Google Ads

Monday 9 November 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 149

MENARIK DI DALAM
·        Tip Kekal Di Jalan Yang Lurus
·        Kelebihan Menyimpan janggut
·        Andai Terlanjur mengumpat
·        Kulit Pisang
·        Kesan beriman kepada Hari Akhirat
·        Takrif Iman
·        Doa Nabi Yunus


TIP KEKAL DI JALAN YANG LURUS

 

JANGAN BIMBANG PANDANGAN ORANG LAIN

Abu Talib begitu bimbang mengenai tanggapan pembesar Quraisy setelah beliau meninggal dunia sekiranya memeluk Islam. Kerisauan inilah yang menyebabkan Abu Talib tidak mengucapkan kalimah syahadah.

 

FOKUS KEPADA DIRI SENDIRI

 Istiqamah mengekalkan hidayah tidak berlaku sekiranya kita banyak menilai orang lain. Bergosip menyebabkan kita sibuk dengan hal dan aib orang lain sehingga terlupa menilai diri. Berkata buruk sudah cukup dosa, apatah lagi jika memfitnah. Sibukkan diri mengenal dan muhasabah kekurangan diri.

 

ISTIGHFAR DAN TAUBAT

 Beristighfat bererti kita memohon keampunan kepada Allah setelah tersedar daripada melakukan dosa dan kesilapan, bertaubat pula kembali kepada Allah dengan menghadapkan hati dan diri ke arahNya.

 

AMALAN YANG BERTERUSAN

Kekal dan tambahkan amalan. Bagaimana? Dengan mengikhlaskan hati, mencari dan mengikut contoh Rasulullah saw.

 

SAMPAIKAN KEBAIKAN

 Hidayah akan terkesan dan kekal sekiranya kita menjadi agen untuk menyampaikan kebaikan. Konsep amal makruf nahi mungkar ini dapat mengingatkan diri dan orang lain.

 

 CARI KAWAN YANG SOLEH 

 Pilihlah kawan yang selalu mengingatkan kita sekiranya kita hampir tergelincir. Rakan dan sahabat yang jujur akan memberikan teguran.

 

RAJIN CARI ILMU 

 Kita perlukan ilmu untuk berada di atas jalan yang benar. Teruslah menggali daripada sumber yang sahih tanpa henti. Lebih banyak kita tahu, lebih banyaklah kita sedar yang masih banyak yang kita tidak tahu.

 

MENJAGA MATA

 Tundukkan pandangan. Kerana khuatir pandangan itu daripada pandangan syaitan. Kita menjaga mata dengan tidak ’melihat’ dan menilai pakaian orang lain atau tidak ’melihat’ kereta apa yang mereka bawa. Kenapa? Supaya kurang rasa ingin membandingkan dengan orang lain dan mengata, mengelakkan rasa iri hati dan dengki dalam hati.

Sumber : Wardina Safiyyah  

 

 

 

 

 

 

KELEBIHAN  MENYIMPAN JANGGUT
1. Janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan  untuk kesuburan perempuan.
2. Janggut boleh melindungi kelenjar sebum dibahagian muka daripada terkena acne vulgaris bacteria. Oleh itu ia dapat melindungi seseorang daripada jerawat.
3. Menghangatkan kawasan muka dan melindungi dagu daripada bahaya.
4. Lebih panjag dan tebal janggut seseorang itu, sepatutnya dia menjadi seorang yang lebih bijak.
5. Menghindarkan diri daripada penyakit tekak dan gusi.
6. Mengelak daripada mendapat kebanyakan penyakit yang berpunca daripada sistem pernafasan seperti asma.
7. Memelihara muka daripada terkena bahan-bahan kimia yang merbahaya dan pencemaran udara.
8. Melindungi kulit dan seterusnya mngurangkan kedutan akibat penuaan
Sumber : Jen Q isu17



ANDAI TERLANJUR MENGUMPAT
Menceritakan aib kawan , Rasa bersalah . Meminta maaf kepada kawan yang diumpat dengan menyebut kesalahan secara detil

JIKA TIDAK DIMAAFKAN
Berdoa untuknya dan bertaubat. Cuba minta maaf lagi kemudian hari

 JIKA DIMAAFKAN
Bersihkan semula namanya daripada orang lain. Jika mengumpat secara terbuka, minta maaf juga secara terbuka. Puji kebaikan kawan itu di hadapan orang lain, Mendoakan kebaikan kawan dan diri sendiri, Bina semula hubungan yang baik seperti bertanya khabar dan lain-lain.         
Berazam untuk tidak melakukan kesalahan yang sama.



KULIT PISANG
            Seorang lelaki separuh umur kelihatan sedang ketawa seorang diri sambil memandang kulit pisang yang terbiar di tengah jalan. Dia mengeleng-ngeleng kepala dan kemudian tertawa lagi. perbuatannya diperhatikan oleh seorang remaja dari jauh. ’pak cik, kenapa pak cik ketawa?’ ’pak cik ketawa tengok kulit pisang itu nak’ ’apa yang pelik dengan kulit pisang itu?’ ’begini, sejak tadi pak cik perhatikan telah 5 orang jatuh kerana terpijak kulit pisang itu. Tetapi tiada sesiapapun yang mengutip kulit pisang itu agar tidak akan ada orang tergelincir lagi’. 
            Remaja itu turut sama ketawa. Kali ini dia bangun dan mengutip kulit pisang itu dan membuangnya dari tengah jalan. ’ei nak, kenapa kamu buang?’’sy tidak mahu terus ketawa melihat orang lain jatuh’. Jawab remaja itu. Kali ini pakcik itu termenung. Ketawanya hilang secara tiba-tiba. 
           
Pengajaran
Sering kali kita ingin orang lain ‘terkena’ setelah kita terkena. Pada hal kita seharusnya ‘memindahkan’ pengalaman pahit yang kita alami sebagai peringatan untuk orang lain, agar tidak terjebak sama.
Sumber : Angguk Geleng




HADIS
Abdullah bin Amru meriwayatkan Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : ‘sangat beruntung orang yang diberi masuk Islam, diberi rezeki yang cukup dan dia berasa cukup dengan pemberian Allah’.
(Riwayat Muslim)

           

HARI TERAKHIR
 Hari Akhirat. Jika dipadamkan dua huruf terakhir daripada perkataan ‘akhirat’, maka perkataan yang akan muncul adalah ‘akhir’. Dia dinamakan sedemikian kerana tiada hari lagi selepasnya. Ia hari terakhir di dunia ini. Itulah nasib objek yang fana, ada tarikh luputnya.
Allah berfirman yang bermaksud ‘Dan mereka yang beriman kepada kitab (al Quran) yang telah diturunkan kepadamu dan kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat.
(Surah al Baqarah 2:4)
Sumber : Husna Hassan





MUTIARA KATA
Jika keyakinan kepada hari akhirat telah mantap, tidak kesal apalagi menyesal dengan perbuatan baiknya kerana Allah pasti akan membalasnya di akhirat’.


KESAN BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT
1. Mengetahui hakikat hidup di dunia yang sebenar.
2. Mencetus keinginan memperbanyakkan kuantiti dan kualiti amal soleh dengan ikhlas.
3. Mendorong agar kerap mengingati mati.
4. Mengawal diri daripada melakukan perkara keji dan maksiat.
5. Menghiburkan hati oran yang beriman bahawa keseronokan hakiki bagi mereka adalah di akhirat.
6. Membantu kita merancang masa depan dunia dan akhirat sekali gus tanpa meminggirkan salah satu daripadanya.




TAKRIF IMAN

 

BAHASA

Percaya

 

ISTILAH

 Membenarkan dengan hati, mengakui dengan lidah dan beramal dengan anggota 

 

Sangat ramai di antara kita yang tahu ini, tetapi tidak mengamalkannya…

Fikirkan...  

 

 

 


DOA TASBIH NABI YUNUS KETIKA DALAM PERUT IKAN
La ila hailla anta subha naka inni kuntu minaz zholimin…
(Tidak ada Tuhan yang disembah melainkan Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang yang zalim)



MUHASABAH
Apabila manusia yakin akan ada gaya nikmat yang kekal abadi di dalam syurga, maka itu akan memberi kekuatan, ketabahan dan harapan untuk mengharungi apajua kesusahan di dunia.







No comments:

Post a Comment