Google Ads

Tuesday 27 October 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 123

MENARIK DI DALAM
·        ITQAN
·        Asalkan Jangan Syirik
·        Siapa yang memberi makan orang ini
·        Arnab, Kambing dan Harimau
·        Tajam


Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Allah, Dialah hanya satu-satunya Tuhan yang berhak disembah.

Sahabatku
Saya mengikuti bual bicara bersama ust.Pahrol. menurut Ustaz Pahrol, manusia yang Allah paling sayang ialah Rasulullah. jadi, macamana kita nak Allah sayang kita? jadi kita mesti dapatkan tips itu daripada Rasulullah. iaitu mestilah bekerja dengan itqan (memperelokkan pekerjaan) iaitu tekun. buat betul-betul. terdapat formula kerja yang itqan iaitu =
Q1 + Q2 +A =C.    
 Q1 = Quality, Quantity, (self promotion, self improvement)..
A = ialah akhlak, adab, atau attitute..
C = ialah compensation (pampasan). layak dapat pampasan dari majikan dan pampasan dari Allah, lebih tinggi dari segalanya.

Sahabatku,
kerja yang dilakukan haruslah berkualiti dan bagus sekali. ingatlah bahawa tempat kerja merupakan ‘sejadah’ tempat kita mengumpul sebanyak mungkin pahala kerana ia juga merupakan ibadah. jangan mengambil ringan akan tanggungjawab yang telah diamanahkan kerana kita mendapat ‘compensation’ atas apa yang kita berikan.

Sahabatku,
jika tempat yang kita pergi ada CCTV pasti kita akan berhati-hati bukan? begitu juga dalam kehidupan kita. CCTV Allah sentiasa ada, iaitu 2 malaikat dan Allah sendiri menjadi pemerhati 24 Jam tanpa gagal di mana sahaja kita berada. tapi kita berpura-pura tidak tahu dan malas nak fikir, akhirnya tugasan dan tugas yang diberikan kita buat sambil lewa sahaja sedangkan itu adalah AMANAH yang akan dipersoalkan kelak, jika tidak di dunia, di AKHIRAT.
Editor, Norazila Khalid  

ASALKAN JANGAN SYIRIK

          ‘Sesiapa yang melakukan kebaikan, maka dia mendapat 10 kali ganda kebaikan yang dilakukan dan ditambah lagi kebaikan itu. Sebaliknya, sesiapa yang melakukan keburukan yang semisalnya atau aku ampunkn dia. Sesiapa yang mendekati Aku sejengkal, maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Sesiapa yang mendekati Aku sehasta, maka aku mendekat kepadanya satu depa. Sesiapa yang datang kepadaKu dengan berjalan, maka Aku datang kepadanya dengan berlari. Sesiapa yang menemui Aku dengan dosa sepenuh bumi tanpa menyekutukan Aku dengan sesuatupun, maka Aku menemuinya dengan kadar pengampunan yang sama!’

 

Riwayat Muslim



‘SESIAPA YG MEMBERI MAKAN ORANG INI’
          Abu Hurairah mencerita, bahawa seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw dan berkata ’aku sangat menderita kebuluran’. Rasulullah menghantarnya kepada salah seorang isteri baginda, tetapi beliau  (isteri baginda) berkata ’demi zat yang mengutuskanmu dengan kebenaran! Aku tidak mempunyai apa-apa kecuali air’.
          Rasulullah saw menyuruh menanyakan kepada isteri Baginda yang lain, tetapi mendapat jawapan yang sama. Kesemua isteri baginda memberikan jawapan yang sama. Rasulullah saw lalu bersabda ’sesiapa yang memberi makan orang ini, Allah akan merahmatinya’. Seorang lelaki dari golongan Ansar berdiri dan berkata ’Aku, wahai Rasulullah’. Lalu diajaknya orang itu ke rumah beliau. Lelaki itu bertanyakan kepada isterinya ’Adakah kamu mempunyai sesuatu untuk dimakan?’ jawab iserinya ‘tidak ada, kecuali makanan untuk anak-anak kita’. Dia berkata ‘sibukkanlah mereka dengan sesuatu. Apabila tetamu kita masuk, tunjukkan yang kita seolah-olah sedang menghadapi makanan bersamanya. Apabila dia hendak makan, maka hampirilah lampu dan matikanlah. Mereka pun duduk tanpa makan apa-apa, sementara tetamu mereka makan.
          Pada keesokan harinya mereka bertemu dengan Nabi dan Baginda bersabda ‘Allah benar-benar bangga terhadap perbuatan kamu berdua terhadap tetamu kamu malam tadi’.
 



ARNAB, KAMBING DAN HARIMAU
             Arnab dan kambing bersahabat baik. Mereka makan di padang rumput yang sama dan minum di sungai yang sama juga. Satu hari, mereka bergaduh. Puncanya adalah disebabkan hal yang begitu kecil, tetapi akhirnya bertukar menjadi besar apabila mereka saling tuduh menuduh dan mencaci antara satu sama lain. 
            ‘Aku akna hancurkan kambing! Apa dia ingat aku takut dengan tanduknya?’ getus arnab. Otaknya ligat memikirkan bagaimanakah cara terbaik hendak memusnahkan kambing. Tiba-tiba dia mendapat satu idea.’ Ya aku akan berjumpa harimau dan memberitahunya tempat kambing selalu berehat’. Kata arnab dalam hati. Dia yakin harimau akan bersetuju. Siapa yang hendak menolak rezeki?
            Arnab pun menemui harimau dan memberitahu di mana kambing bersembunyi. Harimau  yang pantas bersetuju dan mengajak arnab pergi bersama-samanya ke tempat yang dimaksudkan. Apabila tiba sahaj di situ, harimau terus menerkam kambing dan membunuhnya. Sebaik saja kambing mati, harimau terus menerkam arnab dan membunuhnya. Kedua-dua sahabat baik itu akhirnya mati. Kedua-duanya menjadi mangsa harimau yang sebenarnya musuh mereka sekian lama.

Pengajaran
Kebencian acapkali menghilangkn rasional dalam berfikir. Berdepan dengan 2 kemudaratan serentak, kita gagal yang menilai mana satu kemudaratan yang lebih besar impaknya terhadap kita.
Angguk Geleng






TAJAM

            Sebut sahaja tajam, terbayang pisau tajam yang digunakan untuk menyembelih dan melapah lembu.. Bukan itu sahaja makna tajam. Tajam akal, tajam mata, dan tajam pendengaran juga perlu. Seseorang yang tajam pancainderanya sensitif  pada kemungkaran dan peka pada kebaikan walaupun dalam hal-hal yang kecil. Sekiranya ini yang terjadi akan lancarlah penyebaran dakwah. Laju sahaja perkara-perkara yang baik tersebar. Mudah sahaja aktiviti bermanfaat  dilaksanakan. Paling utama, tajamkan mata hati dan fikiran nescaya tidak sesat perjalanan menuju Tuhan.
            Tetapi barang  diingat, ada satu tajam yang harus dielak. Iaitu tajam lidah pengakhirannya membawa padah. Bukan hanya hati yang sakit, Allah juga tidak suka orang yang lepas bicaranya. Lidah yang tajam boleh menyebabkan dendam. Pisau tajam yang tidak digunakan akan tumpul.



ANTARA BINATANG YG DISEBUT DLM AL- QURAN (2)
 
2 Anjing
‘Tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya dijulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia menjulurkan lidahnya (juga). Demikian itulah perumpamaan orang yang mendustakan ayat-ayat kami’. (Surah Al A’raf 7:176)

2 Kuda, Baghal dan Keldai
‘Dan (Allah menjadikan) kuda dan baghal serta keldai untuk kamu menunggangnya, dan untuk menjadi perhiasan dan Dia menjadikan apa yang kamu tidak mengetahuinya’. (Surah al Nahl 16:8)

2 Labah-labah
‘Perumpamaan orang yang mengambil pelindung selain Allah adalah seperti labah-labah yang membuat rumah. Dan sesungguhnya rumah yang paling rapuh ialah rumah labah-labah, kalau mereka mengetahui’.
(Surah al ankabut 29:41)




DOA.
TEGUHKAN HATI KAMI
          ‘Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan hati kami setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami. Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberianNya’.
(Surah ali Imran 3:8)


                                                                                                     

No comments:

Post a Comment