Google Ads

Thursday 12 November 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 156

MENARIK DI DALAM
·        Pandangan Terhadap Alam
·        Langkah-langkah Mencapai Khusyuk Dalam Solat
·        Malang
·        Sedikit ketawa, banyak menangis
·        Si kaya, anak si miskin
·        Tip Berbaik-baik dengan Allah
·        Kekal Bahagia Ditempat Kerja
·        Rezeki Ujian Allah


PANDANGAN TERHADAP ALAM

 

 PANDANGAN ZAHIR SEMATA-MATA

Inilah pandangan kebanyakan manusia. Mereka ini hanya melihat alam dengan pandangan mata biasa. Apa yang mereka dapat juga sesuatu yang biasa-biasa saje. Mungkin hanya ucapan ’indah, cantik ’ atau perkataan-perkataan lain yang terluncur daripada mulut mereka. Mereka tidak mampu menyelami sesuatu yang lebih tersirat dan bermanfaat. Apa yang ada dihadapan mata , itu sahaja yang dapat dijangkau. 

 

 PANDANGAN NAFSU

Golongan ini melihat alam dengan penuh kegelojohan dan keserakahan hawa nafsu. Mereka melihat alam sebagai alat untuk memenuhi kejahatan. Hutan dipugar Tanpa mempertimbangkan keseimbangan dan kestabilan ekosistem, kelestarian bentuk muka bumi, cuaca dan musim. Isi laut dikaut hingga ikan dan hidupan lain terancam. Gunung, bukit dan tanah tinggi diratakan tanpa mempedulikan kawasan takungan dan saliran air.

 

 PANDANGAN AKAL

Ini ialah pandangan menerusi akal fikiran. Jika alam dilihat, maka akan tercungkillah banyak ilmu disebalik penciptaannya. Hasil melihat alam inilah yang menyebabkan munculnya ilmu matematik, astronomi, embriologi, fisiologi malah ratusan lagi cabang ilmu dalam kehidupan manusia.

 PANDANGAN MATA HATI

Namun, tidak cukup memandang alam ini dengan akal. Manusia perlu melihat alam ini dengan hati. Golongan yang melihat alam dengan pandnagan mata hati inilah yang paling sedikit dalam kalangan manusia. Namun pandangan merekalah yang lebih tepat dan hakiki. Mereka ini lebih hebat dari golongan ke3 ( yang melihat alam dengan akal). Hasil dengan hati, mereka memperoleh sesuatu yang luar biasa. Bukan sekadar mendapat ilmu, malah mereka mendapat iman (keyakinan kepada Allah dan hari Akhirat). Hasil merenung, mengkaji dan memikirkan tentang alam ini mereka semakin hampir kepada Penciptanya. Mereka inilah hakikatnya orang yang paling banyak belajar daripada alam.

Sumber : Pesan Hati Untuk Hati



LANGKAH-LANGKAH MENCAPAI KHUSYUK DALAM SOLAT
 Fikiran fokus sepenuhnya kepada bacaan dan perbuatan solat
 Memahami makna bacaan dan perbuatan dalam solat
 Merasai kehebatan dan keagungan Allah
 Berasa takut  kepada Allah dan kemurkaanNya
 Mengharap keampunan dan keredaan Allah
 Berasa malu dengan Allah

                   

MALANG
Amat malanglah manusia yang tidak pandai menggunakan akal mereka sebaik-baiknya. Mereka malas menimba ilmu, apatah lagi untuk memerhatikan kehebatan Allah SWT di sebalik makhlukNya yang bertebaran di sekeliling kita.



SEDIKIT KETAWA, BANYAK MENANGIS

Rasulullah saw bersabda ‘janganlah kamu lupa 2 perkara yang besar, yakni syurga dan Neraka’. Rasulullah saw bersabda ‘Demi Allah yang diriku ada ditanganNya, sekiranya kalian melihat apa yang aku lihat, nescaya kalian akan sedikit ketawa dan banyak menngis’. Para sahabat bertanya ‘Wahai Rasulullah, apa yang engkau lihat?’ Baginda menjawab ‘aku pernah melihat syurga dan neraka’.
(Riwayat Muslim)





TIP UNTUK KHUSYUK SOLAT
1. Sedar dan bukan sekadar tahu kita sedang berdepan dengan Allah
2. Fahami makna bacaan al Quran
3. Fahami makna zikir dan selawat
4. Memanjangkan masa untuk rukuk dan sujud
5. Tidak bermain-main dengan anggota badan atau meliarkan mata.
6. Memandang ke tempat sujud
7. Jauhkan diri daripada perkara, alat atau suasana yang boleh mengusik atau menarik perhatian kita.


SI KAYA ANAK SI MISKIN
            Di sebuah kampung ada seorang kaya yang kedekut. Jangankan hendak berderma, dengan dirinya sendiri pun dia sangat kedekut. Dia makan makanan yang dicatu. Pakaiannya pun buruk-buruk. bukan kerana zuhud, tetapi kerana kedekut. Dia masih berjalan kaki ke sana ke mari dalam kawasan kampung walaupun sudah mampu membeli kereta. Orang kaya itu mempunyai seorang anak. Sebahagian hartanya telah diamanahkan kepada si anak untuk dijaga.
            Perangai anak ini berbeza dengan ayahnya. Dia menikmati kekayaan. Dengan harta si ayah dia membeli pakaian yang mahal-mahal , membeli makanan yang enak-enak dan membeli sebuah kereta mewah dan meronda ke sana ke mari. Orang kampung hairan melihat perbezaan sikap kedua-dua anak beranak itu.
            Suatu hari ketika si bapa sedang berjalan-jalan di kampung itu, orang pun bertanya ’tuan, kenapa tuan berjalan kaki sahaja? ’ya, selayaknya saya berjalan kaki. Saya anak orang miskin. Arwah ibu bapa saya dulu anak orang miskin’. Jawabnya. ’tetapi anak tuan mampu membeli kereta?’tanya mereka. ’dia lain. Dia kan anak orang kaya. Sebaliknya saya anak orang miskin’. Jawab orang kaya itu dan terus berlalu. Orang ramai bertambah hairan.  

Pengajaran
Kita boleh berasa miskin ataupun kaya mengikut sudut pandangan dan fikiran kita sendiri. Jika kita memikirkan apa yang tiada, kita akan berasa miskin sentiasa. Sebaliknya jika kita memikirkan apa yang kita ada, kita akan berasa kaya. Hitung kesyukuranmu, bukan kesukaranmu.
Sumber : Angguk Geleng





TIP ‘BERBAIK-BAIK’ DENGAN PEMILIK REZEKI (ALLAH)

 Menyempatkan diri untuk beribadat.

 Berbakti dan mendoakan ibu bapa.

 Berpagi—pagi.

 Solat Dhuha.

 Berdoa

 Bertawakal.

 

 


‘Tidak ada keperluan rohani yang lebih besar  berbanding mengenali RabNya, Penciptanya, keperluan rasa mencintaiNya , menyebutNya, merasa gembira denganNya, meminta wasilah kepadaNya, dan merasa dekat di sisiNya. Tiada jalan untuk mendapatkan semua keperluan ini melainkan dengan mengenali sifat-sifat dan nama-namaNya’.
Sumber : Imam Ibn al Qayyim



           


KEKAL BAHAGIA DI TEMPAT KERJA
¤ Berfikiran positif
Kebahagiaan merupakan pilihan kita. Cuba ingatkan perkara-perkara yang kita suka tentang pekerjaan dan peluang-peluang yang ada di tempat kerja. Fikirkan perkara-perkara positif seperti
-> ‘kerja yang aku lakukan ini ibadah’
-> dengan  bekerja aku dapat membina silaturahim’.
-> aku sedang mencari rezeki yang halal. Akan mendapat laba dan pahala’.

¤ Simpan isu-isu peribadi kepada diri sendiri
Seorang pekerja dalam masa yang sama juga sebagai ayah, suami, jiran dan sebagainya. Sudah tentu banyak banyak perkara yang berlaku dalam kehidupan yang harus kita tangani. Oleh itu, apabila tiba masanya untuk berada di tempat kerja, kita seharusnya memberi fokus kepada tanggungjawab dengan melupakan sementara masalah di luar.

¤ Cipta keseronokan
Hiasi tempat kerja kita dengan perhiasan yang menarik. Pamerkan kawasan kerja yang akan membolehkan kita berasa selesa dan santai.  Barangan ringkas seperti gambar , bunga, atau wangian benar-benar boleh menimbulkan suasana yang menggembirakan. Tiada salahnya bergurau ringan supaya kekal dengan senyuman dan keceriaan. Makan bersama rakan dan berkongsi pengalaman.

¤ Silaturahim diutamakan
Menjalinkan hubungan mesra dengan rakan sekerja dapat memberikan  keseronokan dan menambahkan kebahagiaan di tempat kerja. Rakanlah yang paling lama berhubung dengan kita setiap hari. Jadi kita perlu bijak mengeratkan hubungan silaturahim dengan meraikan perbezaan dan menampung kekurangan.

¤ Elakkan politik pejabat
Elakkan diri terlibat dengan gosip mengenai rakan sepejabat. Politik pejabat mempunyai kesan negatif yang membawa kepada perpecahan dan menjejaskan produktiviti . Jarakkan diri daripada orang yang suka melibatkan diri dalam ‘politik pejabat’.

¤ Beri ganjaran kepada diri
Berikan pengiktirafan kepada diri sendiri apabila kita berjaya menyelesaikan sesuatu tugasan. katakan sesuatu yang boleh menimbulkan semangat dengan ucapan penghargaan pada diri tanpa perlu daripada majikan. Sikap positif seperti ini akan mempengaruhi mood kita di tempat kerja.
Sumber : Ulfah


REZEKI UJIAN ALLAH
Allah memberikan ujian dengan rezeki yang melimpah ruah. Malah Allah jua menguji hambaNya dengan kekurangan rezeki. Ujian yang Allah berikan bukannya dengan sia-sia.

                    




No comments:

Post a Comment