Google Ads

Wednesday 11 November 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 154

MENARIK DI DALAM
·        fakta Menarik Tentang Gua Hira
·        Seimbang EQ dan IQ
·        Tamak
·        Buku Terbaik
·        Andainya Aku Dapat Kembali Ke Dunia
·        Korban
·        KPI Muslim Berkualiti
·        Tali Kasut
·        4 Jenis Idah
·        Sabar
·        Nilai Diri manusia
·        Hutang oh Hutang




FAKTA MENARIK TENTANG GUA HIRA
% Terletak di jabal Nur iaitu kira-kira enam kilometer dari utara Kota Makkah tanpa ada sebarang tanda-tanda kehidupan manusia di situ.
% Sebahagian gua sahaja ditembusi cahaya, manakala sebahagian yang lain gelap gelita.
% Ketinggian laluan masuk tidak lebih daripada tinggi manusia.
% Boleh memuatkan hanya dua orang sahaja di dalamnya.



PELAN TINDAKAN
SEIMBANG EQ DAN IQ
1. Kenal diri dan emosi sendiri . Sesiapa yang kenal dirinya maka dia kenal Tuhannya.
2. Urus emosi dengan baik. Orang yang sentiasa stres dan terlalu sedih tidak pandai mengurus emosinya. Pengurusan emosi boleh dipelajari.
3. Beri motivasi kepada diri. Apabila jatuh, kita perlu bangkit kembali dan tidak berputus asa.
4. Kenali emosi orang lain. Bagaimana? Memahami dengan memberikan empati dan simpati serta tidak menyakiti orang lain.
5. Membina kemahiran dan kepekaan sosial seperti boleh mengawal dan mengekalkan perhubungan.


TAMAK
Orang yang tamak tidak akan cukup dengan yang sedikit dan tidak akan puas dengan yang banyak. Tidak menunggu orang lain untuk ‘menghukum’ orang yang tamak sebaliknya sifat tamak itu sendiri akan menghukum dirinya.


BUKU TERBAIK
Buku yang terbaik ialah al Quran al karim, dampingilah ia selalu kerana al Quran boleh menjadi teman semasa di alam kubur bagi orang yang menjadikannya teman semasa di dunia.


ANDAINYA AKU DAPAT KEMBALI HIDUP KE DUNIA…
Nescaya Aku Akan Bersedekah……..

Allah swt berfirman yang bermaksud : ‘Dan apa-apa sahaja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantikannya’. (Surah Saba 34:39)
Daripada Abu Hurairah  r.a, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: ‘Setiap pagi ada 2 malaikat yang datang kepada para hamba, salah satu daripada mereka berdoa ‘Ya Allah, berikan ganti kepada orang yang menafkahkan hartanya’. Manakala malaikat yang satu lagi berdoa ‘Ya Allah, binasakanlah harta orang yang bakhil’. (Riwayat al Bukhari dan Muslim)


KORBAN
‘Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-sekali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu.’



KPI MUSLIM BERKUALITI

Setiap tugasan dan pekerjaan pasti ada benchmark yang digariskan. Ia menjadi kayu ukur untuk menilai hasil yang diusahakan. Bagaimana pula dengan KPI seorang Muslim berkualiti? Mari kita terokai:

 

 Khusyuk dalam solat

 Menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan tidak berfaedah

 Menunaikan zakat

 Memelihara kehormatan memelihara amanat dan janji

 memelihara solat

 

Inilah sifat mukmin berjaya seperti yang dirakamkan dalam surah al Mukminun ayat 1-9.

 

         


TALI KASUT
            Tatkala Iskandar Zulkarnain masuk ke sebuah negeri, dia diberitahu tentang sepasang kasut yang istimewa disebuah kuil berdekatan. ‘mengapa kasut itu terlalu istimewa?‘siapa yang mampu membuka talinya yang bersimpul mati itu akan dapat menakluki dunia’.jawab seorang pengikutnya. ‘kalau demikian bawa aku ke sana!’.  Sebaik tiba di kuil , Iskandar terus pergi ke tempat kasut itu ditempatkan yakni di satu tempat yang nampaknya disucikan dan disembah. 
            Setelah merenung tali kasut yang tersimpul itu, tiba-tiba Iskandar terus mencabut pedangnya. Dengan tangkas dia memotong tali kasut itu dengan pedangnya. Tali kasut itu pun putus dan terungkai. ‘Nah! Sekarang aku akan menakluki dunia!’ semua orang di sekelilingnya terkejut . Telah ramai raja-raja dari pelosok dunia mencuba nasib untuk membuka simpulan tali kasut itu, namun semuanya gagal. Mereka hairan melihat betapa beraninya Iskandar Zulkarnain menangani cabaran itu dengan cara yang tidak pernah terfikir oleh mereka. Malah terbukti beberapa tahun kemudian Iskandar Zulkarnain berjaya menakluki dunia.

Pengajaran
Yakin atas kemampuan diri adalah syarat utama untuk berjaya. Mereka yang berjiwa  besar berani menempuh jalan yang tidak pernah difikirkan oleh manusia biasa. Mereka juga selalunya mampu berfikir ‘di luar kotak’ bagi menangani sesuatu cabaran.
Angguk Geleng






4 JENIS IDAH
1. 3 bulan (Menopaus, Wanita diceraikan belum pernah haid)
2. 4 Bulan 10 hari (Wanita kematian suami)
3. 3 Kali Suci (Wanita diceraikan masih didatangi haid)
4. Sehingga Bersalin (Wanita yang sedang hamil diceraikan @ kematian suami)





SABAR
Sabar bukan menafikan usaha untuk menyelesaikan masalah. Bahkan, sabar ialah kekuatan dalam usaha menyelesaikan masalah. Sabar menghadirkan ketenangan. Apabila tenang, makin cerah fikiran untuk mencari jalan penyelesaian.


NILAI DIRI MANUSIA

    Bagaimana kita mahu membentuk nilai dan meningkatkan nilai pada diri? Jika kita kembali kepada firman Allah, Allah menegaskan bahawa penciptaan manusia itu sendiri sudah cukup sempurna dan terbaik daripada segi kualiti dan sifat fizikalnya.  ‘sesungguhnya Kami ciptakan manusia dalam sebaik-baik kualiti. Kemudian kami jatuhkan nilainya sehingga serendah-rendah tahap. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh’.(Al Tin 95:4-6)

    Jelas di sini, nilai diri manusia itu pada penciptaan, kesempurnaan sifat dan keindahan kejadian Allah ke atas makhluk yang bernama insan. Struktur tubuh, susun anggota, keupayaan melakukan kerja, kebolehan berfikir dan bertutur serta penguasaan berfikir dan bertutur serta penguasaan terhadap ilmu, kemahiran dan makhluk lain telah meletakkan nilai dan harga diri seorang manusia jauh lebih tinggi daripada makhluk yang lain. Maka, wajar untuk menghargai diri, bersyukur dgn anugerah Allah yang menciptakan diri kita serba lengkap, dengan wajah dan susuk tubuh yang terbaik. Kita mesti mengagumi diri kita sendiri kerana ini manifestasi keindahan ciptaan Allah.

    Kelebihan manusia anugerah Allah. Allah memuliakan bani Adam atas penciptaan yang lain. 

 

         


HUTANG OH HUTANG
TANGGUNGJAWAB PEMIUTANG
1. Dianjurkan memberi hutang bagi orang yang mampu
2. Memberi tempoh bagi mereka yang berada dalam kesulitan
3. Mengutip hutang dengan akhlak yang mulia
4. Berlapang dada dalam mengutip hutang
5. Menjadikan hutang sebagai sedekah

TANGGUNGJAWAB PENGHUTANG
1. Hutang adalah amanah yang wajib dijelaskan.
2. Berhutang dengan niat yang baik.
3. Membayar dengan yang lebih baik.

BACAAN BASMALAH
Bismillahirrahmannirrahim
(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani)





No comments:

Post a Comment