Google Ads

Monday 23 November 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 158

MENARIK DI DALAM
·        Enggan
·        Pesanku buatmu
·        Tip disiplinkan diri
·        Akibat terlalu dekat
·        Panjangkan usiaku
·        Tip pengurusan masa


ENGGAN
Ada keenganan yang perlu ditanam dalam diri. Enggan bekerjasama dengan kejahatan. Enggan mengikut hawa nafsu. Enggan melakukan larangan Allah. Keengganan yang menambahkan rasa cinta dan taat kepada Allah. Bukannya seperti keengganan iblis yang tidak mahu tunduk kepada Nabi Adam seperti yang Allah perintahkan. Sikap iblis ini menyebabkannya tercampak keluar daripada syurga. Alangkah malangnya! Hati-hati, jangan sampai keengganan kita melakukan perintah Allah menyebabkan Dia enggan memandang wajah kita di hari Akhirat kelak. Pada hari pembalasan, hari yang ditimbang semua amalan. Saat itu penyesalan tiada harga. ‘sedangkan orang yang enggan menyembah Allah , dan menyombongkan diri, maka Allah akan mengazab mereka dengan azab yang pedih.’ (surah al Nisa’ 4:173).
Allahu Allah. Dosa apakah yang diri lakukan sampai diri enggan mengetuk pintu taubat? Keengganan bertaubat menjadikan diri tidak selamat dunia akhirat. Sekiranya kira enggan meminta kpd manusia. Tdk mengapa. Malah keengganan diri tersebut mampu mendidik diri untuk memanfaatkan nikmat yang Allah beri.tetapi malangnya jika kita enggan meminta kepada Yang Maha Kuasa. Pada Allah yang menanti hamba yang bersedia menyerah diri.




PESANKU BUATMU
1. Ingatlah bahawa sesungguhnya Tuhanmu maha mengampuni orang yang beristighfar, Maha Pemberi taubat atas siapa saja yang bertaubat dan menerima orang yang kembali kepadaNya.
2. Kasihanilah orang yang lemah , nescaya anda akan bahagia. Berilah orang yang memerlukan pertolongan, nescaya anda akan merasa puas. Rendamlah emosi anda, nescaya anda selamat.
Sumber : Jangan Bersedih, Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia.


TIP DISIPLINKAN DIRI   

 SENARAIKAN SEMUA USAHA KE ARAH PENCAPAIAN MATLAMAT ANDA MENGIKUT KEUTAMAAN

Kemudian pilih 5 hingga 10  yang teratas dan laksanakan. Anda dikira sudah berdisiplin sekiranya dapat melaksanakan lebih daripada 5 langkah yang paling utama itu.

 

 LEKATKAN POSTER, COGAN KATA ATAU KATA-KATA YANG MENJELASKAN MATLAMAT ANDA ITU DI TEMPAT-TEMPAT YANG MUDAH DILIHAT.

Jangan malu, isytiharkan kepada dunia tentang apa yang akan anda capai. Yang penting ‘pengisytiharan’ itu akan mendorong anda setiap kali anda melihatnya.

 

 TETAPKAN APA YANG ANDA INGIN LAKUKAN SETIAP HARI

Amalkan perancangan mingguan dan harian yang teratur. Usah biarkan hari-hari anda ‘sepi’ tanpa sesuatu pencapaian kecil ke arah matlamat besar anda. Ingat, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

 

 SETIAP PERKARA PENTING YANG HENDAK ANDA LAKSANAKAN HENDAKLAH DITULIS TARIKH AKHIRNYA (DEADLINE) 

Hal ini akan memberikan satu kepuasan dan kemenangan apabila tarikh akhir itu berjaya ditepati. Anda akan merasakan matlamat yang dikejar semakin mendekat dari hari ke hari.

 

 BAGI SATU TUGASAN YANG TERLALU SUKAR ATAU MEMBOSANKAN (TETAPI SANGAT PENTING) ELOK MULAKAN SECARA BERDIKIT-DIKIT.

Jangan menunggu kesempurnaan untuk memulakannya kerana hal ini akan menjerumuskan anda kepada satu keadaan ‘tidak berbuat apa-apa’. Ingatlah bahawa rasa tidak selesa ketika melakukan aktiviti-aktiviti tersebut adalah lebih baik daripada rasa risau, takut dan kesal sekiranya anda tidak melakukannya langsung!

 

 GUNAKAN MASA YANG PALING OPTIMUM DALAM HIDUP SEHARIAN ANDA UNTUK MELAKUKAN TUGAS-TUGAS PENTING.

Mulakan bahagian-bahagian yang mudah dahulu.

 

 AMALKAN DIALOG DIRI YANG POSITIF

Pandang diri anda sendiri dan berkata ‘aku boleh, aku pasti berjaya kerana aku seorang yang berdisiplin’.

 

 JANJIKAN SATU MASA UNTUK MERAIKAN KEJAYAAN ANDA SEKIRANYA ANDA BERJAYA MELAKSANAKAN TUGAS-TUGAS SUKAR DALAM HIDUP. 

Misalnya menikmati makanan istimewa di tempat-tempat yang anda sukai atau apa sahaja penghargaan untuk diri sendiri.

Sumber : Pesan Hati Untuk Hati

 



AKIBAT TERLALU DEKAT
            Seorang penjual telur sedang sibuk di kedainya. pelangganya yang sedang memilih telur ingin menguji kebijaksanaan si penjual telur. Dalam diam dia mengambil sebiji telur dan digengam dalam tangannya. ‘jika awak bijak, cuba teka apa yang ada di dalam tangan saya ini? Kata pelanggan itu menunjukkan gengamannya. ‘cuba bagi bayangan’. Pinta penjual telur. ’benda ini bentuknya seperti telur’. Ujar pelanggan. ‘lagi?’ ‘warnanya seperti telur’. ‘lagi?’ Rayu penjual telur.
            Pelanggan tersebut mengeleng-geleng kepala lantas berkata ‘belum cukup lagi? baiklah jika dimasak rasanya seperti telur. Benda ini cair dalam keadaan biasa tetapi apabila dipanaskan menjadi pepejal’. Penjual telur masih terpinga-pinga. ‘tolong berikan lagi pembayang yang lebih hampir’. ‘di dalamnya ada cecair putih mengelilingi warna kuning!’. Setelah berfikir panjang, penjual telur menjerit ‘aku tahu jawapannya! pasti sejenis kuih!’. Pelanggan mengeleng-ngeleng kepala. Lantas membuka genggamannya. Ya, hanya sebiji telur. apa lg?

Pengajaran
Manusia sering menjadi ‘buta’ dgn apa yang terlalu hampir dengan dirinya. Orang yang paling hampir selalu dipinggirkan, tetapi apabila orang itu sudah tiada, barulah terasa kehilangannya. Kerap kali sesuatu itu tidak dapat dilihat bukan kerana terlalu jauh, tetapi kerana terlalu dekat.
Sumber : Angguk Geleng




RENUNGAN
Seseorang hanya akan mengurus nyawa dan masanya dengan baik apabila mata hatinya terbuka. Pandangan mata hati ialah pandangan yang paling tepat dan benar kerana mampu melihat disebalik kehidupan dunia yang singkat ini ada kehidupan akhirat yang kekal abadi. Mereka inilah orang yang ‘bijaksana’ bukan ‘bijaksini’.




PANJANGKAN USIAKU
Setiap kali menyambut ulang tahun kelahiiran, ucapan sewajarnya bukanlah ’selamat panjang umur’ tetapi ’selamat pendek umur’. Hal ini demikian kerana tempoh mati seseorang telah Allah tetapkan di dalam rahim ibu lagi. Ertinya, setiap hari, semakin dekat langkah kita menuju ke arah kematian kita.  


TIP PENGURUSAN MASA
¤ Kenal pasti ‘Prime Time’ dan masa-masa penat anda,
Setelah mengesannya, gunakan masa itu untuk tugasan yang paling penting dan paling memerlukan tumpuan. Katalah tugasan penting kita adalah menyiapkan persediaan mengajar dan ‘prime time’ kita adalah waktu pagi. Maka gunakanlah waktu pagi utk menyiapkan persediaan mengajar. Bukannya dihabiskan dengan membaca surat khabar. Sebaliknya aktiviti-aktiviti kurang penting boleh dilaksanakan pada ‘masa-masa penat’ kita. Jadilah pengintip kepada masa anda!

¤ Kesan Musuh bagi Masa Anda
Musuh bagi masa anda berpunca daripada anda sendiri atau orang lain. Kaji, apakah yang selalu membunuh masa anda. Mungkin berbual-bual kosong,   melakukan panggilan telefon atau menjawab panggilan telefon secara ‘marathon’, melayani tetamu yang tidak diundang, tidur atau rehat yang tidak perlu. Caranya adalah dengan menguatkan disiplin diri dan membina kemampuan untuk menolak dan mengatakan tidak. Jika kita belajar menghormati masa kita, insyaAllah orang lain juga akan menghormati masa kita. 

¤ Tetapkan Satu jangka Masa Yang Sesuai Pada Sesuatu Kerja
Bagi membatasi masa perbualan telefon, senaraikan perkara yang hendak diperkatan dahulu. Bagi menjawab surat-surat peribadi, disiplinkan diri melihat sekali sahaja dan terus menjawab.
Biasakan menetap masa dengan kerja yang sesuai, bukan semberono.

¤ Buat Checklist pada penggunaan Masa
Apabila kita ingin membeli belah, ‘checklist’ barang-barang dan anggaran harga yang amat perlu untuk mengawal diri anda daripada godaan membeli barang-barang yang tidak perlu. Hal ni penting bagi mengelak pembaziran wang. Begitulah juga dalam ‘perbelanjaan’ masa. Kita harus ada checklist  tentang  apa yang perlu kita buat mengikut keutamaannya untuk mengelak daripada pembaziran masa. Ingat, masa lebih berharga daripada wang. Sayangnya, pembaziran masa sukar dirasakan berbanding pembaziran wang kerana masa bersifat maknawi (tidak dapat dilihat). Oleh sebab itu jarang ada orang membuat checklist perbelanjaan masa.
Sumber : Mengurus Nyawa



           


Jadikanlah rumahmu sebagai Syurga dengan ketenangan, bukan arena kebisingan. Sesungguhnya ketenangan itu adalah nikmat.

Jadikanlah rumahmu sebagai Syurga dengan ketenangan, bukan arena kebisingan. Sesungguhnya ketenangan itu adalah nikmat.



No comments:

Post a Comment