Google Ads

Monday 21 December 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 193

MENARIK DI DALAM
·        Akhlak Baik Vs Perlakuan Baik
·        Ikhlas
·        Jom Tempah Rumah Di Syurga
·        Doa Panjang
·        Tanggungjawab kita terhadap al Quran Ketika Membacanya
·        Mudah
·        Lebih Baik Daripada Syurga
·        Sebaik-baik manusia



AKHLAK BAIK VS PERLAKUAN BAIK

Apa itu akhlak? Akhlak ialah dorongan dalam hati yang mampu melahirkan perbuatan baik dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan pemikiran lagi. Inilah definasi ringkas akhlak mengikut pandangan Ibnu Maskawqih dan Imam Ghazali. Dengan kata lain, akhlak ialah perlakuan baik yang sudah begitu serasi dan sebati dalam diri seseorang yang membolehkannya membuat kebaikan secara autopilot (automatik). Perlakuan baik itu lahir secara mudah dan spontan kerana sudah menjadi kebiasaan dan tabiat. Ada bezanya antara perlakuan baik antara perlakuan baik dengan akhlak yang baik. Akhlak ialah perbuatan baik yang lahir daripada hati bukan daripada pemikiran. Akhlak itu penting kerana itulah misi kedatangan Rasulullah saw ke bumi ini. Rasulullah bersabda ’Hanyasanya  aku diutuskan untuk memperbaiki akhlak manusia’. (Riwayat Malik). Mengikut para pakar yang mengkaji ayat-ayat al Quran, 80% isinya adalah tentang ajaran akhlak. Tatkala ditanya kepada Rasulullah saw siapa orang yang paling sempurna imannya, Rasulullah saw terus menjawab ‘orang yang terbaik akhlaknya’.

Jadi, iman dan takwa itu walaupun berada di dalam diri, tetapi kesannya terpancar ke luar diri dalam bentuk akhlak yang baik. Justeru tidak hairan terpancar ke luar diri dalam bentuk akhlak yang baik. Justeru tidak hairan jika Rasulullah saw sendiri dipuji oleh Allah atas dasar ketinggian akhlaknya, walaupun Baginda mempunyai banyak kelebihan yang lain.

Sumber : Pesan Hati Untuk Hati 

 




IKHLAS
Orang yang ikhlas akan mendapat bantuan dalam melaksanakan kerjanya. Apabila seseorang hamba itu ikhlas ‘talian hayatnya’ bersambung dengan Allah. Allah tidak akan mengecewakan hambaNya yang ikhlas. Dia sentiasa memberi bantuan apabila hambaNya memohon pertolongan.


JOM TEMPAH RUMAH DI SYURGA

¤ BINA MASJID
Rumah. Di dunia, berapa ramai orang berhempas pulas bekerja siang malam ligat ke sana ke mari  demi membeli rumah idaman. Kemudian hanya tinggal 10 atau 20 tahun paling lama, kita wariskan pula pada orang lain. Bersungguh-sungguh kita mengikat perut demi rumah dunia. Bagaimana dengan rumah di syurga yang ditawarkan Allah? ‘Sesiapa yang membina masjid maka Allah akan membina untuknya sebuah rumah di syurga’. (Riwayat al Bukhari)

¤ MEMBAIKI PERANGAI, ELAKKAN LAWAN CAKAP DAN MELAWAK KOSONG
Dalam riwayat lain ‘sesiapa yang membina masjid kerana Allah walaupun sebesar sarang burung Qata atau lebih kecil, Allah akan bina untuknya sebuah rumah di Syurga’. (Riwayat Ibn Majah) ‘Aku menjamin sebuah rumah di pinggiran syurga untuk orang yang meninggalkan lawan cakap sekalipun dia di pihak yang benar, dan sebuah rumah tengah-tengah syurga bagi sesiapa yang meninggalkan dusta walaupun bergurau, dan sebuah rumah di kawasan tinggi syurga bagi sesiapa yang membaiki akhlaknya’ (Riwayat Abu Dawud)

¤ REDA DENGAN KEMATIAN ANAK
‘Apabila anak seorang hamba meninggal dunia, Allah berkata kepada malaikat ‘kamu mencabut nyawa anak hambaku?’ Malaikat berkata ‘Ya’. ‘Kamu mencabut nyawa buah hatiinya?’ ‘Ya’ ‘Lalu apa kata hambaKu?’ ‘Dia tetap memujiMu dan mengucapkan istirja’. ‘Bina untuk hambaKu itu sebuah rumah di syurga dan namakan rumah itu baitulhamd (Rumah pujian),’ (Riwayat al Tirmizi dan Ahmad) (Istirja’ ialah ucapan innalillahi wainna ilaihi raji’un.)

¤ 12 RAKAAT SOLAT SUNAT
 ‘sesiapa yang solat sehari semalam 12 rakaat, dibina untuknya sebuah rumah di syurga’. (Riwayat Muslim) Dalam hadis Aisyah riwayat al Tirmizi ada perincian berkenaan 12 rakaat solat sunat seperti
 4 rakaat sebelum Zuhur
 2 rakaat selepas Zuhur
 2 rakaat selepas Maghrib
 2 rakaat selepas Isyak
 2 rakaat sebelum Subuh
Sumber : Ezy Dakwah


DOA PANJANG
            ‘doa apa yang kau baca?, panjang sangat!’ Tanya seorang lelaki kepada sahabatnya yang baru pulang dari timur tengah. Sahabatnya itu baru sahaja selesai berdoa dalam satu majlis di apartmen mewah mereka. ‘adalah..’ jawab sahabatnya pendek. ‘tak sangka kau jadi alim sekarang’. ‘mengapa kau kata begitu?’ yalah, siapa sangka kau sempat mendalami ilmu agama. bukankah kau dihantar ke sana untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang sains?’ ‘Hisy, cakap tu perlahan-lahan sedikit.. nanti pecah rahsia’. Kata sahabatnya separuh berbisik. Lelaki itu kehairanan. Apa rahsianya? ‘di sana aku tidak memahami pun pengajian agama. Aku fokus study sahaja’. Katanya. ‘habis tu, doa kau betul-betul panjang tadi. Hebat. Macam ulama’. ‘tu sebenarnya bukan doa..’ ‘habis, apa?’ ‘cerita arnab dengan kura-kura dalam bahasa Arab!

Pengajaran
Orang yang jahil hanya dapat menipu mereka yang jahil juga. Ajaran agama yang menjadi ritual semata-mata tanpa kefahaman yang mendalam dan hujah yang kuat amat mudah diselewengkan. Berhati-hati dengan si jahil yang penipu.
Sumber : Angguk Geleng






TANGGUNGJAWAB KITA TERHADAP AL QURAN KETIKA MEMBACANYA
¤ PERTAMA
Kita mesti membaca al Quran sehingga pandai dan mahir

¤ KEDUA
Kita mesti membaca al Quran sehingga memahami isi kandungannya

¤ KETIGA
Kita mesti membaca al Quran sehingga mampu menghafaz keseluruhan atau yang termampu

¤ KEEMPAT
Kita mesti membaca al Quran sehingga dapat mengamalkannya dalam kehidupan seharian

¤ KELIMA
Kita mesti membaca al Quran sehingga ia mampu dimasyarakatkan

¤ KEENAM
Kita mesti membaca al Quran sehingga mampu di daulatkan .

Sumber : Anakku Seorang Hafiz


MUDAH 
Mudah-mudahan segala urusan dipermudah Tuhan. Tiada kesusahan merentangi di tengah-tengah perjalanan. Demikian pinta, doa dan harapan kita setiap kali harus menyelesaikan sesuatu tugasan atau menemui suatu kebuntuan. Apabila dipermudahkan semua urusan, sentum yang terukir makin menawan. Jika dapat, kita mahu semuanya  lancar, manis, mudah dan tiada sebarang kesukaran. Tetapi adakah mudah-mudah Allah memberikan syurga yang tersangat istimewa? Pastinya tidak. Berpesanlah kepada hati, semoga kemudahan itu bukan sekadar untuk menguji. Semoga kemudahan diiringi keredaan Ilahi. Itu matlamat setiap diri. Dalam kita bermudah-mudah, jangan terlalu ambil mudah sampai memudah-mudahkan  semua urusan. Justeru jadilah kita pemudah cara supaya Allah mudahkan semua urusan kita. Bukan hanya mudah, bertambah barakah, beroleh rahmah.    


LEBIH BAIK DARIPADA SYURGA
          Allah menyeru, ‘Wahai ahli syurga!’ mereka menyambut seruanMu wahai Tuhan kami, kebahagiaan daripadaMu, dan kebaikan di tanganMu’. ‘Adakah kamu Reda?’
‘Mengapa pula kami tidak reda wahai Tuhan? Engkau kurniai kami apa yang belum pernah Engkau berikan kepada mana-mana makhluk-Mu’.
 ‘Mahukah Aku kurniai kamu dengan apa yang lebih baik daripada itu?’
‘Wahai Tuhan, ada lagikah sesuatu yang lebih baik daripada itu?’
‘Aku isytiharkan atas kamu keredaanKu. Maka Aku tidak akan murka terhadap kamu selepas ini selama-lamanya’.
(Riwayat al Bukhari)

Sumber : Hadis Qudsi



SEBAIK-BAIK MANUSIA

Rasulullah saw bersabda ‘Sebaik-baik kamu ialah sesiapa yang mempelajari al Quran dan mengajarkannya.
(Riwayat al Bukhari)












No comments:

Post a Comment