Google Ads

Wednesday 4 November 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 139

MENARIK DI DALAM
·        Wahyu Ilahi
·        Testimoni Masa
·        Hati Tikus
·        Doaku Hari ini


WAHYU ILAHI
Allah swt berfirman dalam surah al Saffat ayat 51-57, maksudnya..
51. seorang antaranya berkata ‘sesungguhnya aku (di dunia) dahulu adalah seorang rakan (yang menempalak aku)’.
52. katanya ‘adakah engkau juga salah seorang daripada golongan yang membenarkan (hari kebangkitan)?’
53. adakah sesudah kita mati dan menjadi tanah dan tulang kita akan (dihidupkan semula serta) dibalas dengan apa yang kita lakukan?
54. dia berkata lagi ‘adakah kamu hendak melihat (keadaan rakanku yang ingkar itu)?’
55. maka dia pun memandang (ke arah neraka) lalu dilihatnya rakannya itu berada di tengah-tengah neraka yang menjulang-julang.
56. dia pun (menempelaknya dengan) berkata ’demi Allah! Nyaris-nyaris engkau menceburkan daku dalam kebinasaan’.
57. dan kalaulah tidak disebabkan nikmat pemberian Tuhanku (dengan hidayah petunjuk),nescaya akan menjadilah daku orang yang dibawa hadir (untuk menerima balasan azab)

BIODATA PERAWI
Sayidatina  Aisyah r.ha
O Anak perempuan Sayidina Abu Bakar al Siddiq dan salah seorang daripada isteri Rasulullah yang digelar al Siddiqah dan Ummu ‘Abdillah
O Dilahirkan pada tahun ke 4 kerasulan Nabi Muhammad
O Antara yang paling dicintai Baginda selepas bapanya
O Berusaha 18 tahun ketika baginda wafat
O Salah seorang sahabat yang paling alim dalam bidang agama dan meriwayatkan sebanyak 2210 hadis daripada Rasulullah
O Meninggal dunia pada bulan Ramadan, tahun 57 Hijrah di Madinah.



ASMA UL HUSNA

90. AL MAANI’ (Maha Mencegah)

91. ADH DHAR
(Maha Memberi Bahaya)

92. AN NAFI’
(Maha Pemberi Manfaat)

93. AN NUR (Maha Bercahaya)

94. AL HADIY
(Maha Pemberi Petunjuk)

95. AL BADI’
(Maha Pencipta yang Baru)

96. AL BAAQIY (Maha Kekal)

97. AL WAARITS (Maha Mewarisi)

98. AR RASYID (Maha Cendekia)

99. AS SABUR(Maha Penyabar)

Sumber : Buku Kisah Inspirasi Asma ul Husna  


TESTIMONI MASA(2)

Ramai orang akan lebih percaya sesuatu produk selepas mendengar testimoninya. Ini merupakan sekelumit testimoni tentang nikmat masa...

           

 Tidak ada yang aku lebih sesalkan saripada berlakunya 1 hari yang mengurangkan usiaku namun tidak menambahkan amalanku’ #Ibn Mas’ud

 

 ‘Aku tidak benarkan diriku membazir walau sesaat umurku. Sekalipun lidahku sudah tidak mampu lagi membaca atau berkata dan mataku tdk mampu mengkaji dan membaca, aku tetap akan gunakan akalku untuk berfikir sewaktu rehat berbaring. Aku tidak akan bangun sehinggalah aku dapat apa yang hendak aku tulis . #Ibn Aqil

 

 ‘tiada suatu hari yang Allah keluarkan melainkan akan berseru ’Wahai anak adam, rebutlah aku (hari itu). Boleh jadi tiada hari untukmu selepas aku’.  # Abu Bakar al Muzani.

Sumber : Kata Dua




HATI TIKUS
             Seekor tikus yang bersahabat dengan seorang ahli sihir hidup dalam ketakutan di sebuah rumah besar. Apa tidaknya, si tikus sentiasa dikejar oleh seekor kucing peliharaan tuan rumah. Tidak tahan dengan penderitaannya, si tikus menemui ahli sihir. ‘tolong ubah aku menjadi kucing yang lebih besar dari kucing di rumah ini. Aku sudah tidak tahan lagi’. Ahli sihir pun menukar si tikus menjadi seekor kucing yang dipintanya. Si tikus berjalan penuh bangga dan mengejar kucing yang mengejarnya dulu. Dia pun keluar berjalan-jalan dari rumah dan akhirnya ia dikejar oleh anjing. Lintang pukang ia lari menyelamatkan diri dan meminta ahli sihir menukarnya menjadi anjing yang garang pula.
            Sekarang dia pula mengejar anjing yang mengejarnya dahulu. Di seberang jalan sana ada budak-budak nakal yang melastik anjing. Budak-budak itu melastiknya dan ia lari menyelamatkan diri dan berjumpa dengan tukang sihir. ‘tukang sihir, aku dilastik oleh budak-budak nakal. tolong tukarkan aku menjadi..’  ‘tak payah’. Pintas ahli sihir. ‘kenapa?’ tanya tikus kehairanan.  ‘aku boleh menukarkan kau menjadi apa jua yang kau minta. Tetapi semua itu tidak berguna selagi,,,’. ‘selagi apa?’ ‘selagi hatimu hati tikus. Hati yang pengecut’.
Pengajaran
Perubahan hanya dapat dilakukan apabila hati telah berubah. Misalnya, ramai orang merasakan dirinya boleh menjadi seorang yang pemurah apabila telah kaya. Tetapi setelah kaya, pelbagai alasan diberikan untuk tidak membantu orang lain. Hakikatnya, orang kaya sekalipun kalau hatinya masih bakhil dia tidak akan membantu orang lain. Sifat pemurah bukan ditentukan oleh banyak atau sedikitnya harta, tetapi oleh hati yang pemurah!
Sumber : Angguk Geleng






DOAKU HARI INI
Doaku hari ini..
Aku memilih untuk bahagia..
Dengan rasa syukur kepada Tuhan,
Bahawa aku masih bisa bernafas..
Aku memohon diberi ketenangan dan hidayahMu..
Limpahkan rezeki dan kasih sayang
Untukku, keluargaku, sahabatku dan insan tersayang,...Amin....



FORMULA :
CAS (IQ+EQ+SQ) = BATERI MUSLIM PENUH



           




No comments:

Post a Comment