Google Ads

Sunday 1 November 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 133

MENARIK DI DALAM
·        ke mana Gaji atau pendapatan kita?
·        Turun
·         3 Perkara sebelum berkata-kata
·        Bantuan Ikhlas
·        Pesan Imam al Ghazali
·        Catat, Buat dan Dapat 
·        5 minit sahaja




KE MANA GAJI atau PENDAPATAN KITA?

Ke mana pergi wang gaji kita? sepatutnya..ke mana perlu kita  bahagian-bahagiannya

 

 Kirim wang ke kampung ( depositkan ke akaun ibu atau bapa) sejumlah yang diperlukan untuk perbelanjaan mereka (20% dari gaji bersih kita )

 Apabila dapat gaji, buat bayaran bulanan PTPTN  dengan segera (katakan 10% dari gaji, nilainya. Istiqamah membayar tanpa skip)

 Asingkan 10% untuk simpanan sendiri, sebaiknya disimpan dalam tabung haji.

 Baki 55% lagi adalah untuk perbelanjaan sendiri, duit dapur, kenderaan dan lain-lain lagi.

 5% dari gaji mungkin sebagai derma, sedekah, zakat, atau hadiah untuk sesama insan.

Sumber : Cerna minda

       


TURUN
Dalam hal keduniaan,kita suka penurunan, diskaun dan seumpamanya. Manakan tidak, kita akan cepat-cepat berkejar ke pasar raya jika terdapat tawaran diskaun yang menarik. Sekiranya harga barangan turun, semua bersorak. Penurunan ada yang tidak membawa kebaikan. Itu meter iman. Turun atau kurangnya keimanan bakal mengundang padah. Kehidupan jadi tidak bahagia.perasaan gelisah, berkecamuk, dah hilang ketenangan termasuk kesan turunnya meter iman. Usah risau! Naikkan kembali meter iman dengan mujahadah. Bukankah pintu taubat itu senantiasa terbuka selagi nyawa bukan di kerongkong dan sangkakala masih belum ditiupkan. Turunkan ’darjah kejahatan’ dalam diri, naikkan meter iman dalam hati, hidayah Allah mengiringi perjalanan hari, bahagia di sana dan sini. 

ASMA UL HUSNA
41. AL JALIL (Maha Luhur)
Di baca setiap awal pagi sebanyak73 kali  , dengan Izin Allah usaha dan kedudukannya akan meningkat dengan cara yang amat menghairankan.

42. AL KARIM (Maha Mulia)
Dibaca 280 kali setiap kali hendak tidur , dengan Izin Allah akan lapang rezekinya dan dapat kemuliannya dan kehormatan di dalam hidup.

43. AL RAQIB (Maha Mengawasi)
Dibaca 50kali dengan niat agar Allah memelihara hartanya, dengan Izin Allah akan terpelihara hartanya.

44. AL MUJIB
(Maha Mrengabulkan)
Bacalah 55 kali setiap selesai solat subuh , dengan Izin Allah akan dikabulkan permohonan oleh Allah.

45.AS WASI’ (Maha Luas)
Dibaca sebanyak 127 kali setiap hari , dengan Izin Allah akan dianugerahkan kehidupan yang mencukupi serta jalan keluar dari kesempitan hidup.

Sumber : Buku Kisah Inspirasi Asma ul Husna  



RENUNGAN
Jika benar mencintai Rasulullah, buktikan dengan perbuatan bukan hanya dengan ucapan. Jika benar mencintai Rasulullah, berjuanglah menegakkan sunnah Baginda. Mari letakkan Rasulullah sebagai teladan di semua tempat, keadaan dan masa.
                   

3 PERKARA SEBELUM BERKATA2..
1. Adakah kita membantu saudara muslim apabila kita berbicara?
2. Adakah cakap kita itu boleh mendatangkan manfaat dan kebaikan kepada diri sendiri dan orang lain?
3. Adakah kata-kata kita dapat menyatukan masyarakat dalam keadaan yang baik, membawa umat Islam bersatu dan bukan sebaliknya?

Jika kita tidak boleh menjawab ‘ya’ kerana sekurang-kurangnya satu daripadanya, maka kita harus berhati-hati sebelum bercakap, yakni perlu difikirkan semula.



BANTUAN IKHLAS
             Hari sudah malam dan hujan mulai turun rintik-rintik. seorang lelaki sedang memandu pulang ke rumah terlihat seorang wanita berdiri di sisi sebuah kereta mewah di tepi jalan. oleh sebab wanita itu kelihatan dalam kesulitan, lelaki itu mamberhentikan keretanya. Dia turun dan meneliti keadaan kereta wanita itu. ‘oh, tayar kereta puan pancit, biar saya tukar tayarnya’. ‘terima kasih’. ‘ok, sudah siap’. Tayar sudah ditukar.
            Pakaian lelaki itu basah kerana hujan dan sedikit kotor kerana dia meniarap dan berlutut di atas jalan. ’berapa harga upahnya encik?, katakan sahaja, saya akan membayarnya’. Budi harus dibalas. ’tak perlu puan, saya tak perlukan apa-apa. cukuplah puan doakan keberkatakan hidup saya sekeluarga. Oh ya, nama saya Saiful Izhar’. Jelas lelaki itu sebelum beredar.
            Sebelum pulang, wanita tersebut berhasrat untuk mencari sesuatu untuk dimakan perutnya sudah berkeroncong. Entah kenapa, kali ini dia singgah di sebuah warung kecil. Biasanya dia makan di restoran mewah. Setelah duduk, seorang wanita muda yang sarat mengandung mengambil pesanan makanan. Wajahnya manis dan tidak lekang senyuman dibibirnya.
            Setelah selesai makan, wanita itu meminta dikirakan bayaran . ‘Rm8 sahaja puan’. Wang kertas Rm100 dihulurkan. Wanita beredar untuk mendapatkan baki. Namun sebaik kembali ke meja tersebut, wanita itu sudah tiada. Dia mendapati sehelai nota ditinggalkan di atas meja. ‘kamu tidak berhutang apa-apa dengan saya, saya berada dalam kesusahan dan ada orang membantu saya. Saling membantu yang diasaskan dengan rasa ukhwah yang tinggi ini jangan biarkan berakhir. Saya berniat untuk membantu orang lain pula. Di bawah kertas tisu ini ada empat keping lagi Rm100. semuanya milik kamu’.
            Malam itu, wanita yang sarat mengandung itu pulang dengan hati yang berbunga-bunga. sebaik tiba di rumah, didapati suaminya sudah lena. Penat bekerja dari pagi hingga ke malam mencari rezeki untuk mereka sekeluarga dan demi anak yang bakal lahir. ’Abang, rezeki Allah di mana-mana. Allah membantu kita’. Bisik wanita di telinga suaminya yang sudah lena. Duit itu bakal digunakan untuk menanggung kos kelahiran anak mereka. ’saya cintakan abang, Saiful Izhar’. Bisik wanita itu sebelum dia juga terlelap.

Pengajaran
Bantuan ikhlas yang diberikan kepada orang lain, Allah akan balas ganjarannya dengan kebaikan yang berlipat kali ganda.
Sumber : Angguk Geleng


 PESAN IMAM AL GHAZALI
          ‘Carilah hatimu di tiga tempat, temui hatimu sewaktu bangun membaca al Quran. Jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika solat. Jika kau tidak temui juga, carilah hatimu ketika bertafakur mengingati mati. Jika tidak kau temui juga, maka berdoalah dengan Allah. Pintalah hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati’.



 CATAT, BUAT DAN DAPAT
Semua orang boleh berkata, berazamlah setiap hari. Tetapi bagaimana kaedah perlaksanaannya? Berikut dikongsikan petua praktikal memperbaharui azam setiap hari.

1. catat azam anda setiap hari sebelum tidur.
Tidak semestinya pada kertas, telefon pintar anda seharusnya ’dipintarkan’ lagi dengan menuliskan azam anda esok hari.

2. sematkan azam anda setiap hari sebelum tidur.
Azamkan yang pekerjaan yang dilakukan hanya mendapat keredhaan Allah. Itulah pemacu semangat seorang Muslim.

3. Buat perkara yang diniatkan dan tandakan sebagai selesai setelah ia terlaksana.
Semangat akan bertambah setelah melihat banyak rancangan terlaksana, dan akal memikirkan agenda demi agenda untuk dilakukan.

4. Hadiahkan ’ganjaran’ buat diri.
Ini sebagai galakan setelah berjaya melaksanakan tugasan penting. Dalam diri, api semangat akan semakin marak untuk terus dan terus mempertingkat diri dan melakukan pekerjaan terbaik.
 
Sumber : Dato Dr Fadzillah Kamsah

JOM AMAL

5 MINIT SAHAJA

Bacaan hari ini mungkin berguna 5 tahun akan datang. Jadikan membaca hidangan wajib, bukan hanya makanan tambahan. Ungkapan ’anda adalah apa yang anda baca’ harus dijadikan pegangan. Peruntukkan 5 minit sehari untuk membaca, pasti ada hasilnya. 

Sumber : Cetusan








           








No comments:

Post a Comment