Google Ads

Friday 6 November 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 143

MENARIK DI DALAM
·        Elak Pakai Tshirt?
·        Kisah-kisah Daripada al Quran
·        Karakter Masa
·        Hanya Setempayan Air
·        Tadabbur al Quran
·        Ikon Teladan
·        Tindakbalas Semasa bersin


ELAK PEMAKAIAN TSHIRT DGN CIRI2:
1. Tertulis nama Allah
2. Mesej bertulis yang biadab
3. Gambar manusia dan haiwan sekalipun gambar ulama
4. Ada unsur kepercayaan selain Islam seperti gambar salib
5. Logo yang bercanggah dengan syarak seperti jenama arak


KISAH—KISAH DARIPADA AL QURAN
¤ KISAH—KISAH NABI
Al Quran memaparkan kisah-kisah para nabi dan kaum mereka, mukjizat para nabi, metodologi dakwah, akibat terhadap kaum mereka yang ingkar atau ganjaran untuk yang taat, serta pelbagai lagi. Contohnya kisah Nabi Nuh, Ibrahim, Yusuf, Isa, Muhammad dan lain-lain.  

¤ KISAH –KISAH YANG BERKAITAN DENGAN PERISTIWA, INDIVIDU ATAU KUMPULAN TERTENTU
Al Quran mempersembahkan kisah-kisah silam yang mempunyai pengajaran berguna dan kisah individu atau kumpulan tertentu selain Nabi. Contohnya Ashab al Kahfi, Qarun, kisah Mariam(Bonda Nabi Isa), Ashab al Ukhdud dan sebagainya.

¤ KISAH-KISAH YANG BERLAKU PADA ZAMAN RASULULLAH
Kisah-kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah saw masih segar dalam sejarah, malah turut direkodkan dalam al Quran seperti kisah perang Badar dan Uhud dalam surah Ali Imran, perang Hunain dan Tabuk dalam surah al Tawbah, hijrah, Israk dan Mikraj dan pelbagai lagi.

Sumber : Generasi Al Quran


TRIVIA
1. 1S=100 MS. Apakah yang dimaksudkan dengan persamaan ini?
2. Siapakah sahabat Rasulullah yang digelar syahid berjalan?
3. Bohong, Ingkar janji, dan khianat. Siapakah yang sinonim dengan sikap di atas?
Jawapan di akhir edisi ini


KARAKTER MASA
 Hanya Milik Allah
Ramai yang menyedari setiap orang dibekalkan tempoh masa yang sama iaitu 24 jam sehari, tetapi tidak ramai yang mengambil berat tentang nikmat 24jam. Ia merupakan nikmat kurniaan Allah swt yang diberi kepada manusia bukan atas tujuan yang sia-sia. bukti masa adalah hak milik Allah seperti yang terdapat pada ayat 13 surah al An’am, maksudnya ’Dan kepunyaan Allah segala yang ada pada malam dan siang. Dia maha mendengar lagi maha Mengetahui.’Malam dan siang silih berganti dalam sehari , justeru bilakah waktu milik manusia? Jawapannya, tiada.

 Tidak Boleh Diundur
Oleh kerana masa ekslusif milik Allah, maka karakter bagi masa tidak sama seperti benda lain yang diciptakan oleh manusia. Kereta ciptaan manusia boleh bergerak ke hadapan dan berundur, tetapi masa yang berlalu tidak boleh diundur semula. Amat istimewa bukan? Sifat masa yang tidak boleh diundur mesti selari dengan tindakan manusia iaitu meneruskan kehidupan. Ramai orang mengharap masa boleh diundur kembali untuk menebus kesalahan masa lalunya. Hakikatnya masa bergerak ke hadapan dan tidak mungkin dapat dianjakkan ke belakang. Allah memberi jalan penyelesaian andai seseorang ingin mengundur kembali masa untuk membetulkan kesalahnnya iaitu dengan bertaubat.

 Disiplin Yang Tinggi
Jika seseorang mahu belajar daripada alam tentang cara untuk menjadi seorang yang berdisiplin tinggi, belajarlah daripada masa. Masa merupakan contoh yang terbaik untuk melatih seseorang memimpin dirinya agar dapat menguruskan nikmat masa yang Allah anugerahkan. Lihat sahaja bumi yang tetap berputar di atas paksi, manusia menyaksikan pertukaran malam dan siang setiap hari pada kadar yang sama. Atas disiplin putaran bumi ini, manusia dapat merancang aktiviti seharian dengan lebih tersusun. Seseorang yang berdisiplin tidak akan menjadikan hidupnya sia-sia, dan sudah pasti dia betul-betul menghargai nikmat masa yang Allah anugerahkan kepadanya.
Sumber : Khadijah Khalilah


HANYA SETEMPAYAN AIR
             ’Esok, setiap keluarga di kampung ini mesti menyumbangkan semangkuk susu untuk membantu askar-askar kita yang sedang dalam perjalanan menuju ke medan perang untuk mempertahankan Negara’. Kata seorang penghulu begitu bersemangat sekali dalam 1 perhimpunan seluruh penduduk kampungnya. ’tidak banyak, hanya semangkuk susu’. Tambah penghulu itu lagi. ’saya akan letakkan sebuah tempayan besar di halaman rumah saya pada petang ini. Kamu semua boleh menuang semangkuk susu yang dimaksudkan mulai petang ini hingga awal pagi esok. Tentera kita akan sampai sebelum tengah hari dan dapatlah mereka minum sebelum meneruskan perjalanan pada waktu petangnya’. Jelas penghulu dengan panjang lebar.
            ’ah, aku akan membawa hanya semangkuk air dan tidak akan ada siapa yang tahu apabila aku campurkan dengan susu yang banyak dalam tempayan besar itu’. Bisik hati sseorang penduduk kampung. ’kalau aku tuangkan semangkuk air ke dalam tempayan, tidak menjejaskan apa-apa. hari pun gelap’. Detik hati seorang penduduk yang lain.
            Esoknya, alangkah terkejut si penghulu dan seluruh penduduk kampung apabila yang terkumpul di dalam tempayan itu bukanlah susu tetapi hanya setempayan air!
           
Pengajaran
Sikap ‘tidak apa’, lepas tangan dan curi tulang akan merosakkan semangat setia kawan dan keberkesanan satu regu kerja yang baik. Sikap pentingnya diri mudah berjangkit. ‘feeling of God in you’ ialah jawapan kepada setiap diri untuk menolak anasir-anasir yang boleh merosakkan keikhlasan semasa kita bekerja dalam kumpulan.

Sumber : mAngguk Geleng





TADABBUR AYAT AL QURAN

SITUASI

Ada manusia menyembah patung-patung yang mereka anggap berkuasa

 

HAKIKAT

Sedangkan berhala itu sendiri dijadikan oleh manusia dan sudah pasti ia lebih lemah daripada manusia.

 

BUKTI

Jika Allah menghantar seekor lalat untuk merampas makanan yang dipersembahkan kepada berhala itu, nescaya berhala tersebut dan manusia yang menyembahnya tidak akan mempu merampasnya kembali.

Sumber : Al I’jaz al ‘Ilmi




IKON TELADAN
MUHAMMAD AL FATIH
D al Fatih disebut oleh Rasulullah saw secara umum dalam hadis yang bermaksud ‘Constantinople akan dikuasai oleh pemimpin yang baik, bersama tentera yang baik dan rakyat yang baik’. (Riwayat Ahmad)

 Muhammad al Fatih menaiki takhta semasa berumur 19 tahun dan memerintah selama 30tahun.
 Al Fatih pernah menjadi pemangku khalifah semasa berumur 12 tahun dan dalam usia semuda ini, al Fatih bijak menangani tipu muslihat musuh.
 Beliau seorang yang semenjak balighnya tidak pernah meninggalkan sembahyang tahajjud.
 Di bawah kepimpinan beliaulah, Constantinople yang berdiri teguh untuk sekian lama di bawah kekuasaan Kristian berjaya ditawan dan kini kekal sebagai Istanbul di bawah pemerintahan kerajaan Turki.
JenQ Isu 16




TINDAKBALAS SEMASA BERSIN
1. Saling Memuji Allah (ucapan-ucapan tersebut sebagai tanda kesyukuran kepada Allah swt kerana dengan bersin kita dapat membuang sebahagian daripada virus-virus dan juga habuk-habuk berbahaya yang melekat di dalam rongga hidung kita)
2. Munutup Hidung dan Mulut
3. Memperlahankan Bunyi Suara Bersin


JAWAPAN TRIVIA
1. 1S=100 MS. 1Sunnah = 100 pahala mati syahid. Hadis Rasulullah saw ‘sesiapa yang mengamalkan sunnah Rasulullah pada zaman kerosakan umat, Allah akan memberikannya ganjaran 100 pahala mati syahid’.
2. Thalhah bin Ubaidillah.
3. Orang munafik. Hadis Rasulullah saw bermaksud. ‘tanda orang yang munafik itu ada 3. apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia mengingkari, dan apabila diberi kepercayaan, dia khianat’. (Riwayat al Bukhari)




No comments:

Post a Comment