Google Ads

Sunday 18 October 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 106

MENARIK DI DALAM
·        Allah Is Enough
·        Bukti bagi Menuduh, dan Sumpah bagi yang Mengingkari
·        Lembut kata vs Lembut hati
·        Orang yang Hebat
·        Maju Secara Automatik
·        Saya Mahu Jadi Televisyen
·        Doa


Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Yang Maha Mengetahui apa yang ada dalam Dada manusia, samaada sembunyi atau tidaak. Allah Maha Adil terhadap hambaNya, yang beriman akan mendapat ganjaran Syurga dan yang kufur, azab yang menanti amat pedih.

Sahabatku….
saya ingin kongsikan nukilan dari Yasmin Mogahed. ‘Allah is sufficient. Allah is enough. for those who make Allah their primary concern, there is only peace, because whatever happens to them in this life is GOOD and accepted as the will of Allah. Imagine having good in your life. that is the state of this type of believer , as the Prophet says ‘Wondrous are the believer’s affair. for him there is GOOD in all his affairs, and this is so only for the believer. when something pleasing happens to him, he is grateful, and that is GOOD for him. and when something displeasing happens to him, he is enduring (has sabr), that is GOOD for him too’ (Riwayat Muslim). And so in the heart of such a believer is a sort of paradise. That is the paradise that Ibn Taymiyyah, may Allah have mercy on his soul, spoke of when he said ‘Truly, there is a heaven in this world, and whoever do not enter it, will not enter the heaven of the next world. and in that heaven, complete peace is not just a moment, it is a state , ETERNAL.

Sahabatku
saya amat sukakan ayat-ayat ini. kerana apabila kita redha dan menerima segalanya apa yang berlaku dalam hidup kita, segalanya adalah indah dan baik. Allah tahu apa yang terbaik buat kita. hidup menjadi bahagia dan berkat. itulah Syurga yang kita dapat di dunia ini. bila di dunia merasakan syurga, semua best, semua bagus, kita juga akan mengecapi syurga yang kekal abadi di SANA... itulah yang dimaksudkn oleh Ibn Taymiyyah.

Sahabatku.
Lihat ke dalam diri kita sekarang, adakah kita dapat merasai syurga dalam diri kita. merasa kebahagiaan dalam kehidupan ini? jika masih lagi berdendam, busuk hati, hasad dengki, cemburu membabi buta, tiada ketenangan. natijahnya di SANA nanti kita tidak akan berjumpa dengan syurga. mungkin di tempat lain (nauzubillah....)                                                
Editor, Norazila Khalid  

HADIS 33
BUKTI BAGI MENUDUH DAN SUMPAH BAGI MENGINGKARI
 Daripada Ibn Abbas r.a berkata, Rasulullah saw bersabda ‘jika semua orang dipenuhi akan tuntutannya, nescaya akan ada orang yang menuntut harta benda dan darah suatu kaum. Akan tetapi hendaklah ada bukti bagi orang yang menuduh dan ada sumpah bagi orang yang mengingkari’.

PENGAJARAN HADIS
1. Orang yang mendakwa hendaklah mengemukakan saksi. Jika dia berupaya untuk mengemukakan saksi dgn sempurna menurut syarat-syaratnya maka dakwaannya boleh diterima oleh hakim. Bermakna dia menang dalam dakwaan atau tuntutannya.
2. Jika orang yang mendakwa tidak berupaya untuk mengemukakan saksi, hakim behak menyuruh orang yang terdakwa bersumpah. Sekiranya dia sanggup bersumpah, maka dia mendapat kemenangan.
3. Kalau orang yang terdakwa tidak mahu bersumpah, maka orang yang mendakwa hendaklah bersumpah. Kalau dia bersumpah, maka dialah yang menang.
4. Apabila dua orang yang mendakwa masing-masing mempunyai hak atas suatu barang dan barang itu berada ditangan salah seorang daripada kedua-duannya, sedangkan kedua-duanya tidak mengemukakan saksi maka hendaklah disuruh orang itu memegang barang itu bersumpah dan membenarkan sumpahnya. Tetapi kalau barang itu berada ditangan kedua-duanya atau tangan orang lain, maka hendaklah kedua-duanya bersumpah kemudian barang tersebut dibahagi dua. 
Sumber : Hadis 40 Imam Nawawi


LEMBUT KATA VS LEMBUT HATI
Kata-kata yg lemah lembut dan beradab dpt melembutkan hati dan manusia yg keras.  
HAMKA


ORANG YANG HEBAT
Orang yang hebat tidak akan melenting apabila di caci. Bahkan dia akan tersenyum, bersabar dan mendoakan yang baik-baik sahaja.



MAJU SECARA AUTOMATIK
‘aku marah betul bila ada orang tuduh ikut Islam tak maju. Ini menghina Islam. Islam kan agama kemajuan.  ’ .
‘tuduhan yang berulang-ulang. dulu banyak juga dijawab tapi tuduhan datang lagi’
‘mereka tu sambung lidah Barat. Ini semua gara-gara konco-konco Barat di Negara ini’
‘tapi mungkin juga berpunca daripada kita’.
 ‘apa? Maksud kau, dalam orang Islam sendiri?’.
‘ya, sebab orang Islam sendiri yang menuduh orang Islam tidak maju dan membangun!’. 
‘Kau nak nafikan kemajuan yang ada ini? tengok, semua dah nampak betapa kita boleh maju dan membangun’.
‘kita membangun tapi belum tentu apa yang kita bangunkan itu pembangunan Islam, mungkin hanya pembangunan umat Islam’ .
‘pada kau, apa bezanya?’
‘pembangunan Islam berdasarkan 5 hukum– wajib, sunat, harus, makhruh dan haram. Baik dari segi niat, matlamat, perlaksanaan dan natijahnya. Maksudnya dalam pembangunan itu ditegakkan hukum-hukum yang halal, sunat dan setidak-tidaknya yang harus. Sementara yang haram dan makhruh dijauhi ’
‘maksud kau kalau prinsip-prinsip itu tidak dipatuhi dalam pembangunan, ia tetap bukan pembangunan Islam walaupun dilaksanakan oleh umat Islam?’
‘disitulah perbezaannya’
‘tapi kadangkala aku tengok orang yang solat, yang banyak wirid dan zikir pun tak membangun. kenapa? Patutnya mereka inilah yang membangunkan pembangunan Islam versi kau tu?’
‘itu satu lagi kesilapan. Yang asyik wirid dan zikir, asyik di masjid, banyak solat sunatnya tak membangun pula. Lantas orang tuduh. Tengoklah tu. Islam jumud, beku’
‘habis, yang mana satu betul? Yang satu membangun tapi terabai hukum, yang satu lagi pula tak membangun kerana asyik beribadah. ’
‘kalau kita faham ajaran Islam yang sebenar, tidak akan berlaku demikian. Kerana tabiat Islam itu maju. Amalkan saja Islam, automatik kita akan maju. Tapi syarat Islam yang kita amalkan mestilah Islam yang syumul, global bukan serpih.
‘apa kau kata? Tabiat Islam itu maju? ’
‘kiasannya begini. Api tabiatnya membakar. Ada api membakarlah ia. Tak payah kita susah-susah nak buat api itu terbakar. tabiat api memang membakar. Yang kita kena dapatkan ialah api..’
‘jadi?. ’
‘yang jadi masalahnya ialah nak diusahakan supaya semua umat Islam amalkan islam dalam erti kata sebenar. Tak payahlah sebut maju pun tak apa. Sebaik saja diamalkan syariat islam, maka secara automatik majulah kita. Macam api. bila dah ada membakarlah ia.’
‘kalau begitu pada kau, dorong mereka terus supaya amalkan syariat. Tak sebut pasal slogan kemajuan pun tak apa?’
‘taklah salah pula. Tapi yang penting carilah api. Bukannya nak usahakan api yang belum ada agar membakar.  bagi mereka yang takut tak maju kerana amalkan islam, menunjukkan mereka tak faham ajaran Islam yang sebenarnya. Bagi mereka yang tak maju-maju walaupun dah amalkan Islam ini menunjukkan tentu ada salahnya dengan Islam yang mereka amalkan’
Sumber : Beduk di ketuk





SAYA MAHU JADI TELEVISYEN
        Seorang guru sekolah rendah meminta para pelajarnya untuk menulis esei berkenaan perkaya yang mereka mahu Tuhan lakukan untuk mereka.
        Setelah beberapa ketika, guru tersebut menyemak esei-esei tersebut. Sewaktu melihat satu esei yang ditulis oleh salah seorang pelajarnya itu,  dia menjadi sangat emosi dan mula menangis teresak-esak. kebetulan ketika itu, suaminya melangkah masuk. terkejut dia melihat si isteri yang mengalirkan air mata. ’Apa yang berlaku?’ ’Lihatlah esei pelajar saya ini’. Dalam sedu hiba yang masih bersisa, si isteri menghulurkan esei yang menjadikan wajahnya basah dengan air mata.

************************
    Oh Tuhan, malam ini saya ingin mengajukan kepadaMu sesuatu yang sangat istimewa. Jadikan saya sebuah televisyen. Saya ingin mengambil kedudukan televisyen. Menikmati kehidupan sepertimana peti televisyen di rumah saya. Saya akan memiliki ’tempat’ tersendiri dalam hati keluarga sehingga mampu menjadikn keluarga sentiasa berada disekeliling saya.
    Saya akn diberi perhatian serius ketika bercakap. Saya mahu menjadi pusat perhatian yang di dengar tanpa sebarang gangguan atau soalan. Saya mahu menerima penjagaan yang sama seperti televisyen. Ayah akan menemui saya setiap kali beliau pulang dari tempat kerja, walaupun keletihan. Ibu pula bersama-sama saya saat sedih dan kecewa, bukan mengabaikan saya seperti sekarang. Seterusnya saya mahu abang dan kakak berusaha memperuntukkan masa untuk bersama-sama dengan saya.
    Saya mahu merasakan bahawa keluarga sanggup mengetepikan kepentingan lain untuk meluangkan waktu bersama-sama saya. Akhirnya, saya mahu membuat semua individu yang saya sayang itu berasa gembira dan saya menghiburkan mereka. Tuhan, saya tidak meminta lebih dari itu. Saya hanya mahu hidup seperti televisyen pada setiap masa.
***************************
      Suaminya memberi komentar sebaik membaca esei berkenaan ‘kasihannya, anak ini miskin kasih sayang. Ibubapa terlalu teruk barangkali!!’  mendengar itu, tangisan si isteri semakin kuat. ‘Abang, itu esei anak kita!’
Sumber : Noraslina Jusin




DOA
Doa ialah RAHSIA kita dengan Allah SWT. Luahkan segala yang terbuku di hati padaNya . Kerana Dia sentiasa lebih tahu apa yang terbaik buat kita.




           




No comments:

Post a Comment