Google Ads

Sunday 29 November 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 170

MENARIK DI DALAM
·        Punca hati Kotor
·        Perkasakan ‘Komputer’ Diri
·        12 Cara atasi rendah diri
·        Bantu Lintas Jalan
·        Demi Langkah Berpahala
·        Takrif Takwa
·        Pengalaman adalah Guru Terbaik
·        Belum sampai seru Untuk menutup Aurat?
·        Bahana dengan hanya ‘membalut’ Tubuh

PUNCA HATI KOTOR

¤ Mengabaikan atau melengahkan ibadat wajib.
¤ Hati tidak disiram dengan bacaan al Quran
¤ Zikir bukan mainan di bibir. Bahasa zikir bukan hanya menggunakan lisan. Ingatan baik itu zikir. Mengulang perbuatan baik itu zikir. Melihat alam dan mengucap syukur itu juga zikir.
¤ Membantah cakap ibubapa.
¤ Menikmati hiburan yang melalaikan.
¤ Lupa mendoakan kesejahteraan saudara seagama.







PERKASAKAN ‘KOMPUTER’ DIRI
MEMBUDAYAKAN IQRA’

TADABBUR AL QURAN
Al Quran adalah mukjizat agung Allah yang sarat dengan ilmu dan hikmah. Ia sebuah manual kehidupan manusia. Keagungan al Quran tercatat dalam lembaran sejaran menerusi penghayatan terhadap sumbangan cendekiawan dahulu seperti Ibn Sina, al Razi dan lain-lain.

MENGKAJI ALAM
Dalam al Quran, terdapat banyak ayat-ayat yang menuntut manusia agar melihat alam bukan sekadar menerusi mata kasar, tetapi diiringi oleh mata hati.

ILMU DAN MAKLUMAT BERMANFAAT
Bahan-bahan bacaan terdiri daripada bahan bercetak iaitu seperti buku, majalah, akhbar, ensiklopedia, jurnal juga bahan elektronik seperti internet, cakera padat atau liut, multimedia. Lambakannya banyak di pasaran. Selain daripada itu kita juga boleh menonton dan mendengar audio atau video yang sarat dengan ilmu seperti radio, tv, twitter, youtube dengan niat yang penuh ikhlas untuk mendapat redha Allah. Bukankah pada era kepesatan teknologi maklumat ini, apa-apa sahaja yang kita ingin tahu berada di hujung jari?



12 CARA ATASI RENDAH DIRI
1. Akur dan redha bahawa setiap individu memiliki kelemahan dan kelebihan tersendiri. Terima kekurangan diri sebaiknya cari kelebihan diri ysng lain.
2. Anggap potensi dan kemampuan anda setaraf dengan orang lain.
3. Tanamkan keinginan untuk terus belajar diperingkat lebih tinggi.
4. Luaskan pergaulan dengan orang yang bersikap positif dan optimis. Tingkatkan keyakinan diri . Pelajari cara mereka menjalani kehidupan seharian, cara mereka berkenalan dengan orang baru, cara mereka memperlakukan kepada orang lain, cara menangani masalah dan mengatasi situasi.
5. Pegang teraju diri. Kemudi hidup berada di tangan kita , bukan di tangan orang lain. Ada orang yang wajahnya kurang tampan, kurang pendidikan, keluarga kurang berada, namun mereka yakin dengan diri sendiri dan akhirnya berjaya.
6. Jangan menganggap kegagalan petanda berakhirnya kehidupan. Bangun dan hadapi rintangan untuk menggapai hasil yang lumayan.
7. Mulai perbualan dan rajin bertanya terutama kepada orang yang baru dikenali.
8. Teliti dan tingkatkan penampilan terutama keluar rumah. Bentuk penampilan baru. Penampilan mantap dapat meningkatkan keyakinan diri.
9. Sentiasa bersikap tenang dalam mengendalikan diri terutama ketika situasi tertekan , asing dan cemas. Ambil nafas dalam-dalam dan hembuskan secara perlahan. Singkirkan imaginasi negatif. Semua hal negatif   hanya ada dalam imaginasi sahaja.
10. Cuba sesuatu yang baru tanpa batas. Keterbatasan hanyalah sebuah kesalahan dalam cara kita berfikir.
11. Kembangkan kemahiran diri tanpa henti. Orang lebih menghormati diri dan kemampuan kita daripada jawatan kita.
12. Salur sumbangan. Semua manusia suka kepada penyumbang tanpa mengira jantina, warna kulit, bangsa, agama, status ekonomi dan paras rupa.


BANTU LINTAS JALAN  
Sempena hari jumaat hari mulia ini aku nak buat amal menolong jiran-jiran ‘semangat betul Umamah selepas membaca majalah solusi. Diapun keluar rumah. Tidak berapa jauh dari tempat dia berdiri, Umamah melihat seorang nenek sedang berdiri di tepi jalan. Tangannya memegang tongkak dan kelihatan terketar-ketar. barangkali si nenek ini melintas jalan, bisik hati Umamah. Diapun bergegas ke situ. ‘Nek, mari saya tolong’. Lantas tangan kanannya memaut badan si nenek dan tangan kirinya memegang tangan nenek. Lalu membantunya melintas jalan. ‘tak apa, nak. Tak apa..’. Berulang kali nenek berkata, sambil terkedek-kedek dia menurut langkah Umamah. Penuh hati-hati Umamah memimpin nenek. Akhirnya dia berjaya membantu nenek memintas jalan. ‘baik hati cucu seorang ni. Tapi sebenarnya, nenek baru sahaja melintas jalan dari sini ke sana’.

Pengajaran
Semangat beramal mesti seiring ilmu.
Sumber : Angguk Geleng






DEMI LANGKAH BERPAHALA

Daripada Ubay bin Ka’ab, diceritakan ’ ada seorang ansar yang rumahnya terletak jauh dari masjid. Aku tidak mengenali sahabat lain yang jarak rumah mereka lebih jauh daripada rumah sahabat ini. Namun begitu beliau tidak meninggalkan solat jemaah.  Lalu dicadangkan kepadanya ’bagaimana jika engkau membeli seekor keldai yang boleh ditunggang pada waktu gelap gelita dan panas terik?’jawab beliau ’aku tidak suka rumah berdekatan dengan masjid , sesungguhnya aku mahu agar dituliskan kebaikan bagi setiap perjalananku ke masjid dan perjalanan pulangku ke rumah’. Maka Rasulullah saw bersabda ’Sesungguhnya Allah menghimpunkan bagimu ganjaran itu kesemuanya’. (Riwayat Muslim)  


TAKRIF TAKWA
¤ Mentaati Allah dan tidak melakukan maksiat, mengingati Allah dan tidak melupaiNya, mengsyukuri nikmatNya, dan tidak kufur kepadaNya
¤ Melakukan suruhan dan meninggalkan larangan Allah






PENGALAMAN ADALAH GURU TERBAIK
Bijak pandai menyebut : ‘pengalaman adalah guru terbaik’. Sepanjang jalan kehidupan, kita dianugerahkan Allah dengan pelbagai pengalaman. Tidak kira samaada pengalaman itu pahit atau manis, disukai atau tidak, kesemuanya himpunan mutiara yang tinggi nilainya sekiranya kita bijak  mengambil iktibar daripadanya. Selain pengalaman sendiri, kita juga boleh memanfaatkan pengalaman orang lain. Belajarlah daripada pengalaman mereka. Terutama mereka yang menjadi ikon kita. Telitilah cara hidup orang yang berjaya. Cuba teladani mereka agar kita juga menjadi ikon hebat di mata anak kita.  



BELUM SAMPAI SERU UNTUK MENUTUP AURAT?
Kita pernah mendengar, ada wanita menyatakan ‘belum sampai seru mahu bertudung!’. Ketahuilah wahai wanita, adalah wajib menutup aurat dan segala perhiasan yang ada pada tubuh badanmu kecuali kepada mereka yang berhak.
‘Wahai Nabi,  suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuanmu (hamba sahaya) yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak (akan) diganggu’. (Surah Al Ahzab 33:56)



BAHANA DENGAN HANYA ‘MEMBALUT TUBUH’
Antara kesan buruk/negatif seseorang wanita yang tidsk menutup aurat mengikut garis panduan ysng telah ditetapkan oleh al Quran dan sunnah..

1. Merebaknya Gejala Sosial.—Ada antara mereka yang menjadi mangsa  kerakusan nafsu serakah lelaki akibat daripada menzahirkan perhiasan tubuh badan untuk tontonan umum.
2. Fitnah Bertebaran.—Sabda Rasulullah ‘Tidak aku tinggalkan fitnah yang lebih bahaya bagi seorang lelaki melainkan fitnah wanita’ (Riwayat al Bukhari)
3. Tidak Masuk Syurga.– Sabda Rasulullah ‘Wanita yang berpakaian tetapi telanjang , tidak aksn masuk syurga dan tidak akan mencium baunya’. (Riwayat Muslim)




No comments:

Post a Comment