Google Ads

Tuesday 13 October 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 96

MENARIK DI DALAM
·        Jalan Lurus
·        Kebersihan Sebahagian Daripada Iman
·        Keperluan
·        Seperti Neo Firaun Masih Ada
·        Ibubapa Yang Cemerlang
·        Allah Maha Memberi

Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang menciptakan sesuatu daripada tiada kepada ADA. Yang akan menghidupkan kembali tulang belulang yang telah hancur dimamah bumi. Tuhan Yang berkuasa di atas segala sesuatu. Yang mengetahui segala-galanya walaupun sehelai daun yang gugur itupun berada dalam pengetahuan Allah. Maha suci Allah yang tidak layak bagiNya disekutukan dengan apa jua pun sembahan.

Sahabatku
"Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada Agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui," (Surah Ar Rum (30))

Sahabatku,
Jelas tak maksud ayat di atas?. jika tak jelas, kita memerlukan buku tafsir al Quran. ‘hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada Agama Allah’. apa maksudnya? maksudnya ialah hendaklah kita benar-benar beriman dengan agama Allah. mengambil sepenuhnya akan hukum hakamnya. contoh yang paling simple. tentang bab pakaian. kita kononnya dikategorikan dalam menutup aurat, tetapi sebenarnya bukan menutup aurat tapi menutup rambut. masih ada sebahagian yang masih mendedahkan bahagian-bahagian tubuh tertentu, memakai pakaian yang ketat dan sendat, memakai pakaian yang nipis serta memakai kain yang terbelah. kita puasa tetapi meninggalkan sunnah teragung iaitu tidak menunaikan solat terawih sedangkan rumah sebelah surau dan masjid, sedangkan tidak ada sesuatu yang menghalang untuk ke sana. kita solat tetapi makna bacaan al fatihah pun tak faham. subhanallah.

Sahabatku,.
Hendaklah kita sebenar-benarnya beriman dengan agama Allah, bukan hanya sekadar melabel diri itu Islam, tetapi patut melabel dan memaku hati dengan kalimah Islam, jadilah Muslim yang sebenarnya.
.  Editor, Norazila Khalid


 HADIS 23
KEBERSIHAN SEBAHAGIAN DRPD IMAN
 Daripada Abi Malik al—Harith bin Asim al—Asyari r.a berkata, bahawa Rasulullah saw bersabda ‘Kebersihan itu sebahagian daripada iman, Alhamdulillah memberatkan timbangan, Subhanallah dan Alhamdulillah, kedua-duanya akan memenuhi ruang di antara langit dan bumi. Solat itu adalah nur, sedekah itu ialah bukti, sabar itu adalah sinaran, dan al Quran itu ialah hujah (Untuk membela atau menentang). Setiap manusia bekerja maka ada yang menjual dirinya dan ada yang membebaskan dirinya dengan bekerja keras untuk keselamatan atau kecelakaan’. 
Sumber : Syarah Hadis 40 Imam Nawawi


KEPERLUAN
Keperluan ialah sesuatu yang diperlukan dalam hidup.
 Seorang muslim memerlukan 4 aspek utama kehidupannya. Riadah untuk keperluan jasmani. Ibadah utk keperluan rohani. Ilmu sebagai makanan akal dan seni untuk keperluan perasaan.
Keperluan bagi seseorang mukmin ialah Allah. Tidak mungkin kita boleh bergantung kepada selain daripada Allah. Allah yang menciptakan kita dan Dia tahu segala-galanya tentang diri kita. Kita memerlukan Allah dalam setiap urusan kehidupan. Tidak mungkin terjadi sesuatu tanpa izin dari Allah.
Jika kita bergantung pada manusia, dia akan jemu. Tetapi jika kita berharap sepenuhnya kepada Allah, Allah Maha Mendengar segala rayuan, rintihan dan doa dari hambaNya. Sebenarnya, kita memerlukan Allah untuk mencapai tujuan kehidupan.
Manusia bersifat lemah, tetapi Allahlah yang memberikan kita kekuatan untuk meneruskan kehidupan kita di Dunia dan di Akhirat.


SEPERTI NEO FIRAUN MASIH ADA
‘Bagaimana kita hendak mencari kebenaran?’.
‘mula-mula kita lihat dulu kaedah yang salah dalam mencari kebenaran ’
‘kaedah yang salah? Saya ingin tahu kaedah yang benar’
‘tidak mengapa, apabila kita tahu kaedah yang salah, secara automatik nanti kta akan tahu kaedah yang betul dalam mencari kebenaran. Adalah salah jika kita mencari kebenaran mengikut orang ramai. Ini kerana ramai orang berpihak kepada kebatilan. Penyokong kebatilan sentiasa melebihi bilangan penyokong kebenaran ’.
 ‘maksud awak, kebenaran berada di pihak minoriti?’
‘realitinya prof lihat bagaimana? Adakah ramai orang masih mengamalkan nilai-nilai murni seperti jujur, penyayang, pemaaf dan sebagainya?’ ’
‘tidak ramai. Kalau ada pun orang yang jujur dan amanah dan baik, hanya kerana adanya penguatuasaan undang-undang, bukan dengan kerelaan hati sendiri. Faktornya ganjaran dan hukuman. Bukan kerana keikhlasan dan kerelaan’.
‘itu maksud saya, Majoriti manusia tidak boleh dijadikan rujukan untuk mencari kebenaran. Dan adalah salah juga jika kita mencari kebenaran mengikut pendirian orang yang berkuasa ’
‘maksud awak pihak atasan?’.
‘acapkali para penguasa melupakan kuasa Allah semasa mereka berkuasa. Malah ada yang mengaku mereka Tuhan’
‘seperti Firaun?ada lagikah pemimpin seperti itu pada hari ini?’.
‘memang ada. Apabila pemimpin menolak sistem hidup yang telah ditetapkan Tuhan dan menerima sistem hidup bikinan manusia, ia sudah mengambil hak Tuhan sebagai Pencipta dan Pentadbir hidup ini’
‘mereka seolah-olah mahu menjadi Tuhan, Jadi bagaimana saya harus mencari kebenaran?’.
‘mulakan dengan mencari Tuhan’..
‘mencari Tuhan?’.
‘ya, kebenaran itu hanya ada pada Tuhan’ .
‘bagaimana caranya?’.
‘pertama dengan akal, kedua dengan hati’
‘dengan akal, maksudnya membaca, memikir, mengkaji dan menimbang?‘.
‘ya. Bacalah buku-buku daripada pelbagai agama. Lihat bagaiman agama-agama tersebut menerangkan siapa tuhan yang sebenarnya. Kemudian buat perbandingan, agama yang mana satukah yang mampu memuaskan akal fikiran kita tentang Tuhan. Kemudian, kaji pula bagaimana agama-agama tersebut mengatur kehidupan diri, keluarga, masyarakat dan Negara. Buat perbandingan sistem hidup antara agama-agama itu’.  .
‘cara kedua? Dengan hati?,’.
‘bisikkan pada hati, Wahai Tuhan, aku yakin Engkau Ada. Engkau Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Aku sedang mencariMu wahai Tuhan. Tolonglah perkenalkan diriMu kepadaku’
‘ini doa minta hidayah kan ustaz?’.
Ya Allah, bukakanlah pintu hidayahMu kepada hambaMu yang sedang mencariMu.

Sumber : Beduk di Ketuk




IBUBAPA YANG CEMERLANG
Ibubapa itu dikatakan cemerlang jika dapat memenuhi keempat-empat keperluan ini
 Memenuhi Keperluan Fizikal dan material
memberi makan minum, pakaian, membina tempat tinggal, kesihatan, serta kemudahan pengangkutan.

 Memenuhi keperluan akal dan pemikiran.
Mereka mesti berupaya untuk memberikan ilmu  agama (fardhu ain) dan ilmu akademik (fardhu kifayah) kepada anak-anak dengan menyediakan buku serta peralatan pembelajaran serta menyekolahkan dan mendapat didikan yang sewajarnya. 

 Memenuhi keperluan Emosi
Tahap ini lebih sukar kerana anak-anak perlu dibelai, didengari dan dihargai.

 Memenuhi Keperluan Jiwa
Anak-anak perlu dididik dengan soal-soal keimanan, yakni kepercayaan yang mantap kepada Allah , hari akhirat, syurga dan neraka serta soal-soal keagamaan yang lain. Ibu bapa juga perlu menjadi role model kepada anak yang boleh dicontohi pada sikap dan perlakuannya oleh anak-anak.
Sumber : Ustaz Pahrol Md Juoi




ALLAH  MAHA MEMBERI  (ALWAHHAB)

ALLAH MEMBERI TANPA PINTA DIBALAS
Kita meminjam sangat banyak dengan Allah. Ironinya, walaupun pinjaman itu tertunggak, namun Allah tidak menarik pinjamanNya daripada kita.

ALLAH MEMBERI SEBELUM DIMINTA
Manusia bersifat pelupa. Seringkali kita lupa untuk untuk meminta, tetapi Allah tetap memberi. 

ALLAH MEMBERI BERULANG-ULANG KALI DAN BERTERUSAN
Allah memberinya berulang-ulang kali walaupun kita langsung tidak pernah memintanya. Contohnya oksigen.

ALLAH MEMBERI SESUATU YANG SANGAT BERHARGA
Nikmat iman adalah pemberian yang sangat berharga yang tidak boleh dibeli di mana-mana.

ALLAH MEMBERI SESUATU YANG BAIK UNTUK MENGHASILKAN KEBAIKAN
Dengan apa sahaja yang Allah berikan, kita boleh menghasilkan pahala daripadanya. Dari Allah, tetapi untuk diri kita sendiri.









No comments:

Post a Comment