Google Ads

Monday 23 November 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 157

MENARIK DI DALAM
·        Tidak buat pun dapat pahala
·        Sampaikan Nabi cemburu
·        Penghapus Dosa
·        Akhlak Mulia Bukan Saja-saja
·        Sia-sia amalan
·        10 minit kecemerlangan
·        Sanggup
·        Tip Tolak Gangguan dalam solat
·        Orang Yang Bertaqwa



TIDAK BUAT PUN DAPAT PAHALA
Tahukah anda bahawa dengan sekadar mengajak orang berbuat kebaikan, kita mungkin mendapat pahala yang sama banyak dengan orang yang membuatnya.?
‘sesiapa yang menunjuk ke arah kebaikan, maka baginya pahala sebagaimana orang yang melakukannya?’
(Riwayat Muslim)


SAMPAIKAN NABI CEMBURU
Tahukah anda bahawa para Nabi dan syuhada juga akan cemburu pada kita?
‘sesungguhnya ada satu kelompok hamba Allah, pada hari kiamat kelak para nabi dan syuhada cemburu agar ditempatkan pada kedudukan sebagaimana mereka. Para sahabat bertanya ‘Wahai Rasulullah, beritahukanlah kepada kami, siapakah mereka itu?’
‘Mereka ialah orang yang saling mencintai kerana Allah, bukan kerana pertalian darah dan tidak ada harta yang diberikan. Demi Allah, wajah mereka laksana cahaya. Mereka berada di atas cahaya. Mereka tidak berasa takut pada saat manusia lain ketakutan. Mereka tidak berasa sedih di saat manusia lain kesedihan’. Lalu Baginda membacakan ’ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu tiada rasa khuatir dan tidak pula bersedih hati’. (Yunus 10:62)



PENGHAPUS DOSA
‘tiada sesuatu yang menimpa seorang Muslim; baik keletihan, penyakit, kebimbangan, kesedihan, sakit hati, kepiluan (tentang perkara yang telah berlalu), sekalipun duri yang mencucuknya, melainkan Allah hapuskan dengannya (musibah) kesalahan-kesalahannya’.
(Riwayat al Bukhari)

         


AKHLAK MULIA BUKAN SAJA-SAJA
Tahukah anda ada perkara yang paling banyak memasukkan manusia ke dalam syurga?
Rasulullah saw ditanya tentang amalan yang paling banyak memasukkan hamba ke dalam syurga. Lalu Baginda menjawab ’Takwa kepada Allah dan akhlak yang baik’. (Riwayat al Tirmizi)
Nabi juga pernah bersabda ’Tidak ada sesuatupun yang lebih berat pada timbangan amal seseorang Mukmin pada hari kiamat selain akhlak yang baik. Dan sesungguhnya Allah murka orang berperangai keji’.
(Riwayat al Tirmizi) 
                   

SIA-SIA AMALAN
Adakah anda tahu, biar banyak manapun amalan, tetapi tidak masuk syurga juga jika ada takabbur di hati?
‘tidak masuk syurga sesiapa yang menyimpan biar sekelumit takabbur dalam hatinya. Seorang bertanya ‘Bagaimana dengan seorang yang suka bajunya cantik-cantik, begitu juga kasutnya?’ Rasulullah menjawab ‘sesungguhnya Allah itu indah dan sukakan kecantikan. Takabbur itu, menyanggah kebenaran dan merendah-rendahkan orang lain’.
(Riwayat Muslim)



TESTIMONI  MASA
¤ Hassan al Basri
‘Wahai anak adam. Kamulah hari-hari itu. Setiap kali berlalunya suatu hari, berlalu sebahagian daripada diri kamu’.

¤ Roger Bobson 
‘sesiapa yg hendak bergembira dengan masa depannya, jangan membazir dengan masa sekarang’ 

¤ Carl Sandburg
‘Masa adalah ’wang’ kehidupan. Itulah satu-satunya matawang kita ada. Hanya kita yang boleh menentukan cara membelanjakannya. Berhati-hati daripada orang lain membelanjakannya untuk anda’.

¤ Michael LeBoeuf
‘Bazirkan duit, maka anda hanya kehabisan wang. Tetapi bazirkan masa, maka anda kehilangan sebahagian hidup anda!’

 




10 MINIT KECEMERLANGAN
KAJIAN PAKAR PSIKOLOGI BARAT
Mengikut kajian mereka, 10 minit sebaik sahaja bangun daripada tidur sangat menentukan kecemerlangan pada hari tersebut. Oleh sebab itu, 10 minit itu perlu diisi sebaik-baiknya dengan perkataan, perbuatan, perasaan dan fikiran yang baik-baik. jangan luahkan sesuatu yang buruk seperti maki hamun, marah-marah atau tindakan-tindakan yang merosakkan.
Sekiranya hal ini berjaya dilakukan, hari tersebut akan menjadi hari yang ceria dan berjaya. Tetapi, sekiranya tempoh 10minit itu dirosakkan, maka seluruh hari yang berbaki itu akan turut rosak. Bangkit dengan senyuman, luahkan kata-kata yang baik, fikirkan yang indah-indah, hari itu akan indah. Bgitulah hasil kajian pakar psikologi.
Baiklah, apakah kita umat Islam menghadapi masalah untuk mengisi 10miinit yang awal sebaik bangun tidur dengan perkataan, perbuatan dan perasaan yang baik? Jawapannya tidak! kita bangun dengan doa, terus bersuci, berwuduk dan memakai pakaian yang bersih, bangun untuk solat sunat, bertasbih, bertahmid, bertakbir dan bermunajat dalam solat subuh. Tidak ada masalah langsung untuk mengisi 10minit dengan kebaikan dan keindahan selepas bangun tidur bagi seseorang yang benar-benar menghayati Islam.


SANGGUP
Masih ingat akan kisah pelayaran nabi Musa dan pembantunya yang Allah rakamkan dalam surah al kahfi, ayat 60-82? Ada sebaris ayat yang berbunyi ‘dia menjawab, sungguh engkau tidak akan bersabar denganku’.
(Surah al Kahfi 18:67)
Sanggup bereerti rela, sedia dan mampu untuk melakukan sesuatu. Kesanggupan harus disertakan kesabaran, semangat dan hati yang teguh. Jika tidak, hasilnya bukan seperti yang diimpikan. Mungkin kita sanggup, tetapi kerana tiada tahan, hasilnya tidak menggembirakan. Jatuhlah diri ke dalam gaung kegagalan.
Sanggup bersama-sama dengan kebaikan, itu yang Muslim perlukan. Bukannya sanggup dalam semua keadaan. Sanggup melakukan kejahatan, itu salah. Sebaliknya, mesti sanggup meninggalkan larangan Allah. 



  

TIP TOLAK GANGGUAN DALAM SOLAT
 TOLAK SEBAB YANG SEDANG DARI LUAR
Sebab-sebab yang datang dari luar adalah yang datang melalui pendengaran dan penglihatan kita. Jauhilah daripada bunyi-bunyi, lukisan atau suara-suara yang boleh mengacau tumpuan hati kita dan fikiran. Perlu diingat bahawa mata dan telinga boleh mempengaruhi hati. Cara mengatasinya adalah dengan memfokuskan mata hanya ke tempat sujud, cahaya dikurangkan, jangan ada gambar, ukiran dan warna warni pada sejadah.

 TOLAK SEBAB YANG DATANG DARI DALAM
Paksa diri ikut makna bacaan satu persatu. Bertenang sebentar sebelum takbir pertama (memperbaharui ingatan kepada Allah dan hari akhirat). Buang punca-punca yang boleh mengganggu ingatan dengan cara mengunci pintu rumah, tutup api dapur, silent telefon bimbit dan lain-lain.


 ORG YANG BERTAKWA
Orang yang bertakwa ialah mereka yang senantiasa berhati-hati dan mencegah dirinya daripada melanggar hukum Allah lahir dan batin. Puasa  juga umpama ‘break’ kepada ‘kenderaan’ nafsu kita. Dengannya kita boleh melepaskan atau menghentikan perjalanan nafsu kita.



         





No comments:

Post a Comment