Google Ads

Saturday 7 November 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 145

MENARIK DI DALAM
·        Akan Berhijrah
·        Ada apa doa diantara 2 sujud?
·        Busuk Betul
·        Untuk Apa Aku Hidup?
·        As Salam




AKAN BERHIJRAH
Jangan kita memandang kepada orang yang belum berhijrah dengan pandangan seperti mereka tiada harapan untuk berubah menjadi hamba Allah yang solah atau solehah. Setiap orang pun mahu berhijrah. Cuma kadang-kadang dalam diam mereka  terlebih dahulu memerhatikan orang yang terlebih dahulu berhijrah, adakah selepas kita berhijrah akhlak semakin baik atau bertambah buruk. Muhasabah. Urusan menilai keimanan seseorang itu urusan Allah, bukan urusan kita.
Sumber : Sumayyah Abdullah


MUTIARA KATA
Kita harus malu apabila dipuji kerana Allah sebenarnya sedang menutup keaiban kita.
Sumber : Aa Gym.


TRIVIA
1. Gelaran yang diberi nabi kepada anak perempuan.
2. Persamaan huruf ya, waw, mim, dan nun.
3. Apakah rumah yang paling lemah?
Jawapan di akhir edisi ini



ADA APA PADA DOA DUDUK ANTARA 2 SUJUD?

(Allahummarfirli, Warhamni, Wajburni, Warfa’ni, Warzukni, Wahdini, Waa’fini

 

1. AMPUNI DAKU                                                                                                           apabila menyebutnya, kenangkanlah semua dosa kita, kecil dan besarnya. Sebagaimana parajurit amat memerlukan mighfar (topi perang besi) buat penutup kepalanya daripada panahan musuh, maka kita juga amat memerlukan maghfirah bagi menutup kesalahan diri daripada mendapat azab Allah.                                       

 

2. KASIHANILAH DAKU

Apabila melafazkannya, ingatlah hanya dengan rahmat dan belas kasihanNya sahaja kita adalah sebagaimana kita sekarang. Masih lagi hidup, boleh makan dan minum serta boleh melakukan apa-apa yang kita suka.

 

3. DORONGLAH AKU atau PAKSALAH DAKU

 Apabila menuturnya, sedarlah tentang diri kita yang sentiasa cenderung ke arah melakukan maksiat. Tubuh kita lebih ringan melakukan perkara yang nafsu suka berbanding perkara yang Allah Redha. Jadi kita mintalah Allah ’memaksa’ diri kita ke arah kebaikan. Gagahkan diri kita pergi ke masjid dan sebagainya. 

 

4. ANGKATKANLAH (MARTABAT) DAKU

Apabila menyebutnya, ingatlah martabat dan darjat diri di sisi Allah lebih bermakna berbanding martabat di dunia. Biarlah martabat di dunia ini kita tidak setaraf raja, asalkan di syurga nanti boleh bersama dengan para nabi, siddiqin, syuhada dan salihin. Martabat diri hanya terangkat dengan iman, ilmu dan amal.

 

5. REZEKIKANLAH DAKU

Apabila melafazkannya, ingatlah segala yang dikecap selama ini, semuanya rezeki yang Allah beri. Rezeki Allah mencakupi semua keperluan jasmani dan rohani. Sebagaimana kita menagih rezeki jasmani berupa makanan, minuman, kekayaan dan sebagainya, jangan lupa meminta rezeki rohani berupa ilmu, kebahagiaan hidup dan sebagainya.

 

6. BIMBINGLAH DAKU

Apabila menyebutnya, ingatlah bahawa hanya Allah sahaja

Yang berhak memberi hidayah buat hamba-hambaNya yang disukai. Hidayah ialah petnjuk dan bimbingan langsung daripada Allah. Hidayah ialah rezeki rohani yang paling penting buat kita. Dengannya, si penjahat akan kembali bertaubat. Dan dengannya iman kita kekal. Dengannya juga amal kita meningkat.

 

7. SIHATKANLAH DAKU 

Apabila menyebutnya, ingatlah bahawa kita tidak kebal daripada penyakit. Hanya Allahlah yang maha mencegah mahupun mengubatinya. Jadi mohonlah kepada Allah keafiatan, pencegahan dan penyembuhan daripada  segala penyakit, baik penyakit jasmani mahupun penyakit rohani.

8. MAAFKAN DAKU

 

 


BUSUK BETUL
             ‘busuk betul di sini’. Keluh seorang petani ketika berada di luar rumahnya. Anak petani melihat sahaja kerenah ayahnya. ‘Aku hairan, sebegitu banyak pokok bunga yang aku tanam, tapi halaman rumah ini masih busuk juga’. Orang tua itu masuk ke dalam rumah. ‘eh, masih busuk juga. Pelik’. Orang tua itu marah-marah kerana ke mana sahaja dia pergi, dia akan terhidu bau busuk.
            Tiba-tiba anaknya masuk lalu berkata ‘ayah, cuba ayah lihat cermin.’ orang tua itu pun pergi ke depan cermin. Dia terkejut kerana di dapati pada hidungnya terpalit baja tahi ayam yang digunakan dikebun pagi tadi. Patutlah ke mana sahaja dia pergi berbau busuk. Rupa-rupanya yang busuk bukan orang atau tempat yang lain, tetapi tahi yang terpalit di hidung sendiri. 
           
Pengajaran
Kejahatan atau keburukan yang selalunya kita Nampak ada kalanya berpunca daripada kita sendiri. Apabila kita asyik nampak akan kejahatan orang lain, boleh jadi itu petanda kita sendiri yang jahat. Tidak hairan kalau orang yang berprasangka dan prejudis sering bertemu dengan keburukan dalam hidupnya.
Sumber : Angguk Geleng






UNTUK APA AKU HIDUP?
Manusia tidak wujud secara kebetulan. Ia sebahagian perancangan perancangan Ilahi. Manusia tidak wujud sia-sia. kita akan diuji antara iman dan kufur. Oleh kerana peluang kita hidup di dunia hanya sekali, sebelum betul-betul hidup di akhirat, maka amat perlu kita jelas dan cakna akan tujuan kita bertebaran di bumi Allah ini.

HADIS
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud :
‘satu bab yang dipelajari seseorang lebih dicintai Allah daripada 100 rakaat solat sunat’.(riwayat al Bazzar)

Ini menunjukkan betapa menuntut ilmu itu lebih besar ganjarannya berbanding amal ibadah. Malah Allah sebenarnya lebih suka kepada para penuntut ilmu berbanding ahli ibadah.


AS SALAM ( SEJAHTERA YANG MELATA)
          Mari kita berkenalan dengan nama Allah yang indah iaitu As salam
 Membawa erti keamanan, ketenangan dan kesejahteraan.
 Allah selamat daripada sebarang kekurangan dan keaiban yang boleh mencaacatkan kebesaran dan keagunganNya.
 Merupakan suatu pujian Agung kepada Allah yang memberi keselamatan dan kesejahteraan yang melata di dunia dan akhirat.



PILIH KAYA HATI
          Berhati-hatilah menjaga hati kerana ia punca ketenangan dan kebahagiaan diri. Cara untuk mendapatkan hati yang tenang adalah dengan sentiasa mengingati Allah. Allah telah menegaskan melalui firmanNya yang bermaksud  : ’Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang’. (surah al Ra’d 13:28).
          Rasulullah saw juga bersabda yang bermaksud : Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda, tetapi kekayaan sebenar ialah kaya hati.   






TAWAPAN TRIVIA
1. Raihanah (penawar)
2. Huruf Idgham maal ghunnah
3. Rumah (sarang) labah-labah. Bandingan Allah kepada manusia yang menjadikan selain Allah sebagai pelindung. Rujuk Surah al Ankabut ayat 41:43.




No comments:

Post a Comment