Google Ads

Thursday 5 November 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 141

MENARIK DI DALAM
·        Rehat Dengan Solat
·        Tempat Menyelesaikan Masalah
·        Indikitor Solat Yang Merehatkan
·        Vaksin Jiwa Yang Mujarab
·        Tanpa Sinergi Timbul Tragedi
·        Kaedah Meluahkan Perasaan


REHAT DENGAN SOLAT
Apabila Rasulullah saw menyuruh Sayidina Bilal r.a mengumandangkan azan, Baginda berkata ‘Wahai Bilal, rehatkan kami dengan solat’.
(Riwayat Ahmad)



TEMPAT MENYELESAIKAN MASALAH
          Siapa yang tidak pernah ditimpa masalah dalam hidup? Bahkan hidup ini telah diumpamakan oleh sesetengah ahli falsafah sebagai ‘tempat untuk menyelesaikan masalah’. Justeru, apabila berdepan dengan masalah , segeralah dapatkan kekuatan, kebijaksanaan dan kesabaran untuk menyelesaikannya. Bagaimana? Ya, dengan mengadu kepada Allah yang ’member’ masalah itu!
          Ketika itu, jangan hanya dilihat ’sebab’ tetapi lihatlah pada ’penyebab’ segala sebab. InsyaAllah, jika kita mengadu dan merayu kepada Allah, Allah pasti akan mendengar dan memberi jalan penyelesaiannya.
          Samaada semua masalah kita akan diselesaikanNya ataupun Allah akan menjadikan hati kita tabah dan gagah untuk menghadapinya. Dengan kekuatan itu kita tidak akan terus mengutuk kegelapan, tetapi kita akan terus berusaha mencari cahaya. Kita tidak akan berterusan mengharapkan ikan, tetapi kita akan berusaha sedaya upaya memiliki jorannya!



TRIVIA
1. Allah menciptanya tetapi mencacinya dalam al Quran
2. Zaid Bin Harithah -> Jaafar Bin Abi Talib -> Abdullah Bin Rawahah. Apakah maksud rantaian nama-nama ini?
3. Sebaik-baik pemimpin. Sebaik-baik tentera. Apakah kota yang ditawan oleh mereka?
Jawapan di akhir edisi ini


INDIKATOR SOLAT YANG MEREHATKAN

 Terasa seronok dan tertunggu-tunggu waktu solat

 Seandainya sibuk, seruan azan akan segera disahut tanpa berlengah dan bertangguh.

 Tiada unsur-unsur riyak, ujud dan sum’ah sebelum, semasa atau selepas menunaikan solat. Sebaliknya, hati berada dalam keadaan neutral, seimbang antara takut dan berharap.

 Hati terasa tenang

 Terasa ingin memanjangkan solat

 Solat secara sukarela, bukan disebabkan sebarang unsur paksaan

 Tidak sedar apa yang berlaku di sekitar kerana khusyuk. Ibarat apa yang berlaku dalam kes Nabi Yusuf. Allah berfirman ‘Maka Tatkala wanita-wanita itu melihatnya, mereka kagum kepada (keelokan rupa)nya, dan mereka melukai (jari)tangannya’. (Surah Yusuf 12:31)




AL QUDDUS (Yang Menyucikan)

VAKSIN JIWA YANG MUJARAB

Al Quddus membawa erti

1. Menyucikan Allah daripada sebarang kecacatan

2. Menyucikan Allah daripada sebarang persamaan dengan makhluk lain

3. Penguasa yang memiliki segala-galanya serta tiada kekurangan.

 

Bagaimana pula beriman dengan nama ini dapat membentuk diri kita menjadi seorang Muslim? Mudah sahaja. Beriman dengan nama Allah al Quddus menjadikan kita sentiasa.

           

 Bersihkan diri daripada keburukan. Ini mendorong kita sentiasa memelihara diri daripada terjebak dengan perkara yang tidak sihat. Maka kita akan dikasihi Allah kerana memiliki diri dan jiwa Allah yang bersih.

 Bersihkan harta daripada unsur haram dan syubhah. Harta yang suci sumbernya akan bertambah berkat dan melimpah ruah, malah kehidupan semakin ceria dan bahagia.

 Bersihkan waktu daripada dosa dan kesalahan. Waktu yang ada akan sentiasa bermanfaat untuk diri dan orang lain.

Sumber : Noorjehan Baharudin



SOLAT ITU BERAT ATAU RINGAN?
‘Sesungguhnya solat itu berat kecuali bagi orang yang khusyuk’.
(Surah al Baqarah 2:45)

TANPA SINERGI TIMBUL TRAGEDI
            Sekumpulan besar arnab dan tikus berperang habis habisan. Puncanya ialah mereka berebut untuk menguasai satu kebun keledek berhampiran hutan tempat mereka tinggal. Sudah banyak nyawa terkorban bagi kedua-dua belah pihak, namun mereka terus berperang. Akhirnya hanya seekor tikus dan seekor arnab sahaja yang tinggal. Itupun tubuh badan kedua-duanya cedera dan luka-luka . Nampaknya kini mereka berdepan satu lawan satu.
‘ini pertarungan penentuan!’
‘Ya, ini persoalan hidup dan mati’
‘Mengapa kamu perlukan sangat kebun keledek itu?mengapa kamu tidak cari saja makanan dalam hutan dan serahkan kebun keledek itu kepada kami?’kata arnab.
‘di hutan, makanan sudah semakin kurang. Kami terpaksa bersaing dengan binatang lain’. Jawab tikus.
‘oh begitu,’ kata arnab mula memahami.
‘kenapa pula kamu sangat inginkan kebun itu?’tanya tikus.
‘kami pun sama juga. Sekarang musim kemarau. Kami kehabisan makanan. Jika kami tidak dapat kebun keledek itu, kami akan mati’.
‘oh, serupalah nasib kita. Tanpa kebun keledek itu kita semua akan mati’.
‘tetapi sekarang, semua kawan-kawan kita sudah pun mati kecuali kita berdua’. Balas arnab sedih. Tikus berdiam diri dan juga rasa sedih.
‘selama ini saya tidak tahu yang arnab makan ubi keledek’. Ujar tikus. ‘eh! Tidak! Kami tidak makan ubi keledek. Kami hanya makan daunnya!.’Daun? Kami pula makan ubinya! Jadi selama ini kita sama-sama merebut kebun keledek ini tapi untuk bahagian yang berlainan? Kami tikus hendakkan ubinya dan kamu arnab perlukan daunnya’.
‘Mengapa baru sekarang kita tahu? Sepatutnya peperangan ini tidak berlaku. Kita sepatutnya berunding dahulu bagi mencapai kesepakatan’. ‘Ah, malangnya kita sudah terlambat! Semua kawan-kawan kita sudah mati’.

Pengajaran
Dalam apa jua konflik, rundingan yang harmoni amat perlu untuk menghindarkan berlaku krisis yang lebih besar. Keadaan menang menang boleh dicapai sekiranya kita bersikap terbuka dan saling bekerjasama.
Sumber : Angguk Geleng




KAEDAH MELUAHKAN PERASAAN
 TULISAN
Luahkan dan tumpahkan semua masalah itu dalam bentuk perkataan dan ayat. Dengan menulis, seseorang akan menjadi lebih rasional dan jelas tentang apa yang sedang dihadapinya? Secara beransur-ansur, emosi yang tertekan dan menggelegak akan menjadi reda apabila fikiran mencari kata dan fakta, kemudian menyusunnya membentuk ayat bagi menterjemahkan rasa hati. 

 LUAHAN
Cari orang yang paling dipercayai dan luahkan segala masalah itu kepadanya. Jangan harapkan sebarang penyelesaian, tetapi cukup sekadar meluahkan. Dengan bercerita dan berkongsi segala yang terpendam di jiwa bersama orang yang dipercayai, kita merasakan tidak keseorangan dalam menghadapi masalah tersebut. Ini memberi kelegaan buat jiwa.  Mengikut kajian pakar psikologi, manusia lain untuk mendengar segala rintihan dan kesusahan hatinya, sama seperti memerlukan makanan. Tanpa makanan, badan akan lemah. Begitulah, tanpa didengar masalahnya manusia akan tertekan dan lemah jiwanya.

 AKTIVITI LAIN
Mengikut pakar perubatan, mereka yang memiliki binatang kesayangan seperti kucing, ikan dan burung dapat mengurangkan stres berbanding mereka yang tidak. Begitu juga seseorang yang memiliki hobi tertentu umpamanya membaca buku, memanjat bukit, berkebun dan sebagainya. Dengan melihat, memegang dan mendengar sesuatu yang menyeronokkn melalui binatang kesayangan dan hobi yang diminati, tekanan yang dihadapi akan dapat diminimumkan.   

Itulah 3 cara untuk mendapatkan kelegaan dan ketenangan jiwa. Namun bagaimana hebat dan bijak sekalipun kaedah yang mampu difikirkan oleh manusia, ia tidak dapat menandingi kaedah yang ditetapkan oleh Allah swt iaitu SOLAT.
Sumber : Ustaz Pahrol




           


JAWAPAN TRIVIA
1. Suara himar. Surah Luqman 31:19
2. Zaid mengertai peperangan Mut’ah. Sekiranya beliau syahid, beliau akan diganti oleh Jaafar, segitulah seterusnya.
3. Kota Constantinople.





No comments:

Post a Comment