Google Ads

Saturday 24 October 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 117

MENARIK DI DALAM
·        Rahsia Kegagalan?
·        Andai hari Ini Aku di Makamkan
·        Life is so beautiful
·        Mana Yang dulu
·        Sebab Mengapa Rezeki Susah Masuk
·        I Choose
·        Paling Ramai Menghuni Neraka
·        Ketika
·        Benar


Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang menciptakan sesuatu daripada tiada kepada ADA. Yang akan menghidupkan kembali tulang belulang yang sudah reput kembali kepada keadaan asal. Tuhan yang sangat Tahu apa yang terbaik untuk kita.

Sahabatku
saya teringat akan kata-kata ini, dan saya pegang akan ini iaitu.. rahsia kegagalan  ialah kita cuba untuk mengambil hati semua orang. kerana kita fikirkan orang.. alangkah indahnya...jika kita mengutamakan Apa Allah kata. bukan apa orang kata.

Sahabatku,
Manusia ini memang tidak puas dengan apa yang ada. semua tidak kena dan tidak dapat puas hati untuk semua orang. jika kita pakai sesuatu pakaian, mungkin pakaian itu suami sangat suka, tapi ibu kita kurang berkenan dengan bunganya. tudung yang kita pakai amat kita suka, tapi rakan sekerja menyatakan bahawa tudung itu agak old fashion. itu adalah contoh yang mudah un tk difahami. bagaimana amat susah kita ingin puaskan hati semua. kita boleh jadi sakit jiwa jika ingin puaskan hati semua.

Sahabatku,
jadi, apa yang perlu kita buat adalah kita fokus 1 sahaja, iaitu apa yang Allah suka. jika ini dipraktikkan, inshaAllah, kita akan dapat hidup bahagia, tanpa sakit hati jika ada yang tidak puas hati. senyumlah pada mereka. 
 Editor, Norazila Khalid  

BERHIJRAH

Jangan menilai seseorang berdasarkan masa silamnya tetapi lihatlah pada hari ini, setiap org mampu berubah dan berhijrah , malah jauh lebih baik dr apa yg kita sangkakan...

Alhamdulillah...

 

 


ANDAI HARI INI AKU DIMAKAMKAN

Hari ini ku mati, perlahan..

Tubuhku ditutup tanah, perlahan..

Semua pergi meninggalkanku

Masih terdengar jelas langkah-langkah terakhir mereka,

Aku bersendirian,

ditempat gelap yang tak pernah terbayang

Sendiri, ku menunggu pertanyaan Malaikat

Belahan hati, Belahan jiwa pun pergi

Apa lagi sekadar kawan dekat atau orang lain

Aku bukan siapa-siapa lagi bagi mereka

Sanak keluarga menangis, sangat pedih,

Aku pun demikian, sedih

 

Ya Allah, Jika Kau beri 1 lagi kesempatan

Jika Engkau pinjamkan beberapa hari milikMu

Untuk aku perbaiki diriku

Aku ingin memohon maaf pada mereka

Yang selama ini telah merasa dizalimiku,

Yang selama ini sengsara keranaku,

Yang hatinya sakit keranaku,

Aku akan kembalikan jika ada harta kotor ini yang telah kukumpulkan,

Yang bahkan ku makan

Ya Allah, beri lagi aku beberapa hari milikMu

Untuk berbakti kepada ayah dan ibu tercinta

Teringat akan kata-kata kasar dan keras yang menyakiti hati mereka

Maafkan aku ayah dan ibu

Mengapa tak ku sedari,

betapa besar kasih sayangmu

Beri juga ya Allah

Aku waktu untuk berkumpul dengan keluargaku

Menyenangkan saudara-saudaraku

Untuk sungguh-sungguh beramal soleh

Aku sungguh untuk sujud di hadapanMu lebih lama lagi

Begitu menyesal diri ini

Kesenangan yang pernah kuraih dulu

Tak ada erti sama sekali

 

Mengapa aku sia-siakan waktu hidup yang hanya sekali itu?

Andai aku mampu undur kembali waktu itu

Aku dimakamkan hari ini

Dan ketika semua menjadi tak termaafkan

Dan ketika semua menjadi terlambat

Dan ketika aku harus sendiri

Untuk waktu yang tidak terbayangkan

Sampai Yaumul Hisab

dan dikumpulkan di padang Mahsyar

 

Nauzubillah..Jom kita hargai kehidupan sekarang..sebelum semuanya jadi TERLAMBAT..

 

 


LIFE IS SOOOOO BEAUTIFUL

‘Never blame anyone in your life.

Good people give you happiness.

Bad people give you experience.

Worst people give you lesson

and best people give you memories’

 


YANG MANA DULU
             2 orang pemuda berdebat sesama mereka di sebuah warung kecil di tepi jalan. Perbincangan mereka ialah tentang telur dan ayam iaitu mana yang wujud dahulu.
‘tentulah telur ayam, barulah menetas menjadi anak ayam dan seterusnya jadi ibu ayam’. ‘dari mana datangnya telur kalau tiada ibu ayam? Jadi mestilah ibu ayam wujud dahulu, barulah dia bertelur’. ‘isy, tidak logik! Habis tu dari mana datangnya ibu ayam itu? Mesti dari telur juga kan?’
            Pakcik tua pemilik warung itu mencelah perbincangan mereka. Niatnya hanya ingin meleraikan kekusutan. ‘Apalah kamu bertekak ni. Cuba Tanya pak cik yang terlebih dahulu makan garam ni’. ‘Haa.. Yang mana 1 wujud dahulu pakcik? Ayam ke telur?’ Jawab pakcik itu ‘Pakcik pun tidak pasti ayam atau telur yang wujud dahulu, tapi yang pastinya semuanya itu ALLAH yang wujudkan’

Pengajaran
Hal yang pasti Allah telah sedia wujud , tiada permulaan dan tiada pengakhiran. Kita sebagai makhluk merupakan ciptaanNya yang semestinya muncul kemudian, ada awal dan akhirnya.
Angguk Geleng




ANTARA SEBAB MENGAPA REZEKI SUSAH MASUK
 Gemar mengungkit-ungkit pemberian Allah
 Asyik mencanang perihal duit yang tidak cukup untuk urusan itu dan ini
 Berkira untuk membantu dan memudahkan hal yang baik
 Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit
 Riak bila bersedekah
 Banyak berbuat maksiat dan kemungkaran
 Tidak atau kurang beristighfar
 Tidak bersyukur
 Banyak mengeluh




I CHOOSE
I choose to live by choice, not by chance
I choose to make changes, not excuses
I choose to motivated, not manipulated
I choose to be useful, not used
I choose to excel, not compete
I choose self esteem, not self pity
I choose to listen to inner voice not o random opinious of others 



           

HADIS
Paling ramai Menghuni Neraka
‘Wahai kaum wanita, bersedekahlah dan perbanyakkanlah beristighfar kerana aku melihat kalian adalah yang paling ramai menghuni neraka’.
(HR Bukhari dan Muslim)



HADIS
‘Wahai kaum wanita, bersedekahlah dan perbanyakkanlah beristighfar krn aku melihat kalian adalah yg paling banyak menghuni neraka’.
(HR Bukhari dan Muslim)


KETIKA
u Ketika wajah lelah memikirkan dunia,  maka berwudhu’lah
u Ketika tangan letih menggapai cita-cita,  maka bertakbirlah
u Ketika berat memiku amanah, maka bersujudlah
u Ikhlaskan semua dengan mendekat diri kepada Allah
u Agar tunduk disaat yang lain angkuh
u Agar teguh disaat yang lain runtuh
u Agar kuat disaat yang lain Rapuh
u Sabar disaat yang lain mengeluh                                                              







BENAR
Sesungguhnya......         
Mati itu benar
Siksa kubur itu benar
Alam Barzakh itu benar
Alam Akhirat itu benar
Siratul Mustaqim itu benar
Syurga itu benar
Dan Neraka itu benar...

SABDA RASULULLAH

‘sesiapa yang mahu supaya doanya diterima ketika dalam keadaan kesempitan atau kesusahan hendaklah dia banyak berdoa ketika dalam kesenangan’.

InsyaAllah.

 

 




No comments:

Post a Comment