Google Ads

Monday 30 November 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 172

MENARIK DI DALAM
·        3 Yang Boleh Membawa Kepada Rosaknya Hati
·        10 Tanda Hati Mati
·        Kita Bakal Menyusul
·        Amalan Yang Lebih Utama
·        Jangan Takut
·        Allah Menanti
·        Cacat Tetapi…
·        Ilmu Sedekah paling Barakah
·        Tak Masuk Syurga



3 KOMPONEN YANG DI ABAIKAN YANG BOLEH MEMBAWA KEPADA ROSAKNYA HATI
 ANGGOTA SUJUD
Malas untuk tunduk sujud kepada Allah atau sujud juga, tetapi dalam keadaan malas dan tiada ikhlas.

 LIDAH
Lidah jarang sekali dibasahkan dengan zikrullah, membaca al quran dan bercakap benda-benda yang baik.

 HATI
Susah mendengar takziah atau peringatan. Apabila hati tidak mengingati Allah, bagaimana mungkin Allah akan mengingati kita?




           


10 TANDA HATI MATI
1. Kita mengaku kenal dan cinta Allah, tetapi tidak menunaikan hakNya.
2. Kita mengaku cinta Rasulullah tetapi Mengabaikan sunnahnya.
3. Kita membaca al Quran tetapi tidak beramal dengan hokum-hukum di dalamnya.
4. Kita memakan nikmat Allah tetapi tidak mengsyukurinya.
5. Kita mengaku syaitan adalah musuh, tetapi masih mengikutinya.
6. Kita mengakui adanya syurga tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
7. Kita mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha menjauhinya.
8. Kita mengakui bahawa kematian akan datang tetapi tidak berusaha untuk mempersiapkan bekalan.
9. Kita sibuk membuka aib orang, tetapi tidak melihat aib diri sendiri.
10. Kita menghantar dan menguburkan jenazah tetapi tidak mengambil hikmah daripadanya.


KITA BAKAL MENYUSUL

Setiap kali Rasulullah menziarahi kubur, Baginda akan mengucapkan :

 

‘salam sejahtera atau kamu wahai penghuni kediaman ini sekalian yg Mukmin dan Muslim. Sesungguhnya kami InsyaAllah bakal menyusul. Aku memohon kepada Allah keafiatan buat kami dan juga kamu’.

Riwayat Muslim





AMALAN YANG LEBIH UTAMA

Abdullah bin Mas’ud bertanya kepada Nabi ‘Apakah amalan yang utama?’
Jawab Baginda ‘solat tepat pada waktunya’.

(Riwayat al Bukhari dan Muslim)

Solatlah TEPAT pada waktunya.. Di AWAL waktu..
Usah menangguh-nangguhkannya….



           


JANGAN TAKUT
Kita tidak mampu mengawasi semua yang berlaku mengikut keinginan diri. Lalu apabila akan berlaku sesuatu yang tidak diinginkan, kita mengalami ketakutan, takut gagal, takut dicerca, takut dicemuh dan pelbagai ketakutan lagi. Walhal ia lumrah kehidupan. Soalnya, bagaimana hendak menghadapi ketakutan?

 GAGAL
Orang yang berjaya dalam hidup selalunya tidak menamakan kegagalan sebagai satu kegagalan, sebaliknya menamakannya sebagai ‘maklum balas’ yang kemudiannya diterjemahkan sebagai ilmu dan pengalaman.

 TAKUTLAH..
Tidak bertindak dan bertangguh-tangguh akan menyebabkan kita hilang pengalaman menghadapi kegagalan. Apabila kurang pengalaman sebegitu, kita akan terus tidak tahu bagaimana hendak menghadapi ketakutan dalam hidup.


           


ALLAH MENANTI
Pada setiap malam Tuhan kita turun ke langit dunia tatkala malam berbaki satu pertiga lagi . Dan Dia menyeru :
‘sesiapa yang berdoa kepadaKu maka akan Aku kabulkan. Sesiapa yang meminta kepadaKu, akan Aku berikan. Sesiapa yang memohon keampunan kepadaKu akan aku ampunkan’.
(Riwayat al Bukhari dan Muslim)



CACAT TETAPI….
            Seorang lelaki yang berusia 30 an dilahirkan cacat. Beliau tiada kaki dan tangan. Bukan itu sahaja, beliau juga cacat  penglihatan. Namun semangatnya untuk menerusnya hidup dan menjadi insan yang berjaya tidak pernah dihalang oleh kecacatannya. Kini beliau menjadi seorang pakar motivasi yang terkemuka. Dalam salah satu sesi motivasinya, beliau ditanya pelbagai soalan oleh peserta yang hadir.
            Salah satu soalannya ’bagaimana tuan dapat hidup ceria seperti hari ini dalam keadaan serba kekurangan? Maksud saya, kecacatan ini’. ’ini bukan kekurangan atau kecacatan. Ini satu kelebihan. Kenapa? Kerana saya tidak perlu bertanggungjawab terhadap dosa yang dilakukan oleh tangan dan kaki’. ’tapi tuan juga tidak mampu melihat’. ’Ya, betul tu. Saya tidak ada peluang memandang perkara-perkara yang diharamkan. Saya juga tidak nampak kelemahan dan keburukan manusia lain yang boleh menyebabkan saya bersangka buruk kepada mereka’. ’tapi,apa yang tuan ada?’ ’Saya ada mulut untuk menyampaikan kepada manusia lain agar sentiasa bersangka baik dengan Allah. Dengan mulut ini jugalah saya mampu membaca al Quran dan berzikir. Alhamdulillah’. 

Pengajaran
Setiap kekurangan jika dipandang dari sudut yang berbeza, pasti ada satu kelebihan.
Sumber : Angguk Geleng




ILMU SEDEKAH PALING BARAKAH
Memerangi kejahilan sama pentingnya dengan memerangi kedegilan. Jika kedegilan diperangi dengan senjata, kejahilan pula mesti diperangi dengan ilmu. Bahkan banyak kedegilan berpunca daripada kedangkalan ilmu. Sebab itu tinta para ulama setara dengan darah para syuhada. Malah ada kalanya lebih utama ketajaman pena daripada ketajaman pedang.   


TAK MASUK SYURGA

Masuk syurga matlamat kita. Menjadi ahli syurga maknanya kita berjaya meraih redaNya. Lalu untuk kita berusaha menambah pahala sepanjang usia. Cuma jangan lupa semak diri sentiasa.  Mana tahu dengan amalan kita rasa-rasa macam layak ke syurga, padahal awal-awal diri kita ada dalam senarai hitam orang yang tidak masuk syurga! 
9 orang yang tidak Masuk Syurga

 Pemutus Hubungan
‘Tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan silaturahim’. (Riwayat Muslim)

 Penggunjing
‘Tidak masuk syurga si penggunjing’ 
(Riwayat al Bukhari)
Menggunjing itu termasuklah mengumpat, memfitnah, mengata di belakang dan mengebarkan cerita buruk tentang seseorang.

 Takbur
‘Tidak masuk syurga sesiapa yang ada dalam hatinya rasa takbur walaupun sebesar biji sawi’.
(Riwayat al Tirmizi)


 Menyakiti Jiran
‘tidak masuk syurga sesiapa yang jirannya tidak aman daripada perangai buruknya’
(Riwayat Muslim)

 Makan Harta haram
‘tidak akan masuk syurga daging yang subur dengan harta haram!’
(Riwayat Ahmad)

 Pelaku Kasar Terhadap Orang Bawahan
‘Tidak masuk syurga orang pelaku buruk terhadap hambanya’.
(Riwayat al Tirmizi)
Hamba pun sedemikian, inikan pula pembantu rumah, pekerja upahan atau pekerja bawahan yang merdeka.

 kahin
‘Tidak masuk syurga si kahin’.
(Riwayat al Tabarani)
Kahin merangkumi tukang tilik, tukang sihir, bomoh, pawang, dan sebagainya.

 Percaya Bomoh 

 Peminum Arak
‘Tidak masuk syurga peminum arak, orang yang mempercayai tukang sihir dan pemutus hubungan’.
(Riwayat ibn Hibban)

Kita akan masuk syurga hanya dengan reda Allah. Sedangkan untuk mendapat reda Allah bukan dengan melakukan apa yang Allah suka sahaja. Tidak kemana-mana jika kita hanya beria-ia menampah pahala namun tetap tegar dengan tabiat dosa. Solat namun mengumpat.


No comments:

Post a Comment