Google Ads

Tuesday 24 November 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 159

MENARIK DI DALAM
·        Tidur ialah Ibadat
·         Kaedah Memanjangkan Umur
·        Keyakinan Diri
·        4 perkara yang perlu di tutup dengan ‘tudung’.



TIDUR IALAH IBADAH
BAGAIMANA MENJADIKAN TIDUR SEBAGAI IBADAH?
Orang dewasa memerlukan sekurang-kurangnya 6 jam untuk tidur setiap hari. Ini menunjukkan bahawa 1/4 daripada keseluruhan umur kita dihabiskan untuk tidur. Jika umur kita 40 tahun, maka 10 tahun telah dihabiskan untuk tidur sahaja. Oleh itu, amatlah rugi andai tidur tersebut berlalu tanpa sekelumit niat yang ikhlas, yang mampu meningkatkan darjat tidur. Perkara yang meningkatkan darjat tidur meliputi:

¤ NIAT
Niatkan untuk berehat dan mendapatkan kembali tenaga untuk beribadah kepada Allah.

¤ SUBJEK
Tidur adalah harus. Allah berfirman ‘Dan Kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi)’.

¤ PELAKSANAAN
Perlaksanaan mestilah betul. Jangan tidur secara sengaja semasa bekerja, memandu kereta atau semasa mendengar khutbah.

¤ OPTIMUM
Hendaklah tidur di tempat yang selamat, nyaman, dan kondusif. Adab-adab tidur yang telah dianjurkan oleh Rasulullah saw juga perlulah dipatuhi.  Tidak meninggalkan ibadah yang asas. Jangan tidur hingga tertinggal waktu solat.

¤ NATIJAH
Tenaga dan kesegaran yang didapati daripada tidur yang cukup digunakan untuk melaksanakan kebaikan bukan sebaliknya, melakukan kemaksiatan. Kesudahannya, adat kebiasaan bernilai ibadah.

Dengan menggunakan konsep yang sama, maka terjemahkan dalam setiap perbuatan seperti makan, bekerja, belajar, berpakaian, memasak dan sebagainya.
  


KAEDAH MEMANJANGKAN UMUR

 DITAMBAH KUANTITI USIA :PANJANG USIA

—> Akhlak Yang Mulia

Abu Hurairah berkata, aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda ‘Sesiapa yang suka dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah dia menghubungkan silaturahim‘. (Riwayat al Bukhari)

 

—>Berbuat baik Terhadap Jiran tetangga

Rasulullah saw bersabda‘sesiapa yang diberi sifat lemah lembut, maka bahagiannya di dunia dan akhirat telah diberikan kepadanya. Silaturahim dan akhlak yang baik kepada jiran tetangga dapat meramaikan perkampungan dan memanjangkan umur’. (Riwayat Ahmad dan Baihaqi)

 

 DITAMBAH KUALITI USIA : PAHALA BERGANDA

—> Solat di Makkah dan Madinah

—> Solat berjemaah di Masjid

—> Solat Sunat di rumah

—> mengamalkan adab-adab dalam Islam

—> Bersedekah

—> menolong orang lain

  

 MANFAAT SETELAH TAMAT USIA : PAHALA BERTERUSAN

—> Berjihad

Rasulullah saw bersabda ‘Sesiapa yang bersiap sedia menghadapi musuh sehari semalam pada jalan Allah, maka dia beroleh pahala puasa selama sebulan dan sembahyang malamnya. Dan sesiapa yang mati dalam keadaan bersiap sedia itu, maka pahala amalannya akan mengalir kepadanya, begitu juga rezekinya dan aman daripada fitrah’. (Riwayat Muslim)

 

—> Sedekah Jariah

—>Anak (Zuriat keturunan) Yang Soleh

—> mengajar Ilmu dan Membukukannya

Sumber : Ustaz Pahrol



RENUNGAN
Orang yang ikhlas akan mendapat bantuan dalam melaksanakan kerjanya. Apabila seorang hamba ikhlas ‘talian hayatnya’ bersambung dengan Allah. Allah tidak akan mengecewakan hambaNya yang ikhlas. Dia sentiasa memberi bantuan apabila hambanNya memohon pertolongan.

KEYAKINAN DIRI
            ‘Kita akan menang! jgn gentar’. Kata seorang panglima perang. ‘Jauh panggang dari api. Bilangan musuh 3 kali ganda mengatasi kita’. Kata seorang pemimpin bawahannya. ‘betul, tapi kita ada kekuatan rahsia. Dengan kekuatan itu, kita akan menang’.’apa kekuatan rahsia itu?’ panglima besar itu berkata dengan tenang. ‘dalam perjalanan ke medan perang kita akan singgah di sebuah masjid. Di situ kita akan bertemu dengan seorang imam yang terkenal dengan kesolehannya. Dialah yang akan memberi kekuatan rahsia itu kepada tentera-tentera kita.’
            Sesampai sahaja di masjid berkenaan, panglima besar itu memerintahkan ketua-ketua tenteranya masuk ke dalam masjid. Selepas solat sunat tahiyatul masjid dan solat sunat hajat 2 rakaat, seorang demi seorang dipanggil ke hadapan mihrab untuk bertemu dengan imam yang dimaksudkan. ’saya akan berikan kamu segulung kain yang kecil ini. Kamu dikehendaki melekatkan kain ini pada bendera-bendera pasukan kamu. insyaAllah, Allah akan memberikan bantuanNya’. Kata imam yang berwajah bersih dan tenang itu. Tanpa bertanya sebarang soalan, semua ketua pasukan tentera yang terlibat berbuat seperti yang diminta oleh imam. Selepas itu mereka berbuat seperti yang diminta oleh imam. Selepas itu mereka pun meneruskan perjalanan menuju ke medan perang.
            Dalam peperangan itu, setiap anggota tentera berperang dgn begitu bersemangat. Akhirnya mereka telah mencapai kemenangan. Masing-masing begitu takjub dengan kesan kain yang mereka bawa itu. ’apa yang ada pada kain itu? Ajaib sekali kesannya’. ’bukalah untuk mengetahuinya, jawab panglima besar. ’tuan, tiada apa-apa. Cuma kain kosong!’. Kata ketua-ketua pasukan terkejut. ’ya, sememangnya hanya sehelai kain kosong’, jawab panglima. ’jadi, bagaimana kain ini menjadi begitu ajaib?’’kain ini bukan kain ajaib dan kita menang dalam peperangan ini bukan kerana keajaiban kain ini’. ’jadi kita menang kerana apa?’ ’kita menang kerana keyakinan kita. Kita yakin menang, sebab itulah kita menang. Allah memberi kemenangan kepada orang-orang yang yakin.

Pengajaran
Kekayakinan adalah satu kekuatan yang luar biasa. Keyakinan juga satu kelebihan yang tidak dapt ditanding oleh kekuatan lahiriah. Orang yang yakin akan menggunakan segala sumber yang ada padanya secara maksimum. Manakala orang yang tidak yakin akan mensia-siakan kekuatan yang ada pada dirinya.
Sumber : Angguk Geleng






MUHASABAH
Hakikat sebenar menyambung tali silaturahim itu ialah kita bukan sahaja berhubung  dengan orang yang memang telah mempunyai hubungan yang baik dengan kita, tetapi paling utama ialah menyambungkan persaudaraan dengan orang yang telah memutuskan persaudaraan dengan kita. Inilah yang lebih utama dan berharga di sisi Allah.


EMPAT  PERKARA YG MESTI DITUTUP DENGAN ‘TUDUNG ‘

 ‘TUDUNG’ PADA WAJAH
Jangan di buat wajahnya dengan sengaja mengundang fitnah, berhias dengan tujuan tabarruj iaitu menampakkan perhiasan dan kecantikan untuk tatapan mata orang ramai. Kecantikannya khusus buat suami, bukan pameran untuk lelaki ajnabi.

 ‘TUDUNG’ PADA MATA
Jangan matanya memandang lelaki lain selain mahramnya. Solehah yang hakiki, tidak dipandang dan tidak memandang. Rasulullah saw bersabda ‘semua mata menangis pada hari akhirat kelak kecuali mata yang dipejamkan daripada memandang apa-apa yang diharamkan, mata yang berjaga pada waktu malam dalam berjihad di jalan Allah dan mata yang menitiskan air mata walau sebesar kepala lalat kerana takut akan Allah’. (Riwayat al Dailami)

 ‘TUDUNG’ PADA SUARA
Jangan dilunak-lunakkan suaranya dengan tujuan memikat dan mempesona. Allah berfirman ‘Janganlah perempuan-perempuan itu melunakkan suara (berbicara dengan lemah lembut dan manja) dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang hatinya ada penyakit”. (surah al Ahzab 33:32)

 ‘TUDUNG’ PADA HATI
  Hatinya terpaut kepada mengingati Allah. insyaAllah, apabila seseorang wanita mengingati Allah, Allah akan memeliharanya daripada segala kejahatan yang muncul dari dalam dirinya sendiri atau daripada orang lain.



RASULULLAH BERSABDA
‘tinggalkanlah perkara yang meragukan (syubhah) kepada perkara yang tidak meragukan’
(Riwayat al Bukhari)




No comments:

Post a Comment