Google Ads

Sunday 8 November 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 148

MENARIK DI DALAM
·        Pergaulan Antara Berlainan Gender
·        Angin 5 Rasa
·        Miskin Kerana Malas
·        Mesej Daripada Molekul Air
·        Pelan Tindakan Ke Syurga


PERGAULAN ANTARA BERLAINAN GENDER
1. Ada batasan tempat pertemuan. Tidak perlu sampai tahap bertemu di pusat membeli belah atau panggung wayang.
2. Menjaga pandangan dengan menundukkan pandangan juga penting.
3. Tidak berjabat tangan dalam apa-apa jua situasi, sekalipun dengan individu yang bukan mahram.
4. Hindari bersesak-sesak, sebaliknya wujudkan tempat atau ruang berlainan bagi lelaki dan wanita.
5. Tidak berkhalwat (berdua-duan dengan berlainan jenis). Pasti tidak berdua kerana syaitan akan menjadi yang ketiga yang akan mengajak kepada kemungkaran. Dalam keadaan berdua-duaan ini, syaitan biasanya gemar menjadi dewa asmara. Habis yang batil terlihat indah.
6. Hindari tempat-tempat yang meragukan dan boleh menimbulkan fitnah.
7. Hindari pertemuan yang lama dan kerap.? Kenapa? Ini boleh melemahkan sifat malu dan menggoyahkan keteguhan jiwa. Malu itu sebenarnya perisai daripada maksiat. Kalau hilang malu, dosa dan maksiat akan jadi lazat. Malangnya kalau jiwa sakit begitu.
8. Hindari hal-hal yang boleh menimbulkan dosa dan keinginan batin untuk melakukan yang haram ataupun membayangkannya. Tonton rancangan tv dan bahan bacaan yang bermanfaat sebagai alternatif. 
Sumber : adab


DOA
Doa Agar Mendapat Kebaikan di Dunia dan Akhirat.
‘Ya Allah, berilah kami kebaikan di dunia dan  kebaikan di akhirat, dan lindungilah kami dari azab api neraka’.




ANGIN 5 RASA

Manusia sekadar merasai tiupan angin datang dan pergi, namun hati orang yang beriman itu merasai 5 kenikmatan untuk terus mengabdikan diri.

 

 RASA ANGIN

Allah berfirman ‘Dia kirimkan angin’.

Kejadian angin itu sendiri merupakan nikmat yang begitu bernilai bagi manusia. Angin adalah udara yang bergerak disebabkan putaran bumi dan perbezaan tekanan udara disekitarnya.

 

 RASA HUJAN

Allah berfirman ‘sebagai pembawa berita gembira dan untuk merasakan kepadamu sebahagian daripada rahmatNya’.

Berita gembira yang dimaksudkan adalah turunnya hujan. Proses turunnya hujan berkait dengan angin. 

 

 RASA GERAKAN DAN KEMUDAHAN

Allah berfirman ’Dan supaya kapal dapat belayar dengan perintahNya’.

Sebelum terciptanya enjin, manusia sangat bergantung kepada angin untuk menggerakkan  kapal di lautan supaya dapat belayar. Tanpa rahmat Allah, sebuah kapal pun tidak dapat bergerak kerana ketiadaan angin.

 

 RASA MAHUKAN KURNIAAN ALLAH

Allah berfirman’Dan (juga) supaya kamu dapat mencari kurniaanNya’.

Manusia yang melihat alam dan mengetahui bahawa Allah yang menciptakannya akan sentiasa mengharapkan kurniaan daripadaNya. Pelbagai kurniaan yang tidak terhingga telah dijadikan oleh Allah untuk manusia, namun Allah juga mampu menariknya sekelip mata.

 

 RASA SYUKUR

Allah berfirman ‘Mudah—mudahan kamu bersyukur’.

Inilah kemuncak rasa iaitu kesyukuran. Segala kejadian Allah, jika tidak dirasai dengan kesyukuran, maka Allah akan menutupnya. Oleh sebab itu  Allah akan menambahkan lagi nikmat kepada hambaNya yang bersyukur, yang terus menjadi hamba yang semakin kuat ibadatnya, bertambah ketaatannya serta besar sumbangannya kepada agama Allah. Seterusnya menjaga kurniaan-kurniaan Allah dengan sebaiknya. Sifat ini akan menjadikan dunia tempat yang aman dan rahmat Allah dapat terus dinikmati dengan adil.

Sumber : Ustaz Amly

 

 

 MISKIN KERANA MALAS
            Seorang pengemis sedang melangkah longlai di tepi sebuah sungai. Dia terpandang seorang budak sedang memancing. Ada beberapa ekor ikan di dalam raga di sisinya. ‘alangkah baiknya kalau pakcik dapat ikan-ikan ini . Pak cik akan menjualnya dan membeli sedikit makanan, pakcik sangat lapar’. Kata pengemis itu. ‘budak itu merenung pakcik itu dengan penuh simpati dan berkata. ‘saya boleh beri pakcik beberapa ekor ikan, dengan satu syarat..’ ‘katakan apa syaratnya nak?’ ‘pak cik tolong pegang joran ni dan memancing untuk saya’. ‘kenapa?’ ‘saya perlu balik ke rumah untk menguruskan adik saya’.  Pengemis tersebut bersetuju dan terus memegang joran. Buat sajalah asalkan dapat makan, bisiknya dalam hati.
            Beberapa lama kemudian, budak itu datang semula, dilihatnya ikan dalam raga itu kian bertambah. Sepanjang peninggalannya tadi, pengemis itu berjaya mengail beberapa ekor ikan. ‘baiklah, semua ikan yang pakcik kail itu adalah kepunyaan pakcik’. Ujar si budak. Pengemis itu terlalu gembira setelah mendapat ‘upah’nya. Tidak sangka usahanya berbaloi. Si pegemis segera ke kedai untuk menjualnya. Alangkah anehnya dia mendapat rezeki dengan mengambil upah bekerja daripada seorang budak sedangkan dia sendiri boleh berusaha untuk mengail ikan.

Pengajaran
Kadangkala kemiskinan idea dan usaha lebih buruk daripada kemiskinan harta. Ramai pemalas sengaja menempah kegagalan kerana terlalu mengharapkan bantuan orang lain. Padahal mencapai kejayaan jauh lebih mudah daripada menempah kegagalan.

Sumber : Angguk Geleng






PRODUKTIF VS INTERAKTIF 
Golongan yang produktif terhadap masanya akan menghasilkan output yg banyak dan bermanfaat. Manakala org yg interaktif pula mampu bekerjasama secara adil dengan orang lain.


MESEJ DARRPADA MOLEKUL AIR
Apabila diucapkan syukur, cinta, terima kasih dan perkara yang mendamaikan , molekul air berbentuk Kristal yang menawan. Antara cara yang boleh kita  usahakan untuk memperelok molekul-molekul air dalam badan kita melalui : 

 Selalu membaca bismillah sebelum minum air dan mengucapkan alhamdulillah sesudahnya.
 Mengucapkan salam kepada keluarga dan rakan-rakan pabila bertemu.
 Tidak membalas kata-kata yang buruk dengan kata-kata yang buruk juga meskipun kita dikeji, dimaki hamun atau difitnah. Sebaliknya gunakan kata-kata yang baik yang pastinya akan melembutkan hati orang yang dengki dan membenci kita.
 Tidak memanggil sesiapa dengan panggilan yang buruk seperti mangkuk, tolol, lembap, jahil dan sebagainya. Sebaliknya panggilah mereka dengan panggilan yang baik-baik dan membina.
 Selalu mendengar ayat-ayat al quran, selawat, nasyid-nasyid yang indah dan memuji Tuhan.

Sumber : Mix –medik




PELAN TINDAKAN KE SYURGA
1. Kenal kekuatan diri dan cari kekuatan amalan yang boleh dikonsistenkan amalannya walaupun ia terlihat kecil. Contohnya, sebarkan salam, senyum dan rajin berpuasa sunat.
2. Jangan pandang enteng pada dosa kecil. Melakukan dosa akan meninggalkan titik hitam di hati. Dosa kecil yang sering dilakukan boleh menjadi dosa besar.
3. Jangan berkira dalam setiap setiap amalan baik. Lakukan sebaik mungkin dan usah bertangguh.
4. Jangan imbas kembali kebaikan yang pernah supaya tidak merasakan diri telah banyak melakukan kebaikan.


MUTIARA KATA
‘kesabaran yang mendahului kesakitan dan penderitaan akan diganjari kebaikan yang melimpah oleh Allah swt.’

           




No comments:

Post a Comment