Google Ads

Thursday 22 October 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 113

MENARIK DI DALAM
·        Lari Dari Rumah  
·        Kesulitan Yang Dipermudah
·        Hati Oh Hati
·        Setia
·        Muslihat Dengan Selawat
·        Masa Depan Yang Tidak Pasti
·        Allah Itu Dekat, Sentiasa Dekat
·        Makanan Kegemaran Rasulullah


Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Tuhan yang mengetahui segalanya tentang manusia . Apa yang lahir mahupun yang di dalam hati yang tersembunyi.

Sahabatku
Subhanallah. terkejut melihat berita di media massa dan ada juga berita di corong telinga mengatakan anak lari dari rumah. dan ibubapa terpaksa membuat laporan polis. Ibubapa terpaksa juga kelam kabut telefon pihak sekolah menyatakan anak mereka hilang. tiada segan silu dan kadangkala terpaksa menebalkan muka. itulah dia. Remaja lari dari rumah.

Sahabatku
Remaja tidak lagi menghormati ibubapa. lupa akan pengorbanan ibu yang mengandungkannya 9 bulan dan ada yang tak segan silu memarahi ibu sendiri di hadapan guru. sedih melihat hati seorang ibu dinjak-injak sebegitu. agaknya anak itu tandus ilmu agama. di manakah silapnya?

Sahabatku,
remaja mudah memberontak adakah berpunca dari sekolah? Ah! lagi lagi sekolah dipersalahkan. Tidak, tentu tidak.  sememangnya ia berakar umbi sejak remaja itu masih kecil. apa yang dimasukkan ke dalam pemikiran anak-anak sejak kecil. akhirnya tumbuh sedikit demi sedikit menjadi racun yang akhirnya memakan diri, bukan hanya memakan diri sendiri. tetapi juga merebak di dalam keluarga tersebut.

Sahabatku
jika kita melihat remaja kita sebegini.  sayangilah dia. kerana mungkin ini berlaku kerana kurangnya kasih sayang dan perhatian dari insan yang bernama ibu dan bapa. mungkin juga kerana kesibukan kedua-duanya..anak dilupa buat seketika. dan seketika itu mengambil masa yang bertahun-tahun akhirnya anak kecil menjadi remaja.

Editor, Norazila Khalid  


HADIS 39
KESULITAN YANG DIPERMUDAHKAN
 Daripada Ibn Abbas r.a berkata, Rasulullah saw bersabda, ‘ sesungguhnya Allah telah memaafkan (keranaku) daripada umatku amal-amal yang khilaf dan lupa dan yang dipaksa atas mereka’ .

PENGAJARAN HADIS
 Orang yang melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah atau meninggalkan perintah Allah tanpa sengaja, baik kerana kekeliruan, lupa atau dipaksa  tidak akan dihukum di akhirat kelak kerana situasi itu adalah rahmat daripada Allah swt.
 Allah tidak membebankan kita dengan sesuatu yang kita tidak mampu melaksanakannya atau menjadikan kita dalam kesulitan.
 Diampuni dosa bukan bererti terbebas daripada tanggungjawab. Misalnya
1. Seorang yang tertembak kawan ketika berburu atau tertembak orang Islam ketika berperang dengan orang kafir maka dia tidak dibebani dosa, akan tetapi diwajibkan membayar kafarah.
2. Seorang yang tidak melaksanakan solat kerana tertidur atau terlupa, maka dia tidak berdosa , namun dia dituntut mengqadakkan solatnya ketika dia ingat atau terjaga dari tidur.
3. Orang yang dipaksa untuk mengucapkan perkataan yang menjadikannya murtad tetapi hatinya penuh keimanan. Tetapi dia tetap teguh serta tidak mengucapkan perkataan tersebut sehingga dia diseksa dan dibunuh, itu lebih mulia baginya dan jika dia terbunuh maka dia mati syahid.

Sumber : Hadis 40 Imam Nawawi

 

 

HATI OH HATI

Hati ini senipis tisu. Sering terhiris, sering terluka. Terkadang hati ini cukup kuat untuk menghadapi tiap ujian dan dugaan dalam hidup ini. Hati ini tidak cukup tabah untuk menelan sindiran dan kata-kata sinis daripada mulut manusia. Hati ini juga sering menangis dan merintih  atas sikap keterlaluan manusia.

 

 

 


SETIA

Allah selalu setia berada di sisi kita walaupun kita selalu melupakanNya…

Astagfirullah...

 

 


MUSLIHAT DENGAN SELAWAT
            Tiba-tiba kereta saya dilanggar dari belakang. Saya terpaksa berhenti di persimpangan sebuah bulatan. Seorang lelaki melayu keluar dari sebuah kereta mewah. ‘Assalamualaikum. Allahumma salli a’la Muhammad..’ ujar pemandu kereta mewah itu berkali-kali sambil bersalaman. Saya menjawab dan terus berjabat tangan. ‘ selesai cara mudah sahaja. Kita orang Islam.’ ‘Ya, ya’ jawab saya sambil memerhati kerosakan kereta. Kereta mewah yang dipandunya tidak rosak apa-apa, kereta saya sahaja yang teruk. Congak saya, jika dihantar ke kedai anggarannya tidak kurang RM500.
‘Ya, kita buat cara mudah. Kita saling bermaafan sahajalah. Lupa-lupakan sahaja. Lagipun saya tidak sengaja.’
‘Tapi tuan melanggar saya dari belakang. Itu dikira kecuaian. Lagipun saya perlukan kos untuk membaiki kereta saya.’
Dia pergi menemui tuannya yang tidak keluar dari kereta sejak tadi. Asyik membaca akhbar. ‘Beginilah encik, ambil kad ini dan telefon, kita berurusan kemudian. Kami yang salah, insyaAllah kita selesaikan nanti. Jangan lupa hubungi nombor ini ya’. Sambil memberi kertas yang ada catatan nombor telefon.
            Oleh sebab percaya dan tidak mahu menyusahkan kereta-kereta yang sudah berbaris di belakang, saya menerima kertas itu dan berlalu segera. Satu hari, dua hari, tiga hari dan sehingga seminggu. Saya menelefon nombor yang diberikan. Namun tidak ada jawapan. Cuma sekali ada bunyi diangkat dan saya disergah oleh suara kasar dengan bahasa asing. Tiada selawat lagi. Manusia, manusia.
Sumber : Ustaz Pahrol






MASA DEPAN YANG TAK PASTI

Allah merahsiakan masa depan untuk menguji kita agar berprasangka baik, merancang yang terbaik, berusaha sehabis mungkin serta bersyukur dengan segala nikmat dan bersabar dengan segala cabaran dan dugaan

Subhanallah

 

 


ALLAH ITU DEKAT,  SENTIASA DEKAT

‘dan sesungguhnya Kami (Allah) telah menciptakan manusia dengan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya dan Kami (Allah) lebih dekat dari urat lehernya sendiri ‘

(Surah Qaaf ayat 16)

MasyaAllah

 

 


MAKANAN KEGEMARAN RASULULLAH
¤ BARLI
Bagus untuk demam jika dibuat sup

¤ KURMA
Nabi berkata, rumah yang tidak ada kurma seperti rumah yang tidak ada makanan 

¤ BUAH TIN
Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir .

¤ ANGGUR
Nabi suka makan anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang dan membersihkan perut

¤ MADU
Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminum waktu pagi dengan air suam.

¤ SUSU
Susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang, memperbaiki otak, memperbaharui pandangan mata dan membuang kelupaan.

¤ TEMBIKAI (SEGALA JENIS)
Dengan makan tembikai, wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakan dan wajahnya.

¤ CENDAWAN
Baik untuk mata dan perancang keluarga.

¤ MINYAK ZAITUN
Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

¤ DELIMA
Membersihkan tubuh dari syaitan dan bisikan syaitan selama 40 hari.

¤ AIR
Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. jangan diteguk.  




No comments:

Post a Comment