Google Ads

Saturday 24 October 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 118

MENARIK DI DALAM
·        Dosa di TV
·        Hati Yang Sakit
·        Ukiran Anak vs Ukiran Ayah
·        Betulkah Tidak Bakhil

Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Yang Menguasai segalanya.

Sahabatku
Subhanallah, sangat teruk ya zaman sekarang, cuba tengok iklan dan drama di tv yang sangat melampau. saya memang tak sangka semakin lama semakin ramai pihak media atau orang seni ini benar-benar ingin menunjukkan seninya dalam iklan dan drama.
           
Sahabatku,
Kanak-kanak yang menonton iklan dan drama ini tidak bertapis dan masuk ke dalam mindanya. masih ingat lagi akan satu iklan mi segera diselitkan dengan isu-isu yang sangat memberahikan dan sudah pasti tidak sesuai ditayangkan tetapi masih diluluskan oleh bahagian penapisan iklan.

Sahabatku
menurut prof dr.Muhaya, minda kanak-kanak yang berumur 1-6 tahun ibarat software yang akan menyerap semua data dan maklumat yang ada dipersekitarannya. jika baik maklumat itu maka baiklah akhlaknya dan jika maklumat dan apa yang ditontonnya teruk, maka ia akan menjadi racun kepada mindanya.

sahabatku,
terkadang kita memandang mudah akan isu ini, sedangkan anak-anak di usia sebegitu 1-6 tahun ibarat rebung yang perlu di bentuk dengan baik, bila sudah jadi buluh, sudah payah untuk melenturnya lagi.

sahabatku,
sama-sama la kita audit semula rancangan tv apa yang kita lihat bersama dengan anak kita. kerana otak anak-anak kita ibarat span yang tidak pandai untuk menapis apa yang akan masuk ke otaknya. jika anak kita anggap sebagai amanah Allah, tentu kita akan menjaganya dengan TERBAIK kan?
Editor, Norazila Khalid  

KENALI GEJALA HATI YG SAKIT

 Rasa Lemah dan Malas

Hati yang sakit akn menyebabkan timbulnya rasa malas untuk berusaha dan bekerja. Sedangkan dalam Islam berusaha itu sangat dituntut, malah dianggap sebagai ibadah. Hati yang sakit menimbulkan rasa lesu, letih, tidak keruan dan hilang semangat untuk beribadah.

 

 Daya fikir menjadi tumpul dan beku

Tetapi apabila hati sudah sakit, daya fikir jadi lumpuh, tumpul dan beku untuk menerima kebenaran dan kebaikan. Kejahilan dan kedegilan akan mendominasi.

 

 Kematian rasa

 Hati yang sakit tidak lagi sensitif dengan nikmat Allah yang tidak terhitung.

 

 Gelisah dan Keluh Kesah

Apabila hati berpenyakit, mental tidak stabil dan emosi cepat terganggu. Apabila ini terjadi ujian-ujian dalam hidup tidak dapat dihadapi dan ditangani dengan baik. Sedikit sahaja kesusahan yang menimpa, jiwa sudah gelabah dan emosi jadi resah .

 

 Liar dengan Peringatan dan Kebenaran

Hati orang yang fasik dan munafik sangat benci kepada peringatan dan kebenaran.

 

 Sentiasa Bersangka Buruk

Apabila hati seseorang berpenyakit, bermacam sangka buruk akan mengisi ruang fikirannya. Malah orang yang berpenyakit hati ini bukan sahaja bersangka buruk dengan manusia tetapi juga bersangka buruk dengan Allah.Takdir Allah yang berlawanan dengan kehendaknya dirasakan satu kezaliman dan kebencian Allah.

 

 Suka Memfitnah

Orang yang hati sakit suka kepada kekacauan, huru-hara dan perbalahan.  Mereka akan sentiasa mencari jalan untuk melagakan dan memporak perandakan masyarakat. Salah satu caranya ialah dengan menabur fitnah.

 

USTAZ PAHROL 

 

 


   UKIRAN ANAK VS UKIRAN AYAH
             Anak seorang tukang ukir hairan kenapa ayahnya terus mengkritik hasil kerjanya. Padahal hasil mukirannya sudah dapat dijual dengan harga yang lebih mahal daripada hasil ukiran bapanya.
Anak : Ayah , dahulu ketika hasil ukiran saya dijual dengan                         
          RM40 , ayah menegur hasil kerja saya. Mengapa?
Ayah: memanglah kerana pada waktu itu hasil ukiran ayah                         
         sendiri dijual dengan harga RM50.
Anak : Tetapi apabila hasil ukiran saya dijual  dengan harga RM50   
          pun ayah masih mengkritik hasil kerja saya? Mengapa?    
          Bukankah menunjukkan hasil ukiran saya telah   
          meningkat?
Ayah: sebab pada waktu itu hasil kerja kamu sama taraf dengan
          hasil kerja ayah. Ia belum dianggap sebagai satu kejayaan.
Anak: Nah, semalam hasil ukiran saya berjaya dijual dengan harga
         RM60. sudah melebihi harga ukiran ayah. Bukankah
         itu satu kejayaan? Namun ayah masih mengkritik hasil  
         kerja saya’.
Ayah : sejak sekian lama pernah kau lihat hasil ukiran ayah
         boleh terjual lebih dari RM50?
Anak : Sepanjang ingatan saya, tak pernah
Ayah : mengapa agaknya?
Anak: saya tak tahu ayah
Ayah : Fikirkan
Anak: betul ayah, saya tak pasti
Ayah : Jawabnya sebab ukiran ayah tidak pernah meningkat
           mutunya. Hanya di tahap itu. Dan kamu tahu kenapa
           hasil ukiran ayah tidak bertambah baik mutunya?
Anak: er.. Sy tak tahu ayah..
Ayah : sebab datuk kamu tidak pernah mengkritik hasil ukiran   
           ayah. Dia diam sahaja. Jadi, aayah tidak mahu mengulangi
           kesalahan datuk kamu. Sekarang ayah akan terus
           mengkritik hasil kerja kamu supaya terus meningkat dan
           meningkat. Jika tidak, harga ukiran kamu akan terus di takuk lama. Sama seperti hasil ukiran ayah!’
Pengajaran
Kritikan yang adil adalah pendorong dan pemantau kepada kualiti kerja yang tinggi. Sikap terlalu cepat berpuas  hati dengan hasil kerja akan membunuh semangat untuk terus menambah ilmu, kemahiran dan kegigihan. Jangan berlunjur sebelum duduk!
Angguk Geleng






HITAM PUTIH
Sementara masih boleh makan, makanlah makanan halalan toyyiban. Punca anak tak dengar cakap, mungkin dari situ masalahnya.


BETULKAH TIDAK BAKHIL?
Buruk benar jika digelar bakhil. Tetapi boleh jadi orang melabel kita bakhil sedangkan hakikatnya tidak. Allah Maha Mengetahui. Namun malang jika Allah sendiri yang menggelar kita bakhil tetapi kita tetap menafikannya.
       Betulkah kita bukan orang bakhil? Sama-sama kita jujur mengukur diri sebelum Allah mengukur kita setepat-tepatnya. Orang bakhil ialah orang yang

 Buat tidak endah apabila nama Nabi disebut.

‘org bakhil ialah sesiapa yg mendengar namaku disebut tetapi tidak berselawat untukku’. (Riwayat al Tirmizi dan Ahmad)

 

 Berat mulut memberi salam.

‘selemah-lemah manusia ialah sesiapa yang lemah untuk berdoa. Dan sebakhil-bakhil manusia ialah yang bakhil untuk memberi salam!’ (Riwayat al Tabrani)

 

 Liat untuk berzakat dan bersedekah

‘Tiadapun seorang yang memiliki harta tetapi tidak menunaikan hak hartanya melainkan dikalungkan ke tengkuknya seekor kala jengking. Lalu dia berusaha melarikan diri daripada jengking itu tetapi ia tetap bersamanya. (Riwayat Ibn Majah)

 

 Hanya akan bersedekah dalam bentuk nazar

‘nazar itu tidak mendatangkan apa-apa yang tidak ditakdirkan buat seseorang anak adam. Sebaliknya nazar itu membawanya pada perkara yang telah ditetapkan ke atasnya. Maka Allah mengeluarkan daripada si bakhil, lalu diapun bersedekah sesuatu yang tidak pernah disedekahkan sebelum itu’ (Riwayat al Bukhari dan Muslim). Ada orang yang hendak 10 ringgit sebulan pun jarang sekali. Namun dia sanggup bernazar sedekah 10 000 ringgit serta merta demi hasratnya dinaikkan pangkat, mendapat projek itu ini dan sbagainya.

 

 Obses mengumpul harta

Orang yang obsess mengumpul harta adalah bakhil sekiranya niatnya untuk mengumpul bukan untuk memberi.

 

Kata Dua , Solusi




No comments:

Post a Comment