Google Ads

Tuesday 10 November 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 151

MENARIK DI DALAM
·        Suapan Terakhir
·        Bukan Riyak
·        Tanam Pokok Durian
·        Ingin Bersama Allah
·        Sunnah Sebelum makan



MUTIARA KATA
SUAPAN TERAKHIR
Sabda Rasulullah saw, yang bermaksud ;jika kamu makan, janganlah suapan yang terakhir itu disia-siakan. Kerana mungkin keberkatan rezeki kamu terdapat dalam yang terakhir (sedikit) itu’.


BUKAN RIYAK
# Pujian yang tidak dijangka.
# Penampilan yang baik. Namun sekiranya kita berpakaian dengan niat untuk menunjuk kepada orang lain ia termasuk riyak.
# Memberi nasihat. Walaupun kita banyak melakukan dosa dan tidak sempura, proses saling mengingatkan orang lain perlu berlaku. memberi nasihat bukanlah bererti ‘kita semuanya betul’ atau ‘kita seorang sahaja yang baik’. Seolah-olah hanya orang yang sempurna dan alim sahaja yang boleh menasihati orang. menurut Abu Ammar  Yasir, pandangan itu daripada bisikan syaitan.
# Menyembunyikan maksiat dan dosa bukanlah menunjukkan seseorang itu hipokrit atau riyak. Dosa tidak perlu diberitahu kecuali mengadu dan memohon keampunan kepada Allah. Namun berlaku pengecualian dalam kes-kes tertentu apabila terjumpa kaunselor dan orang yang boleh membantu menyelesaikan masalah.
# Menambah amal ketika berdampingan dengan orang alim. Misalnya, menunaikan solat berjemaah ketika bersama kawan yang baik atau mengerjakan solat sunat. Ia naluri semulajadi. Lalukan kerana Allah.
# Suka melakukan amal soleh, seperti mengajar ilmu agama dan dalam masa yang sama mendapat ganjaran berbentuk material. Ia tidak wajar dikatakan sebagai riyak atau hipokrit.


TANAM POKOK DURIAN

Seorang lelaki tuan sedang menanam sebatang pokok durian di halaman rumahnya yang luas. Tertarik dengan tindakan orang tua itu, jirannya yang masih muda datang menghampirinya. Orang muda itu memberi salam, lantas dijawab oleh orang tua itu. ‘Atuk tanam pokok apa? ‘Pokok durian, man’.

‘Rajin atuk menanam pokok durian ni ya? Sempat ke atuk nak merasa buah durian itu? Dengan rasa hairan, dia melanjutkan ucapan ‘ye la. Pokok durian biasanya perlukan lapan hingga 10 tahun untuk berbuah’.  Sambil tersenyum, orang tua tersebut bertanya kembali, ‘Man rasa umur macam atuk ni sempat nak rasa buah durian ni?’ pemuda tersebut menggeleng yakin melhatkan wajah tua dihadapannya yang semakin dimamah usia. ‘umur macam atuk memang tak sempat nak merasa buah durian ni. Man, atuk suka sangat makan buah durian tapi  tak pernah sekalipun atau makan daripada pokok yang atuk tanam sendiri. Kalau tak kerana orang lain yang tanam, macam yang atuk buat sekarang ni, seumur hidup atuk tak merasa nak makan durian. Ini sebagai balasan, moga ada orang pula yang menikmati hasil usaha atuk’.

 

Pengajaran

Menerima semestinya seronok. Tetapi memberi dengan hati yang lapang adalah lebih menyeronokkan.  

 

 

 


INGIN BERSAMA ALLAH
Ketika menghadapi sakaratulmaut pun Rasulullah tetap dengan sifat sabar. Malaikat yang mencabut nyawa bertanya baginda ‘Adakah engkau masih mahu hidup?’ Baginda menjawab ‘Tidak, melainkan ingin bersama Tuhan Yang Maha Tinggi (Al Rafiq al A’la)


ABDULLAH BIN MAS’UD
‘sungguh! Aku sangat benci melihat sebuah pengangguran yang tidak bekerja untuk dunianya dan tidak pula beramal untuk akhiratnya’.


ABU HAZIM SALAMAH BIN DINAR 
‘hendaklah seorang Mukmin itu berhati-hati menjaga lidahnya daripada berhati-hati dalam melangkahkan kedua-dua telapak kakinya’.


SUNNAH SEBELUM MAKAN

¤ Rasulullah mengajar kita untuk membasuh tangan sebelum makan sepertimana mafhum sabda baginda ‘keberkatan makanan itu ialah membasuh (tangan) sebelumnya (sebelum makan)  dan membsauh selepasnya’. (Riwayat Abu Daud dan al Tirmizi). Jika dilihat dari sudut kesihatan juga, membasuh tangan sebelum makan sebenarnya dapat menghalang bakteria  dan kekotoran masuk ke dalam badan melalui tangan. Lihat, sunnah Rasulullah telah mendahului sains.
¤ Seterusnya ialah sunnah membaca basmalah sebelum makan. Ini berdasarkan sabda Baginda yang bermaksud ‘Apabila seseorang lelaki memasuki rumahnya, lalu dia menyebut Allah (membaca bismillah) semasa masuk dan sebelum maka, maka berkata syaitan ‘Tiadalah peluang aku bermalam dengan kamu dan tiadalah pada makanan malam kamu’.
¤ Bacalah doa sebelum makan sepertimana yang diajarkan Baginda. Panjatlah doa untuk memohon keberkatan dalam rezeki yang Allah swt berikan kepada kita.
¤ Memakan buah sebelum makan makanan yang berat antara sunnah yang dipandang sepi.  Kita kadang-kadang lebih meraikan budaya barat yang menjadikan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

SALMAN AL FARISI
‘apabila kamu melakukan keburukan dengan sembunyi-sembunyi, maka berbuat baiklah dengan sembunyi-sembunyi dan apabila kamu melakukan keburukan dengan terang-terangan, berbuat baiklah dengan terang-terangan supaya keburukan itu terhapus dengan kebaikan’. 


RASULULLAH SAW
‘sedikit dan mencukupi itu lebih baik daripada banyak tetapi melalaikan’.
  

UMAR AL KHATTAB
‘hisablah diri kalian sebelum kalian dihisab dan timbanglah diri kalian sebelum kalian ditimbang. Sesungguhnya hisab kelak akan menjadi ringan apabila pada hari ini kalian menghisap diri kalian’. 



No comments:

Post a Comment