Google Ads

Monday 30 November 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 171

MENARIK DI DALAM
·        Umpama Nyalaan Api Yang Membakar
·        3 Ciri Orang Yang Bertaqwa
·        Amar Amkruf Nahi Mungkar
·        Mempertajam Pisau Komunikasi
·        Tukarkan Kepada Yang Lebih Baik
·        Untuk Apa Kaya?
·        Teknik ‘Botol Ketakutan’



UMPAMA NYALAAN API YANG MEMBAKAR
‘Jauhi dosa-dosa kecil, kerana apabila ia berkumpul dalam diri seseorang ia akan membinasakannya. Perumpamaan dosa-dosa kecil itu laksana sekumpulan orang yang singgah di sebuah lembah. Masing-masing membawa kayu bakar, setelah dikumpulkan sebegitu banyak dan dinyalakannya, maka nyala apinya akan membakar semua kelengkapan yang mereka bawa ke lembah itu’
(Riwayat Ahmad)


3 CIRI ORANG YANG BERTAKWA
1. Berusaha menjauhkan segala dosa kecil atau besar
2. Berhati-hati dalam setiap tindakan dan perbuatan seperti orang yang berjalan di atas tempat yang berduri
3. Tidak memandang remeh dosa atau kesalahan kecil.



AMAR MAKRUF
Mengajak supaya melakukan perkara yang dituntut oleh syarak, atau mengajak untuk melakukan sesuatu yang dikira baik daripada segi syarak.

NAHI MUNGKAR
Melarang, menasihatai, merayu supaya meninggalkan atau tidak melakukan sesuatu yang dilarang oleh syarak ataupun sesuatu yang dikira buruk daripada segi syarak dan tidak pula meninggalkan sesuatu yang diperintah oleh syarak.

 

 

 

MEMPERTAJAM PISAU KOMUNIKASI

◊ MASA YANG TEPAT

Anda perlu ingat bahawa komunikasi tidak formal juga penting demi mencapai kejayaan. Pilih masa yang sesuai dan tepat agar matlamat komunikasi dapat dicapai.

 

◊ TEMPAT YANG SESUAI

Pilih tempat yang tenang dan damai untuk berbincang perkara-perkara penting.

 

◊ MUKADIMAH YANG POSITIF

Tanggapan pertama si pendengar mengenai anda perlulah positif dan mesra. Ini akan dapat mengurangkan potensi berlakunya konflik dalam perbualan.

 

◊ TERPERINCI, JELAS , RINGKAS

Jangan berdolak dalik dan bermain kata-kata. biarlah dia faham kehendak sebenar yang anda inginkan.

 

◊ GUNAKAN BAHASA SAYA

Ini dapat mengurangkan situasi menuding jari ke arah orang lain. Sebaliknya, ia membayangkan bahawa anda bersedia untuk mencari jalan penyelesaian.

 

◊ PELIHARA MIMIK MUKA

Berlatihlah untuk mendapat mimik muka yang baik. Dapatkan mimik muka yang responsif terhadap perkara yang dibincangkan.

 

◊ HORMATI IDEA ORANG LAIN

Buka minda anda dan bertenang ketika mendengar pendapat orang lain. Namun hal ini bukan bererti anda mesti settuju dan menerima semua idea tersebut.

 

◊ BERSEPAKAT

Tulis dan dokumenkan keputusan bersama, walaupun dalam sekeping kertas nota kecil.

 

◊ BERKOMPROMI

Tekankan aspek dan perkara yang dipersetujui bersama. Ulang beberapa kali terutamanya pada akhir perbincangan.

Sumber : FADZLI YUSOF

 


TUKARKAN KEPADA YANG LEBIH BAIK
            Di dasar laut yang bening dan jernih, tinggal sepasang tiram sederhana besar bersama koloninya yang melekat ukuh pada sebiji batu besar . Makanan mudah didapati disitu dan habitatnya juga sangat sesuai untuk koloni  tiram. Suatu hari, arus tiba-tiba mengalir deras sehingga menerbangkan butir-butir pasir di dasar laut tersebut. Sepasang tiram tersebut tidak sempat menutup cengkerang dan terpaksa menelan beberapa butir pasir yang termasuk ke dalam cengkerangnya. Mereka cuba meludah-ludah pasir-pasir tersebut, tetapi tidak mampu.
            Setelah pelbagai ikhtiar dilakukan, tiram tersebut memberikan 1 cadangan kepada pasangannya, ‘jika kita tidak boleh keluarkan pasir ini, apa kata kita cuba tukarkannya kepada sesuatu yang lebih baik?’ pasangannya bersetuju tanpa sebarang bantahan. ‘jika kita tidak boleh keluarkan pasir ini, apa kata kita cuba tukarkannya kepada sesuatu yang lebih baik!’ setelah bertahun-tahun butiran pasir itu berada dalam cangkerang sepasang tiram itu, akhirnya berhasillah sesuatu yang berharga. Warnanya putih bercahaya. Itulah dia sebutir mutiara yang asalnya hanya daripada sebutir pasir.

Pengajaran
Jika tiram mampu mengubah sebutir pasir menjadi mutiara, maka manusia yang dikurniakan Allah dengan akal, lima pancaindera, hati dan status sebegai khalifah, apa agaknya yang mampu dilakukan oleh manusia? Pastinya lebih hebat.

Sumber : Angguk Geleng




UNTUK APA KAYA?
Kekayaan harta sahaja tidak cukup untuk membina kehidupan di dunia dan akhirat kelak. Kekayaan di dunia memerlukan nilai akhlak dan sifat kehambaan yang tinggi. Sekiranya kita mengejar dunia. Dunia akan lari meninggalkan kita. Sebaliknya, sekiranya kita mengejar akhirat maka Dunia akan datang sebagai nikmat yang perlu kita syukuri. 




TEKNIK ‘BOTOL KETAKUTAN’
Mahukah anda mengetahui kaedah mudah bagaimana membuang ketakutan yang ada dalam pemikiran, emosi dan tindakan anda tanpa melibatkan kos yang tinggi? Tahniah, dan lakukannya mulai hari ini.

LANGKAH PERLAKSANAAN
 Sediakan botol kapsul kosong di hadapan anda.
 Duduk dengan tenang di kerusi recliner. Jika tiada, anda boleh duduk di kerusi biasa dengan kedudukan badan 90 darjah (L shape) atau ‘kerusi malas’.
 Pandang botol itu dan pastikan penutup botol itu telah dibuka . Kemudian, pejamkan mata anda secara perlahan-lahan. bagus. Rasakan diri anda dalam keadaan selesa.
 Sekarang, anda bernafas dengan tenang. Anda mula menyebut angka dalam hati anda secara perlahan-lahan..
100….saya tenang...saya semakin tenang...saya semakin tenang….
99….saya tenang...saya semakin tenang...saya semakin tenang….
98….saya tenang...saya semakin tenang...saya semakin tenang…. Bagus..
97….saya tenang...saya semakin tenang...saya semakin tenang….bagus

 Bayangkan ketakutan yang anda alami. Cari bahagian mana ketakutan itu berada. Apakah di bahagian kepala? Bahu? Tangan? Perut? Kaki? 
 Ambil perlahan-lahan ketakutan itu dan masukkan ke dalam botol ketakutan itu.
 Tarik lagi ketakutan di bahagian yang anda rasa takut itu dan masukkan ketakutan itu di dalam botol tersebut. Ada lagi ketakutan itu?
 Jika tiada buka mata anda sekejap. Lihat botol di hadapan anda. Anda tutup botol itu. Kemudian, pejamkan kembali mata anda.
 Anda telah membuang ketakutan anda dalam botol itu, kini botol itu telah penuh dengan tenaga negatif. Buangkannya.
 Perlahan-lahan buka mata. Gosokkan kedua-dua tapak tangan anda sehingga panas dan tekapkan di pipi anda. Bagaimana perasaan anda selepas melalui terapi ini? Anda sendiri yang merasainya.
Sumber : TAAKUL




           




No comments:

Post a Comment