Google Ads

Monday 2 November 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 136

MENARIK DI DALAM
·        Peringkat-peringkat pembesaran Anak dan tuntutannya
·        Contoh Teladan
·        Latihan Menghindari Maksiat
·        Syurga Yang Disegerakan
·        Bukan Senang, Hendak Senang
·        Puji
·        Doa Nabi Ibrahim a.s


PERINGKAT-PERINGKAT PEMBESARAN ANAK DAN TUNTUTANNYA

 SEBELUM 2 TAHUN

—> mengazankan di telinga kanan dan iqamat di telinga kiri

—> Memberikan nama yang baik

—> mengkhitankannya

—> menyayanginya

—> Meyusukannya

—> Tidak Memukulnya

—>Menggalakkan Adab-adab Yang baik

 

  2—5 TAHUN

Kanak-kanak pada usia ini biasanya perlu kepada:

—> Kasih dan penghargaan dari ibu dan bapa 

—> Ketenangan dan keamanan

—> mengasah kemahirannya

—> Budi bicara yang baik

—> Tunjuk ajar yang bijaksana

 

Pada usia ini, Islam menyeru ibubapa menekankan:

—> Pendidikan iman kepada kanak-kanak kerana kanak-kanak pada usia ini banyak bertanya tentang cara kewujudannya dan gambaran tentang Tuhannya. 

—> Mengasuh mereka menyintai Al Quran.

—> cintakan keluarga Nabi dan Para Sahabat

 

  5—12 TAHUN

Kanak-kanak pada usia ini, ibubapa perlu:

—> Mengajar mereka tentang adab makan 

—> melatih anak-anak menghormati orang tua

—> melatih mereka bersolat

—> melatih mereka mengaji al Quran 

—> mengizinkan mereka bermain selepas menyiapkan kerja sekolah 

 

Sumber : Buku Anakku Hebat Anakku Soleh(Ust.Zahazan)

 

 

 

 

CONTOH TELADAN
Ibn Khaldun berkata,
‘anak-anak mempelajari dengan cara mengikuti dan mencontohi lebih daripada yang diambil dengan cara nasihat dan tunjuk ajar ‘
(Al Muqaddimah)



LATIHAN MENGHINDARI MAKSIAT
1. Maksiat Mata (Seseorang yang melihat sesuatu yang haram seperti aurat, bahan lucah dan sebagainya)
2. Maksiat Lidah (Bercakap perkara-perkara yang tidak elok seperti memfitnah dan mengumpat)
3. Maksiat Perut (seseorang itu terlalu banyak makan sekalipun yang halal apatah lagi yang tidak halal atau haram.)
4. Maksiat Telinga (Mendengar perkara-perkara yang buruk seperti orang yang mengumpat dan memburuk-burukkan orang lain)
5. Maksiat Tangan (Mengambil harta orang lain tanpa hak, menyeleweng kuasa yang diamanahkan dan juga mendapatkan harta secara haram seperti menipu, mengambil rasuah dan sebagainya)
6. Maksiat Kemaluan (Melakukan hubungan yang haram)
7. Maksiat Kaki (Mengunjung ke tempat maksiat seperti kelab perjudian dan tempat pelacuran)


ASMA UL HUSNA

60. AL MUHYIY
(Maha Menghidupkan)

61. AL MUMIT (Maha Mematikan)

62. AL HAYY (Maha Hidup)

63. AL QAYYUM
(Maha Berdiri Sendiri)

64. AL WAJID(Maha Mengadakan)

65. AS MAJID(Maha Mulia)

66. AL WAHID (Maha Esa)

67. AL AHAD (Maha Tunggal)

68. AS SAMAD(Maha Diperlukan)

69. AL QADIR (Maha Berkuasa)

Buku Kisah Inspirasi Asma ul Husna  



SYURGA YANG DISEGERAKAN
Ia sebenarnya ketenangan jiwa. Orang yang tenag jiwa inilah yang akan merasakan bahagia. Dengan ketenangan ini mereka dapat menerima apa-apa jua ujian Allah, sama ada yang berbentuk nikmat atau azab. Jika di beri ‘gelap’ mereka sabar. Jika di beri ‘terang’ mereka bersyukur.



  

BUKAN SENANG, HENDAK SENANG
             Seorang pemuda ditemui sedang berlegar-legar di tepi sebatang tiang lampu berhampiran sebatang jalan. Habis dikais-kaisnya rumput-rumput dan kertas-kertas di bawah naungan lampu itu. Sikap pemuda itu menarik perhatian seorang mak cik. ’kenapa sejak tadi makcik tengok anak berlegar-legar di bawah tiang lampu ini?’ ’cincin saya hilang’.
            Makcik tadi kasihan dan turut sama-sama mencari cincin itu. Namun, cincin itu tidak juga ditemui. ’betulkah cincin itu hilang di sini?’ ’siapa pula kata cincin itu terjatuh di sini, tak lah’. ’habis, cincin itu jatuh di mana?’ ‘di sana, di tempat gelap tu’. Ujar pemuda itu menunjukkan ke satu kawasan gelap yang agak jauh dari situ. ‘laa, tapi mengapa kamu mencarinya di sini?’ mak cik itu kehairanan. ‘yalah makcik, saya carilah di tempat yang terang, di bawah tiang lampu ini. Sini mudah. Kalau cari kat sana susah. Gelap pulak’. Jawabnya selamba. Makcik itu menggeleng-ngelengkan kepadanya.
Pengajaran
Manusia kerap memilih jalan pintas untuk senang dan berjaya. Mereka cenderung memilih jalan senang untuk senang, walaupun tahu kesenangan itu tidak akan ditemui melalui cara itu. Apa yang dipentingkan jalan itu mudah. Padahal secara sunnatullah memang Allah telah tetapkan (no pain no gain). Bukankah Syurga itu dipagari dengan segala kesusahan? Justeru, untuk melakukan kebaikan dan kebajikan (yakni jalan menuju ke Syurga) begitu sukar dan mencabar. Tapi tempuhilah. Bukan senang hendak senang.
Sumber : Angguk Geleng




PEMIMPIN SEJATI
Kita Boleh Menyayangi Tanpa Memimpin tetapi..Kita Tidak Boleh Memimpin Tanpa Menyayangi


PUJI
Layakkah kita, manusia biasa ini dipuji? Memang pujian boleh meningkatkan motivasi diri , awas jangan sampai pujian itu menenggelamkan dirinya sendiri. Aduhai, alangkah ruginya menjadi seseorang yang gila pujian. Melakukan sesuatu kerana dahaga akan pujian. Jika pekerjaan yang dilakukan tidak dipuji, merudumlah semangat diri. Ada apa dengan pujian, jika Allah menyediakan ganjaran yang lebih baik daripada pujian seorang manusia.  Rasulullah junjungan terpuji. Disayangi penduduk langit dan bumi. Tingkah baginda sentiasa memikat hati. Tutur kata, perbuatan, seluruh kehidupan baginda sangat terpuji. Alangkah moleknya dapat diteladani peribadi mulia ini. Hati-hati, jangan pula pujian yang kita lontarkan sekadar mainan bibir tanpa memaksudkannya. Pujian yang diterima, kembalilah kepada Allah. Pujian yang diberi, hanya keranaNya jua.

Antara pujian dengan kejian, adanya ujian. Menguji keteguhan hati seorang insan. Tahankah dikeji atau hanya bersemangat setelah dipuji? Ikhlas memuji, hati-hati mengeji. Tersalah pilih, makan diri sendiri.

         


JOM AMAL
Doa Nabi Ibrahim untuk Kebaikan anak-anak dan Zuriat
Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang yang tetap mendirikan solat , Ya Allah ya Tuhanku, perkenankanlah doa permohonanku. Ya Allah Ya Tuhanku, berilah ampun kepadaku dan kepada kedua ibubapaku dan sekalian orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)’.
(Surah Ibrahim 14:40-41)

’Sesiapa yang mengajak kepada kebaikan , baginya ganjaran sebagaimana orang yang melakukannya’
(Riwayat Muslim) 



No comments:

Post a Comment