Google Ads

Thursday 12 November 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 155

MENARIK DI DALAM
·        Pengakhiran Pemakan Riba
·        Penderma dan Pesakit
·        Renungan
·        Kelebihan Ilmu
·        Seketul Daging
·        4 Pernikahan Yang Cacat
·        3 Lelaki bakhil
·        Seronoknya Menjadi Mukmin





PENGAKHIRAN PEMAKAN RIBA
SOALAN
Pohon jasa baik Dr. untuk menerangkan maksud firman Allah ‘Sesiapa yang mengulangi (mengambil riba), maka merekalah penghuni neraka. Mereka kekal di dalamnya’. (al Baqarah 2:275) adakah ayat ini bermaksud pemakan riba kekal di dalam neraka seperti orang yang mati dalam keadaan syirik tanpa taubat?

JAWAPAN
Itulah kengerian hukuman Allah terhadap satu dosa selain syirik, pengamal riba setelah pengharamannya. Menurut Imam Ibn Kathir, lafaz ‘sesiapa yang mengulangi’ bermaksud sesiapa yang kembali terlibat dengan riba setelah maklum larangan Allah. Jika benar kita yakin adanya kematian , maka jauhilah riba. Kita amat bimbang, sikap ketidakpedulian boleh termasuk juga satu keingkaran. Seterusnya boleh menjatuhkan seseorang dalam kekafiran tanpa sedar hingga melayakkan seseorang itu kekal di neraka. Nabi juga tidak mempunyai peruntukan untuk memberi syafaat kepada golongan ini.

Sumber : Ustaz Dr Zaharuddin



MUNGKIN ANDA PERLU TAHU
PENDERMA DAN PESAKIT
Setakat ini hanya 0.7% iaitu 215,000 sahaja rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai penderma organ. Daripada senarai tersebut, 52.3% bangsa cina, 23.9% india dan hanya 20.7% melayu. Pada masa sama terdapat lebih 17 000 pesakit menantikan organ baharu terutamanya buah pinggang dan pastinya jumlah ini akan bertambah.


RENUNGAN
‘Jangan hanya hidup,
Tapi binalah kehidupan

Jangan hanya jadi manusia,
Tapi milikilah sifat kemanusiaan

Jangan Hanya mencari keperluan tetapi burulah tujuan

Jadilah hamba Allah yang penuh rasa kehambaan!

InsyaAllah, akan melimpah ketenangan..
Sekalipun sedikit kesenangan..’




 KELEBIHAN ILMU
Ilmu itu lebih baik daripada Harta...
2 Ilmu diwariskan oleh para nabi dan harta diwariskan oleh Qarun dan Firaun.
2 Ilmu akan bertambah apabila digunakan manakala harta kekayaan akan semakin berkurang apabila dibelanjakan, kecuali harta yang dimanfaatkan pada jalan Allah.
2 Ilmu akan melindungi pemiliknya manakala harta perlukan perlindungan pemiliknya.
2 Ilmu dan harta dimiliki oleh orang yang beriman dan orang yang tidak beriman, manakala ilmu yang membawa kepada kenal dan takut Allah hanya dimiliki oleh orang yang beriman.
2 Ilmu dan amal akan membantu pemiliknya meniti sirat.
2 Manusia sentiasa memerlukan alim ulama yang boleh menunjukkan jalan yang lurus, manakala orang kaya tidak selalunya diperlukan oleh masyarakat.
2 Ilmu yang dimanfaatkan (amal jariah ) dapat menemani hingga ke liang lahad, harta pula akan segera berpisah daripada badan


SABDA RASULULLAH SAW...
SEKETUL DAGING
‘ketahuilah sesungguhnya di dalam tubuh ada segumpal daging. Jika baik (daging tersebut) maka baiklah seluruh tubuh. Jika rosak (daging tersebut) maka rosaklah seluruh tubuh. Ketahuilah itu ialah hati’.
(Riwayat Muslim)


4 PERNIKAHAN YG CACAT
 NIKAH SYIGHAR
Nikah syighar  berlaku apabila seorang lelaki menikahkan mana-mana wanita di bawah perwaliannya seperti anak atau saudara perempuannya kepada seseorang dengan syarat lelaki itu bersetuju untuk mengahwinkannya dengan wanita di bawah perwaliannya juga. Di sini, berlaku pertukaran dengan syarat. Nikah syighar juga dipanggil nikah tukar ganti.proses tukar ganti ini dikira mahar kepada pernikahan jenis ini. Pernikahan ini termasuk nikah yang haram di sisi islam kerana berlaku pertukaran dengan syarat. Akibat buruk rentetan nikah syighar ini adalah , akan berlaku pemaksaan kepada kaum wanita mengahwini lelaki yang mereka tidak sukai sedangkan islam memberi kebebasan kepada wanita untuk memilih pasangan hidup yang mereka sukai. 

 NIKAH TAHLIL
Masyarakat menyebutnya ‘cina buta’. Nikah tahlil ini ialah apabila seorang lelaki menikahi wanita yang ditalak tiga, kemudian dia menceraikannya lain supaya menjadi halal bagi bekas suaminya yang dahulu.
Percaya atau tidak, amalan nikah tahlil masih berlaku dalam segelintir masyarakat. Ketahuilah nikah tahlil ini adalah cacat dan hukumnya haram. Sebab tersebar yang mencacatkan pernikahan jenis ini ialah niat muhalli atau orang yang melakukan nikah tahlil itu sendiri. Suami terdahulu sudah berstatus orang asing sebaik sahaja perceraian berlaku. Jadi suami terdahulu itu tidak ada hak sedikit pun ke atas pernikahan isterinya yang terkemudian itu. 

 NIKAH MUT’’AH
Nikah mut’ah berlaku apabila seorang lelaki menikahi seorang lelaki menikahi seorang wanita hingga waktu tertentu sahaja dengan perjanjian yang sudah termeterai berupa harta dan sebagainya.

 NIKAH AL ‘URF
Pernikahan jenis al ‘urf adalah apabila seorang pemuda menjalinkan hubungan dengan  seorang gadis tanpa diketahui oleh sesiapapun ataupun hanya diketahui oleh kawan dekatnya sahaja. Ikatan mereka berdua hanya di atas kertas sahaja dan kawan-kawan mereka menjadi saksi hubungan mereka. Pemuda dan gadis tadi mempunyai hubungan sulit sehingga bersekedudukan. Kemudian, si gadis kembali pulang ke rumahnya semula.
Akad nikah seperti ini juga cacat kerana hakikatnya hubungan bersekedudukan tadi ialah perbuatan zina.  Akad mereka tidak menepati syarat-syarat sah nikah dan juga si gadis tidak mempunyai wali. Rasulullah bersabda ‘tiada pernikahan tanpa wali’. (Riwayat Abu Daud)






           

TIGA LELAKI BAKHIL
            Tiga orang sahabat yang terkenal kedekut sedang berkira-kira untuk memberi sedekah sebahagian harta setelah orang ramai mengecam sifat kedekut mereka. Lelaki pertama berkata ’aku akan melukis bulatan di atas tanah. Kemudian aku akan lemparkan wang ke udara. Wang yang jatuh dalam bulatan itu milikku, wang yang jatuh di luar garisan bulatan adalah milik orang miskin. Lelaki kedua pula berkata ‘aku pula kan melukis satu garisan memanjang di atas tanah. Akan aku lemparkan wang ke langit. Wang yang jatuh di sebelah kanan garisan adalah wang aku, wang yang jatuh di sebelah kiri garisan akan aku dermakan’.
            Lelaki ketiga terdiam sejenak. Mencari alasan yang lebih hebat. Dialah lelaki yang paling kedekut. Katanya ‘aku pula, aku takkan melukis bulatan atau garis lurus di atas tanah. Aku akan lemparkan sahaja duit ke langit. Duit yang jatuh ke tanah adalah milikku. Duit yang tidak jatuh tu milik orang miskin’.
Pengajaran
Sikap pemurah bukan ditentukan sama ada kita ada harta ataupun tidak. Namun sikao pemurah adalah soal hati. Jika kita pemurah, kita akan punya banyak cara dan daya untuk memberi. Sebaliknya jika kita bakhil. Kita sentiasa punya alasan untuk tidak memberi.
Sumber : Angguk Geleng






SERONOKNYA MENJADI MUKMN
Allah telah menjanjikan kebaikan yang banyak kepada golongan yang beriman di atas dunia ini lagi. antaranya:

DI DUNIA– KEHIDUPAN YANG BAIK DAN BERKAT                                                       ’sesiapa yang mengerjakan amalan soleh, baik lelaki mahu pun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya Kami akan berikan kepadanya kehidupan yang baik’.
 (al Nahl 16: 97)
Jikalau sekiranya penduduk negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi’.
(al A’raf7:96) 

DI AKHIRAT—SYURGA PENUH NIKMAT ’sesungguhnya orang yang beriman dan beramal soleh, bagi mereka syurga  Firdaus menjadi tempat tinggal. Meraka kekal di dalamnya, mereka tidak ingin berpindah daripadanya’.
(Al Kahfi 18 : 107:108)








         




No comments:

Post a Comment