Google Ads

Thursday 26 November 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 163

MENARIK DI DALAM
·        Tip Muslim Bijak Berbelanja
·        Hak Tangan
·        Kasih Sayang
·        Lama
·        Lidah Perlu Dijaga Daripada 8 Perkara
·        Putus Asa Itu Membunuh
·        Kuasa Syukur
·        Panduan Menilai aktiviti gaming


TIP MUSLIM BIJAK BERBELANJA
1. Berbelanjalah sebaiknya.
2. Membeli mengikut kemampuan.
3. Rancang perbelanjaan.
4. Beli barang yang diperlukan, bukan yang disukai.
5. Elakkan berhutang untuk memenuhi nafsu berbelanja yang tinggi.
6. Perkara pertama sebaik mendapat gaji adalah membayar hutang dan bil seperti ansuran kereta dan rumah, bil air dan api. Kemudian membeli barang keperluan rumah.
7. Jangan belanja semua gaji.
8. Simpan sekurang-kurangnya 10% daripada gaji bulanan untuk kegunaan masa hadapan atau kecemasan.


HAK TANGAN

 Jangan memukul orang Muslim dengan kedua tangan

 Jangan mengambil harta yang haram

 Jangan menyakiti makhluk Allah dengan Tangan

 Jangan menulis sesuatu yang diharamkan




KASIH SAYANG
Persaudaraan dan kasih sayang adalah perkara yang paling tinggi nilainya selepas iman. Menjaga kasih sayang dalam proses penyampaian sesuatu khidmat atau produk perlu menjadi keutamaan. Muslim terbaik ialah Muslim yang menyelamatkan Muslim lain melalui kata-kata dan perbuatannya!



LAMA
            Antara pengertian lama adalah telah wujud dalam jangka masa yang agak panjang, ketinggalan zaman dan wujud sejak dahulu lagi. Tetapi yang dimaksudkan dengan lama di sini adalah panjang masanya tempoh sesuatu, iaitu tempoh kehidupan kita di alam akhirat selepas berada di alam barzakh. Sebagai contoh aiskrim. Aiskrim yang sudah cair diibaratkan kesempatan hidup di dunia yang diabaikan. Aiskrim cair tidak boleh membeku semula. Tidak enak lagi dimakan, tidak merasalah kita kepuasan diri. sebaliknya jika digunakan kesempatan aiskrim beku dengan menikmatinya –makan, kita akan merasa puas dengan menikmati sebatang aiskrim. Begitulah kepuasan di negeri Akhirat, hanya boleh dinikmati dengan memanfaatkan kehidupan di dunia. Saat yawa direntap,tiada peluang kedua melainkan penyesalan jika tiada persediaan. Sangat Rugi apabila terasa sudah lama hidup di dunia. Umur sudah separuh abad, terasa sudah banyak pengalaman dan tahu rencam kehidupan, tetapi amalan menuju akhirat masih ringan. Kiraan masa di akhirat berbeza dengan kiraan masa di dunia. Allah menjelaskan di dalam al Quran ’Dan sesungguhnya sehari di sisi Allah adalah 1000 tahun menurut perhitunganmu’. (Al Hajj 22 :47) Bayangkan jika baru sehari di akhirat, jika seminggu, sebulan , setahun.. sememangnya kita tidak mampu menghadapinya melainkan dengan bekalan  amalan semasa hidup di dunia yang sebentar. Beringatlah wahai diri yang sering terlupa mengingaat hari mati, kehidupan di dunia sebentar amat berbanding lama masa di akhirat kelak.



LIDAH PERLU DIJAGA DARIPADA 8 PERKARA
2 Berbohong
2 Memungkiri Janji
2 Mengumpat
2 Bergaduh
2 Memuji Diri Sendiri
2 Malaknat atau memaki
2 Berdoa dengan doa yang tidak elok
2 Mempersendakan manusia


PUTUS ASA ITU MEMBUNUH
            Seorang pekerja di kilang makanan sejuk beku telah terperangkap tanpa sengaja dalam sebuah bilik sejuk beku. Puas dicuba untuk membuka pintu bilik sejuk itu tapi tidak berdaya. Dia menjerit tetapi tidak ada sesiapa yang mendengarnya. Kedinginan mula menyerap ke tubuhnya. Dia begitu takut dan bimbang. Siapa yang akan menyelamatkannya? setelah ditunggu beberapa lama, tidak ada sesiapa pun yang datang. Kali ini pekerja itu benar-benar berputus asa. Dalam hatinya terdetik, kali ini matilah aku. Dirasakan kedinginan dalam bilik itu semakin menggigit hingga ke tulang. Setelah berasa yakin tidak ada siapa yang datang, pekerja itu mengeluarkan sekeping nota dan dia mula menulis..surat wasiat!
            Dalam surat wasiat itu dengan sedih dia berpesan dan memberi amanat kepada isteri dan anak-anaknya. Bukan itu sahaja, dia turut menceritakan apa sahaja yang dirasakannya saat itu, termasuk sejuk menggigil yang mengcengkam sampai ke tulang. Keesokan harinya, apabila pintu bilik sejuk dibuka oleh beberapa pekerja lain, mereka terkejut melihat sekujur mayat terbujur kaku dengan surat wasiat ditangan. Malah mereka lebih terkejut, bagaimana pekerja itu boleh mati? Adakah kerana kesejukan? Tidak, kerana bilik sejuk itu tidaklah sedingin mana. Suis penghawa dingin di bilik itu telah dimatikan sejak semalam!  

Pengajaran
Putus asa menyebabkan ramai manusia mati sebelum mati sebenar. Malah ada yang mati berkali-kali sebelum mati yang sebenar. Hiduplah selagi hidup atau berusaha dan berjuanglah berbekalkan satu harapan. Keep hope alive!
Sumber : Angguk Geleng






KUASA SYUKUR
Orang barat menyebutnya state of gratitude. Kita pula menyebutnya rasa syukur. Banyak kajian digerakkan mereka demi membongkar kuasa dan rahsianya. Sebenarnya mereka terdesak mencari-cari cara hidup bahagia di dunia. Satu kajian mendapati bahawa rasa syukur menambah baik proses dengupan jantung sekali gus membantu mengurangkan stres, membolehkan seseorang itu berfikir lebih baik dalam tekanan dan membantu penyembuhan diri secara alami. 



PANDUAN MENILAI AKTIVITI GAMING
Melihat kepada aktiviti bermain game, beberapa persoalan boleh diutarakan dan jawapan kepada persoalan-persoalan tersebut dapat memberi panduan dalam menilai aktiviti tersebut:

 Siapakah Yang Bermain?
—> merujuk kepada peringkat umur dan kesesuaiannya dengan game tersebut.
—> contohnya, jika pemainnya ialah kanak-kanak kecil, apakah game yang sesuai, adakah bayi kecil wajar didedahkan kepada game?

  Apakah Jenis Game Tersebut?
—> berbentuk ujian minda, puzzle atau perancangan strategi.
—> kandungan yang termuat dalam game tersebut seperti gambar, animasi dan sebagainya.
—> Adakah mempunyai unsur-unsur negatif seperti keganasan dan lucah.

 Bilakah waktu dan dimanakah tempat-tempat yang wajar bermain game?
—> Bermain sewaktu khutbah Jumaat, Kuliah atau iktikaf di masjid, sewaktu makan bersama keluarga di meja makan, ketika berkumpul bersama rakan-rakan atau sanak saudara dalam satu majlis atau perjumpaan. Adakah wajar?
—> Pemain harus bijak memilih masa dan waktu yang sesuai.

 Berapa lama masa yang hendak di peruntukkan untuk bermain game?
—> Harus ditetapkan had supaya tidak menjadi lalai dan menghabiskan masa yang terlalu lama.
Sumber : TEKNO DA’I


WAKTU MUSTAJAB DOA
1. Hari Jumaat
2. Tengah Malam
3. Selepas solat fardhu
4. Antara Azan dan Iqamat
5. Ketika sujud dalam Solat
6. Ketika amin al fatihah bersama Imam







No comments:

Post a Comment