Google Ads

Monday 2 November 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 135

MENARIK DI DALAM
·        Hati manusia
·        Kemanisan Iman
·        Mother of Knowledge
·        Harta Paling Utama
·        Ketenangan vs Kesenangan
·        Tambah Senang, Kurang Tenang
·        Tambah Pahala Setiap Kali Ke Pasar
·        Tinggi
·        2 manusia yang dikagumi Allah



HATI MANUSIA

 

 HATI MUTTAQIN

Hati mereka umpama pelita yang bercahaya, bersih dan memancar sinar kesucian dan kebaikan

 

 HATI ORANG KAFIR

Hati mereka hitam, terbalik serta menabur kegelapan dan kejahatan.

 

 HATI ORANG MUNAFIK

Hati golongan ini berbungkus hijab, kepura-puraan, bertopengkan keislaman dan menyembunyikan kekafiran.

 

 HATI ORANG FASIK

Kedudukan hatinya dalam keadaan melintang, tegak tidak, bersembam tidak, bahkan sentiasa di atas pagar antara kebenaran dan kebatilan.

Sumber :Buku Semuanya Soal Hati



REPETITION IS MOTHER OF LEARNING….

(ulangan itu adalah ibu kepada pembelajaran)
   



KEMANISAN IMAN
1. Allah dan RasulNya lebih dicintai daripada selain kedua-duanya (Allah dan Rasul)
2. Mencintai seseorang semata-mata kerana Allah.
3. Benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) setelah bertaubat sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api.


ASMA UL HUSNA
51. AL HAQ (Maha Benar)

52. AL WAKIL (Maha Mewakili)

53. AL QAWIY(Maha Kuat/Perkasa)

54. AL MATIN(Maha Kukuh)

55. AS WALIY(Melindungi)

56. AL HAMID (Maha Terpuji)

57. AL MUHSIY (Maha Penghitung)

58. AL MUBDI (Maha Memulai)

59. AL MUID (Maha Mengembalikan/Mengulangi)

Sumber :Buku Kisah Inspirasi Asma ul Husna  


HARTA PALING UTAMA
Islam memang mementingkan soal hati ini. Hati memang menjadi fokus dakwah dan tarbiah para Rasul dan Anbiya’. Hati itulah tempat letaknya hidayah, iman, taufik, takwa yang menjadi ‘harta’ paling utama dalam kehidupan manusia di dunia dan akhirat.


KETENANGAN VS KESENANGAN
Tanpa  ketenangan tidak ada gunanya kesenangan. Harta,wang, kuasa dan pangkat tidak boleh ditukar ganti dengan ketenangan jiwa. Sebaliknya kekurangan harta, rendahnya jawatan atau pangkat, dapat ditampung oleh ketenangan jiwa.
   




KEHIDUPAN
Hidup di dunia ini penting kerana adanya akhirat. Jadi, kita mesti memanfaatkan kehidupan di dunia sebagai jambatan kebahagiaan di akhirat.


TAMBAH SENANG, KURANG TENANG
             Seorang budak ditemui sedang menangis oleh seorang lelaki tua. Lelaki tua itu bertanya ’mengapa engkau menangis?’ anak itu menjawab ’duit saya hilang’. ‘berapa jumlah duit kamu yang hilang itu?’ orarg tua itu bertanya. ‘lima puluh sen’. Anak itu menjawab sambil teresak-esak. kasihan melihat budah itu, lelaki tua itu memberikan lima puluh sen kepadanya. ‘nah,ini ganti duit kamu yang hilang. Dah jangan menangis lagi’.
            Dia pun terus berlalu dari situ. namun belum jauh berjalan, budak itu menangis lagi kuat. ‘kenapa pula kali ini, bukankah duit kamu telah pakcik gantikan? ‘sekiranya duit saya tidak hilang, tentu tentu saya sekarang ada seringgit. Tapi sekarang Cuma lima puluh sen’, jawabnya sambil menangis.

Pengajaran
Ramai manusia yang tidak bersyukur dengan apa yang ada dan tidak sabar dengan apa yang tiada. Jika miskin, kita merintih inginkan kekayaan. Tetapi apabila kaya, hati terus gelisah kerana hendak lebih kaya lagi. kadangkala semakin bertambah senang, menyebabkan kita berasa kurang tenang.
Sumber : Angguk Geleng






JOM AMAL
TAMBAH PAHALA SETIAP  KALI  KE  PASAR
Doa Ke Pasar
‘Tidak ada Tuhan yang berhak disembah dengan benar melainkan Allah semata, tidak ada sekutu bagiNya, BagiNya kerajaan, bagiNya segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan Yang Mematikan. Dialah yang Hidup, tidak akan pernah mati. Di tanganNya kebaiakan. Dialah Yang Maha Kuasa atas Segala Sesuatu’.
Rasulullah berpesan ‘sesiapa yang hendak ke pasar lalu dia mengucapkan zikir ini , Allah akan tulis baginya sejuta kebaikan, menghapuskan sejuta keburukan dan mengangkat sejuta darjat’. (Riwayat al Tirmizi)
Bagi orang kampung pasarnya mungkin pasar malam atau pasar tani. Tetapi bagi orang Bandar lebih beraneka , Giant, Tesco, Aeon dan sebagainya. Alhamdulillah bagi sesiapa yang sudah merutinkan zikir ini. Bagi yang belum, tiada istilah terlewat dalam beramal. Jom kita lancarkan zikir ini di bibir. Jadi kita boleh amalkannya terus apabila ke mana-mana pasar selepas ini.


TINGGI
Manusia suka dipandang tinggi oleh manusia. Tetapi berapa ramai Muslim yang melakukan yang terbaik dalam kehidupan supaya dipandang tinggi oleh Allah? Muslim dipandang tinggi apabila mengamalkan ajaran Allah dan Rasul dalam segenap kehidupan. Ilmu bukan hanya disimpan, teraplikasi menjadi amalan harian. Demikian Muslim yang dicintai Allah.  Milikilah peribadi yang tinggi. Seperte Rasulullah saw yang baik pada musuh, sahabat dan semua di sisi. Tidak dipeduli kebaikan tidak dimengerti, demi agama Ilahi Baginda berjuang tanpa henti. Bukankah Islam agama paling tinggi? Namun, ada tinggi yang tidak memberi erti. Meninggi diri atau bongkak ditegah Ilahi. Terasa nikmat yang dinikmati hasil usaha sendiri. Tidak sedar Allah yang Maha Pemberi. Jauhkan, jangan sampai menjadi barah dalam diri. Jadilah Muslim yang punya ketinggian budi, ke mana-mana pergi disayangi dan disenangi. Walau dibenci, tidak memberi kesan pada diri terus memberi dan berbakti.

         
 HADIS QUDSI
DUA MANUSIA YANG DIKAGUMI ALLAH

‘Tuhan kita kagum dengan 2 golongan manusia. Seorang yang bangkit dari tempat tidur dan selimutnya lalu meninggalkan keluarga demi menuju ke tempat solat.  Maka Allah berfirman ‘Wahai malaikatKu sekelian. Lihatlah hambaKu ini. Dia bangkit dari tempat tidur dan selimutnya lalu meninggalkan keluarga demi menuju ke tempat solat semata-mata mengharapkan ganjaran dan takut akan seksaanKu’.  Dan seorang lagi yang berjuang di jalan  Allah dan kemudian mereka kalah. Lalu dia sedar tentang akibat sekiranya dia melarikan diri dan ganjaran jika dia kembali. Maka dia kembali berperang sehingga tumpah darahnya. Maka Allah berfirman ‘Lihatlah hambaKu ini. Dia kembali kerana mengharapkan ganjaran dan takut akan seksaanKu hingga tumpah darahnya’.
(Riwayat Abu Dawud)

 







No comments:

Post a Comment