Google Ads

Wednesday 28 October 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 125

MENARIK DI DALAM
·        Rasa Berdosa
·        Amal Rosak Kerana Riyak
·        Orang baik, nampak yang baik –baik
·        Tempayan Yang Retak 
·        Ayah, pinjamkan Saya RM50

Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Tuhan yang amat dekat dan rapat dengan hamba-hambanya yang bertakwa. Tuhan yang membuka pintu ampunan selama-lamanya. sehingga nyawa sampai dikerongkong.

Sahabatku
pernahkah kita rasa berdosa? hati rasa bersalah?. jika ada rasa seperti itu. maka, syukurlah kerana itu hakikatnya merupakan1 hidayah, itu ‘jemputan’ daripada Allah untuk kita segera bertaubat.

Sahabatku
rasa berdosa itu bagus, kerana ia  mendekatkan kita kepada Allah kembali selepas kita leka dan lalai. Rasa bersalah itu sangat baik kerana ia menyebabkan kita jadi merendah diri dan bersujud menghadap Allah dengan penuh kesal dan insaf. Beruntungnya, orang yang rasa berdosa itu.

Sahabatku
Sama-sama kita lihat diri kita sendiri. manusia itu cenderung untuk melakukan kesilapan dan kesalahan, malah dosa.
Editor , Norazila Khalid



AMAL ROSAK KRN RIYAK
Amalan orang yang riyak tidak akan sampai menyentuh hati, maka ibadah itu tidak akan membentuk peribadi, tidak akan membuahkan akhlak. Orang yang riyak itu, semakin banyak beramal, maka akhlak dan keperibadiannya semakin buruk.

ASMA UL HUSNA
2. AR RAHIM (Maha Penyayang)
Dibaca 100 kali selesai solat 5 waktu, dengan Izin Allah dijadikan organ tersebut penyayang dan disayangi orang.

1000 Malaikat membantu pasukan Badar
          Pada saat akn berlangsung perang Badar, sebanyak 300 tentera mukmin telah bersiap-siap mendekati tentera musyrik. Tentera musyrik yang dipersiapkan terlalu hebat. Melihat keadaan pasukannya hati Nabi sedih lalu baginda berdoa, ’Ya Allah, sesungguhnya mereka adalah orang-orang  yang lapar maka kenyangkanlah mereka. Mereka juga tanpa alas kaki, maka tolonglah mereka dan mereka juga tidak berpakaian maka berilah mereka pakaian.’
          Rasa mengantuk kemudian menghinggapi mata kedua pasukan lalu mereka berehat. Pada malam itu, hujan turun di sekitar tentera muslim itu menjadi basah dan lembap. Hujan itu mampu membasuh perjalanan, menyucikan hati, dan membangkitkan kembali keberanian serta kepercayaan kaum muslim bahawa kemenangan itu semata-mata berasal daripada Allah swt. 
          Nabi memohon pertolongan Allah dan sesungguhnya Allah lebih mengetahui mengenai hal itu. Kemudian, turunlah bantuan Allah berupa bala tentera malaikat yang dipimpin Jibril.  ’sesunggunya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepada kamu dengan seribu malaikat datang berturut-turut. dan Allah swt tidak menjadikannya (mengirim bantuan itu)  melainkan sebagai berita gembira dan agar hati mu menjadi tenteram kerananya. Kemenangan itu hanya lah dari sisi Allah swt. Sesungguhnya Allah SWT Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana’.(Surah al Anfal 8:9-10). Inilah bukti bahawa Allah SWT maha Penyayang kepada hambaNya yang beriman.  

Sumber : Buku Kisah Inspirasi Asma ul Husna  

ORANG BAIK, NAMPAK YANG BAIK-BAIK
Apa yang kita lihat bergantung kepada diri kita. Sebab itulah berprasangka buruk itu dilarang keras oleh agama. Dalam pergaulan, kita mesti belajar meletakkan sangka baik dan memberi alasan untuk memaafkan kesalahan orang lain. Bagaimana kita akan mendapat kebaikan daripada seseorang sekiranya apa yang kita lihat ada padanya hanya keburukan semata-mata?


TEMPAYAN YANG RETAK
             Pada zaman dahulu, tinggal seorang lelaki yang menyara kehidupannya dengan berkhidmat kepada sebuah keluarga bangsawan. Dia melakukan segala kerja rumah itu daripada membersihkan halaman, memandu kereta kuda, menjaga keselamatan keluarga tersebut, termasuk juga mengangkut air dari sungai berdekatan. Isterinya pula mengemas rumah dan melakukan kerja-kerja di dapur.
            Setiap hari, lelaki tersebut akan berulang alik ke sungai, mengambil air bagi mengisi kolah di dalam rumah dengan mengandar 2 tempayan. Malangnya salah satu daripada tempayan itu sudah retak. Kesannya, air yang diangkut akan berkurang kerana hampir separuh tempayan. Oleh yang demikian, lelaki itu hanya mampu mengangkut air 1 setengah tempayan sahaja. Demikianlah berterusan selama setahun lebih.
            Suatu hari, tempayan yang retak itu berasa sangat sedih. Diadukan rasa hatinya kepada lelaki itu. ’Maafkan saya kerana selama setahun lebih ini saya tidak mampu menjalankan peranan dengan baik. Saya rasa sedih sangat. ’ kata tempayan penuh kesal. ’kamu jangan sedih wahai tempayan. Dalam perjalanan balik nanti, cuba perhatikan di sebelah kanan jalan nanti. Pokok bunga tumbuh subur dan segar. Kamu tahu siapa yang menyiramnya? Kamulah. Bunga-bunga itu aku petik dan ku berikan kepada isteriku untuk menghias rumah tuan kita. walaupun kamu retak, kamu tetap memberi sumbangan’.
            Barulah tempayan yang retak itu berasa ceria kembali dan tidak  gundah lagi walaupun hanya sebuah tempayan yang retak.

Pengajaran
Setiap manusia tidak sempurna dan ada kelemahan masing-masing. namun Allah tidak menciptakan kekurangan atau kecacatan itu dengan sia-sia. pasti ada kelebihan dari sudut yang lain dan pasti masih mampu memberi manfaat kepada ummah dengan caranya yang tersendiri.
Sumber :Angguk Geleng




Pada hati yg tidak mengharapkan pujian, ada kekebalan menghadapi kejian.



           


‘AYAH, PINJAMKAN SAYA RM50’
    Dia seorang guru cemerlang yang mengajar di sebuah sekolah terkemuka yang begitu sibuk dengan tugasan sebagai guru pada sebelah pagi. Pada sebelah petang pula dia sibuk menulis. Manakala malamnya terisi dengan ceramah di merata-rata tempat.    Pada hujung minggu, jadualnya padat, memberi ceramah, menghadiri seminar atau kursus. Paling tidak dia akan memerap di bilik untuk menulis buku.   Suatu malam, ketika balik daripada memberi ceramah, anaknya membukakan pintu.
Ayah: kamu belum tidur?
Anak: saya sengaja tunggu ayah balik.
Sejurus ayahnya duduk berehat di ruang tamu, anaknya datang mendekati.
Anak: ayah, boleh saya tanya 1 soalan. Berapa bayaran ceramah ayah untuk 1 jam?
Ayah: kenapa kamu tiba-tiba tanya bayaran yang ayah terima?
Anak: saya ingin tahu.
Ayah: bayarannya tidak sama. Ada yang bayar lebih dan ada yang bayar kurang. Tetapi yang paling rendah 1 jam bayaran adalah RM400. sudah lewat, kamu pergi masuk tidur!
Tetapi si anak tidak berganjak, seperti ada sesuatu ingin dipinta.
Anak : ayah, boleh saya pinjam RM50?
Ayah: sudah tengah malam, ayah penat sangat. Ayah hendak mandi. Kamu masuk tidur!
Anak: tapi ayah
Ayah: ayah kan suruh tidur. Pergi sekarang!
Lalu si anak masuk ke biliknya dengan perasaan sedih dan kecewa. Usai mandi, si ayah menyesali perbuatannya itu. Diapun ke bilik si anak. Anaknya belum tidur lagi. Si ayah mendekati, lalu duduk di sisi anak. Sambil mengusap-usap kepala anaknya, dia berkata lembut nada memujuk.
Ayah: maafkan ayah tadi. Ayah penat sangat. Sayang nak buat apa duit malam-malam macam ni? Esok saja kita beli. Jangankan RM50, yang lebih mahal ayah boleh belikan.
Anak: ayah, saya ingin meminjam RM50 dari ayah. Nanti saya akan kembalikan duit ayah apabila tabungan saya sudah cukup.
Ayah: tapi sayang ingin beli apa?
Anak: saya ingin beli masa ayah. Emak bagitahu saya, masa ayah sangat berharga, jadi saya ingin membeli masa ayah setengah jam. Saya ada RM150 sahaja. Jadi saya ingin pinjam RM50. jadi RM200 cukuplah untuk saya beli masa ayah 30 minit.
Spontan si ayah memeluk anaknya erat. Tanpa disedari, air matanya mengalir. ’maafkan ayah, nak’.  



No comments:

Post a Comment