Google Ads

Tuesday 3 November 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 137

MENARIK DI DALAM
·        Modus Operandi Pembersihan Hati
·        Andai Esok Aku Mati
·        Obsesi Diri
·        Mereka Yang Dirindui Syurga
·        Keji
·        Bergurau Ada Batasnya



MODUS OPERANDI PEMBERSIHAN HATI

 TAHAP 1 : TAKHALLI. (MENGOSONGKAN HATI DARIPADA SIFAT-SIFAT MAZMUMAH)

Dalam proses mendidik hati, sifat-sifat buruk mesti dibuang terlebih dahulu dan diutamakan sebelum menerapkan sifat-sifat baik.

 

  TAHAP 2 : TAHALLI 

Setelah sifat-sifat mazmumah dibuang, barulah benih-benih  sifat mahmudah disemai ke dalam hati. Hati akan dihias dengan sifat-sifat yang mulia seperti jujur, kasih sayang, pemaaf, pemurah, sabar, ikhlas, tawakal dan lain-lain.

 

  TAHAP 3 : TAJALLI 

Secara umum, tajalli bermakna pernyataan atau keserlahan. Apabila tahap ini dilalui barulah terbuka hijab yang menghalang seorang hamba daripada ‘melihat’ tanda-tanda kekuasaan dan keagungan Allah dengan mata hatinya.

 

Sumber : Buku Semuanya Soal hati  (Ust. Pahrol)




ANDAI ESOK AKU MATI
 Ingat Mati akan memadamkan rasa nikmat melakukan maksiat dan penggiat untuk melakukan ketaatan.
 Ingat Mati akan memadamkan rasa enggan melaksanakan kebaikan
 Ingat Mati itu sesungguhnya menghidupkan hati


MUTIARA KATA
‘kaya bukanlah diukur dengan banyaknya kemewahan dunia, namun kaya (ghina) ialah kaya hati’

Riwayat al Bukhari dan
Muslim


ASMA UL HUSNA

70. AL MUQTADIR 
(Maha Menentukan)

71. AL MUQADDIM
 (Maha Mendahulukan)

72. AL MU’AKHIR
(Maha Mengakhirkan)

73. AL AWWAL
(Maha Awal)

74. AL AKHIR(Maha Akhir)

75. AZ ZAHIR(Maha Nyata)

76. AL BATIN (Maha Tersembunyi)

77. AL WALIYY (Maha Memerintah)

78. AL MUTA’ALI(Maha Tinggi)

79. AL BARR (Maha Memberi Kebaikan)

Buku Kisah Inspirasi Asma ul Husna  



TESTIMONI MASA(1)

Ramai orang akan lebih percaya sesuatu produk selepasmendengar testimoninya. Ini merupakan sekelumit  testimoni tentang nikmat masa...

           

 ‘2 nikmat yang sering diabaikan oleh manusia: kesihatan dan masa lapang’ #Rasulullah saw (Riwayat al Bukhari)

 

 ‘Kalaulah waktu sesuatu yang boleh dijual beli, pasti aku akan membeli daripada mereka waktu-waktu mereka’. #Jamaludin al Qasimi semasa melihat sekumpulan orang lepak.

 

 ‘kalaulah tidak kerana 3 perkara yang aku suka ini nescaya atau tidak ingin aku hidup walaupun sehari; kehausan di kerongkong (puasa), sujud di tengah malam, dan bersama orang yang menuturkan kata-kata hikmah’. # Abu Darda’

 

 ‘setiap hari yang dilalui oleh seorang mukmin ialah harta perang’. # Said bin Jubair

 

Sumber : Kata Dua




OBSESI DIRI
             Seorang Tuan Guru berkata kepada anak muridnya ’Aku ingin melihat sejauh mana masyarakat percayakan aku’. ’bagaimana caranya Tuan Guru?’ tanya anak muridnya.  ’Kau sebarkan berita bahawa akan muncul seekor binatang besar di hujung kampung kita’. Tanpa banyak soal, anak-anak muridnya pun keluar ke seluruh pelosok kampung menyebarkan berita yang telah diramalkan oleh Tok Guru mereka. ‘Sebesar mana?’ Tanya orang kampung.  ‘10 kali ganda gajah’. Jawab seorang anak murid. ‘setinggi mana?’ ‘setinggi bukit agaknya. Matanya bersinar merah. Nafasnya berapi2!’.
            Khabar yang sejengkal jadi sehasta, yang sehasta menjadi sedepa. Dari mulut ke mulut berita kemunculan binatang besar itu menjadi bertambah sensasi. Apabila tiba hujung minggu, seluruh penduduk kampung keluar untuk menanti kemunculan binatang besar itu. Mereka berarak ke hujung kampung beramai-ramai. begitu meriah sekali. Bersorak dan melonjak-lonjak, seakan-akan berpesta. Ironinya, Tuan Guru itu turut serta dalam perarakan tersebut. Seorang muridnya bertanya ‘Tuan Guru pun ikut serta dalam perarakan ini?’ ‘kenapa, adakah tak boleh?’ ‘bukankah tuan Guru hanya mengada-adakan berita ini? ‘ya, begitulah pada mulanya. Tetapi apabila orang ramai mula mempercayai dan bersedia, terfikir pula olehku, mana tahu kalau berita ini benar-benar akan terjadi?’. Mereka takjub, adakah berita tipu yang dicanangkan oleh Tok Gurunya itu juga turut menipu Tok Guru sendiri? Pelik!

Pengajaran
Takjub pada diri sendiri menyebabkan ramai orang buta pada kebenaran. Sentiasa ada justifikasi yang datang dari dalam diri sendiri untuk mentafsir sesuatu mengikut apa yang diingini terjadi dengan menafikan realiti. Sudah hitam, masih dikatakan putih. Hanya kerana ego dan obsesi diri.

Sumber : Angguk Geleng






7 SIFAT MEREKA YG DIRINDUI SYURGA
¤ Beriman kepada Allah
¤ Khusyuk dan Menjaga waktu solat
¤ Penuhi Janji
¤ Memelihara amanah
¤ Menjauhi perkara sia2
¤ Menunaikan zakat
¤ Menjaga kemaluan


KEJI
Kekejian lambang kehinaan dan keburukan. Orang yang suka mengeji, bererti dia sedang merendahkn dan mencela orang lain. Perbuatan ini harus dijauhi. Elakkanlah melakukan perbuatan keji, hingga menyebabkan diri ikeji. Berbuat sesuatu yang keji hanya menghasilkan kekotoran dalam hati. Pengkeji tidak senang melihat orang lain senang hati.  Suka mengeji sesuatu yang dilihat kurang daripada dirinya. Jangan sampai diri sendiri mengejikan. Menganiayai diri sendiri termasuk dalam perbuatan keji. Keji bawa ke mati. Keji membuatkan orang membenci diri. Jika tersalah langkah melakukan perbuatan keji, segeralah memohon ampun daripada Allah Yang Maha Pengampun. Bagaimana mencegah daripada melakukan keji? Allah memberikan jawapan ‘Solat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar’. (Al Ankabut 29:45)

Antara pujian dengan kejian, adanya ujian. Menguji keteguhan hati seorang insan. Tahankah dikeji atau hanya bersemangat setelah dipuji? Ikhlas memuji, hati-hati mengeji. Tersalah pilih, makan diri sendiri.

         


BERGURAU ADA BATASNYA
Fikir dulu sebelum cakap. Antara contoh-contoh dialog yang menjadi kafir secara tak sedar
1. Nabi Yusuf smart(handsome). Aku smart sikit dari Nabi (jatuh Kafir)
2. Tak payah la simpan-simpan janggut.tak payah nak bersunnah-sunnah berselerak jer muke aku tengok!.(jatuh Kafir)
3. Zaman Nabi mana ada Gillete, sebab tu la ada jambang.(jatuh Kafir)
4. Hudud dah tak sesuai pada zaman ni bro...(jatuh Kafir)
5. Senyum la sikit, dah macam malaikat mungkar dan nakir dah aku tengok..(jatuh Kafir)
6. Sedarlah sikit yang selama ini kerajaan yang bagi rezeki kat kamu (jatuh Kafir)
7. Aku dah isi borang murtad tapi tak diluluskan oleh mahkamah la pulak.(jatuh Kafir)
8. Erm..kalo murtad mesti boleh buat maksiat kan? Macam best jer..(jatuh Kafir)
9. Jika ikut kaedah Islam, maka mundurlah Negara kita..(jatuh Kafir)
10. Aku murtad dah, eh gurau je, gurau jer (jatuh Kafir)

Sumber : Usrah tv9
















No comments:

Post a Comment