Google Ads

Saturday 7 November 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 146

MENARIK DI DALAM
·        Persediaan menyambut tahun baru
·        Kritikan yang tidak adil
·        Situasi vs Solusi
·        Tujuan Hidup Yang Jelas



PERSEDIAAN MENYAMBUT TAHUN BARU

 

 BERSYUKUR

Alhamdulillah. Allah masih meminjamkan nikmat umur, kesihatan dan rezeki. Yang paling penting kita diberi nikmat iman dan islam. Bayangkn jika Allah menarik semula pinjamannya ketika kita masih masih memerlukanna. Ya, sepatutnya kita sentiasa bersyukur agar nikmat tersebut kekal dan bertambah.  

 

 BERSELAWAT

Banyakkan berselawat kepada Nabi Muhammad saw, keluarga, para sahabat dan pengikut sahabat.

 

 BERDOA

Berdoa dan berharap agar Allah menerima serta meredai segala amalan yang dilakukan. Amalan menjadi sia-sia tanpa keredaan Allah.

 

 BERMUHASABAH DIRI

Bermuhasabah diri atas perjalanan waktu. Agak-agaknya sudah berapa tahun kita dah baligh? Sudah berapa tahun malaikat setia mencatat amalan baik dan buruk kita? Apa pula status buku amalan kita?

 

 RANCANG KEHIDUPAN

Rancang kehidupan untuk tahun baru akan datang dengan sebaiknya. Azam kita supaya mampu menimba ilmu sebanyak mungkin, berbakti kepada kedua ibubapa yang masih hidup dan terus berusaha menjadi hamba yang taat dan khalifah yang berperanan.

 

 MENJAGA DIRI

Menjaga diri daripada menyambut tahun baru akan datang ini dengan perbuatan syirik, maksiat dan perbuatan dosa yang lain.

 

 


TRIVIA
1. Sebutkan tiga nama ibu susuan Rasulullah saw?
2. Siapakah pakcik Rasulullah yang menjadi syuhada dalam Uhud?
3. Apakah pesanan Rasulullah saw pada saat menjelang akhir hayatnya?
Jawapan di akhir edisi ini


KRITIKAN YANG TIDAK ADIL
             Dalam 1 majlis jamuan meraikan kejayaannya belayar mengelilingi, Ferdinand Megellan telah disindir oleh sekumpulan pengkritik yang duduk semeja dengannya. ’ah, belayar mengelilingi dunia bukanlah sepayah mana’ kata seorang penulis dengan kuat. ‘hanya perlukan kapal yang teguh dan peta yang tepat’ tambah seorang ahli perniagaan.’dan kelasi yang setia’. Tambah seorang jeneral. 
            ‘tuan-tuan sekarang ada sebiji telur rebus di tangan saya. Cuba tuan-tuan letakkan telur ini dalam keadaan tegak berdiri’. Kata Ferdinand mencabar pengkritiknya. ‘mana mungkin telur ini dapat diletakkan dalam kedudukan sedemikian’. Jawab pengkritiknya setelah mencuba beberapa kali.  Ferdinand memecahkan sebahagian kecil bucu telur itu dan menggunakannya sebagai tapak untuk meletakkan telur itu dalam keadaan tegak. ‘ah, kalau begitu siapa pun boleh melakukannya’. Kata pengkritiknya sambil mencebik. ‘Ya, setelah aku melakukannya!’.   

Pengajaran
Kritikan yang tidak adil merupakan pujian yang tidak rasmi. Ungkapan ada mengatakan ‘tidak ada sesiapa yang akan menendang anjing yang telah mati’. Maksudnya, selagi  ada yang ‘sudi’ mencemuh. Itulah petanda kita masih mempunyai kelebihan atau harga diri.
Sumber : Angguk Geleng





 SITUASI VS SOLUSI (1)
1.         Tidak pasti apa tujuan hidup. Sudah lama berfikir, tetapi fikiran jadi celaru dan keliru VS Rujuklah al Quran dan hadis, ada jawapan yg mudah di situ.
2.       Matlamat hidup sudah disenarai di atas sekeping kertas, namun masalahnya lebih 25 matlamat hidup yang tersenarai. Banyak sangat ni VS Ambil yg mudah, dua sahaja matlamat hidup yg utama iaitu menjadi hamba dan khalifah. Matlamat hidup yg lain (tujuan hidup sekunder) boleh dimasukkan di bawah mana2 kategori di atas (hamba dan khalifah)





TUJUAN HIDUP YANG JELAS

 

 ADA HALA TUJU MASA DEPAN YANG JELAS

Tujuan hidup akan memberi hala tuju masa depan kita. Tujuan hidup umpama tiang gol dalam permainan bola sepak. Kita sentiasa terdorong untuk membawa bola kehidupan kita ke gawang golnya yakni ibadat kepada Allah. Sebaliknya, tanpa tujuan hidup, atau tujuan hidup tidak tepat dan tidak jelas, hidup kita tidak akan tentu arah. Kita tidak dapat mengawalnya. Kita tidak dapat menjadi pemandu sebaliknya menjadi penumpang dalam hidup kita sendiri. Mempunyai tujuan hidup umpama memegang stereng pada kehidupan kita sendiri.

 

 KURANG PENTING, PENTING DAN PALING PENTING

Tujuan hidup juga menjelaskan apa yg benar-benar penting untuk kita. Bagi mereka yang mempunyai tujuan hidup, dia tahu yang mana penting, tidak penting dan paling penting dalam hidup. Dengan ini mudahlah dia melakukan sesuatu yang penting dan meninggalkan sesuatu yang sia-sia. dengan itu juga kita akan sudah menyusun kerja dan aktiviti, bermula dengan yang paling penting , penting dan kurang penting. Kita akan kurang terlibat dengan aktiviti yang sia-sia.

 

 PENJENAMAAN SEMULA ‘KEJAYAAN’ DAN ‘KEBAHAGIAAN’.

Rod stewart menyatakan bahawa punca penceraiannya adalah kerana hidupnya yang terlalu mewah. Menurut pengakuannya, apabila terlalu mewah, dia tercari-cari apa yang hendak dilakukan dalam tempoh 24 jam. Ini mencipta kehidupan yang jemu, bosan dan letih baginya. Kenapa ini berlaku? Ini kerana dia tidak tahu apakah takrif kejayaan dan kebahagiaannya. Jika tujuan sesuatu perjalanan tidak ada atau tidak jelas, mana mungkin kita mengetahui sama ada kita sudah sampai atau belum kepada tujuan tersebut.

 

 MEMUDAHKAN PROSES MEMBUAT KEPUTUSAN

Tujuan hidup akan mengurangkan dilema dan konflik dalam hidup. Keputusan yang kita ambil ialah keputusan yang akan menyumbang kepada pencapaian tujuan hidup kita. Apa yang kita pilih dan putuskan, kita tidak akan lakukan dengan ragu-ragu dan was-was . Kita telah tahu apa yang kita hendak pilih.

 

  MENDAPAT KEYAJINAN DAN KEBERANIAN DALAM HIDUP 

Seorang yang kuat tetapi tidak yakin, tidak akan berjaya. Seorang yang sederhana tetapi ada kejakinan lebih-lebih lagi kepada Allah, maka dia kan lebih berjaya. Sumber keyakinan ialah kebenaran dan untuk mendapat kebenaran kita perlu merujuk kepada Tuhan kerana Dialah al Haq: Maha Benar.  


 MENJADIKAN HIDUP LEBIH BERMAKNA DAN BERMNFAAT

Apa makna kita hidup? Jangan katakan tidak tahu. Selalunya orang yang kecewa akan berkata-kata ‘Tidakku minta lahir ke dunia’. Baginya hidup ini satu beban dan masalah. Jadi tidak hairan jika ada yang membunuh diri. Mereka ini ada orang yang ‘berani mati’ kerana ‘takut hidup’. Mereka tidak dapat memberi makna kepada hidup. Sedangkan bagi orang yang mempunyai tujuan dalam hidup, dia tahu apa ertinya hidup ini, dan faham bahawa dia perlu mencapai tujuan itu. Ia juga akan memberikan rasa ada faedah hidup kita di dunia.

 

 MENDAPAT KEKUATAN DALAM HIDUP

Kita hamba yang lemah, tetapi apabila hidup kita berkisarkan  tujuan hidup yang ditentukan oleh Allah Yang Maha Kuat, kita rasa ada sokongan dan dukungan yang sentiasa membantu kita. Sebab itu orang yang tujuan hidupnya untuk beribadah hakikatnya adalah ‘pekerja’ Allah yang pasti mendapat bantuan, ganjaran dan panduan daripadaNya.

Sumber : Gen Q

 



SAHABATKU
‘Susun kembali segala amalan dan perancangan kehidupan. Sisihkan segala dosa, noda, maksiat dan kemungkaran dalam pangkalan data amalan. Sapu dan bersihkan diri daripada sifat mazmumah serta rasa leka dan selesa dengan dosa’.



KITAB  ALLAH
‘ Sesungguhnya Kami tidak mencipta kamu (manusia) itu sia-sia’.
 (Surah al Mu’minun 23:115)



JAWAPAN TRIVIA
1. Sayidah Aminah, Suwaibah dan Halimatus Saadiah
2. Hamzah Bin Abu Mutalib
3. Berpegang teguh kepada al Quran dan Sunnah




No comments:

Post a Comment