Google Ads

Friday 11 December 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 183

MENARIK DI DALAM
·        Jika Kesempitan
·        3 Sifat Mukmin Berjaya
·        Rasulullah Yang Paling Banyak
·        Pakej 3L
·        Berusaha Keras Demi Keluarga
·        Diari Kematian
·        Masjid, bukan sekadar Rumah Ibadah
·        Penahan Rezeki



JIKA KESEMPITAN
‘sesiapa yang memperbanyakkan istighfar, maka Allah akan menghapus segala dukanya, menyelesaikan segala kesulitannya dan memperoleh rezeki daripada sesuatu yang tidak dijangkakan’.
(Riwayat Abu Daud)


3 SIFAT MUKMIN BERJAYA
1. Apabila disebut nama Allah, gementar hatinya
2. Apabila dibacakan al Quran kepadanya bertambah imannya
3. Dia berserah diri kepada Allah dalam semua urusan
Sumber : JALAN KELUAR
 



RASULULLAH YANG PALING BANYAK
Abu Hurairah menceritakan ‘Aku tidak melihat seseorang yang lebih banyak mengucapkan ‘Astagfirullah, wa atu builaih’ melainkan Rasulullah’
(Riwayat al Nasa’i)


PAKEJ 3 L
(Solat Manusia Akhir Zaman)
1. Lewat
2. Laju
3. Lalai
Jom audit diri...
Semoga diri tidak termasuk dalam pakej ini!!!


BERUSAHA KERAS DEMI KELUARGA
            Seorang ayah yang mempunyai 3 orang anak bekerja keras untuk mengubah nasib keluarganya. Sekadar bekerja di kilang tidak memadai untuk menanggung keperluan keluarga. Si ayah mengambil keputusan untuk menyambung pengajian ke peringkat diploma. Kesannya, si ayah bekerja pada waktu siang dan menghadiri kelas pada waktu malam. Hari cuti minggu juga digunakan sepenuhnya untuk mengulangkaji. Isteri dan anak-anaknya merungut kerana ayah mereka tiada masa untuk bersama-sama mereka.
            Walaupun kini telah memiliki diploma dan menjawat jawatan sebagai penyelia, si ayah terus mendaftar untuk menyambung pengajian di peringkat sarjana muda bidang pengurusan pula. Si ayah terus sibuk termasuk pada cuti hujung minggu dengan pelbagai tugasan akademik atau kebanyakan masa dihabiskan di perpustakaan. ’abang, carilah masa untuk anak-anak kita juga. Kasihan mereka. Tidak dapat merasai kasih sayang abang’. Nasihat si isteri kepada suaminya. ’abang lakukan ini semua ini demi keluarga kita juga agar suatu hari nanti kita hidup selesa dan mewah. Abang memang ingin peruntukkan masa untuk keluarga, tetapi buat masa sekarang  abang masih sibuk lagi’. Setelah bertungkus lumus, si ayah kini berhasil menggenggam ijazah tersebut. Apa lagi, dia terus ditawarkan jawatan sebagai penolong pengurus. Gajinya 2 kali ganda daripada sebelumnya. 
            Dari sebuah pangsapuri sempit, mereka kini berpindah ke rumah teres sederhana besar. Hidupnya kini lebih selesa dan mampu menunaikan segala keperluan material isteri dan anak-anak. tidak cukup dengan itu, si ayah terus bekerja terus bekerja keras di samping menyambung lagi pengajian ke peringkat sarjana pula. 2 tahun kemudian, ijazah sarjana sudah berada dalam gengaman. ‘Abang memang mahu peruntukkan masa untuk isteri dan anak-anak, tetapi abang sibuk sekarang. Abang lakukan semua ini pun untuk keluarga kita’. Itulah alasan yang sering diberikan. Setiap cuti hujung minggu digunakan sama ada bersama pelanggan, menghadiri kursus, menghadiri mesyuarat di luar dan pelbagai urusan lagi. akhirnya dia berjaya mencapai segala yang dihayatinya. Dia berkata kepada anak-anak dan isterinya di rumah baru mereka , sebuah banglo di atas bukit.’ ayah dah buat keputusan akan berhenti mengejar kerjaya dan kemewahan kerana ayah telah berjaya mendapatkan segala yang ayah hajati. Jadi, mulai hari ini, ayah akan  habiskan masa bersama-sama keluarga’. Keesokannnya, si ayah didapati meninggal dunia dalam tidur disebabkan serangan jantung.

Pengajaran
Tidak salah sibuk mengejar ilmu dan harta dunia, namun pastikan juga aspek kerohanian dan kekeluargaan tidak terpinggir. Jangan terlambat kerana mati datang scara tiba-tiba.
Sumber : Angguk Geleng






DIARI KEMATIAN

Mati saat yang paling menyedihkan dalam kehidupan. Kita akan meninggalkan orang tersayang., harta benda dan semestinya dunia ini. Kita tidak akan dikembalikan ke dunia walaupun merintih, menangis mahupun meratap sekalipun. Ajal yang datang, tiada siapa yang memberitahu. Tiada siapa yang terkecuali dan dapat hindari. Masa tidak akan boleh berputar kembali. Perkara silam tidak boleh diperbetulkan lagi.

SAAT AKU MATI
Apabila tiba saatnya, kedengaran tangisan disekelilingku.tangisan yang teramat sayu dan keluhan demi keluhan yang tidak menunjukkan harapan untuk hidup diteruskan. Tiba-tiba terasa pula kedinginan dan kegerunan. Tangisan kian perlahan. Matiku kian menghampiri.
Tiba-tiba berasa angin sejuk ditiupkan ke dalam jiwaku. Dingin kepala hingga kaki. Tubuhku kian kaku dan nafas terakhir berlalu dari bibirku. Lemah jemari lalu nafas pun terhenti. Tidak tergambar sakitnya sakaratulmaut. Masa untuk pergi telah tiba. Aku harus pergi. Cukup sekali kurasai kematian, tidak mahu aku ulangi.
Betullah yang aku dengari selama ini, tetapi terlalu lewat untuk disesali. Setiap jiwa yang dilahirkan di dunia ini telah ditetapkan kematiannya. Apabila tiba saatnya, ia harus meninggalkan jasad dan pergi menemui takdir hidup yang abadi.

TANGISKU LEBIH SULIT
Setelah mati, tiada harta yang dapat aku bawa bersama, hanya iman dan amal. Aku melihat keluarga menangis meratapiku. Aku juga sedih meninggalkan mereka. Tetapi kegerunan menghantui diri, adakah jiwaku diterima Allah? Kelihatan mereka sedang menyempurnakan jasadku untuk dihantar ke tempat istirehat. Kain kafan membalut tubuhku. Bau bunga cendana dan kapur barus  menusuk di sekeliling rumah. Setelah dikafan, mereka mengusungku ke pusara dengan bacaan ayat suci al Quran. Walaupun begitu gentarku tidak hilang , walaupun sedikit, walau sesaat.
Aku dikebumi. Tanah yang basah berwarna merah menjadi tempat pembaringanku. Mereka menyelimutiku dengan tanah itu. Tujuh langkah pun terus berlalu seusai talkin yang bernada syahdu.
Batu nisan menjadi tanda jasadku berada. Walaupun begitu hatiku kian resah menanti pembalasan samaada baik atau buruk. Mereka menangis, tetapi tidak tahu yang aku turut menangis bahkan tangisku lebih sulit. Aku akan menghadap tuhan.


KESUDAHAN HIDUP
Aku hanya sendirian bertemankan kesepian. Serentak itu jantungku berdegup kencang menanti kehadiran malaikat yang ingin menyoalku. Aku menggigil ketakutan, gelap pekat di pandangan. Oh Tuhan! Aku tidak dapat melihat! Mataku buta! Adakah aku masih diriku ataupun aku telah diazab? Adakah jiwaku telah disesatkan dan terpaksa membayar segala dosa-dosaku? Oh Tuhan! Tolonglah aku! Aku ingin ke Syurga! Jauhilah aku dari segala seksaan yang pedih ini! Aku dah tak sanggup lagi, ya Allah!
Urusan kematian dan ajal hanyalah dalam pengetahuan Allah. Kesudahan selepas kematian hanya akan diketahui selepas kita mati. Ada yang akan bergembira, ada yang akan menderita.
Bersyukurlah masih diberikan kesempatan hidup. Jangan bertangguh dalam bertaubat. Ingatlah kata-kata ini. Kita tidak tahu bilakah hari kita, mungkin esok, minggu depan dan mungkin sesaat lagi. Hanya syurga dan neraka yang menanti. Kita putuskanlah sekarang dan jangan berlengah-lengah.

Sumber : zikra

 


 MASJID: BUKAN SEKADAR RUMAH IBADAH
‘sesiapa yang datang ke masjidku ini, tidaklah dia datang melainkan kerana kebaikan yang hendak dipelajarinya atau mengajarkannya, maka dia setaraf mujahid di jalan Allah’.
(Riwayat Ibn Majah)

‘tidak ada orang yang berkumpul di mana-mana rumah Allah demi membaca kitab Allah dan saling berbincang sesama mereka melainkaan mereka diturunkan ketenangan, diliputi kerahmatan, dinaungi para malaikat dan Allah menyebut-nyebut mereka pada malaikat di sisiNya’.(Riwayat Muslim)
Sumber :Lensa Ibadah



PENAHAN REZEKI
Rasulullah saw bersabda ‘Sesungguhnya seorang hamba boleh tertahan rezekinya kerana dosa yang dilakukannya’.

(Riwayat Ahmad)






No comments:

Post a Comment