Google Ads

Monday 9 November 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 150

MENARIK DI DALAM
·        Hakikat Iman Yang Sebenarnya
·        Perokok Pasif
·        Adab Bergurau
·        Pinjamkan daku pedangmu
·        Yang Terakhir
·        Elak Tidur Selepas Subuh
·        Kelebihan Berbincang tentang Ilmu





HAKIKAT IMAN YANG SEBENARNYA
 Bukan sekadar membenarkan dengan hati, mengakui dengan lidah dan beramal dengan anggota

¤ HATI: rasa percaya itu bermula dari hati. Ia lahir hasil daripada rasa percaya kepada kewujudan dan keesaan Allah swt. Allah berhak melakukan apa sahaja termasuk kemusnahan alam yang kita sedang berpijak ini. Kita percaya bahawa segala kandungan al Quran dan hadis yang sahih berkenaan akhirat itu benar. Malah kita juga yakin bahawa dunia ini hanya sementara, manakala ahirat pula kekal.
¤ LISAN: percaya kepada akhirat tidak hanya terhad kepada pengakuan dalam hati. Jika Firaun percaya akhirat namun tidak mengakui Allah itu penguasa mutlak akhirat, apa gunanya.
¤ ANGGOTA BADAN : Membenarkan dengan hati dan mengakui dengan lidah  sahaja tidak memadai. Anggota badan juga perlu menjadi kuli bagi hati kita, agar segala ketaatan dilaksanakan sebaiknya, manakala kejahatan pula dijauhi.




PEROKOK PASIF
Perokok bukan sahaja membahayakan kesihatan diri sendiri, bahkan turut membahayakan mereka yang terdedah kepada asapnya atau perokok sekunder. Kesan jangka pendek kepada asap rokok ialah mulut sentiasa berbau busuk, kegatalan mata, hidung serta kerongkong, pening kepala dan batuk. Kesan jangka panjang pula, mereka akan mengalami gangguan fungsi paru-paru. bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti alahan, asma, penyakit jantung dan paru-paru, risikonya akan menjadi lebih teruk.


ADAB BERGURAU

 Niat Yang Betul

Niat bergurau adalah untuk menghilangkan kepenatan, kebosanan, kelesuan, serta boleh menyegarkan minda semula dengan sesuatu yang dibolehkan. Seseorang memperoleh semangat baru dalam melakukan aktiviti yang bermanfaat di dunia dan akhirat.

 

  Tidak Berlebihan

Orang yang berlebihan dalam bergurau sebenarnya telah menjatuhkan martabatnya dalam pandangan manusia. Terlalu banyak bergurau akan menjatuhkan kehormatan kewibawaan seseorang.

 

 Tidak Bergurau Dengan Orang Yang Tidak Suka Bergurau

Kadang-kadang seseorang bergurau dengan orang yang tidak suka bergurau, yang selalu serius dalam setiap perbuatan dan percakapannya serta tidak suka dengan gurauan orang tersebut. Akhirnya boleh mendatangkan akibat yang buruk.

 

 Tidak Bergurau Dengan Perkara Yang Serius 

Ada beberapa keadaan yang tidak sepatutnya bergurau, misalnya dalam majlis ilmu, sidang perbicaraan dalam mahkamah, ketika diminta  menjadi saksi, nikah kahwin, cerai dan sebagainya.

 

 Menjauhi Perkara Yang Diharamkan Ketika Bergurau

Antaranya

A)menakut-nakutkn orang lain

B) berbohong

C)memandang rendah orang lain.

D)menuduh atau mengeji.

 

 Tidak Banyak Ketawa

Terlalu banyak ketawa bertentangan dengan sunnah Nabi. Rasulullah saw bersabda ‘Sesungguhnya Rasulullah tidak tertawa kecuali hanya tersenyum’. (Riwayat al Tirmizi ) banyak ketawa akan mengeraskan dan mematikan hati.

 

 Menjauhi Bergurau Dengan Tangan dan Kata-kata Yang Buruk

Banyak pergaduhan dan pertengkaran terjadi disebabkan bergurau. Antara  faktornya kerana tidak menjaga tangan daripada menyentuh tubuh orang lain tanpa adab. Begitu juga dengan kata-kata. jaga lidah daripada megucapkan perkataan yang keji dan tidak senang telinga yang mendengarnya.

 

 


PINJAMKAN DAKU PEDANGMU
            Sayidina Ali r.a mempunyai pedang yang begitu digeruni oleh musuhnya. Pedang yang bernama Zulfaqar itu sentiasa dibawa bersama-samanya dalam peperangan-peperangan dengan orang kaum musyrikin. Setiap kali berjaya  mengalahkan musuh-musuhnya. Berita kehebatan pedang itu sampai kepada seorang lelaki. Dia juga seorang pejuang Islam. Tertarik dengannya, lelaki itu datang menemui sayidina Ali dan berkata ‘boleh tuan pinjamkan aku pedangmu yang hebat itu’. Tanpa banyak bicara . Sayidina Ali bersetuju meminjam pedangnya.
            Lelaki itu sangat gembira. Apabila berlaku peperangan, dia pun pergi bersama pedang itu. Dia ingin merasai sendiri kehebatan Saidina Ali itu. Selepas peperangan tamat, dia memulangkan semula pedang itu kepada Sayidina Ali. ‘Bagaimana, kamu sudah rasa kehebatan pedang ini?’ Tanya Sayidina Ali. ‘Ah, biasa-biasa sahaja. Jikaku tahu begini, tak perlu aku pinjam pedang ini daripadamu. Mengapa pedang ini tak sehebat yang dikhabarkan?’ ‘Kamu hanya meminjam pedang, tetapi tidak ‘meminjam’ tangan yang memegang pedang itu’. Kata Sayidina Ali.
           
Pengajaran
Apa yang kita lihat bergantung kepada diri kita. Sebab itulah berprasangka buruk itu dilarang keras oleh agama. Dalam pergaulan, kita mesti belajar meletakkan sangka baik dan memberi alasan untuk memaafkan kesalahan orang lain. Bagaimana kita akan mendapat kebaikan daripada seseorang sekiranya apa yang kita lihat ada padanya hanya keburukan semata-mata?
Sumber : Angguk Geleng






YANG TERAKHIR
1. Muhammad bin Abdullah: Nabi dan Rasul terakhir.
2. Al Quran : kitab terakhir yang sah digunakan hingga akhir zaman.
3. Ayat Terakhir Yang Diturunkan : ulama berbeza pendapat. Ada yang mengatakan surah al Baqarah 278, ayat al Baqarah 281, ayat al Baqarah 282 atau al Maidah ayat 3. 


5 SEBAB TIDUR SELEPAS SUBUH MESTI DIELAKKAN
 BUKAN AMALAN PARA ULAMA DAN ORANG SOLEH
Para ulama dan orang soleh terdahulu membenci tidur pada waktu ini. Seorang ulama yang terkenal dalam pelbagai bidang ilmu, Ibn Qayyim memberi penegasan tentang hal ini. Beliau menjelaskan bahawa tidur pada waktu ini akan mematikan hati, membuatkan badan menjadi malas dan juga mensia-siakan waktu yang berharga.

 TERLEPAS MENGHIRUP UDARA SEGAR
Kajian menunjukkan udara pada jam 3.00-7.00pg adalah yang paling segar dan terbaik ubtuk dihirup. Ia bersih dari pencemaran asap-asap kenderaan dan gas-gas beracun. Udara yang segar ini sangat penting untuk kesegaran otak dan tubuh.

 MENIMBULKAN MALAS DAN TIDAK BERSEMANGAT PADA HARI TERSEBUT
Ibn Qayyim berkata ‘Pagi hari umpama hari muda seseorang, manakala waktu malam ibarat hari tuanya.amalan seseorang pada waktu muda sangat berpengaruh kepada amalan waktu tuanya. Jika seseorang sudah bermalas-malasan pada pagi hari, maka dia juga akan menjadi malas pada waktu petang dan malam.

 PINTU REZEKI MENJADI SEMPIT
Rasulullah saw telah melihat Fatimah berbaring selepas subuh, lalu baginda bersabda ‘Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki dari Tuhanmu dan janganlah kau menjadi dari golongan mereka yang lalai. Sesungguhnya Allah membahagikan rezeki antara terbitnya fajar hingga terbenamnya matahari’. (Riwayat al Baihaqi)

 MENDATANGKAN BEBERAPA JENIS PENYAKIT PADA BADAN. 
Sumber : Mix Medik



KELEBIHAN BERBINCANG TENTANG ILMU

1. Melatih menjadi guru kepada diri dan orang lain kerana persediaan perlu dibuat sebelum boleh memberikan input kepada kumpulan.
2. Mendapat manfaat penyebaran ilmu kepada insan lain. Ia melanjutkan tuaian pahala walaupun sudah meninggal dunia.
3. Apabila mengingati keuntungan hari akhirat yg bakal diperoleh, perbincangan akan lebih berfokus. fokus untuk memberi dan mengembangkan ilmu.








No comments:

Post a Comment