MANUSIA, KETENTUAN DAN KESUDAHANNYA
 Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas’ud r.a berkata, bahawa  Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : ‘Sesungguhnya dikumpulkan penciptaan setiap kamu di dalam rahim ibu selama 40 hari dalam bentuk Nutfah (sperma). Kemudian menjadi ’alaqah (segumpal darah) selama itu juga, kemudian menjadi mudghah (segumpal daging) selama itu juga , kemudian diutuskan malaikat untuk meniupkan roh kepadanya. Lalu diperintahkan untuk menuliskan 4 perkara, rezekinya, ajalnya, amal perbuatannya dan sengsara atau bahagianya. Maka, demi Allah yang tiada Tuhan selainNya, dan seseorang antara kamu mengerjakan amalan Ahli Syurga, maka tidak ada jarak antara dirinya dan syurga kecuali sehasta sahaja. Maka, dahululah atasnya takdir Allah, lalu dia melakukan perbuatan ahli Neraka hingga dia masuk kedalamnya. seseorang antara kamu mengerjakan amalan Ahli Neraka, maka tidak ada jarak antara dirinya dan Neraka kecuali sehasta sahaja. Maka, dahululah atasnya takdir Allah, lalu dia melakukan perbuatan ahli Syurga hingga dia masuk ke dalamnya.’

HURAIAN DAN INTISARI HADIS
KALIMAH SATU
Kalimah ‘yang jujur, benar lagi dibenarkan ‘ bermaksud bahawa Rasulullah saw ialah orang yang sentiasa jujur dan benar’. Apa yg diturunkan kepada baginda benar-benar wahyu Allah.

KALIMAH DUA
Kalimah ‘kemudian diutuskan malaikat untuk meniupkan roh kepadanya’ ialah malaikat yang mengurus rahim.

KALIMAH TIGA 
Kalimah ’ada seseorang antara kamu yang mengerjakan amalan ahli syurga’ secara jelasnya menunjukkan bahawa orang itu melakukan amalan yang benar-benar mendekatkan dirinya kepada syurga dengan jarak yang terlalu hampir iaitu kurang 1 hasta.  Malangnya dia dihalang untuk memasuki syurga kerana takdir telah menetapkan yang dirinya akhirnya melakukan perbuatan ahli neraka.

KALIMAH EMPAT
Kalimah ’ada seseorang antara kamu yang mengerjakan amalan ahli Neraka…’ adalah satu kejadian yang jarang-jarang berlaku dan bukan merupakan hal yang umum, ia berdasarkan kemurahan Allah.    
Sumber : Syarah Hadis 40 Imam Nawawi


WANG ATAU TENANG
Mana lebih utama wang atau ketenangan? Mungkin dari sudut ilmiahnya, mudah dijawab, tentulah ketenangan. Tetapi sayangnya, apabila dipraktikkan sehari-hari kita sering mengutamakan wang berbanding ketenangan. Tidak payah dibawakan hujah yang besar-besar, cukup sekadar insiden kecil yang saya bawakan di bawah.
‘Mengapa asyik keluar masuk, keluar masuk sahaja?’
Tanya saya kepada seorang kenalan. Kami sama-sama menunggu dalam bank untuk melakukan urusan kewangan. Tetapi, sejak dari tadi, saya lihat dia begitu resah, rimas dan tak senang duduk. Sekejap-sekejap keluar, sekejap-sekejap masuk.
‘saya takut kereta kena saman. Saya tak masukkan duit di mesin tempat letak kereta’
‘kenapa?’
‘ala, kejap sangat.Tak berbaloi. Mungkin urusan saya hanya mengambil masa sekadar lima ke tujuh minit sahaja. Nak letak 50 sen? Tak patut..’
‘tapi rasanya macam ni lagi tak patut’.
‘macam ni yang macam mana?’
‘yalah, saya tengok awak resah sepanjang masa menunggu. Tak tension ke?’
‘memang tension jugak.tapi dah terpaksa. Nak jimat’
‘sampai begitu sekali? Mana lebih berharga? Wang 50 sen atau ketenangan hati dalam tempoh 5 atau 7 minit ?’.
‘eh, eh.. Penjaga tu dah datang. Saya perlu cepat’
Katanya sambil bergegas keluar.
‘nasib baik saya sempat bayar. Kalau tidak dah kena saman’
Katanya sambil bermengah-mengah apabila duduk kembali di sebelah saya. saya pula tersenyum. Melihat peluhnya memercik dan nafasnya yang turun naik. Tiba-tiba dia menjerit kecil
 ‘aduh. Nombor saya sudah terlepas!
Dia segera menuju ke kaunter urusan. Saya lihat dia merayu-rayu sambil menunjuk-nunjuk jarinya keluar. Mungkin memberi alasan kenapa dia terlepas bila nombor gilirannya dipanggil. Ah..tension lagi. tentunya. Ya, mana lebih beharga, wang atau ketenangan?
Sumber : Beduk di Ketuk






TIP MUDAH BANGUN MALAM
Imam Al Ghazali memberikan sedikit panduan untuk memudahkan seseorang bangun pada waktu malam untuk berqiamullai atau bertahajjud
1. Tidak makan terlalu banyak pada waktu siang.
2. Tidak melakukan aktiviti yang terlampau berat sehingga meletihkan badan.
3. Tidur sebentar pada waktu siang hari (qailulah) sebelum waktu zohor.
4. Menjauhkan diri daripada melakukan dosa dan maksiat pada waktu siang.







No comments:

Post a Comment