Google Ads

Tuesday 15 December 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 187

MENARIK DI DALAM
·        Mungkin Dia Lebih Baik Daripada Kita
·         Berani
·        Indahnya hidup bersama Allah
·        Agar Tidak Menjadi Bahan Bakaran
·        Tukang Damai
·        Kerana Takut



MUNGKIN DIA LEBIH BAIK DARIPADA KITA

Apabila melihat…..

 Orang Lebih Tua

Kita fikirkan...mungkin bakti dan pahalanya lebih banyak daripada kita. Rasulullah saw bersabda,‘sebaik—baik manusia ialah orang yang panjang umurnya lagi baik amalannya’.

(Riwayat al Tirmizi)

 

 Orang Lebih Muda

Kita fikirkan...mungkin maksiat dan dosanya lebih sedikit daripada kita.

 

 Kanak—kanak

Kita fikirkan...mereka masih suci daripada dosa dan maksiat. Rasulullah suka menyapa dan bergurau dengan kanak-kanak.

 

 Orang Lebih Miskin

Kita fikirkan...mereka lebih berpeluang besar ke syurga. Rasulullah saw bersabda,  ‘Aku berdiri di pintu syurga lalu aku dapati kebanyakkan yang memasukinya ialah orang miskin’.

(Riwayat Muslim)

 

 Orang Lebih Kaya

Kita fikirkan...mungkin mereka lebih banyak membela agama dan membantu manusia daripada kita. Rasulullah saw bersabda ‘tidak boleh dengki melainkan terhadap dua orang, seorang antaranya ialah yang dikurniai Allah harta lalu dia habiskan demi kebenaran (agama)’.

(Riwayat al Bukhari)

 

 Ibu Tunggal

Kita fikirkan...Mereka lebih dekat dengan Rasulullah berbanding kita. Rasulullah saw bersabda, ‘Aku dan penanggung anak yatim seperti ini. (Nabi mengisyaratkan dua jari baginda)’

(Riwayat al Bukhari)

 

 Orang Jahat

Kita fikirkan...mungkin ada suatu amal baiknya yang menyebabkan Allah reda lalu mengampuninya. Rasulullah saw bersabda, ‘diampunkan dosa seorang pelacur yang mendapati seekor anjing yang berada ditepi telaga yang lidahnya terjelir. Kehausan hampir membunuhnya. Maka, pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia mencedokkan air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu’.

(riwayat al Bukhari)

 

  Orang Kafir

Kita fikirkan...mungkin suatu masa nanti dia akan menjadi Muslim dan lebih baik Islamnya daripada kita.

 

 

 

 


BERANI
‘kalau mati, dengan berani, kalau hidup, dengan berani. Kalau keberanian tidak ada, itulah sebabnya setiap bangsa asing boleh jajah kita’. –Pramoedya Ananta Toer. Keberanian tidak terbina dalam tempoh sehari. Proses memberanikan diri berlangsung selama hayat ini. Berani kerana benar adalah keberanian yang tertinggi. Saat paling memuaskan hati apabila kita berani membuat keputusan tanpa sebarang alasan. Berani mengalahkan ketakutan. Berani menghadapi kegagalan. Berani mengulang dan mengulang untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik. Awas!  Jangan sesekali berani melanggar perintah Allah, berani berdusta demi kepentingan peribadi, berani melakukan kejahatan kerana periuk nasi. Berani, memang perlu berani, akan tetapi beranikah diri meredah api neraka?  Keberanian terbina daripada sikap dalam diri. Berani hadir kerana keyakinan kepada diri, bersulam doa saban hari. Berdoalah kita diberi keberanian, dihadirkan kekuatan, dihilangkan ketakutan dan kelemahan.  



INDAHNYA HIDUP BERSAMA ALLAH
Ingin aku gambarkan betapa indahnya hidup bersama Allah. Bukan daripada pengalaman sendiri tetapi melalui kisah yang dipaparkan sejarah. Sejarah indah yang sampai kini masih basah sebagai ibrah. Walaupun tidak merasai dan melaluinya, tetapi dengan membacanya sahaja sudah terasa betapa indahnya punya hati yang dekat dengan Allah. Hidup bertemankan ketenangan, terusir jauh segala gelisah.  Di mana jua kedudukan kita di mata masyarakat, namun jika hidup bersama Allah, kita akan mencapai ketenangan, keberanian dan kebebasan yang tiada tandingan. 




AGAR TIDAK MENJADI BAHAN BAKARAN
‘Wahai orang yang beriman, peliharalah diri dan ahli keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya ialah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang keras dan kasar yang tidak derhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan’. (Al Tahrim 66:6)

TADABBUR AYAT
Daripada ayat di atas, kita dapat mengambil pengajaran-pengajaran penting untuk dijadikan pegangan dalam pembinaan diri sendiri dan orang lain :

 IKHLAS DEMI REDHA ALLAH
Niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapat redha Allah hanya dapat dicapai apabila melaksanakan syariah Islam dan melaksanakan dakwah. Sebagaimana hadis Rasulullah saw bersabda ‘sesungguhnyasetiap perbuatan dikira pada niatnya. Dan sesunggunya setiap orang (akan di balas) berdasarkan apa-apa yang diniatkan’.
(Riwayat al Bukhari dan Muslim)

 BERMULA DENGAN DIRI SENDIRI
Allah menyebut ‘peliharalah dirimu’ terlebih dahulu baru setelah itu dikatakan ‘keluargamu’. Mujahis menyatakan bahawa kita diwajibkan bertakwa kepada Allah terlebih dahulu, kemudian setelah itu kita berpesan kepada keluarga kita untuk bertakwa kepada Allah swt.

 ILMU SEBELUM AMAL
Sangat penting berilmu sebelum beramal.

 TAKWA SEBAGAI ASAS
‘lepaskanlah semua dosa baik yang kecil ataupun yang besar, itulah namanya takwa. Berlakulah seperti orang-orang yang berjalan  di atas onak yang berduri, selalu berwaspada dengan duri-duri yang dilihatnya. Dan jangan sesekali meremehkan yang kecil, sesungguhnya bukit itu terdiri daripada batu kerikil yang kecil-kecil’.

 SABAR SEBAGAI BEKALAN
Apabila kita menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan tentulah terdapat cabaran. Maka Allah mengingatkan ‘Dan perintahkanlah keluargamu untuk mendirikan solat dan bersabarlah kamu mengerjakannya’.
(Surah Taha 20:132)
Sumber : Menghayati Kalam Ilahi






TUKANG DAMAI
            3 ekor binatang sering saling beradu tenaga. Singa mengakui ia sebaga raja di hutan. Sang kura-kura pula mendakwa ia mempunyai perisai yang tidak lut dengan senjata. Manakala si panda pula mengaku ia begitu comel sehinga tiada binatang atau manusia sanggup mengapa-apakannya.  Sebaik pertarungan hendak dimulakan, tiba-tiba sang kancil muncul. ‘tunggu dulu, tunggu dulu’. Jeritnya tercungap-cungap. ‘ada apa wahai kancil?’ soal sang singa. ‘aku ada pesanan penting untuk kamu semua’. ’apakah perkara itu?’ singa, kura-kura dan panda menyoal serentak. ’untuk sang singa, aku nasihatkan kamu ikat dulu rambut rambut kamu. Rambut kamu tak terurus’. Singa kehairanan. Itukan memang bulunya yang panjang. ’kamu pula kura-kura, sebelum bertarung, letak beg kamu’. Ini kias kepada cengkerang yang melindungi badan kurakura. ’dan kamu panda, Apa kata kamu buka dulu cermin mata hitam kamu tu’. Terkebil-kebil panda mendengar kata-kata sang kancil. Tiba-tiba ketiga-tiga binatang tersebut ketawa terbahak-bahak. kenapa? Kerana kelakar dengan nasihat si kancil. Akhirnya , ketiga-tiga haiwan tersebut tidak jadi bertarung. Si kancil telah berjaya mengalihkan perhatian mereka daripada keinginan untuk membuktikan kehebatan masing-masing kepada rasa kelakar dan lawak yang dilakukannya.

Pengajaran
Jika dalam hati ada dendam, takbur dan marah, relaks (pause) seketika. Alihkan perhatian kepada selain daripada perasaan marah tersebut.
Sumber : Angguk Geleng






KERANA TAKUT
Rasulullah saw menceritakan ‘Ada seorang lelaki umat sebelum kamu yang merasakan bahawa amalannya sangat teruk. Maka dia berwasiat kepada keluarganya ‘ Apabila aku mati kelak, maka ambil dan bakarlah aku sehingga menjadi debu. Kemudian selerakkan aku di lautan yang terdapat angin kencang ‘. Lalu mereka melakukannya. Kelak Allah menghimpunkannya kembali. Allah bertanya ‘Apakah yang menyebabkan kau melakukan sedemikian? ‘tiada yang memaksa aku melainkan kerana takut kepadaMu’. ‘Lalu Allah mengampuninya’.
(Riwayat al Bukhari)



No comments:

Post a Comment