Google Ads

Saturday 17 October 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 103

MENARIK DI DALAM
·        Law of compensation
·        Allah Menetapkan Kewajipan
·        Kenapa Aku Masih Hidup?
·        20 Perkara Membawa ke Syurga
·        Memerangi Budaya Dosa
·        Kenapa Rezeki Susah Masuk
·        3 Cara Untuk Work Smart


Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Yang amat mengetahui semua perkara di langit serta di bumi, setiap saat tidak akan terlepas hatta walaupun sehelai daun yang gugur ke bumi, semuanya dalam pengetahuan Allah.

Sahabatkn
mesti pernah dengar kan istilah ini? ‘law of compensation’ (Hukum ganti rugi). ia mudah saja dan ia hampir sama dengan konsep ’what you give you get back’ iaitu apa yang kita bagi kita akan dapat. 

Sahabatku
hukum ini selalu di sebut-sebut oleh pakar inspirasi kesukaan ramai iaitu ‘Prof Dr Muhaya’. menurut hukum ini apa sahaja kerja yang kita lakukan. kita akan di bayar setimpal dengan apa yang kita buat. jika kerja kita ala kadar sahaja tetapi kita dibayar lebih untuk hasil yang lebih, maka duit yang tak sepatutnya kita dapat pasti Allah akan ambil semula dengan cara yang berbeza. mungkin kereta kita dilanggar orang, mungkin rumah kena pecah masuk, mungkin juga beg diragut, mungkin juga kita perlu keluarkan belanja menghantar anak demam ke klinik swasta yang lebih baik dari klinik kerajaan mungkin, segalanya mungkin, siapa tahu? Allah sahaja yang mengetahuinya.

Sahabatku,
sebaliknya berlaku bagi mereka yang bekerja bersungguh-sungguh dengan ikhlas dan dibayar sedikit berbanding dengan usahanya itu maka Allah pasti membalasnya setimpal. dengan cara yang macammana? dengan keberkatan. dia sihat dan tidak perlu dirawat di hospital. hidupnya tenang. Anak-anaknya soleh dan solehah, rezekinya sentiasa cukup, dan segala urusan hidupnya menjadi mudah.

Sahabatku
cuba lihat diri kita sekarang? dimanakah kita? adakah kita telah benar-benar menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan. simple saja kan? jika kita sudah melaksanakan semua tanggungjawab yang diberi, maka kita telah ‘balance’ dengan kedudukan kita. jika kerja kita terlebih, dapatlah ketenangan, jika kerja kita ‘terkurang’, bersedialah untuk disoal.
Editor , Norazila Khalid

HADIS 30
ALLAH MENETAPKAN KEWAJIPAN
 Daripada Abi Tsa’labah al Khusyani Jurtsumi bin Nasyirin r.a meriwayatkan daripada Rasulullah SAW, ’Sesungguhnya Allah SWT telah menetapkan beberapa kewajipan, maka janganlah engkau meninggalkannya. Dia telah menentukan beberapa hudud (batas), maka janganlah kamu melampauinya. Dia telah mengharamkan beberapa perkara, maka janganlah kamu melanggarinya. Dan dia telah diam daripada beberapa perkara sebab rahmat bagimu, bukannya kerana lupa, maka janganlah kamu mempersoalkannya’.
Sumber : Syarah Hadis 40 Imam Nawawi


Kenapa Aku Masih Hidup?
Kerana dosaku terlalu banyak, Allah masih izinkan dengan memberi masa untuk aku Bertaubat




20 perkara membawa ke Syurga
 Mendapat haji yang Mabrur
 Banyak berpuasa sunat
 Banyak membaca surah al ikhlas
 Membina masjid
 Sentiasa dalam keadaan berwuduk
 Sentiasa ke masjid pagi dan petang
 Berdoa selepas wuduk
 Mati dalam keadaan bersyahadah
 Menjaga solat subuh dan asar
 Solat di awal waktu dan berbakti kepada kedua orang tua
 Berjihad di jalan Allah
 Menghilangkan gangguan di jalanan
 Sabar di atas kematian anak kecil
 Membaca ayat Kursi selepas solat fardhu
 Menghafaz 99 nama Allah
 Memelihara anak Yatim
 Berakhlak mulia
 Memelihara lidah dan kemaluan
 Bagus dalam mendidik anak perempuan
 Menjauhi dosa-dosa besar



DOAKANLAH MEREKA
Jika kita tidak mampu menghulurkan pertolongan, ringankanlah bebanan mereka dengan doa. Jangan iringi pertolongan dengan cacian dan makian.



  

MEMERANGI BUDAYA DOSA
‘ustaz, mengapa kemungkaran sukar ditegah’.
‘banyak sebabnya antaranya apabila kemungkaran itu telah menjadi budaya’
‘apa maksud ustaz?’
‘apabila kemungkaran telah menjadi budaya maka ia tidak lagi dilihat sebagai satu kemungkaran’.
 ‘saya tidak faham’
‘contohnya budaya couple dalam kalangan remajaia adalah satu dosa kerana banyak perlakuan menghampiri zina ada dalamnya. Pergaulan bebas, berdua duaan, pendedahan aurat dan sebagainya merupakan dosa-dosa yang sudah sinonim dengan budaya couple ini. Tetapi oleh kerana ia sudah diamalkan oleh ramai orang tidak kira di peringkat mana atau di mana-mana sahaja, maka ia seolah-olah tidak dianggap sebagai satu kesalahan’. 
‘betul tu ustaz. Di dalam filem atau drama di ketengahkan budaya couple ni. Dalam iklan juga begitu. Dalam lagu, poster dan realiti masyarakat pun sama’.
‘ramai yang melakukan sesuatu perbuatan itu tidak semestinya perbuatan itu benar. Tetapi itulah realiti sekarang, yang salah nampak betul dan yang betul nampak salah pula. ’
‘yalah ustaz, sehingga orang yang tak couple pula nampak janggal. Ada siswi yang takut jadi andartu atau siswa yang rasa tidak macho jika tidak bercouple’. .
‘begitu juga rasuah. Baru-baru ini ada kajian yang menunjukkan bahawa rasuah sukar diperangi apabila ia telah menjadi satu budaya. Yang memberi dan menerima rasuah tdak lagi rasa bersalah dan berdosa. Masing-masing ada justifikasi dan alasan yang tersendiri’
‘apa alasannya ustaz?’.
‘dakwa mereka itu bukan rasuah. Itu hanya kerjasama. Sama-sama untung. Yang memberi dan menerima sama-sama untung.ada yang kata, jika tak rasuah, macammana nak dapat projek.?’
‘padahal itu duit dosa. Duit rasuah haram sepertimana riba, babi dan arak..’.
‘biasalah, orang melayu tidak makan babi. Jijik dan loya tekak katanya. Tetapi duit riba dan rasuah, tidak rasa begitu pula. Malah ditukar istilahnya. duit rasuah dipanggil duit kopi. Riba dipanggil duit bunga. Padahal bunga itu cantik dan kopi itu enak. Sedangkan riba dan rasuah itu adalah dosa dan dibalas dengan api neraka ’
‘bagaimana nak merombak budaya itu?’.
‘sebelum merombak budaya itu kita perlu merombak karakter atau personality individu’.
‘bagaimana merombak karakter individu?’
‘perlu kembali kepada soal asas dan teras yakni sistem kepercayaan atau keyakinan. Dlm istilah psikologi ia dikenali sebagai ’belief system’. Dalam islam kita sebut aqidah atau iman. Ia sesuatu yang ada dalam hati’
‘boleh ustaz jelaskan dengan lebih terperinci?’
‘karakter manusia yang terhasil oleh kelakuan-kelakuan yang konsisten dan kelihatan dengan mata kasar itu berada dipermukaan. Macam iceberg. Yang kelihatan hanya 5%, manakala yang tidak kelihatan berada di dalam laut ialah 95 %. Tetapi kelakuan itu terhasil daripada elemen dalaman sebanyak 95% itu ’ 
‘dan disitulah terletaknya sistem keyakinan yang ustaz sebutkan tadi?’.
‘ya, ia berada di dasar yang paling bawah. Sistem keyakinan itulah yang membentuk set minda atau sudut pandang seseorang.’
‘contohnya?’
‘orang yang yakin kepada Allah dan hari akhirat mempunyai pandngan yang tepat dan benar. Mereka melihat dunia ini sebagai tempat melaksanakan tugas sebagai hamba Allah dan sebagai khalifah. Mereka merasakan bahawa Allah empunya dunia ini dan tidak layak membuat peraturan, tetapi hanya wajib melaksanakan peraturan yang telah ditunjukkan oleh Allah dalam al Quran dan diperjelaskan lagi oleh sunnah Rasulullah saw. Itulah pandangan hidup mereka yang beriman’.
Sumber :Beduk di Ketuk








KENAPA REZEKI SUSAH MASUK?
 Berkira untuk membantu atau memudahkan hal yang baik
 Asyik mencanang perihal duit yang tidak cukup untuk itu dan ini
 Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit
 Banyak berbuat maksiat
 Tidak bersyukur
 Riak bila bersedekah
 Kurang Beristighfar
 Gemar mengungkit pemberian


3 cara untuk Work Smart
A) KONSISTEN
Orang smart berterusan dalam memotivasi diri. Diri seorang yang tekun dalam kerjanya dan cuba menguasai bidangnya serta mengikut perkembangan persekitaran dengan penuh kesedaran untuk memperbaiki diri.
         
B) GHAIRAH
Ghairah dalam aspek ini adalah lonjakan yang dibentuk setiap awal pagi sebaik sahaja terjaga dari tidur. Rasa ghairah untuk hidup dan melakukan yang terbaik akan mendorong kecemerlangan dan rasa sihat sepanjang hari.

C) GAPAI
 Tanpa inisiatif untuk merealitikan segala impian , semua yang diidamkan itu hanya akan wujud sebagai imaginasi dan ilusi sahaja. Individu smart sentiasa cuba menggapai apa yang diingininya. Dia tidak hanya bertahan pada angan-angan.

Sumber  : DR.TUAH



No comments:

Post a Comment