Google Ads

Wednesday 25 November 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 162

MENARIK DI DALAM
·        7 Pemusnah
·        Tip bebas Hutang
·        Tip Untuk Husnul Khatimah
·        Islam dan Vaksin
·        Banyak bertanya
·        Ketabahan
·        Kemampuan jin


7 PEMUSNAH 

          ‘Jauhilah 7 pemusnah’. (Riwayat al Bukhari)

 

1. Syirik

2. Sihir

3. Membunuh

4. Riba

5. Makan harta anak Yatim

6. Lari dari medan perang

7. Menuduh wanita beriman lagi suci itu berzina

 

Sumber : Sepintas Nasihat




TIP BEBAS HUTANG
1. Jika ada wang lebih, bayar hutang.
2. Gunakan wang bonus untuk melangsaikan hutang dan bukannya berbelanja besar.
3. Kurangkan jumlah baki pinjaman. Apabila jumlah baki pinjaman rendah, jumlah bayaran faedah juga rendah.
4. Lunaskan hutang dalam masa yang lebih pendek daripada tempoh asal.
5. Gunakan wang simpanan untuk melangsaikan hutang.
6. Jika keuntungan  wang simpanan lebih kecil daripada faedah hutang, cari maklumat yang boleh menguntungkan daripada segi mengurangkan faedah yang dikenakan ke atas hutang.


TIP UTK HUSNUL KHATIMAH (kematian yang baik)
u Menuntut ilmu
u Banyakkan solat
u Menggandakan kebaikan
u Berjihad di jalan Allah
u Berbakti kepada orang tua
u Memperbanyakkan kalimah syahadah
u Memperbanyakkan doa



SEBENTAR
            ‘Dia (Allah) berfirman ‘Kamu tinggal di bumi sebentar sahaja jika kamu benar-benar mengetahui’. (Al Mukminun 23:114)
          Bayangkan di tangan kita sebatang aiskrim perisa kegemaran. Aiskrim itu perlu segera dinikmati sebab ia akan lekas mencair. Hanya beberapa minit di  tangan, jika tidak dimakan, aiskrim mencair dan tidak boleh dinikmati lagi.  Demikian perumpamaan kehidupan di Dunia . Tempoh aiskrim di tangan itulah tempoh kehidupan di dunia. Sebentar sangat untuk kita menikmatinya. Menikmati, ertinya membuat persediaan untuk menghadapi kehidupan lain yang lama. Jadi, mesti membuat persediaan yang terbaik. Bukan membiarkannya hingga sesal melanda diri saat amalan dihisab di akhirat kelak. Nauzubillah. Sebermula kita di alam roh , alam rahim seterusnya kita di datangkan ke alam dunia. Singkat sekali masa kita bertamu di dunia. Dalam pendeknya masa itulah harus dimanfaatkan semampu diri. Seherusnya kita mencontohi hidupan seekor rama-rama, nyamuk dan semut yang walaupun kitarannya tersangat singkat, mereka memanfaatkan kehidupan dengan melaksanakan tugasan. Demikian Allah inginkan daripada kita, manusia apatah lagi bergelar Mukmin. Semoga Allah menjauhkan kita daripada golongan yang meminta untuk kembali ke dunia ketika berada di akhirat. Akhirat yang lama masanya tanpa penghujung.   



ISLAM DAN VAKSIN
Sejarah membuktikan bahawa konsep vaksinasi bukanlah suatu yang asing dalam umat Islam. Al Razi sarjana pertama yang menerangkan berkenaan penyakit cacar (small pox) dan mencadangkan vaksin sebagai pencegah seawall kurun ke 9 Masihi. Menjelang kurun ke 16 vaksinasi mencegah cacar diimplimentasikan secara meluas oleh empayar Turki Uthmaniyyah dengan cara mengambil tisu parut pesakit cacar dan diletak pada kulit mereka yang belum menghidapinya. Sehinggalah seorang bangsawan England bernama Lady Montagu menghidap cacar dan mengamalkan perkara yang sama kepada keluarganya sebelum disebarkannya ke barat.


BANYAK BERTANYA
            Seorg lelaki dikenali sebagai seorang yang amat suka bertanya dan mempersoalkan sesuatu. Mungkin dia merasakan itu hanya sekadar untuk bersuka-suka atau ‘saja-saja’ . Namun, tanpa disedari, sikapnya itu menimbulkan banyak masalah dalam kalangan penduduk setempat. Malah, lebih berbahaya lagi apabila soalan-soalan menyentuh soal-soal keimanan.
            Satu hari dia bertanya kepada kawan-kawannya, ‘kau rasa betul ke Neraka itu tempat seksaan yang paling dahsyat?’ ‘Memang dahsyat. Sangat panas. Api Neraka berganda-ganda lebih panas daripada api dunia. Kenapa kau tanyakan begitu?’ ‘syaitan dijadikan daripada apa?’tanyanya lagi. ‘eh, tentulah daripada api!’. ‘Neraka pula?’ ‘Neraka pun daripada api!’ ‘itulah persoalannya. Syaitan akan dimasukkan ke Neraka. Syaitan daripada api, Neraka juga daripada api..kalau demikian apakah sakitnya, apalah seksanya’. Simpul lelaki itu sambil mencebik. Kawan-kawannya mula berfikir. Betul juga, terlintas begitu di hati mereka.
            Akhirnya mereka berjumpa dengan tok Imam untuk menyelesaikan soalan tersebut. Apabila persoalan itu dikemukakan, tok Imam mengambil ketul-ketul tanah dan membaling pemuda itu. Tok Imam terus membaling sehingga muka dan badan pemuda itu bengkak-bengkak. tidak tahan, maka dia pun lari. ‘inikah sikap Tok Imam, saya bertanya, sebaliknya dibaling dengan ketul tanah!’ ’itulah jawapan saya. Saya membaling kamu dengan tanah, sepatutnya tak sakit. Kamu diciptakan dari tanah dan saya baling kamu dengan tanah, apalah sakitnya..’. ’oh, sakit tok. Habis badan saya bengkak-bengkak..’. ’itulah yang akan dialami oleh syaitan dalam api Neraka nanti!’. ’ya, ya. Saya faham. Jangan baling lagi’.

Pengajaran
Sekali sekala orang yang degil perlu di ajar dengan cara yang keras dan tegas. Kadangkala jawapan dalam bentuk tindakan ...walaupun ada masanya sangat pahit tetapi itulah yang lebih berkesan.
Sumber : Angguk Geleng






KETABAHAN
Tabah itu tidak dicapai hanya dengan kata-kata yang disulam oleh al-Quran dan hadis.  Ataupun oleh sajak dan ungkapan yang indah serta puitis. Bukan. Tabah itu ditempa oleh kepahitan mujahadah, pengorbanan perasaan dan sikap memberi yang tiada batasan.


KEMAMPUAN JIN

Jin memiliki kemampuan mengganggu manusia dengan berbagai-bagai cara dan kaedah

 

 MENYAKITI  FIZIKAL MANUSIA, MENGHABISKAN HARTA DAN MEROSAKKAN HUBUNGAN KEKELUARGAAN.

Situasi begini sebagaimana yang dialami oleh Nabi Ayub. Allah merakamkan ini dalam al Quran ‘Dan ingatlah akan hamba Kami Ayub ketika dia menyeru Tuhannya’sesungguhnya aku diganggu syaitan dengan kesusahan dan keseksaan’. (Sad 38:41) Dalam Tafsir Ibn Kathir disebutkan gangguan syaitan dengan penyakit luaran yang memberikan kesan pada tubuh, harta bahkan keluarga bagginda.

 

 GANGGUAN PERASAAN HINGGA HILANG RASA KHUSYUK DALAM SOLAT

Ibn Majah meriwayatkan bahawa sahabat yang mulia Uthman bin Abil mengadu pada Rasulullah tentang gangguan dalam solat yang menimpanya sewaktu dia dilantik menjadi pemimpin di Taif. ‘Baginda telah memukul dadaku dengan tangan Baginda dan berludah pada mulutku lantas berkata ; keluarlah wahai musuh Allah!’ sebanyak 3 kali, lalu baginda berkata ‘teruskanlah kerjamu’. ‘selepas itu ia tak lagi mengangguku’.

 

 GANGGUAN SARAF YANG MENYEBABKAN SAWAN MALAH BOLEH MENYEBABKAN GILA

Imam Ahmad meriwayatkan bahawa ada seorang wanita datang kepada Rasulullah dengan membawa puteranya yang sakit sawan. Kemudian Baginda membuka mulut anak itu dan meniupnya 3kali kemudian berkata ‘Keluarlah wahai musuh Allah. Aku ini Rasulullah’.

 

 MENCURI BARANG

Diriwayatkan oleh Imam al Bukhari, iaitu kisah jin yang menjelma dan mencuri zakat fitrah yang dijaga oleh Abu Hurairah.

 

 MEROSAKKAN HUBUNGAN PERSAUDARAAN

Syaitan merosakkan hubungan Nabi Yusuf dengan saudaranya (Yusuf 12 :100)

 

 MUDAH LUPA

Lupa juga gangguan daripada syaitan (Yusuf 12 :42)

 

 MENAMBAH KEKUATAN MANUSIA YANG DIGANGGU

Nabi Musa pernah mengalaminya ketika memukul salah seorang yang sedang bergaduh dengan sekali pukulan menyebabkan dia mati

 

Sumber : Solusi isu 68

 







No comments:

Post a Comment