Google Ads

Friday 16 October 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 102

MENARIK DI DALAM
·        Bapa Derhaka Anak?
·        Amalan Ke Syurga
·        4 Dalam 1
·        Ada Hikmahnya


Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Sahabatku
saya ada mengikuti rancangan ‘pesan atuk’ Isunya tentang bapa derhaka anak. Ada beberapa sebab mengapa seseorang itu di katakan derhaka kepada anaknya sendiri, antaranya ialah 
1)tidak mencari isteri yang baik.
2)tidak memberi nama anak yang baik
3)tidak memberi didikan agama
4)tidak kisah tentang teman hidup anak 

Sahabatku
saya ingin membincangkan tentang no3 dan no4. ibubapa terlalu mengharapkan institusi pendidikan yang memainkan peranan untuk memberikan didikan agama  kepada anak mereka sedangkan mereka sendiri yang sepatutnya memberi didikan awal kepada anak mereka. sebagai contoh, solat di ajar seusia 5 tahun lagi, dan solat yang lengkap di usia 7 tahun serta di rotan pada usia 10 tahun. tetapi apa yang berlaku pelajar sekolah menengah masih ramai lagi yang tidak solat dan malangnya mereka itu tidak pandai solat.

sahabatku,
ada juga ibubapa yang tidak kisah tentang teman hidup anak. sangat menyedihkan apabila ada yang membenarkan anak-anak remaja bercouple di usia belasan tahun, kononnya ingin menunjukkan bahawa meereka ialah ibubapa sporting. tetapi sebaliknya anak-anak tersebut terus hanyut dalam arus percintaan yang boleh membawa ke arah zina .

sahabatku,
anak untuk dijaga dan dipelihara dengan nilai-nilai agama, bukan dibiarkan membesar dengan suntikan-suntikan dari luar yang bersifat duniawi yang hanya melalaikan anak-anak dan jauh dari penciptanya.

Sahabatku
besarnya tanggungjawab sebagai ibubapa. kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak atas apa yg kita lakukan terhadap anak-anak. Ingat, anak itu amanah, bukan sekadar anugerah.
Editor , Norazila Khalid


HADIS 29
AMALAN KE SYURGA
 Daripada Mu’az bin Jabal r.a bertanya kepada Nabi SAW  ‘ wahai Rasulullah, beritahukan kepadaku tentang suatu amal yang dapat memasukkanku ke dalam syurga dan menjauhkanku dengan Neraka.’ Nabi SAW bersabda ‘Engkau bertanya kepadaku sesuatu yang besar. Namun sesungguhnya ia adalah mudah bagi orang yang dimudahkan oleh Allah swt. Sembahlah Allah dan jangan menyekutukanNya dgn sesuatu pun, kerjakanlah solat, keluarkanlah zakat, berpuasalah pada bulan Ramadhan dan kerjakanlah ibadat haji ke Baitullah’. Kemudian Baginda Bersabda: ‘Inginkan engkau kuberi petunjuk akan pintu2 kebaikan? Puasa itu adalah sebagai perisai. Sedekah adalah amal yg menghapuskan kesalahan sebagaimana air memadamkan api, dan solatnya seseorang ditengah malam’. Kemudian Baginda membaca ayat pd surah as sajdah 16-17 ‘mereka merenggangkan diri dr tempat tidur (sedikit sangat tidur) kerana mengerjakan solat Tahajjud dan amal-amal soleh), mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredhaanNya), dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian daripada apa yang Kami beri kepada mereka. Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (daripada segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan menggembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan’. Kemudian baginda bersabda ‘mahukah engkau kuberitahu tentang pokok amal, tiang dan puncaknya? ’Saya menjawab ’mahu, Wahai Rasulullah?’. Rasulullah SAW bersabda ’pokok amal ialah Islam, tiangnya adalah solat, dan puncaknya adalah jihad’. Kemudian Baginda bersabda ’Mahukah engkau kuberitahu tentang kunci daripada semua perkara itu?’, saya menjawab ’Mahu, wahai Rasulullah’.baginda lalu memegang lidahnya dan bersabda ’jagalah ini’. Saya berkata ’Wahai Nabi Allah, adakah kita dihisab atas apa yang kita katakan?’ Baginda bersabda ’ semoga ibumu kehilanganmu! (Ungkapan hairan). Bukankah tidak ada yang akan menjerumuskan orang ke dalam neraka melainkan hasil daripada ucapannya (Yang berbentuk maksiat)’.
Sumber : Syarah Hadis 40 Imam Nawawi



4 DALAM 1
‘Betul kau kahwin lagi?’
‘betul’.
‘macammana dengan 4 in 1?. Bila kau kahwin lagi?’
Dulu dia amat memuji isterinya yang 4 dalam 1 (seorang isteri macam 4 orang).apa lagi nak dicari. Isterinya sudah tiptop.

‘baru tahun lepas’
‘isteri kau macammana tak cemburu? ’.
 ‘Dia yang minta aku kahwin lagi’
‘kenapa?’ 
‘dia terlibat dengan kemalangan jalan raya. Keadaanya agak teruk. Sejak itu kesihatannya merosot. Dia tidak dapat lagi berperanan sebagai isteri yang sebelumnya’.
‘jadi dia yang menyuruh? Betul kau tak ada pujuk-pujuk dia?’
‘betul, aku tak sampai hati. Keadaannya selepas kemalangan itu membuatkan aku benar-benar sedih. Sewaktu sihat dia menjaga kami sekeluarga dengan baik, takkanlah keadaannya kurang berdaya macam tu, kami nak pinggirkan dia’
‘tetapi’
‘tetapi, dia benar-benar mendesak.’
‘bagaimana dengan anak-anak?’
‘mula-mulanya anak-anak kami juga terkejut. Sudah ada riak-riak membantah dan memberontak daripada mereka. Tetapi dia jugalah yang memujuk anak-anak’.
‘bukankah dulu dia begitu cemburu? Aku masih ingat lagi ketika kau ceritakan bagaiman dia begitu sebak ketika kau bergurau tentang hasrat untuk berpoligami. Bukankah dia telah menangis sakan?’
‘sekarang aku baru tahu cemburunya memang sihat. Lahir dari hati yang benar-benar menyayangi aku, bukan sayangkan dirinya. Aku berkahwin juga akhirnya. Sejak bermadu hubungan kami mesra macam dulu-dulu juga, malah semakin erat dan mesra’.
‘kau macammana sekarang?’.
‘aku takkan sia-siakan pengorbanannya’
‘maksud kau? ’
‘aku cemburu dengan kebaikannya’
‘cemburu lagi. cemburu yang bagaimana?’
‘aku cemburu dengan kebaikannya. Aku akan berlumba untuk menjadi suami yang soleh sepertimana dia berlumba menjadi isteri yang solehah. Kami akan berlumba untuk membuat kebaikan’.
‘aku juga cemburu melihat rumahtangga kamu berdua. Apabila rumah menjadi syurga, pasti ada bidadarinya. Siapa agi kalau bukan isteri kita bidadarinya’
‘aku tidak akan mensia-siakannya. Malah akan lebih memuliakannya. Mudah-mudahan kami akan bersama di syurga nanti’
‘sekarang dia macammana? ’
‘kesihatannya semakin merosot. Kedua-dua belah kakinya hampir lumpuh’
‘aku bersimpati sungguh, mudah-mudahan dia sabar ’
‘itulah doaku. Terima kasih. Apapun nanti, dia tetap 4 in 1’
Sumber : Beduk di ketuk




 ADA HIKMAHNYA

          Tok  Penghulu dgn anaknya membela seekor kuda . Mereka amat menyayangi kuda itu. Satu hari, kuda itu terlepas dan terus lari dalam hutan berhampiran. Orang-orang kampung yang mengetahui hal tersebut berkata kepada Tok Penghulu, ‘Kami simpati atas kehilangan kuda kesayangan tok. Tentu Tok sedih..’

          Sebaliknya, Tok Penghulu tersenyum lalu berkata ‘Tak apalah, tentu ada hikmahnya’.

‘Apa himahnya tok?’’Tok pun tak tahu, tapi pasti ada hikmahnya’.

          Beberapa minggu kemudian, kuda kesayangan tok penghulu pulang dengan membawa beberapa ekor kuda liar. Orang kampung sangat kagum kerana sekarang bilangan kuda kepunyaan tok ketua bertambah secara tiba-tiba. sudah rezekinya. ‘tok bertuahlah. Untung’. Begitulah kata mereka. Tok penghulu sebaliknya berkata ‘belum tentu lagi. tapi tok yakin tentu ada hikmahnya’.

          Anak lelaki tok peghulu begitu gembira dengan kuda-kudanya. Setiap hari dia menunggang kuda kesayangannya sambil  mengembala kuda-kuda liar yang lain. Begitu sibuk dan tangkas sekali. Entah bagaimana pada suatu petang, anak tok penghulu itu jatuh dari kudanya lalu tangan kanannya patah.

          Org kampong tahu dia ialah anak kesayangan tok penghulu. Mereka datang menziarahi anak tok penghulu yang terlantar. ‘malang benar nasib tok. Baru dapat nikmat sekarang ditimpa bala pula’. Kata mereka. ‘Tok penghulu tersenyum dan berkata ‘ini ujian Allah. Tentu ada hikmahnya’.

          Tidak lama kemudian, kampong mereka didatangi oleh pegawai-pegawai atasan tentera Negara itu. Orang kampong semua bimbang kerana raja mereka memang terkenal zalim dan tidak berperikemanusiaan. ‘Raja memerintahkan semua anak muda lelaki dikumpulkan! Negara memerlukan tentera tambahan untuk dihantar ke medan perang!’ arah ketua tentera itu.

          Semua ibubapa risau dan sedih terpaksa berpisah dengan anak-anak lelaki mereka. Para remaja lelaki dibariskan di hadapan ketua tentera, termasuk anak lelaki tok penghulu yang patah tangan itu.’kamu dikecualikan ! Tdk ada gunanya membawa orang yang tangan patah!’

Pada ketika itu, dalam hati orang-orang kampung terngiang-ngiang kata-kata dari mulut tok penghulu mereka ‘mesti ada hikmahnya’.

 

PENGAJARAN

Setiap yan g berlaku pasti ada baik dan buruknya. Orang yang beriman sentiasa melihat kebaikan daripada sesuatu perkara. Mereka menerima yang buruk dengan sabar namun dalam hati sentiasa mengharap kebaikan sebaliknya daripada Allah.


Sumber : Angguk Geleng





No comments:

Post a Comment