Google Ads

Sunday 8 November 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 147

MENARIK DI DALAM
·        Puisi Untuk Guru
·        Seorang Hamba
·        Konsep Ibadah
·        Bukan Salah Saya
·        Soalan untuk Diri


PUISI UNTUK GURU
Wahai orang yang mengajar orang lain !
Sudahkah kau lengkapkan dirimu dengan pengetahuan yang perlu?
Kau sifatkan ubat bagi orang yang sakit dan orang yang lemah,
Agar dia sembuh, sedang kau sendiri masih berpenyakit,
Mulakanlah dahulu dengan dirimu dan cegahlah kesesatannya,
Jika itu sudah selesai, barulah kau dianggap bijaksana,
Ketika itu barulah nasihatmu akan diterima dan diikuti,
Dengan ilmu daripadamu dan barulah nermanfaat pengajaranmu.
Sumber : Abdullah Nasih Ulwan




           


SEORANG HAMBA… lazimnya
1. Patuh arahan dan larangan 
2. Sentiasa bersedia berkhidmat tanpa mengira masa, susah, mahupun senang
3. Sentiasa menganggap itu sahaja peluang berkhidmat, jadi peluang direbut sebaik mungkin.
4. Tidak mementingkan diri. Hamba tidak pernah memikirkan dirinya, sebaliknya keperluan tuannya yang menjadi fokus hidupnya.
5. Tidak memiliki sebarang harta. Jadi hamba berterima kasih berterima kasih kepada tuannya dengan cara berkhidmat kepada tuannya  dengan cara berkhidmat kepada tuannya sebagai tanda berterima kasih atas tempat tinggal dan makanan yang disediakan oleh tuannya.
6. Sentiasa melakukan yang terbaik dalam setisp tugasan walaupun kerja yang remeh.
7. Tidak pernah memberi alasan atau bertangguh.

Kita adalah HAMBA kepada yang Maha Berkuasa


KONSEP IBADAH
IBADAH ASAS (FARDU AIN)
 Mempelajari, memahami, meyakini serta mengamalkan rukun iman dan rukun Islam.
 Ia membentuk hubungan seorang hamba dengan Tuhan(Hablimminallah).
 Peranan : Membentuk personal belief system (sistem keyakinan) seseorang. Ia mengandungi prinsip-prinsip asas tentang ketuhanan, kebenaran, kebaikan, alam dunia dan akhirat.

IBADAH SUNAT
u Mengerjakan amalan-amalan sunat seperti solat sunat, puasa sunat, zikir, tasbih, membaca al Quran dan lain-lain.
u Peranan : menampung kekurangan dalam ibadah asas dan menambah keakraban seseorang dengan Tuhan.

IBADAH UMUM
 Merangkumi seluruh aktiviti yang melibatkan tugas, kerja, profesion dan tindakan kita walau di mana-mana , pada bila-bila masa dan apa pun yang kita lakukan.
 Syarat
1) Niat baik
2) Perbuatan selari dengan tuntutan syariat
3) Perlaksanaannya baik
4) Dilakukan secara optimum (bersungguh-sungguh)
5) Tidak meninggalkan ibadah asas
6) Perbuatan itu menghasilkan natijah yang baik. 




  

HADIS RASULULLAH
Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
‘ satu bab yang dipelajari seseorang lebih dicintai Allah daripada 100 rakaat solat sunat’
(Riwayat al Bazzar)

Ini menunjukkan betapa menuntut ilmu itu lebih besar ganjarannya berbanding dengan amal ibadah. Malah Allah sebenarnya lebih suka kepada para penuntut ilmu berbanding dengan ahli ibadah.


BUKAN SALAH SAYA
            Sebuah rumah tangga mengalami keadaan kacau bilau. Bagi mencari puncanya ayah, ibu dan anak itu menemui seorang kaunselor. Setelah melalui sesi bersama, kaunselor itu menemui ketiga-tiga secara berasingan. ‘agak-agak awak, apa yang menyebabkan rumah tangga ini bergoncang?’ Tanya kaunselor kepada si ayah. ‘ini semua gara-gara isteri saya. Dia tidak pernah patuh. Apa sahaja yang  saya katakan dia pasti akan melawannya’.’jadi bukan salah awak?’’pasti, ini semua salah isteri saya, dia derhaka’. Jawab si ayah.
            Selepas itu, giliran isteri pula ditemuduga oleh kaunselor tersebut. ‘ya, apa penjelasan puan?’’tak payah selidik panjang-panjang. confirm salah suami saya’. ‘kenapa?’’macamana saya nak beri ketaatan kepada suami yang cakap tak serupa bikin’. ‘jadi?’ ‘lawan tetap lawan, bukan salah saya, salah dia’. Kaunselor itu diam. Pening.
            Tiba giliran si anak, kaunselor bertanya ‘kenapa kamu mengambil dadah sebagai jalan penyelesaian?’bukan salah saya..’jawab si anak perlahan. Muram. ’awak boleh berfikir, mengapa ambil jalan yang salah?’ ’tuan sendri tengok persengketaan antara ibu dan ayah saya, saya jadi macam ni disebabkan mereka’
            Kaunselor mengumpul semula ketiga-tiga mereka. ’saya beri peluang kepada awak semua untuk berbincang dari hati ke hati. Cari jalan penyelesaian. Jangan salah menyalah’. Selang beberapa lama, ketiga-tiga mereka datang berjumpa kaunselor itu dengan wajah berseri-seri. ’setelah berbincang, kami dah capai persetujuan’. ’bagus’. Puji kaunselor itu dengan penuh harapan. ’kami semua tak salah’. Kata si ayah. ’internet yang salah kerana ia penyebab kami tidak ada masa yang cukup untuk bersama’. Kata si anak. ’yang salah jiran sebelah rumah yang menghasut saya melawan suami’. Tambah si isteri. ’yang salah media massa kerana kerap menyiarkan berita negatif. Saya terpengaruh’. Ujar si suami. Kaunselor terpinga-pinga. 

Pengajaran
Sikap menuding jari kepada orang lain atas kesalahan sendiri akan menambah masalah. Selagi kita tidak mengakui kesalahan sendiri, maka selagi itu kita gagal membuat perubahan. Mengakui kelemahan diri adalah prasyarat kepada apa jua perubahan. Jangan ada deny syndrome.
Sumber : Angguk Geleng


Tiada kata secantik al Quran
Tiada Madah seindah sabda junjungan
Tiada nasihat seindah pesanan.


          SOALAN UNTUK DIRI. ADAKAH KITA INI HAMBA ALLAH?
 Adakah kita sudah laksanakan segala suruhan Allah dan menjauhi larangan-Nya?
 Adakah kita bersedia menyembah Allah menyembah Allah seebaik sahaja terdengar gema azan?
 Adakah kita pernah menganggap itulah sahaja peluang kita untuk menyembahNya seandainya ini ibadah terakhir?
 Adakah kita mengutamakan Allah berbanding diri sendiri atau sebaliknya? Kadangkala kita masih banyak mengutamakan ‘aku’ dalam ibadah. Aku letih jadi solat kemudian.
 Sedarkah kita bahawa kita tidak memilki apa-apa di dunia ini? Jadi segala keperluan asas hinggalah kehendak kita ialah anugerah Allah semata-mata, jika kita perlu membalas dengan perbuatan syukur iaitu ibadah.
 Adakah kita telah lakukan yang terbaik dalam sebarang ibadah kita?
 Adakah kita pernah memberi alasan itu ini untuk pelbagai ritual ibadah?







Situasi VS Solusi
1.         Tujuan hidup saya , saya akan fokus kepada akhirat sahaja VS Itu bukan cara yang tepat. Dunia dan akhirat perlu disinergi atau digabungkan.
2.       Saya tidak percaya saya perlu hidup dengan tujuan hidup yg perlu seserius itu VS Dalam ibadah terselit kemanisan ibadah. Semasa memainkan peranan sebagai khalifah pula, Allah takdirkan ada bonus tertentusprt kejayaan dlm peperiksaan @ pendapatan dan pelbagai lg. jadi ada keseronokan juga di situ.
3.       Saya tdk mampu menjadi hamba Allah yg begitu taat memandangkan sibuk dengan pelajaran dan bakal sibuk dengan kerjaya VS Ibadah tidak terhad kepada rukun Islam sahaja, bahkan ia lebih drpd itu. Skop ibadah meliputi semua perlakuan kita dlm kehidupan seharian, hatta tidur sekalipun boleh menjadi ibadah berbuah pahala.



           





No comments:

Post a Comment