Google Ads

Tuesday 3 November 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 138

MENARIK DI DALAM
·        Apa Yang Kuat?
·        Azan Oh Azan
·        Pasti ada bahagia
·        Keldai Yang Memakai Serban
·        Musibah
·        Doaku Atas Persahabatan Ini
·        Allah Knows Best


APA YANG KUAT?

 

BESI itu kuat tapi API mampu meleburkannya

API itu kuat tapi AIR mampu memadamkannya

          AIR itu kuat tapi AWAN mampu menyerapnya

AWAN itu kuat tapi ANGIN mampu menolaknya

ANGIN itu kuat tapi BUKIT mampu menghalangnya

BUKIT itu kuat tapi MANUSIA mampu menghancurkannya

MANUSIA itu kuat tapi NAFSU mampu menundukkannya

NAFSU itu kuat tapi IMAN mampu mengalahkannya

Tapi bila IMAN itu kuat tiada apa yg  mampu mengalahkannya

 

Ya Allah, kuatkanlah iman kami di mana sahaja kami berada

 

 

 

 

 


SABDA RASULULLAH SAW ..
Sayyidina Abu Qatadah r.a  berkata bahawa Rasulullah saw bersabda, Allah SWT berfirman : sesungguhnya Aku telah memfardukan ke atas umatku 5 waktu solat dan aku telah berjanji dengan diriku bahawa sesiapa datang (kepada Ku ) dengan keadaan di memelihara solat-solatnya itu TEPAT PADA WAKTUNYA maka Aku akan memasukkan ke dalam syurga. Sesiapa yang tidak memelihara solat-solat itu maka tidak ada sebarang janji baginya dari sisiku. (samaada Aku memaafkannya atau mengazabnya)

Audit diri!!
Dimanakah kita tatkala azan berkumandang? Apakah tindakan kita selepas mendengar azan?bersegera atau melengahkan?


           

We can’t direct the wind but we can adjust our sail...



ASMA UL HUSNA

80. AT TAWWAB
(Maha Penerima Taubat)

81. AL MUNTAQIM
(Maha Membalas)

82. AL AFUWWU (Maha Pemaaf)

83. AR RAUF (Maha Belas Kasih)

84. MALIK AL MULK
(Maha Mengusai Kerajaan)

85. ZUL JALAL WAL IKRAM
(Maha Memiliki segala Keagungan dan Kemuliaan)

86. AL MUQSITH
(Maha Mengadili)

87. AL JAMI’ (maha Menghimpun)

88. AL GHANIYY (Maha Kaya)

89. AL MUGHNIY
(Maha Mengayakan)

SUMBER : Buku Kisah Inspirasi Asma ul Husna  



MUTIARA KATA
Jika dalam hatimu ada iman, kau tidak akan mudah dikecewakan
Jika dalam hatimu ada cinta, kau tidak akan tega dikecewakan
Bila ada iman, pasti ada cinta…
Dan di situ pasti ada bahagia...

           


When God is your Friend..
Who is your enemy??



KELDAI YANG MEMAKAI SERBAN
             Seorang ahli hikmah masuk ke sebuah kampung dengan mengenderai seekor keldai. Beliau yang memakai serban besar kelihatan begitu letih dan ingin beristirehat di kampung itu sebelum meneruskan pengembaraannya. Melihat ahli hikmah itu datang ke kampung mereka, orang kampung itu segera menyambutnya. ‘Assalamualaikum orang alim’  sapa seorang lelaki. ‘selamat datang tuan’. Sapa seorang yang lain pula.
            Tidak lama kemudian, hebohlah seluruh isi kampung. hampir semua penduduk kampung keluar menyambut ahli hikmah tersebut. ‘tolong ajarkan kami’.’syukur tuan datang, jika tidak jahillah kami’. Ahli hikmah turun dari keldai dan bertanya ‘bagaimana kamu tahu aku orang alim?’orang-orang kampung hampir serentak menjawab ‘kami melihat tuan memakai serban besar. Jika serban tuan pakai besar maka tentulah ilmu tuan banyak. Tolong tolong ajarkan kami’.
            Sambil tersenyum ahli hikmah itu membuka serbannya dan terus memakai serbannya itu ke atas kepala keldainya. ‘ ha, sekarang keldaiku memakai serban yang besar! Sila kamu semua belajar daripadanya!’.orang kampung tercengang-cengang. tidak sangka mereka telah mendapat ‘pelajaran pertama’ daripada ahli hikmah itu dengan cara yang begitu bersahaja , tetapi sangat sinis sekali.  Ya, pengajaran yang ada kalanya sedikit pahit.

Pengajaran
Ramai diantara kita yang masih mengukur nilai dalaman seseorang hanya berdasarkan rupa lahiriahnya. Walaupun tanda-tanda lahiriah juga penting sebagai petanda baik atau buruknya keperibadian seseorang tetapi sikap terlalu cepat menerima atau menolak seseorang hanya berdasarkan pakaian, kelulusan, gelaran, atau lain-lain ukuran fizikal atau material adalah tidak tepat sama sekali. Pakaian hanyalah umpama ‘topeng’ yang kita pakai. Tidak salah memakai topeng yang baik. Namun pastikan bahawa kita adalah lebih baik daripada topeng yang kita pakai.
Sumber : Angguk Geleng


MUTIARA KATA
Jangan sesali apa yang telah terjadi semalam ,
Tetapi
Jika kamu tidak mampu menjadi lebih baik hari ini,
Kamu patut menyesal...



MUSIBAH
Allah memperkenalkan diriNya melalui musibah. Siapa yg berjaya mengenalNya akan tabah dan gagah . Siapa yg gagal..itulah musibah yg sebenar dan terbesar!!!!




DOAKU ATAS PERSAHABATAN INI
Ya Allah, Ya Tuhanku
Sahabatku ini..
Adalah hambaMu yang baik,
Teguh hatinya, dan Sabar dalam persahabatan,
Aku amat menyayanginya keranaMu,
Ya Rahman, ya Rahim…
Tolonglah dia menghadapi hidupnya..
Tambahkanlah ilmu, Iman dan amalannya
Murahkanlah dan bukakan pintu rezekinya
Tingkatkanlah keberkatan hidupannya
Lindungi dia dari segala bala bencana
Selamatkan dia di dunia dan di akhirat
Iringi dia dengan kasih dan sayangMu
Jika dia jatuh, bangunkan dia dengan hikmahMu
Jika dia leka, sedarlah dia dengan Taufik dan HidayahMu
Jika dia lemah, tabahkan dia dengan kekuatanMu
Amin..amin..amin ya rabbal alamin...




ALLAH KNOWS BEST

Allah knows what’s best for you
So why should we complaint?
We always want the sunshine
But He knows there must be rain

We always want laughter
And the merriment of sheer
But our heart will lose their tenderness
If we never shed a tear
Allah test us often
With suffering and sorrow
Not to punish us
But to help us meet tomorrow

Allah test us often
And for every pain He gives us
It is followed by rich gains
So whenever we feel that
Everything is going wrong
It is just Allah’s way
To make our spirit strong……

           




No comments:

Post a Comment