Google Ads

Tuesday 24 November 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 160

MENARIK DI DALAM
·        Jangan Di doakan celaka oleh Rasulullah saw
·        Ilmu Yang Benar
·        Doa Untuk Memperbaiki Akhlak
·        7 jalan Hidayah
·        Jawab dulu 3 soalan
·        Apabila terjaga nanti
·        Bersama surah al Baqarah


JANGAN DIDOAKAN CELAKA OLEH RASULULLAH SAW
Seakan kita terlupa 3 doa Jibril yang diaminkan oleh Rasulullah. Marilah kita kenang kembali betapa 1 hari Nabi Muhammad naik ke atas mimbar kemudian berkata ‘amin, amin, amin’. Para sahabat bertanya ‘kenapa engkau berkata amin, amin, amin ya Rasulullah? Rasulullah bersabda ‘telah datang malaikat Jibril dan ia berkata ‘celaka seseorang yang masuk bulan Ramadhan tetapi berlalu bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah amin. Maka aku berkata ‘amin’. Kemudian Jibril berkata lagi ‘celaka seseorang yang kedua-dua orang tuanya atau salah seorang daripadanya masih hidup tetapi tidak itu tidak memasukkannya ke dalam syurga dan katakanlah ‘amin’. Maka aku katakan ‘amin’. Kemudian Jibril berkata lagi ‘Wahai Muhammad, celaka seseorang yang jika disebut nama engkau namun dia tidak berselawat kepadamu dan katakanlah amin. Maka aku katakan ‘amin’.
(Riwayat al Bukhari)



ILMU YANG BENAR
Setiap ibu bapa bertanggungjawab memberi anak ilmu yang benar agar dapat menjadi insan yang baik dan berguna. Apakah ilmu yang benar ?

1. Ilmu yang dapat mendekatkan diri anak-anak dengan Allah
2. Ilmu yang membawa manusia mengenal Allah serta mengiktiraf kebesaran dan keagunganNya.


DOA UTK MEMPERBAIKI AKHLAK
‘Ya Allah, sebagaimana Engkau telah memperelokkan penciptaanku, perindahkanlah akhlakku’
(Riwayat al Hakim )

7 JALAN HIDAYAH

 Berlapang dada untuk menerima Islam dan segala ajarannya

Firman Allah ‘Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya, nescaya Dia melapangkan dadanya untuk menerima Islam’

(Al An’am 6:125)

 

  Berterusan berzikir kepada Allah dalam setiap keadaan

Zikir akan mengikat hati kepada Allah dan merupakan sumber utama bagi ketenangan hati dan kelapangan dada.

 

 Tadabbur al Quran

Tadabbur juga sejenis ‘zikir’ tetapi bersifat lebih khusus, dengan kelebihan, kepentingannya yang tersendiri.

 

 Sentiasa Berfikir tentang Kejadian Makhluk Allah

Melihat kepada kekuasaan ciptaan langit dan bumi serta yang berada diantara kedua-duanya. Sudah pasti akal yang sihat dan waras, akan bertambah keimanan dan kekusyukan kepada Allah.

 

 Bersahabat Dengan Orang Yang Baik dan Soleh

Berapa ramai orang yang sesat dan lagha, telah diberi hidayah oleh Allah melalui kawan-kawan yang soleh, yang menunjukkan jalan yang benar dalam kehidupan ini. Maka kita hendaklah memilih sahabat yang baik dan dapat membawa kita ke arah kebaikan dan kebenaran.

 

 Berdoa

Doa senjata orang mukmin. Maka sentiasalah berdoa memohon taufiq dan hidayah, jangan sekali-kali berasa jemu atau kecewa kerana doa yang dipohon tidak nampak kesannya.  Sentiasalah berdoa dengan bersungguh-sungguh dan sepenuh hati, carilah waktu-waktu yang mustajab doanya seperti disepertiga malam, ketika bersujud dan seumpamanya.

 

 Ilmu dan Amal Yang Konsisten

Sentiasa melakukan amal kebajikan, ikhlas dalam amalan, reda dengan ketentuan Allah, sabar, dan tabah menghadapi ketentuan Allah dan sentiasa bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah. Apabila hati dan jiwa ikhlas mencari kebenaran, hidayah pasti datang menerangi.

Sumber : syiar



‘Hiduplah di Dunia ini seolah-olah seorang yang asing di tempat orang sebagai pengembara sahaja’
(Riwayat al Bukhari)



JAWAB DULU 3 SOALAN
Seorang orang kaya diserang hendap secara tiba-tiba. sebatang anak panah tertikam di dadanya. Dalam kesakitan yang amat sangat itu dia berkata kepada orang yang datang membantunya ’jangan lakukan apa-apa sehingga kamu memberi jawapan kepada 3 soalanku ini’. ’apa dia tuan?’ ’pertama, siapa yang berani memanahku?’ tanyanya sambil menahan sakit. Orang disekeliling mengelengkan kepala tanda tidak tahu. Orang kaya tidak peduli.
            Dia mengajukan soalan kedua. ’adakah orang yang memanahku ini orang kaya atau orang miskin?’ orang disekelilingnya bertambah hairan. Mereka ingin segera membawa orang kaya itu untuk mendapatkan rawatan tetapi dia ingin soalannya dijawab pula. ’ketiga, orang yang memanahku ini orang sini atau orang luar?’ Tanya si kaya dengan suara yang tersekat-sekat. belum pun orang disekeliling sempat memberikan respons, orang kaya yang cedera parah itu telah mati.

Pengajaran
Ramai diantara kita lebih fokus kepada hal-hal pinggiran berbanding hal-hal asas dan utama dalam menangani sesuatu masalah. Lihat sahaja betapa persoalan akidah diperkecilkan dalam usaha menyelesaikan masalah hidup yang begitu kronik dalam masyarakat moden hari ini.
Sumber : Angguk Geleng




 APABILA TERJAGA NANTI ...
Apakah reaksi dan tindakan anda apabila terjaga di tengah-tengah malam?

TIDUR SEMULA
Menarik selimut denaan menyambung epiisod kedua mimpi yang tergendala. ‘Kenapa boleh terjga ni?’ barangkali timbul rasa tidak puas hati dek tidur yang terganggu.

AMBIL PELUANG BERDOA SAHAJA
‘waktu begini doa makbul. Ya Allah, ampunilah aku dan ibubapaku. Masukkan aku ke dalam syurgamu’. Selesai. ‘ibadah senyap’ pun disambung semula.

BANGKIT UNTUK QIAMULLAI
‘Alhamdulillah’. Penuh semangat berpisah sebentar dengan tilam dan bantal.  Memang sejuk tatkala air wuduk menyapa kulit. Namun apalah sangat demi merasai kehangatan munajat kepada Allah saat sujud dan tahajjud.




BERSAMA SURAH AL BAQARAH

¤ 3 WATAK UTAMA
—> Mukmin (ayat 1-5)
—> Kafir (Ayat 6-7)
—> Munafik (ayat 8-20)

¤ 11 SERUAN ‘WAHAI ORANG BERIMAN’
Terdapat 11 ayat yang Allah mulakan dengan seruan mesra ‘Wahai Orang yang Beriman’.

¤ AYAT TERPANJANG
Ayat yang terpanjang adalah ayat 282. satu ayat dengan satu mukasurat penuh dengan satu-satunya mesej tentang hutang. Pada hari ini sistem rekod hutang ialah asas dalam pengurusan kewangan yang sistematik dan professional.

¤ TIP MUSLIM
Biasanya org yg berjaya mempunyai kata2 azimat yg menjadi pegangan. Surah ini menyediakan byk kata2 semangat seperti ‘boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan Allah jualah yang mengetahui sedang kamu tidak mengetahuinya’. (Ayat 216)

¤ TUJUAN HIDUP
Apa tujuan hidup di dunia ini? Lalu Allah terlebih dahulu menyediakan jawapan ‘sesungguhnya aku menjadikan (manusia) sebagai khalifah di bumi’. (ayat 30).

¤ PENDINDING
Budayakan membaca surah ini. Rasulullah berpesan ‘janganlah kamu menjadikan rumah ibarat tanah perkuburan. Sesungguhnya syaitan menjauhi rumah yang di dalamnya orang yang membaca surah al Baqarah’. (Riwayat Muslim)

¤ KENAPA LEMBU?( al Baqarah)
Barangkali kerana kisah Nabi Musa dan bani Israel  dengan lembu ayat 67-74. 

¤ PELUANG BERKAT
Rebutlah peluang mendapat berkat dengan membudayakan surah ini. Rasulullah berpesan ‘Bacalah surah al Baqarah. Sesungguhnya membiasakannya itu berkat, mengabaikannya kerugian, dan sihir tidak mampu melawannya’. (Riwayat Muslim)

¤ KISAH MENARIK
Al Baqarah surah 1000 cerita. Banyak kisah menarik yang berpengajaran untuk kita ulang kaji setiap ketika.
Sumber : Xplorasi










No comments:

Post a Comment