Google Ads

Sunday 1 November 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 134

MENARIK DI DALAM
·        Doanya Tidak Dimakbulkan
·        Kenapa Wanita Islam Perlu pakai tudung?
·        Tingkatkan Daya Juang Anak-anak
·        I dan T
·        Kenapa saya?
·        Analogi Iman
·        Tidak Memadai hanya baik seorang Diri
·        Jampi yang dibolehkan

AWAS!!!
    Nabi mengingatkan kesan harta haram terhadap munajat dan doa seseorang :’seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit ‘wahai Tuhanku… wahai Tuhanku…’ sedangkan makanannya haram, minumannya haram, dan pakaiannya haram. Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan yang haram maka bagaimana Kami (Allah) mahu mengabulkan doanya’.
(Riwayat muslim)




KENAPA WANITA ISLAM PERLU MEMAKAI TUDUNG?
 bila dipersoalkan oleh non muslim
1. Dengan Ayat al Quran—Tuhan kami menyebut ’cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka itu tidak akan diganggu’.                          (surah al Ahzab 33:59)
2. Statistik- ’menurut 1 laporan , pada tahun 2005 shj sebanyak 191, 670 kes rogol dan gangguan seksual direkodkan di Amerika Syarikat. realiti ini mungkin ada kaitan dengan gaya pemakaian seksi di khalayak ramai’.
3. Analogi—’ ada 2 orang perempuan kembar yang melalui 1 lorong. Seorang berpakaian seksi manakala seorang lagi berpakaian sopan menutup aurat. Yang mana satukah ada potensi menjadi mangsa gangguan seksual?’
4. Fakta agama bukan Islam—’bukankah Mother Mary, Quan Yin, wanita hindu atau biarawati juga menutup kepala?
Sumber : dakwah



ASMA UL HUSNA

46. AL HAKIM (Maha Bijaksana)
Membiasakan diri menyebut asma ini, insyaAllah tidak akan mengalami kesukaran dalam menjalankan tugas dan pekerjaannya.

47. AL WADUD (Maha Mencintai)
Dibaca 1000 kali setiap hari, dengan izin Allah SWT akan diperbaiki segala urusan di dunia dan di akhirat.

48. AL MAJID (Maha Mulia)
Zikir sebanyak 99 kali setiap hari selepas solat subuh dan kemudian ditiupkan ke tangan dan disapukan kemukanya, dengan Izin Allah akan mendapat kemuliaan dan kasih sayang dari keluarganya.

49. AL BA’ITS
(Maha Membangkitkan)
Dibaca 100 kali sebelum tidur dengan meletak kedua-dua tangan di atas dadanya , dengan Izin Allah akan diterangkan hatinya akan diberi ilmu hikmat dan makrifat. 

50. ASY SYAHID
(Maha Menyaksikan)
Zikirlah sebanyak 319 kali setiap malam, dengan Izin Allah akan meninggalkan segala perbuatan tidak baik dan akan kembali ke jalan yang benar.   
Sumber : Buku Kisah Inspirasi Asma ul Husna  



TINGKATKAN DAYA JUANG ANAK-ANAK

 KENAL

Kenal kelebihan dan kelemahan diri setiap anak. Kembangkan kelebihan dan baiki kelemahan mereka.

 

 ADIL

Tanamkan dalam jiwa anak bahawa manusia dan dunia ini tidak selama-lamanya adil kepada kita. Rintangan, kesusahan, dan ujian tetap akan datang. Namun Allah bersikap adil kepada setiap makhluknya.

 

 DENGAR

Dengar keperluan dan rintihan anak-anak bukan sahaja melalui telinga tetapi juga dengan hati.

 

 AJAR

Ajar anak-anak kemahiran memiliki semangat daya juang seperti uji mereka sekali sekala.

 

 RUJUK 

Tunjukkan teladan yang baik dalam segenap aspek kehidupan.

Sumber : POTENSI

 



I dan T
Iman (I) dan Takwa (T) benteng diri yang mengingatkan seseorang akan pemerhatian Allah serta malaikat pencatat amal atas segala yang kita lakukan. Dengan kata lain, harus ada ‘I dan T’ semasa ber-IT.



KENAPA SAYA?
             Seorang lelaki memecut laju kenderaan yang dipandu melalui sebuah lebuh raya. Dia tidak berseorangan. Di depan dan belakangnya beberapa buah kereta juga sedang meluncur sama laju dengannya. Kelihatan seolah-olah mereka sedang berkonvoi. Dalam keseronokan memandu laju, kereta di hadapan kelihatan memperlahankn kelajuan. Rupa-rupanya ada operasi perangkap had laju di hadapan. 
            Setelah memberhentikan keretanya di tepi jalan, seorang pegawai polis menghampirinya. ’Encik memandu melebihi had laju’. Ringkas dan tegas suaranya sambil menulis sesuatu pada surat saman. Setelah mengambil surat saman itu, lelaki itu bertanya kepada polis ‘kenapa saya seorang sahaja yang disaman sedangkan ramai lagi yang memandu dengan kelajuan yang sama malah lebih laju dari saya?’
            ‘Encik pernah melihat pertandingan memancing?’ tanya pegawai polis tersebut. ’apa kaitan memancing dan saman?’dia menyoal semula. ’Adakah semua pemancing akan mendapat ikan?’ ‘mestilah tidak!’lelaki itu menjawab. ‘sama juga, tidak semua pesalah akan ditangkap’.

Pengajaran
Tidak semua keburukan dan kejahatan akan dibalas ‘tunai’ kerana ramai yang terlepas begitu sahaja. Begitu juga dengan kebaikan. Tidak semua kebaikan diberikan ganjaran segera kerana manusia sering buta dalam menilai kebaikan.
Sumber : Angguk Geleng






ANALOGI IMAN
Iman umpama sebatang pohon. Maka pohon ini perlu disuburkan dengan siraman air dan baja iaitu ‘amar makruf’. Bagi menjamin pokok ini tumbuh dengan baik dan sempurna hendaklah dijaga dan dikawal dengan memagari pokok tersebut dan menyembur racun perosak agar pokok tersebut tidak dihinggapi oleh perasit. Itulah yang dinamakan sebagai nahi mungkar.



TIDAK MEMADAI HANYA BAIK SEORANG DIRI

Rasulullah bersabda ‘demi umurku di tangan Allah, hendaklah kamu menyeru kepada makruf dan mencegah mungkar! Atau nanti Allah timpakan ke atas kamu seksaan daripadanya, kemudian kamu berdoa kepada Allah, maka doa kamu tidak diperkenankan oleh Nya’.(Riwayat al Tirmizi)

Rasulullah bersabda ‘Tidak ada suatu kaum pun yang melakukan maksiat-maksiat, sedang dalam kalangan kaum itu ada orang yang mampu mencegah mereka dari perbuatannya  itu tetapi ia tiada berbuat, melainkan dibimbangi Allah akan menimpakan seksaNya atas mereka sekalian’. (Riwayat Abu Dawud)


           


MUNGKIN ADA YANG TIDAK TAHU

YANG BOLEH DAN YANG TIDAK..

JAMPI DAN TANGKAL..

Para ulama mengatakan bahawa jampi dibolehkan dengan tiga syarat:

 

 MENYEBUT ALLAH

Dan dengan menyebut nama-namanya.

 

 DALAM BAHASA ARAB

Dan difahami maknanya. Maksudnya, kita tidak boleh membaca terjemahan jampi daripada al Quran atau hadis ketika menjampi tetapi mesti dibaca dalam bahasa arab.

 

 YAKIN BAHAWA JAMPI-JAMPI ITU TIDAK MEMBERIKAN KESAN   

Kecuali dengan izin Allah.

 

Manakala azimat-azimat yang digantungkan oleh sebahagian orang yang disebut  sebagai penangka, hijab dan sebagainya dilarang dalam Islam.

Sumber : TIB NABAWI

 


TAHUKAH ANDA??
TAMAKNINAH
Tamakninah adalah berhenti seketika dalam solat sekadar menyebut subhanallah. Ia wajib dilakukan ketika rukuk, iktidal, sujud, dan duduk antara 2 sujud.  Sekiranya seseorang meninggalkan tamakninah dalam solat, maka solatnya tidak sah mengikut pandangan mazhab Syafie, Maliki, dan Hanbali.
                  




No comments:

Post a Comment