Google Ads

Wednesday 11 November 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 153

MENARIK DI DALAM
·        Buta
·        Penilai Sebenar
·        10 Tip Hangatkan cinta
·        Siapa Lebih Hebat
·        Keluar Dari Zon Selesa
·        Doa agar diberi Ilmu bermanfaat
·        Manfaat wuduk sebelum tidur



BUTA
            Buta mata tidak semestinya buta mata hati. Ada orang yang buta matanya tetapi mampu menghafal al Quran. Sedangkan orang yang celik mata, tidak menghafal walau surah pendek. Untungnya mereka yang buta mata, tiada dosa dengan pandangannya. Bersih daripada melihat dosa, makin celiklah pula hatinya.
            Gaji buta, berkatnya tiada, buta membaca jalan keluarnya ada, buta hati itu yang bahaya. Terasa dosa yang dilakukan perkara biasa. Renungkan firman Allah ’sesungguhnya mereka itu tidak buta mata tetapi yang buta adalah mata hati yang berada di dalam dada’. (surah al Hajj 22: 46) buta di dunia, tongkat ada sebagai penolong. Andai buta di akhirat, adakah amalan yang akan menampung?



PENILAI SEBENAR
Nilai diri mukmin adalah di sisi Allah, bukannya di sisi manusia. Rasulullah dan para sahabat yang dihina dan diseksa oleh para kafir Quraisy adalah mulia di sisi Allah. Meskipun seluruh menolak dan menghina, mereka tetap mulia di sisi Allah dengan ketinggian keimanan dan amal soleh mereka. Setinggi mana manusia memuji dan menyanjung, jika tiada iman dan amal soleh, semuanya kosong dan hampa belaka. Jiwa yang kosong daripada iman dan hampa daripada amalan, ialah jiwa yang telah kehilangan diri dan harga dirinya. Hilang harta dan benda, boleh dicari, tetapi jika hilang nilai diri?



10 TIP HANGATKAN CINTA GAYA NABI

 Memberi Hadiah . Rasulullah menyarankan ‘Salinglah memberi hadiah, nescaya akan saling mencintai’.  (Riwayat al Tabrani)

 Meletakkan kepala di pangkuan Isteri. Sayidatina Aisyah berkata ‘Rasulullah biasanya berbaring di pangkuanku, sedangkan aku dalam keadaan haid, kemudian baginda membaca al Quran’. (Riwayat Muslim)

 Tidur Dalam satu Selimut. Ummu Salamah bercerita ‘Ketika aku sedang berbaring bersama Rasulullah dalam satu selimut, tiba-tiba aku haid, lantas aku keluar perlahan-lahan untuk mengambil pakaian khas semasa haid. Rasulullah bertanya kepadaku ‘Adakah kamu sedang haid?’’ aku menjawab ‘Ya’. Baginda memanggil lalu aku berbaring bersama Rasulullah dalam satu selimut’. (Riwayat Muslim)

 Bersiar-siar pada Waktu Malam. ‘Rasulullah apabila datang waktu malam, Baginda berjalan bersama Aisyah dan bincang-bincang dengannya’. (Riwayat al Bukhari)

 Makan dan Minum Pada Bekas Bibir isteri.Sayidatina Aisyah berkata ‘aku pernah minum. Saat itu aku sedang haid. Kemudian aku memberikan minuman tersebut kepada Rasulullah (dari bekas yang sama). Baginda menempelkan mulut Baginda sama di tempat bekas aku minum, lalu baginda minum’. (Riwayat Muslim)

 Menghantar Isteri Hingga ke Pintu.

 Membantu Isteri Menaiki Kenderaan.

 Menyuapkan Makanan ke Mulut Isteri. Rasulullah pernah mengungkapkan ’sesungguhnya apa sahaja yang kamu nafkahkan, maka hal itu ialah sedekah termasuklah makanan yang kamu suapkan ke mulut isterimu’. (Riwayat al Bukhari)  

 Menemani Isteri Yang sedang Sakit.

 Mandi Bersama-sama. Aisyah berkata ‘Aku sentiasa mandi bersama dengan Nabi daripada satu bekas, tangan kami sama-sama berselisih (ketika menggunakan air dalam bekas itu) ‘ (riwayat al Bukhari)

 

 


SIAPA LEBIH HEBAT?
            ‘aku akan rasa hebat kalau aku dijemput ke pejabat presiden’. Kata lelaki pertama. ‘ah, itu tidak hebat. Kalau aku dijemput ke pejabat presiden dan presiden berjabat tangan denganku, itu pasti hebat’. Kata lelaki kedua. ‘itu pun masih belum hebat. Bukan sahaja presiden berjabat tangan dengan aku, malah presiden berbual-bual dengan aku. Itu baru hebat’.
            Lelaki ketiga pula bersuara bangga. ‘aku rasa itu pun tak hebat’. Kata lelaki keempat. ‘apa yang lebih hebat?’ ‘aku ke pejabat presiden, dan ketika itu presiden sedang bercakap di telefon. Melihat aku datang, tuan presiden serta merta meletakkan telefon untuk meraikan aku’. ‘hebat’. Ujar mereka hampir serentak. Namun lelaki ke5 masih diam. Selamba. ‘bagaimana denganmu?’ ‘aku datang ke pejabat presiden dan telefon di mejanya bordering..tuan presiden mengangkatnya, lalu berkata kepadaku’panggilan ini untukmu’’perlahan tetapi jelas kata-kata lelaki ke5. ‘ha, ha, ha..kau memang benar-benar hebat’. Kata mereka kepada lelaki ke5.
           
Pengajaran
Orang yang hebat mempunyai harga diri yang tinggi. Mereka tidak meletakkan harga diri mereka berdasarkan ‘orang besar’ yang mereka kenali. Oleh sebab itu, mereka tidak perlu membodek sesama manusia. Sebaliknya mereka berasa bebas bersuara dan menyatakan kebenaran tanpa belenggu oleh rasa takut atau inferiority complexs.
Sumber : Angguk Geleng



KELUAR DARI ZON SELESA
Mulakan perubahan sekarang. Keluarlah dari zon selesa kita yang sekadar membaca al Quran tetapi tidak cuba memahami maknanya apatah lagi menghayatinya dalam kehidupan seharian. Banyak cara yang boleh kita lakukan untuk keluar dari zon selesa, termasuklah:
A)   KEMPEN 1H1A(1 HARI 1 AYAT)           
Mulakan dengan perkara yang mudah. Sebagai contoh, setiap hari kita membaca satu ayat berserta makna dan tafsirannya. Cuba fahami dengan baik maksud dan konteks ayat tersebut. Pada masa yang sama lakukan refleksi diri, bagaimana ayat tersebut dapat diterjemahkan ke dalam kehidupan seharian.                       

B)   BACA DENGAN MATA HATI                              
Mulakan langkah perubahan kita pada hari ini untuk membaca al Quran dengan mata hati. Bagaimana  caranya:                                       
1)anggaplah dan percaya bahawa keseluruhan kandungan al Quran itu adalah untuk diri kita. Ya, sebagai panduan untuk dihayati dan diikuti.                                                            2)Membaca al Quran dengan tujuan untuk memahami makna dan tafsirannya, bukan sekadar melagukan dan melunakkan bacaan.

C)   BERKOMUNIKASI DENGAN AL QURAN
Bahasa Arab merupakan bahasa al Quran. Oleh itu , untuk ‘berkomunikasi’ dengan al Quran berusahalah untuk mempelajari bahasa Arab. ‘Baca al Quran, kemudian tengok terjemahan sudahlah, kenapa perlu belajar bahasa arab?’ kata-kata ini mungkin terpacul dari mulut kita. Ya, memang kita boleh membaca terjemahan al Quran, namun perlu diingat bahawa tidak mengcukupi kerana antara asas utama untuk memahami tafsirannya al Quran adalah dengan menguasai bahasa arab.




DOA AGAR DIBERI  ILMU YANG BERMANFAAT
‘Ya Allah, aku memohon perlindunganMu daripada hati yang tidak khusyuk, doa yang tidak didengari, jiwa yang tidak pernah berasa puas dan daripada ilmu yang tidak bermanfaat. Dan aku berlindung kepadaMu daripada keempat-empat hal tersebut’. (Riwayat al Nasa’i)

Huraian 
Hati yang tidak khusyuk boleh menyebabkan kita lalai dalam urusan dunia. Ini mengakibatkan tidak ada kelazatan dalam beribadah. Apabila tiada kelazatan beribadah, doa yang dipanjatkan tiada roh,keazaman dan kekuatan. Jiwa pula akan penuh dengan sifat mazmumah lalu membawa diri jauh daripada keredaan Allah swt. Faktor-faktor ini akan menyumbang kita kepada kejahilan dan ilmu yang tidak bermanfaat. Keempat-empat hal ini saling berkaitan antara satu sama lain. Semoga kita semua selamat daripada hal tersebut.   




MANFAAT BERWUDUK SEBELUM TIDUR

; Meregangkan Otot-otot Sebelum Badan Berehat Panjang
Air yang disapu pada anggota badan semasa berwuduk mampu mengendurkan otot-otot yang tegang setelah sehari suntuk melakukan aktiviti seharian.
; Mengelak Penyakit
Perbuatan mencuci tangan dan kaki boleh membuang bakteria-bakteria yang melekat pada anggota berikut.
; Mencerahkan Kulit Wajah
; Mendapat Kesegaran pada Pagi Esok

           




No comments:

Post a Comment