Google Ads

Tuesday 6 October 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 82

MENARIK DI DALAM
·        Cara Mudah Masuk Syurga
·        Pembahagian Air
·        Bukan Saja-saja
·        8 Perkara
·        Tidak Zalim ketika ‘serba ada’ atau seadanya
·        Jangan
·        Kesempurnaan Yang Sebenar


Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Yang Maha Mengetahui apa yang difikirkan oleh hambaNya.

Sahabatku
Para sahabat bertanya kepada Rasulullah, Apakah cara mudah untuk masuk syurga? Jawab Rasulullah, .
1)sebarkan salam (memberi salam).
2)jaga pertuturan
3)memberi makan kepada orang miskin 
4)bangun ditengah malam untuk bersolat tahajjud. 

Sahabatku
Bukan mudah untuk masuk syurga kan? kerana ia sangat mahal dan perlu dibayar dengan harga yang mahal. jadi, bersyukurlah, rupanya ada cara mudah untuk masuk syurga. daripada 4 perkara yang berikut yang paling mudah? secara peribadi, saya merasakan cara yang paling simple adalah yang per1, menyebarkan salam. bagi salam  saja, boleh masuk syurga. masalahnya, kita hanya memberi salam kepada orang yang kita kenal sahaja kan? kepada yang tak kenal kita tak bagi salam kerana mungkin kita segan, malu dan tak nak bagi salam. Macammana nak dapat syurga kalau malu dan segan kan?

Sahabatku
Jaga pertuturan nampak mudah juga bukan?, tapi lidah tiada tulang kan? lidah sukar untuk dijaga. mudah sekali keluar kata-kata yang kadang menyakitkan hati. Lidah sangat gemar dan suka bercerita tentang orang lain. Best sangat menjaja cerita tentang kekurangan orang lain, bukan ?Nauzubillah. Kalau susah nak jaga pertuturan, apakata kita beri makan kepada orang miskin. tapi, cara ini susah jugak kan? senang saja nak cari orang miskin, kita cari anak yatim. Banyak Pusat-pusat yang jaga anak yatim sekarang. Sedekahkan duit utk dijadikan sumber makanan kepada mereka. Bangun malam untuk bersolat tahajjud macammana? dalam minggu ini ada tak sekali kita bangun semata-mata ingin bertahajjud kerana Alla.? tepuk dada, tanya iman.
Editor , Norazila Khalid

TRIVIA (SOALAN KUIZ AGAMA)
1. Dalam kalangan para sahabat, berapa orgkah yg di jamin masuk Syurga oleh lidah Rasulullah saw,.
2. Bagaimanakah gambaran wajah Rasulullah.?
3. Siapakah yang ingkar perintah Allah untuk bersujud (menghormati) Nabi Adam as. ?
Jawapan di akhir edisi ini


PEMBAHAGIAN AIR
AIR MUTLAK
Air yang bersih sifatnya yang digunakan untuk kegunaan biasa, membersihkan yang lain dan sah digunakan untuk mengangkat hadas.

AIR MUSTAKMAL
Air yang telah digunakan. Air yang bersih untuk kegunaan biasa, tetapi tidak boleh untuk mengangkat hadas.

AIR MUTANAJIS
Air yang bercampur dengan najis. Air ini tidak bersih dan memudaratkan untuk kegunaan biasa. Dan ia tidak sah digunakan untuk mengangkat hadas atau bersuci.

AIR MUSYAMMAS
Air di dalam bekas besi yang telah terdedah kepada cahaya matahari. Air ini bersih dan boleh digunakan untuk kegunaan biasa, mengangkat hadas, tetapi makruh untuk menggunakannya (tiada di Malaysia) 
Sumber : ENSIKLOPEDIA SOLAT

BUKAN SAJA –SAJA
 Bukan saja—saja Allah meletakkanmu dlm bidang itu
 Bukan saja—saja Allah mengurniakanmu kepakaran itu
 Bukan saja—saja Allah membiarkanmu mengemudi dalam keadaan sebegitu..
 Melainkan Allah tahu kamu akan memberikan sesuatu dalam bidang itu
 Melainkan Allah tahu kamu bakal membiak-biakkan ilmu itu..
 Melainkan Allah akan menemukanmu dengan insan-insan yang ikhlas membantu
 Melainkan Allah mahu menguatkanmu
 Melainkan Allah mahu kamu tahu betapa tingginya kasih sayangNya padamu 






8 PERKARA
8 perkara kita minta dengan Allah semasa duduk antara 2 sujud
 ‘Rabbighfirli’ - Tuhanku, ampunilah aku
 ‘Warhamni’ - Sayangi aku
 ‘Wajburnii’ - Tutuplah aib-aibku
 ‘Warfa’nii’ - angkatlah darjatku
 ‘Warzuqnii’ - berilah aku rezeki
 ‘Wahdinii’ - berilah aku petunjuk
 ‘Wa’aafinii’ - Sihatkanlah aku
 ‘Wa’fuannii’- Dan Maafkanlah aku






TIDAK ZALIM KETIKA ‘SERBA ADA’ ATAU SEADANYA
Kuasa, harta, dan nasab keturunan tanpa dukungan kekuatan iman akan menyebabkan berlakunya penzaliman. Iblis menjadi sombong kerana merasakan dirinya lebih mulia kerana diciptakan daripada api. Zionis laknatullah menjadi tirani kerana merasakan mereka umat pilihan Tuhan. Firaun pula menjadi zalim kerana mempunyai kuasa yang tidak terbatas. Qarun bertukar zalim kerana limpahan harta yang banyak. Kezaliman kerap berlaku bila hati menjadi goyah dengan ujian nikmat kesenangan, kuasa dan kemasyuran. Ketika berada di puncak , kompas hati mula hilang arah dan diri kehilangan petunjuk. Ketika itu kuasa, harta, dan nama tidak lagi digunakan untuk memberi perlindungan , keadilan dan bantuan kepada manusia lain, sebaliknya hanya digunakan untuk kepentingan diri, keluarga dan kroni.Allah berikan kekayaan bukan bererti Allah memuliakan. Allah berikan kemiskinan pula, bukan bererti Allah menghina. Kaya atau miskin hakikatnya adalah sama. Kedua-duanya adalah ujian daripada Allah. Mampukah manusia mengekalkan sifat kehambaan ketika ujian kesenangan dan kesusahan.
Nabi Sulaiman diuji dengan harta. Baginda taat dan hatinya sentiasa ingat Allah. Nabi Isa a.s diuji dengan kemiskinan, hatinya sabar  dan redha. Allah berikan kuasa kepada Daud, , Baginda tetap taat dan memberi keadilan kepada rakyat. Begitu juga Nabi Ayub a.s, menjadi hamba yang taat walaupun diuji dengan kesakitan dan kesepian ditinggalkan kelurga.
Semua yang berlaku kepada nabi dan Rasul, ialah hujah yang berkuasa  kerana si miskin atau kaya tetap taat kepada Allah. Ujian kesenangan lebih sukar dihadapi berbanding ujian kesusahan. Dalam kesenangan , kemasyuran dan kekuasaan, manusia mudah menjadi alpa, megah dan berbangga. Allah swt mengingatkan dalam firmannya ‘bermegah-megah akan melalaikanmu’ (surah at takathur 102:1)
Apabila segala-galanya sudah serba cukup dan serba ada, manusia merasakan tidak memerlukan manusia lain dan berlakulah penzaliman. Firman Allah ’sekali-kali tidak, manusia itu benar-benar melampaui batas apabila melihat dirinya sudah serba cukup’ (Surah al Alaq 96:6-7).Hanya dengan iman yang kukuh , si kaya tidak akan menzalimi si miskin kerana merasakan segala-galanya ialah milik Allah. Si Miskin juga tidak akan menzalimi dirinya dengan sifat hasad kepada si kaya kerana berasa cukup dengan kekayaan hati.
Tidak kira sama ada kita hidup ’serba ada’ atau ’seadanya’ jika hati punya iman, , kita tidak akan menzalimi apatah lagi diri kita sendiri.                       
Sumber : Ustaz Pahrol



           


JANGAN
 Jangan tidur selepas subuh, nanti rezeki mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat.
 Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.takut-takut kita mati dalam perjalanan.
 Jangan biarkan mata liar dalam perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
 Jangam menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang secara tiba-tiba.
 Jangan ego untuk meminta maaf jika memang kita yang bersalah.
 Jangan lupa bergantung pada Allah dalam setiap kerja kita. Nanti kita akan jadi sombong ketika berjaya dan jika gagal kita akan kecewa.
 Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki.
 Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri orang yang munafik dan menghilangkan kasih sayang dalam diri kita. 



KESEMPURNAAN
Kadang yang terindah bukanlah yang terbaik.
Yang kelihatan sempurna tidak menjanjikan bahagia.
Namun, jika kita dapat menerima kekurangan menjadi kelebihan,
Itulah yang dikatakan kesempurnaan yang sebenarnya.

JAWAPAN TRIVIA
1. 10 orang.
2. Lebih indah daripada bulan.
3. Iblis laknatullah.




No comments:

Post a Comment